Adik

Assalamualaikum dan salam perkenalan dariku. Aku angah. Aku nak ceritakan kisah sebenar yang terjadi kepada ibuku 14 tahun yang lalu.

Aku dan keluargaku mendiami kuartes kediaman guru di sebuah perkampungan terletak di kawasan luar bandar. Ayahku merupakan seorang guru manakal ibuku surirumah. Ibu aku orang yang paling gembira kerana sejak dulu lagi berangan-angan hendak bercucuk tanam dan tinggal di perkampungan. Walaupun ketika itu bukan memdiami rumah sendiri, tetapi bagi ibu ianya cukup bermakna kerana laman rumah yang luas dan berhampiran hutan. Menenangkan jiwa kataya. Kami mendiami rumah tersebut selama 6 tahun. Sedari aku berusia 6tahun ke 12tahun. Di samping itu juga, ibuku gemar menanam bunga. Makanya, di hadapan rumah terdapat banyak pasu bunga yang pelbagai warna dan jenis.

14tahun yang lalu..
(Aku sebagai ibu)

Seperti biasa, pukul 4 petang aku akan menyiram dan membaja sayuran yang di tanam di halaman rumah. Ada serai, sawi, bayam, timun, terung, cangkuk manis, cili, limau dan petola. Hasil tanaman akan di jual di tamu simpang kuartes. Tamu tersebut menjadi tempat persinggahan bas pada ketika itu. Jadi, jualan sayur sayuran akan sentiasa habis terjual bahkan memang ada 3 pemborong yang sentiasa menjadi pelanggan tetapku.

Setelah siap, Ah Hua salah seorang pemborong menelefonku menyatakan mahu 20 ikat paku pakis. Paku pakis biasanya aku ambil di kawasan hutan berhampiran. Hutan tersebut kecil dan menjadi laluan penduduk kampung untuk ke sungai atau pun menjadi jalan pintas ke kampung sebelah. Jadinya aku memberitahu anak anakku yang sedang bermain bersama kawan-kawan bahawa aku mencari paku pakis.

Ketika sedang ralit mengambil paku pakis. Mataku terpesona dengan keindahan bunga. Dalam tak sedar aku berjalan semakin ke depan. Paku pakis yang sudah di ambil ku letak di raga bahuku. Aku melonjak riang kerana aku amat sukakan bunga. Aku sibuk memerhati bunga yang ada. Tiba-tiba aku menyedari bahawa aku berada di tempat yang asing. Otak ku terus berfungsi dengan baik bahawa selama 5 tahun di situ tidak pernah lagi aku menemui bunga di hutan sedangkan laluan hutan tersebut sangat mudah. Kiranya hampir setiap masa di siang hari ada yang melaluinya bahkan along, angah, acik dan teman-teman mereka sering bermain di hutan.

Aku segera mencari laluan pulang. Namun hampa kerana tiada tanda-tanda jalan yang pernah di lalui. Tempat itu begitu asing bagiku. Hari semakin gelap di tambah keadaan pokok yang tinggi menyukarkan penglihatanku. Aku membaca surah Al Fatihah sebagai pelindung diri dan pembukac hati. Setelah membaca al fatihah sebanyak 7 kali aku meyakinkan diri mencari jalan keluar. Hampir 10minit berjalan barulah aku mendengar bunyi kenderaan. Aku mempercepatkan langkahku untuk ke jalan raya. Akhirnya aku menemui jalan raya. Aku kaget. 15 kilometer jarak tempat tersebut ke rumah ku!! Aku kebingungan. Bagaimana hutan yang kecil membawa ku jauh ke tempat lain. Ikut logik akal akan bertemu kampung sebelah. Bahkan melintasi sungai yang besar dan hutan tebal untuk sampai ke kawasan aku keluar. Bagaimana mungkin aku mampu berjalan sejauh itu dalam masa kurang 1 jam? Aku menahan bas untuk menumpangi nya kerana bas akan berhenti di tamu simpang kuartes.

Sesampai nya di rumah, aku melihat suami turun tangga hadapan bersiap siap untuk ke surau. Aku menahannya lalu aku menceritakan hal yang terjadi. Namun suamiku mentertawaiku dan menyatakan aku berjalan jauh tetapi tidak menyedari nya. Suamiku menegaskan untuk membersihkan diri lalu ke surau. Anak anakku pulang ke rumah kerana waktu hampir maghrib. kedengaran jelas suara mengaji dari surau berdekatan. Aku duduk di tangga dapur lalu mengikat paku pakis. Tiba – tiba mataku melihat bayang hitam melimpasi kawasan rumah sewaktu azan berkumandang. Lantas aku naik ke rumah dan membersihkan diri.

Pada malamnya, aku di datangi mimpi. Aku berada di kawasan hutan yang cantik siang tadi. Tetapi di sana terdapat seorang nenek tua yang hitam wajahnya. Nenek bebaju opah, berkain batik dan berselendang kuning. Dia menyatakan mahu memberi aku anak. ‘aku nak beri kau anak. Kau nak?’ tanya nenek itu. Aku bagitahu padanya tidak mahu. Aku sudah ada 3 anak. ‘Aku bagi kau anak lelaki, kau kan tidak punya anak lelaki. Kau cuma punya anak-anak perempuan. Kau mahu?’ pujuk nenek itu lagi. Dan aku mahu tanpa berfikir memandangkan memang mahukan anak lelaki.

Aku tersedar dari mimpi itu. Aku melihat jam. Tepat 3 pagi. Aku beristighfar kerana mimpi itu. Tiba tiba bunyi anjing menyalak. Makin lama makin besar dan di susuli ‘tangisan’ anjing yang mendayu-dayu. Suami ku terbangun. Anak anak yang tidur di bilik sebelah datang mengetuk pintu. Semuanya terbangun ketakutan. Lalu kami mengintip melalui tingkap , anjing anjing tersebut menyalak di menghadap rumah. Lebih tepat menghadap kamar tidur aku dan suami. 11 ekor semuanya. Tidak pernah kejadian tersebut berlaku sebelumnya. Itulah kejadian yang pertama kali. Akhirnya semua anak anakku tidur di lantai di dalam bilik ku dan suami. Esoknya, suami membawa ustaz untuk ‘membuang’ semangat jahat. Ustaz memberikan aku air bacaan yassin yang di bacanya.

Sebulan kemudian, aku hamil. Perasaanku bercampur baur mengenangkan mimpi ku. Bahkan, hati rela dan tidak kerana acik sudah berusia 11 tahun. Along, angah dan acik lahir setahun seorang. Kehamilan keempat sesuatu yang tidak dirancang dan risau lupa cara meneran serta lupa alahan sebelumnya kerana faktor jarak. Namun aku redha dan positifkan diri. Anak adalah amanah Allah. Mimpi yang ku alami itu adalah mainan syaitan yang menakutkan aku kerana kejadian hari itu.

Sewaktu kandungan ku mencecah genap 35 minggu. Ketika itu cuti sekolah hujung tahun bermula. Suami mendapat kelulusan pindah mengajar ke sekolah lain yakni negeri sendiri. Jadinya, kami 5 beranak bertungkus lumus mengemas barang-barang siang dan malam. Khuatir aku terberanak sebelum sempat pindah.
Malam itu, aku yang sarat mengandung kepenatan lantas membaringkan diri di atas katil. Suami dan anak-anakku ketika itu sedang mengikat kotak berisi barangan di ruang tamu. Aku berbaring sambil melepkan mata. Tiba-tiba bunyi ponti*n*k mengilai. Aku ketakutan. Seluruh tubuhku kaku. Ponti*n*k itu masuk ke kamar dan mengengsot menghampiriku. Dia memanjat badanku lalu menimpaku. ‘Ini anak aku. Ini anak aku!!’ katanya dengan marah. Muka bertemu muka. Aku berteriakan sambil menutup mata kerana ngeri melihat wajahnya.

Namun suaraku tersekat. ‘Pulangkan anak ku’katanya lagi.
Aku meronta sambil menangis. Acik ketika itu masuk untuk mengambil solotape lantas berteriakan. Aku buka mata untuk meminta tolong namun tidak dapat. Suami, along dan angah datang melihat lalu ponti*n*k tadi tertawa lalu mencekikku. Aku berteriakan sambil menarik tangan di leher minta di bacakan ayatul qursi. Lantas suami ku membacanya, kemudian along memberikan air. Lalu aku menceritakan apa yang terjadi sambil menangis. Namun, mereka menyatakan aku meronta seperti orang mengigau. Tidak ada ponti*n*k seperti yang aku ceritakan. Tiba-tiba datang segerombolan anjing menyalak seperti kejadian sebelum nya. Bersahut-sahutan dan menangis. Suami ku menelefon polis untuk meminta bantuan menghalau anjing anjing tersebut.

………………………………………………………………………………………………….

Kini adikku sudah berusia 14 tahun. Bongsu dan satu-satunya lelaki. Adik mempunyai mata sepet lain daripada yang lain. ‘Good looking’ bajet korea celup.

Meskipun kejadian tersebut lama dah berlalu, mimpi serta perkara yang di alami ibu menjadi tanda tanya sehingga kini. Adakah adikku pemberian nenek tua? anak poti*n*k? Wallahulam.

Yang pasti, kami kakak bertiga seringkali cakap adik anak pungut! Sebab tu mata sepet..

Assalamualaikum.
Angah

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Angah
Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]

3 comments

  1. “Yang pasti, kami kakak bertiga seringkali cakap adik anak pungut! Sebab tu mata sepet..”

    perlu ke cakap macam tu? tu adik kau jugak, kan?
    pape un
    not bad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.