Adikku Si Dolah

salam sejahtera kepada warga fs. Aku kenalkan diri aku sebagai Orkid..Nama sebenar ye as per I/C..

Aku ada seorang adik yang beza 2 tahun dari aku. Biarlah dia dikenali sebagai Dolah.. Jujur aku katakan, bila aku membesar bersama Dolah di dalam satu rumah yang sama, banyak benda terjadi kepada aku. Semakin banyak hari yang aku lalui bersama Dolah, semakin aku rasa takut dengannya.

Dolah ni seorang yang mulut murai, mulut tak henti-henti potpet potpet sampai tahap cakap sorang-sorang kalo takde orang layan..bahkan dengan menatang pun kadangkadang dia sembang..Dia suka simpan katak dalam balang sebagai pet dan disimpan bawah katilnya untuk dijadikan koleksi.

Ada katak lembik, katak puru, katak pisang dan macam-macam lagi.. Tapi semua benda ni aku sorang jer yang tahu. Aku ada bagitahu mak aku, tapi bila mak check bawah katil Dolah semua balang tu dah takda. Bila mak keluar jer dari bilik, Dolah pandang aku dan kerdipkan sebelah matanya pada aku sambil senyum.

Dulu, aku ada bela seekor arnab, nama dia Jun, tapi satu hari, aku jumpa bangkai Jun dekat belakang rumah dalam keadaan perutnya dibelah, dan matanya dicungkil keluar. Jujur aku sedih dengan kematian mei, tapi masa tu aku syak, mungkin itu kerja musang.

Petang tu, aku dapati ada satu surat dekat atas meja belajar aku. Bila aku buka surat tu, aku dapati ada gumpalan bulu Jun yang dilekat dengan pita pelekat pada hujung surat tu. Surat tu pulak ditulis,

” HEY, INI BULU JUN.. AKU SAYANGKAN KAU MACAM KAU SAYANGKAN JUN TAPI AKU TAK SUKA BERKONGSI.. HAVE A NICE DAY. ”

Bila baca jer surat tu, aku terus menangis. Perasaan aku pada ketika tu bercampur baur.. Marah, sedih, takut… Aku nak keluar, nak pergi bagitahu mak, tapi tiba-tiba Dolah dah terpacak depan pintu bilik aku sambil tersenyum..

“Kau bagitau mak, aku tak teragak-agak untuk buat kau macam Jun ”

Itu jer ayat Dolah yang aku tak boleh lupa sampai sekarang. Ada satu hari tu, masa tu Dolah pergi sekolah sebab ada latihan bola, aku saja masuk bilik Dolah sebab aku nak tengok kat mana dia simpan balang-balang haiwan m**i tu, tapi benda lain yang aku jumpa. Aku jumpa gambar-gambar aku.. Semuanya diambil masa aku tidur. Aku jadi terkejut. Malam tu, aku tidur tak lena. Aku kunci pintu bilik dan tingkap. Siap aku hadang dengan kerusi meja lagi. Aku dah rasa tak selamat berada dekat rumah sendiri!!!

Esoknya, sepanjang waktu sarapan, Dolah pandang aku dengan pandangan tak puas hati. Aku jadi tak selesa, dan terus minta diri untuk terus ke sekolah. Aku memang rasa nak keluar dari rumah aku tapi, kalau aku keluar dari rumah, aku nak tinggal dekat mana? Mak dan ayah? Aku tak rasa diorang selamat selagi Dolah ada dalam rumah tu.

Aku masih ingat bila Dolah dapat tahu aku ada suka dekat seorang budak lelaki dari kelas aku. Dolah naik hantu gila.. Dia pergi jumpa budak lelaki tu tanpa pengetahuan aku. Habis budak lelaki tu kena marah dengan Dolah. Esoknya budak lelaki tu bagitahu aku dan aku terkejut gila.. Aku tak tau la apa masalah adik aku tu. Balik jer rumah, aku terus jumpa Dolah dan tanya dia kenapa dia buat macam tu. Selamba badak dia jawab, “dia tak layak untuk kau. ”

Pernah sekali tu, Dolah hunus pisau dekat aku bila aku dan dia bergaduh teruk sebab dia koyakkan buku math aku. Aku takut gila… Serious!!

Dolah ni jenis pandai berlakon. Depan mak ayah aku, dia acah normal.. Tapi bila mak ayah takda depan mata, dia mula tunjuk psiko.. Dia curi seluar dalam aku, dia tumbuk dinding tak berhenti sampai aku tegur dia, barulah dia berhenti.. Itupun sambil tersengih.. Kadang dia akan lompat-lompat sampai rumah bergegar, bercakap sorang-sorang, siap gelak-gelak lagi. Masalahnya, bila dia bercakap tu, dia tanya, dia sendiri yang jawab. Bila mak ayah takda kat rumah, memang aku akan kunci pintu bilik dan tingkap sekali. Even, kalau masa tu ada cerita best ker kat tv, aku takkan keluar sampailah aku dengar bunyi kereta yang menandakan ayah dan mak aku dah balik.

Bukan tu jer, Dolah ni nak kata, memang pandai dari segi pelajaran dan sukan. Cikgu selalu puji dia. Macam yang aku cakap, dia memang pandai berlakon… Dekat sekolah, dia dapat banyak attention.. Ramai peminat.. Sampai ada yang kata dekat aku, beruntungnya aku jadi kakak Dolah. Heh! Kau tak tau yang kau nampak tu semuanya palsu belaka.

Ada sekali tu, aku tengah baca quran dekat dalam bilik, lepastu tiba-tiba aku dengar ada benda jatuh dari luar bilik aku. Aku bukak pintu, untuk tengok apa yang jadi. Dolah dah terpacak depan pintu bilik aku sambil senyum dan dia cakap,

“Suara dah la tak sedap, tajwid kelaut .. boleh tak perlahankan sikit… sakit kpala otak aku dengar kau baca quran.. ”

Aku memang meremang gila masa tu.. Kau bayangkan la.. Waktu tu, tengah malam tau.. Mak ayah aku dah tidur.. Kejadahnya kawan-kawan dia nak datang tengah-tengah malam melepak dengan dia. Lagipun, aku tak dengar pun ada orang ketuk pintu ker, atau suara kawan dia ker apa..

Lagi satu… Benda ni terjadi masa hari jadi aku. Kau tau la kan, bila dah tiba birthday kita, benda paling best sekali bila kita dapat hadiah walaupun kita tak minta pun.. Sama macam aku. Aku rasa happy gila bila pagi-pagi buta, aku nampak ada kotak hadiah depan pintu bilik aku. Tak tunggu lama, aku terus buka hadiah tu dan perasaan seronok tu, bertukar jijik.. Aku dapat kotak hadiah yang berisi bangkai serangga bermacam jenis dan dihiasi dengan bunga-bunga kertas yang ditanam oleh mak aku kat tepi rumah. Dalam kotak tu pun, ada satu surat yang tertulis, “Happy birthday!!! “.
Rasa nak mencarut jer masa tu.

Sekarang Dolah dah masuk pusat sakit jiwa atau tanjung “rambootan” Dan sepanjang dia takda dekat sini, aku dah cerita semua yang aku dah bagitau pada mak aku.. Siap geledah lagi bilik si Dolah. Kau tau tak, balang-balang tu dia simpan dekat mana? Dia simpan dalam almari dan ditutup dengan baju-baju dia yang dia tak reti-reti nak lipat tu. Gambar-gambar aku pulak, aku tak jumpa. Aku syak dia bawak benda tu pergi pusat sakit jiwa sekali.

Mak ayah aku mula-mula tak percaya, tapi bila aku tunjuk bukti, barulah diorang percaya.

Aku bukan mereka cerita.. Aku tulis benda ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku cuma harap agar korang semua hati-hati sebab orang psiko ni ada disekeliling kita tanpa kita sedar pun.. Sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Orkid
Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

38 thoughts on “Adikku Si Dolah”

  1. Ye, saya dah check tadi, dia memang sama je dengan cerita “Abang Aku Psiko”. Dia cuma ubah, abang jadi adik..aduihhhh!!🤦‍♀️🤦‍♀️

    Reply
  2. adoyai….. pada April 27, 2019 cerita ni dah disiarkan…. edit sikit sikit je… hari ni memang khas untuk ciplak hasil kerja orang lain kot….

    Reply
  3. cerita ni aku pnh baca tp xigt ktne…blog lain kot…baca sikit je terus g tgok komen…anta kisah sndiri la dik…jgn cnp cite org lain…aduyaiiii

    Reply
  4. penulis baru plagiat balik cerita penulis lama , ubah watak tapi tersasul juga terselit nama mei kat situ walaupun mangsa adalah jun ……

    Reply
  5. Adakah yg copy paste cerita ini juga ialah seorang psiko?

    Dan admin dah terlalu busy paste iklan ke sampai cerita copy paste pun tak disaring?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.