Perempuan BerCheongsam Merah

“abang nak jual lah rumah tu..”, umum abang azman pada aku sambil mula menghirup kopi…

“jual rumah?”, tanya aku balik sedikit terkejut

“mhmm..”, abang azman jawab dengan suara yang campur kopi

“dekat 3 tahun setengah. tapi tak tahan aa..dah selalu sangat kena kacau..”, abang Azman cakap sambil geleng kepala sikit dan kacau sudu dalam kopi pelan-pelan..

“sapa yang kacau?”

“dah berape kali dalam 2-3 bulan ni abang nampak perempuan cina pakai cheongsam merah…”

kopi yang aku telan cam tersangkut sikit tengah tekak. aku pandang sekeliling kopitiam pot aku minum kopi dengan abang azman petang tu. tak ramai orang.
aku pandang balik kat abang azman. nampak cam tenangg je airmuka dia…

“selalu dia duduk kat tangga tepi rumah abang. ni dah main sampai dalam rumah. tu yang tak boleh angkat tu”, abang Azman sambung lagi

aku terkebil. mak aii. blok apartment abang Azman ni dekat sangat je dengan blok aku tinggal. sepelaung pakai mikrofon dah tetentu boleh dengar. seriau sekejap aku.

“selalu ke masuk rumah?”

“dah 2 kali. sekali bini abang nampak. lepas tu abang plak kena”

“ganas tu. sebelum tu abang selalu nampak kat tepi tangga?”

“a ah. tapi first time abang nampak kat parking lot bawah blok..”

Aku muqaddimah sikit la ya. Abang Azman ni salah-seorang client aku. Umur dah dekat 54 tahun. aku ni seorang ejen rumah. dan dia kira cam jiran aku juga. jiran blok. blok dia selang satu blok je ke dalam sikit dari blok apartment aku tinggal. Rumah yang dia tinggal sekarang ni akulah yang carikan dekat 4 tahun dulu..

Abang Azman ni kerja dia bawak teksi. Dah dekat 8 tahun juga selepas dia kena berhenti kerja sebagai supervisor kat Jurong Shipyard akibat ekonomi meleset ketika tu. Sejak tu sampaila sekarang, dia bawak teksi. boleh hidup jugak laa. anak-anak dia 2 orang pun dah besau-besau. sorang lelaki dah kerja sorang lagi pompuan, baru masuk universiti..

“satu malam tu abang balik awal sikit. dalam kul 1 pagi gitu. biasa abis bawak teksi dalam kul 3 pagi tapi malam tu rasa letih sangat badan…”, Abang Azman mulakan cerita..

Abang Azman memandu teksinya perlahan-lahan masuk kekawasan blok apartmentnya. parking lot nampak agak penuh dengan kereta namun suasana tetap nampak muram dan gelap. Ada beberapa pokok besar tegak terpacak disekitar nya. Ketika siang hari, pokok2 tu menghijaukan suasana. Indah dan redup. Tapi lain pula jadinya bila malam tiba. Jadi suram dan gelap serta menyeramkan. Aku memang tak boleh nak pandang keatas pokok-pokok tu bila lalu disitu memalam. Perasaan diganggu seolah-olah ada “benda” yang sedang bertenggek disalah-satu dahannya yang sebesar peha gajah.

Cantik. ada satu petak kosong. Abang Azman terus park teksi dia disitu. Terus dia matikan enjin kereta dan kemas-kemas apa yang patut sebab pagi esok kawan dia punya turn plak bawak. Sedang mengemas-ngemas tu Abang Azman perasan seperti ada bayangan yang melintas dibelakang teksinya melalui cermin rear-view. Berderau sekejap darahnya. Tapi dia teruskan mengemas dan kira duit dan cepat-cepat keluar dari teksinya.

“lepas abang tutup pintu teksi dan mula jalan ke arah lif, abang perasan macam ada orang sedang berdiri bawah satu pokok besar kat parking lot tu..”

“lepas tu?”, aku menyampuk kurang sabar sambil menyalakan rokok dibibir..

Abang Azman tersentak sekejap dan berhenti melangkah. direnungnya susuk tubuh yang berdiri tegak terpacak dibawah pokok. Dalam keadaan samar-samar dan kelam, dilihatnya seorang perempuan cina memakai cheongsam merah dengan rambutnya yang panjang hingga ke kaki, berdiri seperti merenungnya..

“abang nampak mukanya?”

“tak. muka dia tertutup dengan rambutnya yang panjang tu”

“fuhhh..kira nasib baik jugak tu tak nampak mukanya ya..”

“yup. kalau nampak tak tahulaa camana..”

“orang kot bang..tunggu boyfriend ke apa..”, aku buat andaian

“abang ada fikir camtu jugak bila memula nampak tu. tapi dia berdiri tegakk je tak gerak-gerak dan rambut nya pun panjang sangat. lepas tu pakai cheongsam plak. raya cina kan lambat lagi”, Abang Azman counter-attack balik point aku tadi macam lawyer buat bantahan dalam court

aku angguk pelan-pelan agak setuju dengan hujahnya..

“lepas tu apa jadi?”

“terus abang jalan cepat-cepat la ke pintu lif. bila nak naik lif tu abang pandang sekejap ke pokok tu tapi dia dah takde kat situ”

“nak kopi lagi bang?” usul aku pada Abang Azman. niat aku memang nak dia sambung lagi cerita dia ni dan kopi memang pemangkin yang berkesan untuk terus bersembang..

“ok jugak”

“one kopi siew tai!”, laung aku pada amoi waiter kopitiam tu..

“lepas tu bang? camana abang nampak kat tangga tu?”, tanya aku lagi tak sabar-sabar..

“malam tu macam biasa abang balik bawak teksi dekat kul 3 pagi camtu..”

Abang Azman melangkah agak cepat menuju ke pintu lift. Kejadian dia terserempak dengan lembaga perempuan cina berambut panjang bercheongsam merah yang berdiri tercegat bawah pokok masih segar dalam ingatannya. Suasana memang sunyi-sepi. Takde seorang manusia pun yang kelihatan. Lobi lif dibawah blok agak terang dengan lampu yang agak meriah tapi hati Abang Azman masih tetap berdebar-debar mengenangkan apa yang dilihatnya dibawah pokok minggu lepas..

Segera dia melangkah kedalam lif dan menekan butang ke tingkat 8. Lif dirasanya seperti bergerak naik terlalu perlahan. Pintu lif terbuka dengan bunyi yang agak gemuruh memecahkan kesunyian tingkat 8 tu. Abang Azman melangkah keluar lif namun langkahnya terpaku. Allahuakbar! jelas dilihat didepan matanya sesusuk tubuh sedang duduk ditangga depan lif. Berpakaian cheongsam merah persis seperti apa yang dilihatnya dibawah pokok dulu, dengan wajah yang terlindung disebalik rambut yang terjurai panjang hingga kekaki. juga jelas kedengaran suara seperti menangis terisak-isak…

“gilalah…macam nak meremang bulu tengkuk saya ni bang”

“kau dengar cerita pun rasa meremang. abis abang yang nampak ni? macam nak pengsan rasanya masa tu”

“abis tu? abang lari balik masuk lif ke?”, aku bertanya bangang

“lari masuk lif apa plakk..pelan-pelan laa abang pusing dan lari terus ke rumah. kelam-kabut jugak laa nak bukak kunci rumah takut dia terpacak je belakang abang masa tu”, sambung Abang Azman sambil mula menghirup kopi panas yang baru sampai..

“so lepas malam tu, dah selalu la abang nampak duduk kat tangga depan lif tu?”

“a ah. dah 3-4 kali dah setakat ni lepas first time nampak kat tangga tu”

“apasal tak tukar shift je bawak pagi balik petang je bang?”, cadang aku sambil sedut rokok senafas-dua..

“payah sikit laa sebab relief driver kawan abang tu malam dia kerja security guard. nak cari relief driver lain memang payah sebab ramai nak bawak uber je sekarang”

aku mengangguk kecil agak simpati dengan situasi Abang Azman.

“tadi abang cakap dia sampai dah masuk dalam rumah sekarang?”, ‘cuit’ aku lagi padanya untuk dengar cerita selanjutnya..

“a ah. dah kira melampau la ni. tapi bini abang yang kena dulu…”

Kak Zaharah, isteri Abang Azman, terjaga dari tidur. Dia rasa dahaga sangat tetengah malam buta tu. Jam menunjukkan sekitar pukul 1 pagi. Abang Azman belum pulang dari bawak teksi. anak-anaknya pun takde dirumah malam tu. anak lelakinya selalu kerja shift malam di SMRT dan anak perempuannya pulak memang tinggal dikampus di NUS ( National University of Singapore). Memang Kak Zaharah selalu berseorangan dirumah..

Kak Zaharah keluar dari bilik tidur. Ruang tamunya agak gelap hanya diterangi sedikit lampu dari koridor melalui tingkap yang berlangsir jarang. Dia mula melangkah ke dapur dalam keadaan gelap samar itu. Namun suara menangis terisak-isak yang didengarnya tetiba buat langkahnya terhenti. pada mulanya, suara menangis terisak-isak tu disangkanya datang dari rumah jiran terdekat tapi bunyi tangisan tu kedengaran seperti datang dari dalam rumahnya sendiri. sayu dan halus bunyinya namun jelas kedengaran ditelinganya. Segera Kak Zaharah pandang sekeliling ruang tamunya. dan darahnya terasa seperti berhenti mengalir bila matanya dihalakan ke arah sofanya..

“bini abang nampak dia tercongok duduk kat atas sofa sambil nangis terisak-isak macam yang abang nampak kat tangga”

“uishh..abis Kak Zaharah camana masa tu?”

“terus dia lari balik masuk bilik tak keluar-keluar sampai pagi. Abang balik pun dia tak keluar bilik. Dia cakap suara menangis tu terus dia dengar dari dalam bilik. lama jugaklaa sampai la abang balik katanya”

“so kak Zaharah ok ke lepas tu?”

“ok apaa…ni dah dekat 2 minggu dah ni dia pegi duduk kat rumah adik dia di Ang Mo Kio”, jawab Abang Azman dengan ekspresi sedikit kesal..

“ohhh..”, sambut aku sedikit terlopong dengan sedikit asap rokok meliuk keluar dari mulut..

“dia pun suruh abang jual je rumah tu tapi memula abang taknak sebab dah serasi duduk kat area ni. tempat ni pun convenient. pasar dekat, Giant kat sini pun bukak 24 jam. tapi lepas abang kena 3 hari lepas, abang rasa memang tak boleh tahan aa. abang nak jual je lah rumah tu..”

“bisa diatur bang. tapi abang nampak camana dalam rumah?”, aku “cuit” Abang Azman lagi. Aku memang dah agak seram-sejuk dengar cerita dia ni tapi cam seronok plak nak dengar lebih lanjut.

“malam tu abang sampai rumah dekat pukul 2 gitu. cuak jugak masa naik lif takut nampak dia tercongok kat tangga lagi. nasib baik takde plak malam tu..”

Lega hati Abang Azman bila dilihat tangga didepan lif kosong tiada kelibat lembaga perempuan cina bercheongsam merah. segera dia melangkah pantas menuju kerumahnya yang tak berapa jauh dari lif. Rumahnya memang takde sesapa sekarang kerana isterinya dah tak sanggup duduk sensorang dirumah selepas kejadian malam tu.

Pintu dibuka perlahan dan Abang Azman melangkah masuk kerumah. Gelap agak gelita rumahnya dan sunyi benar rasanya. Tangannya meraba dinding untuk memetik suis lampu bila tetiba dia terdengar satu suara tangisan sayu dan terisak-isak datang dari arah sofa diruang tamu. Sejuk seluruh tubuh dirasakannya melihat apa yang sedang duduk disofanya..

Lembaga wanita cina bercheongsam merah dengan rambut panjang menutup wajah mengurai hingga kekaki sedang duduk tegak diatas sofa sambil menangis terisak-isak. Abang Azman merasa seakan mahu pengsan tapi digagahkan semangatnya dan perlahan-lahan melangkah keluar dari rumah..

“abang pergi mana lepas tu? lepak dalam teksi?”

“lepak dalam teksi apa plakk..kang disergahnya aku tepi tingkap mahu putus urat jantung aku”, sambut Abang Azman

“abis tu? pergi masjid?”

“tak. aku datang lepak kat kopitiam ni sampai Subuh”

“ohhh..”, aku terlopong lagi

“kau kena cari buyer gak rumah abang tu as soon as possible!”, arah Abang Azman pada aku

“ok bang. consider it done”

Abang Azman inform aku selepas meeting petang tu dikopitiam yang dia dah start bawak teksi dia dari malam pukul 7 sampai pukul 6-7 pagi keesokkannya. Memang dia tak sanggup dah duduk rumah tu terutamanya dimalam hari. dan selepas hampir 3 bulan lebih, aku berjaya dapatkan buyer rumah Abang Azman tu. satu keluarga anak 2 dari Philippines. tapi aku tak ceritakan laa tentang “sejarah” rumah tu pada buyer ni. Lagipun sisuami plak nampak happy sangat dapat rumah tu sebab mudah dan dekat nak ketempat kerjanya serta pasar dan sekolah untuk anaknya pun dekat..

entahlahh..salah ke aku tak ceritakan pada dia kisah rumah tu?

tammat

nota kaki;

kisah ini benar-benar berlaku dan diceritakan oleh member aku, seorang ejen rumah. kisah ni aku ceritakan semula untuk tatapan korang mengikut gaya dan daya imaginasi aku. aku harap korang terhibur dan jika tak terhibur dan ingin buat kecaman samada secara individu atau berjemaah, aku takdehal dan akan terima dengan hati terbuka sebab seperti yang aku pernah terangkan dalam ruangan komen di salah-satu cerita aku dulu, aku memang ada masalah berkomunikasi dalam bahasa melayu sebab dah lama dinegeri orang yang rata-ratanya berbahasa inggeris dan pernah lama menjelajah negeri orang yang berambut kuning, merah dan ramai bermata biru…

tapi aku cuba juga menulis untuk mengatasi masalah ini walaupun aku tahu tak ramai yang baca karya aku sebab tak sehebat ramai penulis2 disini yang diminati ramai. but i will continue to write…

see ya guys

chiao

-ezrin marsh-
16th March 2018

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

ezrin marsh

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

34 thoughts on “Perempuan BerCheongsam Merah”

  1. Aku suka cara penceritaan kau ni. Aku ingat kau pernah post dulu satu cerita pasal gangguan kat apartment rumah jugak. Jangan risau, bahasa melayu dan penceritaan awak sangay baik dan jauh lebih baik dari sesetengah penulis di sini. Teruskan perkongsian anda. You have a fan here.

    Reply
    • woww..ribuan terimakasih atas kata2 semangat dari saudari😔

      yup. saya pernah post cerita pasal satu gangguan diapartment kawan saya. dan beberapa cerita lagi di FS ni. niat tu utk memperbaiki penguasaan bahasa melayu saya. tapi jika sdri ada membaca kisah seram di taipei tu, saya tulis seluruh dialog dlm bahasa inggeris sebab nak tulis dlm bahasa melayu mcm tak “sampai” lol

      Reply
  2. aku pun terfikir benda sama.. so ejen hartanah ni kira tak jujur la kan.. cari buyer utk rumah yg ada “history” tp tak cerita benda tu janji dpt buyer (dan dia dpt komisyen).. that is being unfair to the future house owner.. and selfish jugak..

    Reply
    • saya tanya juga isu ni pada ejen rumah yang ceritakn pada saya cerita ni

      dia cakap yang rumah ni takde apa2 masalah pun selama beberapa tahun abang azman ni tinggal sana. cuma beberapa bulan kebelakangan ni je benda tu muncul. mengikut teori dia, ababg azman ni dan rumahnya kena ganggu sebab dia sering balik lewat malam. tu yang jena ganggu tu. bukan pasal rumah tu yang berpuaka

      Reply
  3. I x der masalah pun dgn cara penulisan u. as long as simple and teratur then its not a big deal. cerita u semua best best. just share jer kalo ade cerita seram yg lain k..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.