Adakah Sekadar Perasaan

Hanya perasaan

Salam sejahtera para pembaca FS dan tak lupa juga kepada admin. Agak lama juga saya tak ikut perkembangan cerita baru di FS ni. Sepertinya ada banyak juga kisah-kisah seram yang baru di publishkan.

Ok berbalik pada kisah saya ni. Kisah saya ni tak le seberapa seram tapi tak tahu le bagi yang membacanya. Ia dah lama dah terjadi dengan saya ni. Sebenarnya saya sering kali terbayang-bayang lembaga hitam yang seakan-akan Hantu Raya yang berbulu lebat dengan gigi seperti gigi jerung dan bermata merah apabila setiap kali keluar rumah untuk ke tandas atau kemana-mana saja setiap malam. Saya tak tahu lah yang saya lihat ni betul-betul atau sekadar perasaan.

Namun itu sangat menakut-nakutkan bagi saya. Pernah sekali kawan saya bertanya saya masa kami BBQ di depan rumahnya.

“Apa yang kamu lihat itu? Jangan lah pandang ke arah itu macam nampak hantu.”
Sebenarnya, saya memang melihat sesuatu disitu tetapi dijawab, kata tak ada apa-apa. Masa itu saya tengah bertentang mata dengan satu lembaga yang saya sering kali nampak. Dalam pandangan mata saya wujub lembaga itu seakan-akan hilang ada lagi dalam sesaat tetapi tetap di tempat yang sama. Sebab itu saya tak dapat pastikan sama ada perasaan semata-mata atau bukan. Tapi itu lah yang sering menghantui pikiranku setiap kali malam menjelma.

Kawan saya ni memang sentiasa awasi gerak geri saya saat malam menjelma. Sebab dia memang masak benar dengan perangai saya yang selalu memerhatikan sekeliling.

Pernah sekali, saya hampir tak jadi nak buang air besar gara-gara mata sentiasa melihat lembaga yang sama di atas bumbung rumah jiran sebelah. Mana tidaknya, di tenungnya saya macam nak terkam. Saya apa lagi terus alih pandangan lalu dipejamkan mata buat seketika lalu terus menuju ke tandas tanpa menoleh ke kiri kanan. Saya buat-buat tak perasan yang dia ada di situ. Yang lagi satu peliknya bulu roma saya tak pernah meremang setiap kali melihat lembaga itu tapi rasa seram sejuk ada, sampai mengigil saya di buatnya.

Kalau di fikirkan balik, memang pelik bukan. Pernah satu malam itu saya ketakutan habis. Saya mimpi buruk. Dalam mimpi itu saya diserang oleh dua ekor ular, jantan dan betina. Yang betina berwarna hitam keperangan dan yang jantannya pula berwarna hitam pekat sebesar betis kaki lelaki dewasa. Tetapi saya berjaya lawan kedua-dua ular itu yang dibantu oleh kawan-kawan saya. Tetapi ular itu tak berjaya dibun*h kerana berjaya melarikan melalui saluran parit bawah tanah. Selepas itu, saya terus terjaga dari tidur.

Masa itu teringat pesanan tuan guru saya dulu masa saya menuntut ilmu hikmah darinya. “Bacalah surah yasin ayat 9 sebagai pendinding diri kalau diri terasa terancam.”

Oh ya sebelum itu saya nak beritahu kepada anda semua. Saya sebenarnya bukan islam tetapi saya telah di ajar oleh tuan guru saya dengan banyak perihal dan juga pengetahuan tentang Islam sebagai amalan untuk memperdalami ilmu Hikmah. Kadang-kadang terlintas juga difikiran saya, Adakah ilmu ini boleh diajar kepada orang bukan muslim seperti saya? Mahu tanya tapi tak sampai hati nak tanya.

Ok balik pada ceritanya. Masa saya ingat pesanan itu saya terus bangun dari katil lalu menuju terus ke pili air di luar rumah untuk ambil air sembahyang. Selesai saja urusan di pili air, macam biasa saya akan menoleh ke atas bumbung rumah jiran sebelah. Alangkah terkejut beruk saya dibuatnya. Lembaga yang sama merenung saya dengan pandangan yang cukup tajam. Habis seram sejuk saya dibuatnya. Rasa nak terkencing pun ada.

Tetapi yang peliknya reaksi saya masa itu boleh pula pura-pura tenang. Sampai saja ke dalam bilik saya. Saya terus mulakan bacaan surah yasin ayat 9 bermula dengan bacaan bismillah di atas katil tanpa henti. Selesai saja, saya terus sambung tidur. Nasib baik saya boleh tutup mata dan terus tidur lagi tanpa ada mimpin buruk yang menghantui tidurku. Kalau tidak, sampai ke pagi le saya tak dapat tidur.

Begitu lah kisah hidup saya yang selalu dihantui perasaan sendiri. Yang lagi parahnya, saya tak tahu sama betul atau tidak apa yang saya lihat ni. Sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

John Nial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.