SUAI KENAL ASRAMA

Assalamualaikum wbt para pembaca FS, sebelum ni aku selalu menjadi peminat tegar cerita seram FS sampaikan sanggup set notification dekat email sebab nak baca ceritanya tapi kali ini aku nak berkongsi serba sedikit cerita aku.

Kisahnya bermula dari aku mula belajar. Aku tak pernah duduk asrama. Jadi semasa umur aku 18 tahun, itu merupakan tahun pertama aku duduk asrama dan berjauhan dari ibu bapa aku. Agak jauh juga iaitu di Perak. Oh aku lupa, sebelum tu aku perkenalkan nama aku Farah dari Klang.

Aku sambung semula, semasa aku masuk di asrama itu cuma ada pelajar MPP dan pelajar baru. Pelajar senior semua cuti sem. Masa itu MPP perempuan lebih kurang dalam 8 orang dan pelajar baru ada 7 orang termasuk aku. Aku dapat bilik hujung sekali dan dalam bilik tu aku seorang sahaja pelajar baru dan yang lagi 2 orang pelajar MPP.

Sebelum aku lupa, untuk pelajar baru ada sesi paradigma (sesi suai kenal) selama 6 hari. Aku dilantik sebagai penghuluwati (ketua bagi pelajar baru perempuan). Aku diarahkan untuk kejut semua pelajar baru untuk siap sedia pergi ke masjid untuk solat subuh, mengaji dan memulakan aktiviti sesi paradigma.

Aku sedar dari tidur yang lena pada pukul 4.30 pagi. Aku ketuk pintu bilik pelajar untuk pergi mandi dan bersiap. Kemudian, aku terus ke tandas untuk mandi sebab aku tak nak berebut bilik air. Aku masuk tandas ke 2. Sedang melayan mata, tetiba mataku terus segar bugar terkena air yang sejuk. Lalu aku pun cepat-cepat mandi, tiba-tiba aku terdengar bunyi air pancut di tandas lain.

Aku berasa lega sikit sebab ada pelajar yang dah bangun. Selesai mandi aku keluar dari tandas, aku pergi jenguk ke tandas yang lain tapi takde satu pun pintu tertutup. Aku beranikan diri pergi intai tandas yang air pancut terbuka tapi TIADA SESIAPA. Aku terus teringat pesan MPP jangan tegur kalau dengar bunyi air terbuka. Lalu aku terus berjalan lari ke bilik.

Yang kedua, ada satu malam semasa sesi paradigma aku tak dapat lenakan mata. Jam di telefonku menunjukkan pukul 3.00 pagi. Katil aku betul-betul mengadap luar tingkap. Sedang aku khusyuk pandang cahaya lampu di luar untuk melenakan mata, aku ternampak “benda” terbang dan “benda” tu tinggi. Aku terus tarik selimut sampailah aku ketiduran.

Yang ketiga, ni seram sikit bagi aku sebab aku yang kena. Terjadi di dalam bilikku sendiri. Masa tu pukul 2.00pagi. Aku macam biasa sukar untuk tidur. Sedang khusyuk bermain telefon, aku terdengar bunyi lokar depan katilku terbuka (lokar besi kalau buka bising sikit). Aku diam saja sebab aku intai roomate aku rupanya nak amik barang mungkin.

Kemudian, aku tengok balik dia berdiri lama depan loker dan senyap kaku. Aku panggil nama dia banyak kali la juga tapi dia tak memberi “respon”. Lalu aku turun dari katil (katil aku double decker dan aku katil atas). Sebelum nak ke lokar, masa ni aku mmg terkejut sangat-sangat sebab roomate aku SEDANG TIDUR LENA di bawah. Aku terus pusing pandang lokar¬†roomate¬†aku, loker dia tutup rapat. Masa tu aku terus mengucap sambil naik semula untuk terus tidur dalam ketakutan.

Ada cerita lagi aku kongsi. Sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

FarahIzzati

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 51 Average: 3.5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.