ADIK AKAK

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua, terima kasih Admin sudi meluluskan post saya yang ke berapa kali termasuk yang ini. Semakin lama menulis, kita akan pandai bermain dengan kata. Saya seorang tidak mampu memuaskan hati semua pembaca. Maka, baca je lah ikut apa yang penulis tulis.

Aku cakap awal-awal ye, kisah ni kisah sedih. Walaupun ada undur mistiknya, tapi sedihnya lagi banyak dari mistik.

Aku anggarkan jam pukul 4.00 pagi. Aku terjaga dari tidur dengan peluh membasahi dahi. Terlalu panas malam tadi, kipas yang berpusing tidak mampu menyejukkan aku.
Aku sebenarnya terjaga dari mimpi. Sudah lama aku tidak mendapat mimpi buruk, tetapi pagi tadi aku terbangun dan cuba mengingat kembali mimpi itu.

“Dalam mimpi”

Aku bakal mendirikan rumahtangga dengan bakal suami aku yang aku sayangi. 2 hari sebelum majlis, keluarga aku berkumpul ramai-ramai dan aku datang ke sana. Aku duduk dan bertanya kepada mereka, “bila aku akan berkahwin?” kata mereka, “dalam 2 hari lagi la, kenapa?”.

Selepas aku terdengar mereka berkata begitu, aku tak tahu kenapa dengan hati aku. Aku terus menangis teresak-esak seperti sesuatu bakal berlaku. Aku sendiri tidak tahu puncanya.

Tunang aku pandang aku dengan satu perasaan sahaja. Aku sendiri tidak faham.

Sehari sebelum berkahwin

Aku dengan abah aku berada di luar, abah sedang membaca surat khabar dan aku sedang mengemas di sekitar situ. Aku ada seorang adik lelaki besar lebih kurang 2 tahun. Baru pandai bercakap baru pandai berlari. Mungkin terlalu excited berlari, dia main di sekitar longkang tapi longkang itu airnya jernih dan bersih.

Adik aku bermain, aku sudah menegahnya jangan bermain di situ nanti jatuh. Sedang aku mengemas, aku memandang juga kepada adik aku. Risau terjadi apa-apa susah pula. Tak lama aku memandang, aku Nampak adik aku tergelincir. Aku terus menjerit panggil abah dan abah aku tak percaya dengan apa yang aku kata.

Selepas lama aku menjerit, abah aku pergi dan memang betul, adik aku sudah meninggal. Aku tidak dapat menerima kenyataan dan aku menangis. Aku seperti tidak redha dengan apa yang berlaku. Perkahwinan aku dibatalkan. Aku tak sanggup nak berkahwin dengan situasi macamtu.

Lama tak lama, aku berkahwin tetapi dengan orang lain bukan dengan bakal suami terdahulu. Selepas beberapa bulan, aku masih tidak boleh menerima kenyataan adik aku sudah tiada di dunia. Aku tidak mengemas langsung baju-baju kepunyaan dia. Aku masih dengan kepercayaan adik aku wujud.

Pada suatu hari, aku rasa ada orang memerhatikan gerak-geri aku. Aku memandang ke suatu sudut dan adik aku munculkan diri dia.dia senyum kepadaku. Lama-kelamaan, keluarga aku merasakan aku bermasalah dan ustaz datang untuk berubat.

Ustaz tu marah sangat dengan aku. Ustaz berkata, “Nusaibah! Awak kena percaya adik awak dah tiada lagi”. Aku menangis seteruknya. Ustaz kata, “apa lagi barang yang ada dalam rumah ni awak tak kemas ke? Tak buang ke?”. Awak kena buang segala barang arwah.

Keluarga aku waakilkan. “ye ustaz, dia tak bagi buang segala barang arwah, ni semua baju tak buang”. Ustaz tu kata ku kena buang dan redha dengan pemergian adik aku. Aku pun pergi ke tempat baju arwah dan masukkan baju-baju dia ke dalam plastic.

Sampai satu sudut, adik aku munculkan diri. Dia cakap kat aku, “kak,redhakan adik, bagilah adik pergi”. Aku angguk dan adik aku menghilang. Aku menangis sepuasnya walaupun aku redha.

Selepas itu, aku terjaga.

*cerita ini hanya mimpi. Tiada tokok tambah dalam cerita. Lagi sekali aku cakap, ini mimpi, bukan betul-betul. Jangan emosi sangat.

Assalammualaikum.

#farah

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

27 thoughts on “ADIK AKAK”

  1. sedih adik dia mati.., tpi dlm mimpi lh adik dia mati.. tu jr..mati jatuh dlm longkang..tpi tu mimpi jr.. adik mati… tamat.. sedr rupa mimpi..
    #Sedih sangatt.. Hurmmm….

    Reply
  2. Aku cuba baca betul2.. tp mcm tk sampai jer apa yg penulis nk sampaikan.. so, aku buat conclusion penulis bersedih dgn tragedi yg menimpa diri beliau n famili.. dia tk dpt trima hakikat.. sedar2 jer.. beliau cuma brmimpi.. penulis mcm beria2 nk habiskan citer.. tak sampai klimaks la.. hehe.. aku bagitau ni ko jgn ambik hati plk yer cik penulis..

    Reply
  3. Makcik ingat mmg adik kamu mati sampai terbawa2 ke mimpi..
    Mkcik baca dua kali tau..tp akhirnya mkcik masih tak paham.
    Cite makcik lagi best dari kamu kot..koh koh..
    Satu malam, dekat pukul 11 malam,
    Masa tu semua anak2 mkcik dah tidur.
    Makcik dengar bunyi perabot dialih alih di rumah sebelah.tapi…rumah sebelah mmg takde penghuni.dah lama kosong.
    Yess…mkcik jadi teruja dan hati berdebar2 overexcited.nampaknya nilah pengalaman pertama makcik berdepan dengan mistik.
    Ye la..sesetengah orang boleh rasa dengan kekdah bulu roma.
    Atau kena tindih.
    Atau pernah lihat.
    Atau pernah bau busuk wangi.
    Jadi..pgalaman pertama makcik adalah mendengar..
    Suka kau..dalam hati makcik kata,dlm fiksyen syasya, budak2 tu kata bunyi perabot dialih pastu ada bunyi guli2.
    Takpela..dapat dgr bunyi perabot pon ok gak..teringin nak post kt FS.
    Mkcik sampai tekup telinga kat dinding.
    Mkcik baca la apa2 yang patut.
    Senyap pastu ..grumm..sreettt..sreett..

    Lepas puas hati..makcik masuk tidur.

    Pagi2 esok harinya makcik kena hntr anak2 ke taska sblum g kerje..
    Makcik nampak rumah sebelah ramai orang berkumpul..tgh cuci rumah…
    Hadoiii…
    Sekian pengalaman mistik tp tak mistik sebenarnya dari mkcik

    Reply

Leave a Comment