Perbuatan Orang

Assalamualaikum. saya sya dari Johor. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin jika cerita saya ini disiarkan di page admin and saya pun baru membaca kisah-kisah seram di dalam page fiksyen shasha.

Kisah yang saya hendak ceritakan, betul-betul berlaku ke atas diri saya dan adik-beradik saya oleh sebab atas perbuatan orang oleh kerana cemburu dengan ahli keluarga kami.

Kisah ini bermula, waktu itu saya berumur 16 atau 17 ketika itu. Ibu saya dan mak saudara saya meniaga di pinggir jalan dan menjual makanan-makanan goring dan kuih-muih.

Bermulanya cerita, ada seorang wanita lebih kurang 30an, dia ingin menghantar kuih-muihnya di kedai ibu dan mak saudara saya meniaga, tetapi ibu dan mak saudara saya tidak mahu mengambil kuih-muihnye untuk diletakkan diatas meja oleh kerana gerai ibu dan mak saudara saya sudah penuh dengan pelbagai kuih-muih dan makanan yang lain dan takut kuihnya tidak laris dijual sebab terlalu banyak kuih di tempat mak dan mak saudara saya meniaga.

Bermula dari peristiwa itu, beberapa minggu kemudian, jualan di kedai dan makanan yang dihantar, tidak laris dijual, tiada orang yang ingin membeli dan berhenti seolah-olah kedai itu tutup dan tidak nampak. Ibu dan mak saudara saya rasa berasa hairan kenapa pada masa itu tiada orang yang berhenti membeli.

Pada suatu hari tu, kawan mak saudara saya ada membeli kuih-muih yang dijual di kedai itu, memberi satu kenyataan yang agak memeranjatkan, dan kenyataan itu adalah apabila kawan mak saudara saya itu berkata di dalam kuih-muih yang dijual oleh ibu dan mak saudara saya itu mempunyai bulu kucing, rambut dan mempunyai barang-barang yang kotor (saya tak berapa ingat). saya amat terperanjat apabila ibu saya menceritakan cerita ini kepada saya.

Selepas beberapa minggu selepas kejadian itu berlaku, berlaku kejadian yang lebih dari itu. bermulanya dari adik saya yang bongsu, ketika itu adik bongsu saya berumur 5 tahun, ketika itu adik saya demam dan terbaring di atas kerusi rehat di kedai ibu dan mak saudara saya.

Tiba-tiba ada seorang lelaki tua yang tidak kenali datang dan duduk di sebelah adik saya yang demam itu. Orang tua itu bertanya kepada ibu saya adakah adik saya ni tidak sihat, ibu saya menyahut soalan orang tua itu lalu berkata ya, adik saya tidak sihat. Lalu, orang tua itu suruh ibu saya mengambil segelas air kosong dan diberikan kepada dia. Mulut orang tua itu, membaca sesuatu dan tiup kedalam air tersebut, disuruh minum dan sambil berkata kepada adik saya,”esok dah boleh sembuh” sambil senyum.

Beberapa hari adik saya memang elok tetapi adik saya tidak elok sepenuhnya, seolah adik saya ini macam terkena sesuatu, setiap malam adik saya akan menangis dan mengajak ibu,abah , saya dan dua lagi adik saya keluar pergi bersiar-siar dalam jam 2 atau 3 pagi setiap malam. Kita orang mula risau sebab perkara ini sering berlaku setiap malam. Dengan keadaan adik saya macam tu, saya dan kembar saya terkena santau angin dalam masa yang sama entah dari siapa saya tidak tahu. Saya dan kembar pada mulanya rasa biasa, tapi lama kelamaan, kami berdua rasa semacam, sentiasa letih, kepala pening, kerap muntah sampaikan badan saya dan kembar menjadi kurus sebab tidak selera makan selama seminggu.

Saya dan kembar tidak dapat hadir ke sekolah selama seminggu dan pelajaran tidak dapat di teruskan. Bermacam-macam cara family saya lakukan , ada yang pulih rumah mengunakkan air yassin, panggil orang untuk memulihkan rumah tapi sebaliknya meninggalkan lagi saka dalam rumah kami bukan memulihkan rumah kami. Keadaan saya dan kembar semakin teruk, kadangkala saya okay dan kembar saya tidak okay, apabila saya tidak okay kembar saya okay.

Keadaan saya masa itu, seperti tidak boleh bangun dan rasa macam nak baring di dalam toilet and merangkang sebab tidak daya masa tu. Apabila maghrib, saya dan kembar mula berasa resah dan panas, dan mual-mual, apabila malam macam-macam bunyi yang akan didengar di tingkat bawah, ada Nampak bayang dan sebaliknya. Dan ada jugak orang yang datang rumah saya nampak pocong dan ada lebih itu, ada yang nampak pocong itu dibawah katil dan diluar rumah. Anjing kerap menyalak didepan rumah bila nampak benda halus di rumah kami.

Selepas dua minggu keadaan ini tak pulih, abah saya bawa kami ke salah satu uztaz yang mahir dalam bidang ini. Uztaz tu mengubat kan kami berdua dan memakai tangkal yang sudah di bacakan ayat-ayat..(tangkal ini boleh digunakan ketika solat dan mandi wajib, dan segala kesembuhan semua dari allah, tangkal ini Cuma pertolongan dari allah). Tangkal yang saya pakai itu, saya pakai hingga sekarang dan sekarang saya berumur 21 tahun… Alhamdullilah allah telah menolong saya. Tangkal ini akan hilang dengan sendiri kalau tiada benda halus yang ingin menganggu..

Sekian cerita saya ini. Harap maaf, kalau cerita saya ini kurang seram dan tidak faham apa yang hendak disampaikan, saya Cuma hendak berkongsi supaya cerita saya ni menjadi tauladan. Assalamualaikum….

.

Syafi
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 comments

    1. Saya tidak menjadi baca. Lalu saya membaca komen sahaja. Dan membalasnya. saya harap awak orang faham. terima kasih daun keladi. Lain hari tak payah la hantar citer lagi

  1. ”tangkal ini boleh digunakan ketika solat dan mandi wajib, dan segala kesembuhan semua dari allah, tangkal ini Cuma pertolongan dari allah”
    ”Tangkal ini akan hilang dengan sendiri kalau tiada benda halus yang ingin menganggu..
    mcm mn tu ehh ? umur kau dah 21 tahun. aku yakin kau cukup berakal untuk menentukan bnda yang baik dan buruk. lebih dari cukup. tapi fikiran masih cetek dan guna tangkal ? better kau buat pendinding diri berbanding tangkal kau tu. sorry awak .
    mntak sangat kau berbalik kpd rukun iman. rukun iman pertama nyata beriman kepada Allah. tiada langsung senarai rukun iman menyatakan ‘beriman kepada tangkal’
    peace 🙂

  2. tangkal tetap haram walaupun ayat alquran ke ape ke.. kau ni bodoh da besa pon bodoh.. menulis pon bodoh.. pendek kata kau mmg bodoh.. bodoh nak mampos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.