Terima kasih admin sudi approve Kisah “Teman Wanita Imaginasi” dan “Saka Nenek Tua”…tak lupa juga kepada para readers dan fans yang kasi like and share kisah aku yang tak seberapa nak seram nokharom tu , Actually kisah tu pun dah tamat …and then tajuk cerita ketiga aku ni ialah ” Abang Bustop” cerita ni berlaku dah beberapa bulan tapi aku just throwback balik…
Assalamualaikum para readers and admin..seperti biasa nama aku “Az” kisah yang aku nak share ngan korang ni pasal sebuah bustop yang misteri yang terletak di kawasan pendalaman kulai, johor…
Kisah ni bermula semasa aku di tingkatan 4..aku sesi petang dan balik pun dah lewat dekat pukul 7.30 selalu tertinggal van sekolah…bila dah tertinggal ni memang aku mati akal…yer la nak balik naik bas pun mungkin bas dah takde kadang kala bas ada tapi duit pulak habis aku gunakan untuk benda tak berfaedah biasalah tak pikir dulu kan…hahaha
Pernah satu hari tu aku balik lewat pukul 9.00 bapak aku jemput..tu pun kena marah sikit ye la mungkin dia risau..masing-masig diam jer dalam kereta..rasa macam stranger pun ada…sampai dekat satu simpang ni kereta bapak aku buat hal pulak….aduhh
Untuk pengetahuan anda semua… simpang ni mempunyai jalan yang bengkang bengkok dan terdapat satu perkampungan dekat dalam tu, selain itu di simpang tu jugak kerap berlaku sekatan jalan raya…mungkinkah simpang sedenak atau mungkinkah simpang renggam..haa, carilah sendiri. Haha!
Ok, sambung balik cerita tadi, bapak aku keluar dari kereta dan call kawan dia suruh tolong tengok-tengokkan kereta dia, sementara aku…meliar mata kejap tengok sini, kejap tengok sana…maklumlah simpang ni gelap jadi bahaya boleh datang dari mana-mana arah…aku tengok jam dekat dashboard dah pukul 9.45 dengan belum mandi pastu tercongok kat situ dengan kawan bapak aku yang mungkin berbual kari..
Tiba-tiba, aku dengar macam ada orang langgar badan aku dekat tepi kereta…melompat aku masuk kedalam kereta..aku on flash handphone dan aku nampak ada seorang lelaki pakai kot hitam yang ada penutup kepala bentuk segitiga tu…tengah pegang tongkat sambil berdiri dekat dalam bustop menghadap kereta kami..
Fuhh!
Bederau darah aku, lelaki tu berdiri statik je langsung tak bergerak….aku duduk dekat bahagian co-pilot iaitu sebelah driver..manakala bapak aku masih dekat depan bumper kereta terus menerus call kawan dia…aku bunyikan hon kereta…terkejut bapak aku sambil carut aku sikit…haha..rasa berdosa.
Bapak aku masuk ke dalam kereta lepastu tanyalah, kenapa?…aku cakap lah yang aku takut lagipun berapa lama lagi nak tunggu….rimas you know…[ ayat penyedap keadaan ]
Aku suruh bapak aku call abang, biar abang yang ambil kami…”Orang kot hitam” tu masih lagi dengan aktiviti membosankan dia berdiri sambil membuat bunyi yang menakutkan.
Abang aku sampai jer dekat simpang tu terus jer dia tergesa-gesa suruh kami naik…and then memecut dengan kelajuan kancil turbo dia…dekat dalam laman rumah baru dia buka cerita yang dia nampak “lelaki kot hitam tu” tengah pandang kereta kami..
Esoknya, aku tak sekolah sebab baju sekolah tak sempat nak kering…yeayy…aku ikut bapak aku pergi ambil kereta dekat bustop tu…tapi laki tu dah takde…aku syak tu bukan hantu, elok jer kami sampai bengkel ada sorang mamat mekanik ni bukak cerita pasal bustop tu.
Macam ni cerita dia, masa tahun 2009 ada seorang lelaki indon ni tengah tunggu bini dia dekat bustop tu…secara tiba-tiba kepala dia kena hentak dengan kayu berutti…yang tebal tu….dia pengsan terus tak sedarkan diri…sampailah bini dia balik dari kerja..bini dia nampak yang suami dia terbaring sambil belumuran darah …mulanya dia nak call sepupu dia..tapi kisah tragis lain pula yang berlaku….(AWAS 18sx)
Bini dia kena rogol lalu dibunuh dengan kejam dekat dalam bustop tu…dan bustop tu lah yang menjadi saksi kisah tragis tu..sambil pembunuhnya masih lagi bebas….suami dia bersedih sampaikan mahu meminta pertolongan pawang…
Dia nak balas dendam atas apa yang berlaku dekat bini dia…sambil dia tertanya-tanya kenapa benda ni berlaku dekat bini dia…..takkkan la perogol tu nak rogol laki dia pulak kan…aduhhh….
Bomoh tu ambil kesempatan terhadap dia dengan menjadikan dia ni bahan uji kaji saka baru bomoh…jahanam punya bomoh…
bomoh tu suruh dia tunggu kepulangan bini dia…sampai lah sekarang 2017…dia still ada tapi tak kerap muncul seperti selalu
Dengar cerita yang dia ni dah lama menghillang mungkin bini dia dah balik…mungkin….sebab masa aku pergi rumah awek aku pernah jugak terserempak dengan dia ni….tak pernah pulak nampak muka dia sebab tertutup dengan kot hitam
Sebab tu lah banyak sekatan jalan raya berlaku dekat depan bustop ni
Sebab pembunuhnya masih lagi terlepas..
Hati-Hati kaum hawa.
Itu je lah sedikit sebanyak kisah aku pasal hantu bustop ni …harap korang enjoy…maaf tak seram
#AZ
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Aku macam pernah lalu je kawasan ni… Kulai aku jalan baru kol 8 pun dah seram sejuk inikan pulak 12 ke atas. weh serius ah pasal tu bapak tragis gila cerita dia
umh adik ipar kat Kulai tp x jauh dgn JPO.. penh lalu jln Kulai nak ke Kota..seram wei..x penh ku rasa seseram itu
Ingatkan cerita ni tentang org yg bernama Bustop ? . Rupa2 nya bustop tu ialah Bus Stop ye… hehe… apa2 pun citer kau best dik.. š
Tak logic lgsg cerita ni. Dia tau bini dia dah mati. Dia nk tunggu bini dia lagi kenapa nya? Merepek cerita ni.
“Terkejut bapak aku sambil carut aku sikit” hahahahaha carut sikit tu camne oi
Aiiisshhh…
Sebelum2 ni asben sukeeee lalu jln kulai time ktorg blk dr kg…
Sllunye time lalu tu selepas tgh mlm plak tu…
Seb bek xde jmpe memane org kt bus stop…
Ke ade tp akk yg sodap tdo x ingt dunia dah…???
Hahahahahah haru…
‘Macam ni cerita dia, masa tahun 2009 ada seorang lelaki indon ni tengah tunggu bini dia dekat bustop tuā¦secara tiba-tiba kepala dia kena hentak dengan kayu beruttiā¦yang tebal tuā¦.dia pengsan terus tak sedarkan diriā¦sampailah bini dia balik dari kerja..bini dia nampak yang suami dia terbaring sambil belumuran darah ā¦mulanya dia nak call sepupu dia..tapi kisah tragis lain pula yang berlakuā¦.(AWAS 18sx)
Bini dia kena rogol lalu dibunuh dengan kejam dekat dalam bustop tuā¦’
Pelik aku.. macam mana orang yang bercerita boleh tahu yang bini lelaki ni nak call sepupu dia?? atau lelaki tu yang nak call sepupu dia (tapi tak logik plak sebab lelaki tu pengsan)?
Maybe kat hs tu tang call log tu ade kot last call no sepupu die…
Tp x sempat cakap dh kena cekup…
Agaknye leerr…
Heheheheheh…
kanĀ²
Menarik 8/10
hmmmm pembunuh masih bebas.. tok bomoh plk buat dajal..
kenapa la kdiorg aniaya org tak berdaya mcm ni.
Semalam tengok drama tv3, Simpang Sejenak judulnya..ada Manisss
nice
means abg bus top tu hdup lgi la eah ? bkn hantu kn ?