Adik Lapar

“Sebenarnya, ada satu cerita aku nak kongsi ni. Dah alang-alang kau datang lepak ni, aku rasa nak beritahu kau. Kau nak dengar tak?” Soal Aidil kepada Husin yang datang melepak di rumahnya.

“Eh, mestilah nak,” jawab Husin sambil menyalakan sebatang rokok.

“Tapi, aku rasa malas nak ceritalah pulak. Nanti kau kecoh!” Jawab Aidil berseloroh.

“Ni yang buat aku geram ni. Cerita je lah!”

“Hahaha! Okay macam ni. Dulu ada seorang perempuan ni, dia kerja sebagai jururawat. Kerja sebagai jururawat ni, kau faham je lah kan. Mesti terlibat dengan d***h. Betul tak?” Aidil memulakan cerita.

“Betul. Okay, teruskan.”

“Setiap hari dia bergelumang dengan d***h. D***h tu pula ada macam-macam jenis. So, satu hari tu…”

“Argh, klise! Mesti dia pontianak kan? Dia minum d***h tu. Aku dah boleh jangka cerita kau ni!” Sampuk Husin membuatkan Aidil geram.

“Bukan. Boleh tak dengar dulu? Jangan menyampuk!” Bentak Aidil.

“Sorry, sorry. Okay, teruskan.”

“Kan aku dah lupa. Part mana tadi?”

“Part d***h ada macam-macam jenis.”

“Ha, okay. D***h tu ada macam-macam jenis. So, satu hari tu ada orang perasan d***h dalam tu mesti tak cukup satu pek. Waktu ada orang tengok tak cukup, jadi peliklah.”

“Memang dia yang ambil?”

“Orang syak dia ambil. Lagipun memang dia yang incharge tabung d***h tu. One day, ada satu staff nurse ni intip dia. Rupa-rupanya betul. Memang nampak dia masukkan satu pek d***h tu dalam beg dia dan bawa keluar. Kau rasa dia buat apa dengan d***h tu?”

“Dia minum! Betul tak?”

“Dia bagi anak dia,” jawab Aidil ringkas.

“Ha, kenapa pula dengan anak dia?” Husin mengerutkan dahi tanda pelik dengan cerita Aidil.

“Sebenarnya, dia ada anak kembar. Kembar sepasang. Seorang tu laki, seorang tu perempuan. Bak kata orang, kembar siam,” jelas Aidil.

“Ish, apa kaitan pula dengan kembar siam?”

“Waktu orang pergi rumah dia. Yang buka pintu tu anak laki dia. Jadi, masa tu orang cuba tanya dia pasal d***h tu. Mula-mula dia tak nak mengaku. Sampailah orang geledah rumah dia dan jumpa…”

“Jumpa apa?”

“Jumpa bilik. Satu bilik gelap kat loteng rumah. Mula-mula dia tak nak buka pintu bilik tu. Katanya stor. Tapi, stor apa pula kan kalau tak nak bagi orang masuk?”

“Betul juga kan. Lepas tu apa jadi?”

“Orang pecahkan pintu tu dan terus serbu. Rupa-rupanya…Syh…” Aidil memberhentikan cerita sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir dengan gaya yang mendebarkan.

“Eee… Cerita je lah. Ada apa?”

“Ada kepala budak!”

“Pergh, mesti dah berulat kan?” Soal Husin dengan mimik muka jijik.

“Masalahnya kepala tu hidup. Ada dalam balang bersama wayar-wayar yang… Entahlah. Ala, istilah perubatan ni aku bukan reti nak sebut. Tapi yang penting kepala tu memang hidup!”

“Eh, kejap. Maksud kau kepala je ada? Tapi kepala siapa?

“Kepala anak dia. Hanya kepala tanpa badan. Orang kata macam penanggal. Entahlah. Tapi, kau ingat tak aku cakap yang dia ada anak kembar Siam?”

“Ingat. Laki dan perempuan kan?”

“Ya, lepas pembedahan untuk pisahkan mereka, yang selamat hanya budak laki tu je. Ala, yang aku cerita tadi buka pintu rumah tu. Yang budak perempuan tu pun kira selamatlah juga. Tapi, tu lah. Tak sempurna macam abang dia.”

“Apa kaitan dengan d***h tu? Macam mana dia boleh hidup?” Soal Husin bertubi-tubi cuba mencari kelogikan daripada cerita Aidil.

“Yang ni agak pelik. Budak perempuan tu hanya makan d***h je. Dia tak boleh hidup tanpa d***h manusia. Mak dia dah cuba macam-macam cara. Tapi tetap tak boleh. Budak tu tak macam orang lain,” ulas Aidil serius.

“Hahaha! Mengarutlah cerita kau ni. Takkanlah ada orang macam tu!” Balas Husin dengan dekahan yang kuat. Tanda mengejek.

“Kau tau macam mana jururawat tu boleh meninggal?” Soal Aidil tanpa mempedulikan ejekan Husin.

“Lepas jururawat tu dibuang daripada perkhidmatan, dia tak dapat stok d***h. Jadi, dia terpaksa bagi d***h dia sendiri kat anak dia. Sampailah…”

“Sampai apa?”

“Sampai m**i.”

“Enough, enough! Makin mengarut dah ni. Kalau betul cerita kau ni, apa jadi dengan budak perempuan tu? Kalau mak dia m**i, mesti tak ada makanan dia lagi kan?”
“Oh, pasal budak perempuan tu. Dia okay je. Ada kat rumah aku.”

“Hahaha! Lawak lah kau ni! Siapa bagi dia makan?” Soal Husin sinis.

“Aku yang bagi dia makan,” jawab Aidil ringkas.

“Hahaha! Macam mana kau nak bagi dia makan. Kau tu kerja kilang je. Boleh tahan juga lawak kau ni!”

“Kejap lagi aku nak bagi dia makanlah ni.”

“Bagi makan dengan apa pula? Hahaha!”

“Dengan d***h kau!” Aidil membuntangkan mata.

“Argh!!!” Satu jeritan kedengaran kuat di kawasan itu. Sayangnya, jeritan Husin di rumah Aidil yang jauh di hujung kampung itu amat mustahil untuk didengari orang sekeliling.

“Adik dah kenyang?” Soal Aidil sambil mengusap kepala adiknya setelah rakus menghisap d***h Husin.

“Adik lapar lagi,” jawab adiknya pendek.

FIKRI FIQ
Rating Pembaca
[Total: 150 Average: 4.4]

8 comments

  1. Jangan disbkan nak layan syok sendiri, akhirnya hanya dosa diperolehi. Menulis atau mengarang cerita fiksyen yg tidak mendatangkan kebaikan nasihat atau panduan ada hukumnya. Bertanyalah pd alim ulama yg lebih arif utk lebih memahami.
    Sesungguhnya yg baik itu datangnya dr Allah SWT, manakala yg salah silap dan mungkar itu datangnya dr kita insan yg mungkin masih belum memaahami lg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.