“Adik nampak mukanya pucat,dagu runcing, mata merah.” Kisah Semasa Kem Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca FS. Kali ni sis nak cerita pengalaman adik bongsu sis sewaktu dia join program sekolah beberapa tahun lepas. Nama adik sis ni Zila.


Malam tu bersungguh betul Zila mengemas baju, tak sabar agaknya nak pergi esok. Program ni macam kem motivasi buat semua pelajar tahun 4, waktu program ni diadakan cuma tinggal beberapa minggu saja lagi pelajar akan cuti sekolah. Nama je kem ya, tapi mereka tak pacak khemah pun, mereka tidur dalam chalet sebab ada yang baik hati nak sponsor adik-adik ni semua.

Kakteh: Adik da siap packing ke?

Adik: Belum la kakteh

Kakteh: Mak ai banyaknya baju macam nak pergi sebulan ni. Mak… cuba tengok adik ni, beriya sungguh ni.

Mak: Ya Allah dik, takpelah biar mak je lah yang kemaskan.

Kem tu 3hari 2malam je, keesokan harinya ayah hantar adik ke sekolah, nampak ramai pelajar ni da siap-siap nak naik bas.

Balik je dari program tu akak dia ni memang suka bertanya.

Kakteh: Adik macam mana camping, mesti best kan.

Adik: Hmmm ok je teh.

Kakteh: Haii, lain macam je bunyinya, cer citer.

“Macam ni teh, masa dah sampai sana cikgu bawa kami ke chalet tempat kami bermalam kat situ. Adik masa tu pilih nak tidur kat katil hujung sekali. Katil situ double decker. Adik tidur katil bawah. Mula-mula sampai semua nya macam biasa. Masa kem tu ada sekolah lain pun join sekali jadi ada la budak yang adik tak kenal kat situ. Keesokkan harinya ada budak hilang, beberapa orang cikgu dan fasi usaha cari budak tu tapi tak jumpa-jumpa juga. Masa tu adik dengan 3 orang kawan tergerak hati nak pergi belakang chalet, kat belakang tu macam kawasan hutan dan ada anak sungai. Kitorang nak kutip batu sebab cikgu suruh ambil batu untuk aktiviti malam nanti, masa tengah asyik mengutip batu, kami terperasan budak yang hilang tadi.

Dia mencangkung, kepala dia tunduk je sambil perhatikan air sungai tu mengalir. Budak tu mencangkung kat atas batu, kiranya kedudukan dia kat tengah-tengah anak sungai.

Kami ni pun jerit la panggil dia, tapi dia senyap je tak cakap apa-apa. Dia masih dengan kedudukan yang sama, tak ada apa-apa respon. Lepastu ada seorang kawan adik ni cakap “Weh, jomlah biar je lah dia kat situ”

Sampai je kat tempat semua pelajar kena berkumpul lepas cari barang yang cikgu minta tadi, budak yang hilang tu tiba-tiba dah ada kat situ. Rasanya tak sampai 5minit, cepat betul dia jalan. Tak nampak pun dia melintas depan kami. Kami berempat ni terkejut la. Kawan adik yang ajak kitorang gerak tadi bagitahu “Masa korang panggil budak tu, aku ternampak kat belakang pokok seberang sungai tu ada bayang-bayang hitam tinggi macam tengah mengintai, benda tu tak ada muka cuma nampak kepala je kejap-kejap tinjau pastu menyorok balik kat belakang pokok, sebab tu tadi aku ajak korang pergi daripada situ.”

Kakteh: Serious la dik, adik tak baik tau menipu.. Dosaa…

Adik: Betul lah teh. Ada lagi ni nak cerita.

Aku pun rasa alahai kesiannya adik-adik ni. Kecil lagi dah kena sakat dengan benda alah tu. Gangguan tu tak berakhir kat situ.

Adik: “Malam tu, kami berborak-borak la sebelum tidur. Tergelak sakan tak ingat dunia tiba-tiba dengar bunyi.

Srrrttttt…….

Bunyi macam kerusi kena tarik. Terus semua senyap. Pastu ada pula yang tegur “Weh korang ada dengar tak bunyi apa tadi tu”. Adik pun cakap dalam hati “Alahai budak ni pergi tegur buat apa”. Bunyi dia jelas sangat. Yang peliknya kat dalam bilik tu mana ada kerusi. Adik pun tak sedap hati cakap dengan kawan, nak tidur dulu. Tak lama lepas tu. Mereka ni buat bising lagi. Pastu bunyi lagi sekali.

Srrrrrrtttttttt……!

Bunyi yang sama tapi lebih kuat dan lagi lama daripada sebelum ni. Yang lain pun apalagi tarik selimut buat-buat tidur. Adik yang dari tadi buat-buat tidur pun tak dapat tidur lagi. Adik cuba buka mata, tiba-tiba nampak pintu almari dalam bilik tu nak terbuka macam ada tolakan daripada dalam almari.”

Aku pun mencelah.

Kakteh: Entah-entah ada angin kot.

Adik: Tak kakteh, dia punya pintu almari tu jenis kayu berat pastu dah tertutup rapat mana boleh terbuka sendiri. Adik tahu la, adik tengok dengan mata sendiri (nada kesal).

Adik nampak kat almari tu macam ada benda tolak-tolak nak keluar. Cepat-cepat adik pandang tempat lain. Adik alih pandangan kat arah balkoni. Balkoni tu ada langsir jenis kain tebal dan jarang, ada sliding door kaca lutsinar jelas nampak pemandangan kat luar dibantu dengan samar-samar lampu jalan. Sebelum tidur, memang sliding door tu kami dah tutup siap kunci lagi tapi entah kenapa, langsir dekat balkoni tu bergoyang-goyang macam kena tiup angin kencang. Jelas sangat nampak. Dalam bilik tu pakai aircond bukan kipas. Adik perhati betul-betul kat balkoni tu, adik rasa pelik la kenapa dengan langsir ni. Tak semena-mena adik ternampak  ada orang berdiri kat luar berandah. Dia berdiri belakang sliding door belah luar. Badan dia mengadap ke arah bilik kami. Adik pun tutup muka dengan bantal, kecilkan mata tapi masih lagi perhatikan benda tu.

Adik nampak muka dia, muka benda tu putih pucat dagu dia runcing. Mata dia merah menyala macam api, benda tu menyerigai nampak taring. Tangan dia melambai-lambai kat adik. Cepat-cepat adik baca ayat kursi, adik baca semua doa yang terlintas dalam kepala masa tu, sampai doa makan pun adik terbaca sekali. Pastu adik nampak dia macam samar-samar hilang. Macam jadi asap lepastu hilang.

Mak yang dari tadi kat dapur ke ruang tamu dengar kami berbual.

Mak: Haaa tak habis lagi ceritanya, memang tempat dia la tu, tempat macam tu jarang orang sewa, bila dah lama tak ada orang jadi benda macam tu singgah la. Lain kali jangan suka-suka sangat nanti menangis.

Kakteh: Adik tak takut ke masa tu, lain kali kalau jadi camtu adik jangan tegur, buat-buat tak nampak je.

Adik: Mesti la takut. Adik tak tegur pun, ada budak lain yang tegur. Esoknya kecoh budak-budak ni, ada juga bilik lain kena ganggu masa diorang pergi tandas waktu malam-malam. Ada yang dengar bunyi pintu kena cakar, pintu kena ketuk bila buka tak ada orang. Macam-macam lagi lah.


Sampai situ saja perkongsian sis kali ni, kalau tak seram bagi korang tu perkara biasa sebab benda ni tak jadi pada diri sendiri lagi. Maaf jika cara penceritaan sis bukan style yang pembaca suka. Setiap penulis berbeza cara dia sampaikan cerita kan. Sis sekadar menulis untuk sama-sama berkongsi pengalaman. Pedomannya disini kita sebagai orang yang lebih dewasa, kena banyak ambil tahu hal mereka yang masih kecil sebab dorang ni belum matang dari segi pemikiran dan tindak tanduk membuat keputusan. Lagi² zaman sekarang ni banyak perkara yang patut kita ambil berat, moga Allah sentiasa melindungi kita semua, aamiin. Okay la guys, assalamualaikum.

Fatin Adila Razali
“Adik nampak mukanya pucat,dagu runcing, mata merah.” Kisah Semasa Kem Sekolah
10 (100%) 1 vote

16 comments

    1. So, apa masalah kau dgn ayat tu? Ada je orang condemn sebelum ni kata tak seram bagai padahal aku cerita pengalaman betul bukan rekaan, thats why aku mention ayat tu. Nickname kau tuh sesuai tuk kau. Nais😊😊

      1. x masalahnye skrg apa maksud yg ko cuba nak sampaikan..”x seram pasal belum kena kat diri sendiri”…apa maksud ko sbnrnye..citer rekaan atau betul pun, dah kalau org kata x seram, x seram la…dan x semstinya dia ckp camtu sbb dia x pernah hadap ‘benda’ tu…ataupun ko ni sbnrnye jenis sentap kot..ye la punya dah syok2 karang dgn harapan org berasa seram tp last2 org kata x seram..mau x sentap kan…ni jujur aku ckp la..citer ko ada la seram skit..cara penulisan ko tu bagus n sesuai kalau utk ko tulis cerita sang kancil sang buaya atau arnab dan kura2…

        1. Well mambang, thanks. Aku tak kesah pun orang nak kritik kata tak seram ke apa. At least jangan nak carut², ayat aku setakat macam tu je nak carut² bagai. Aku cakap baik² je kan, siap minta maaf lagi setiap kali entry aku. Nama kau memang mambang ke? Bahasa kau pun bagus kan mungkin doa daripada nama kau. Kalau cerita aku tak seram mungkin sebab benda tu tak pernah jadi lagi pada diri orang tu. Aku tak terniat langsung pun nak doakan orang lain supaya kena macam yg adik aku alami tu. Kalau fikiran kita ni negatif memang tak nampak yang baik. Keep it up mambang, teruskan mengkritik. Aku nak tahu juga la, cerita kau yang mana admin da approve ek? Hebat sangat kau sembang. Aku tak harap pun pujian dan tak kesah pun orang nak kritik. Oh ye, mungkin aku kena ignore je kalau orang nak carut² lepas ni sebab memang terdidik dari kecil camtu. Ada aku kesah?

  1. Salam semua… huhu… sedar x salah satu cara syaitan menyesatkan kita adalah dgn buat kita bergaduh dan bermusuh.. sedang kita dok bertengkar.. syaitan dan iblis bersorak happy.. berlapang dada la… kalau x suka abaikan je.. x yah kesatkan kata.. lumrah la hidup di dunia.. x semua sempurna… hehe… chill ye…

  2. Minta maaf guys, semua orang pun ada perasan. Aku tak pernah pun condemn sesiapa punya entry dalam forum FS ni, tiba² ada yang masuk entry org lain terus nak mencarut sebab ayat camtu je, tak boleh ke cakap baik²? Aku bukan bodoh sangat tak faham org nak kritik sampai nak kena mencarut. Kalau tak suka, aku takkan menulis lagi dalam forum ni, aku pun bukan tak ada benda lain nak buat. Thanks admin sudi approve selama ni. Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah. Aku menulis sekadar minat dan berkongsi je. Jangan underestimate penulis² dalam FS ni, maybe dia ada high education, master or phd cuma dia taknak show off je.

  3. Laaaa .. kesian ko dik. sabor je la dgn manusia dengki hati busuk ni. suka2 nk condem cara org bercerita, nk harapkan cerita ngko bulu jembut je la yg dpt!
    Pedulikanlah pd yg byk bunyi tu, hakak suka je baca cite ko dik. jgn fedap menulis taw .. iols is alwes tggu cite2 ko yg lain🍭

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.