Ah Kong

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca Fiksyen Shasha tidak kira dimana kamu berada. Dan terima kasih banyak-banyak buat semua yang ikut cerita saya dari awal sampai akhir. Cerita-cerita yang aku ceritakan sebelum ini dan juga dalam posting kali ni adalah dimana aku cuma ingin berkongsi pengalaman yang aku pernah rasai dan tidak pernah sekalipun terasa suka mahupun gembira didamping oleh jin dan syaitan.

 

Tidak pernah aku rasa bangga ‘hijab terbuka’ kerana ia semua amat menghantui aku selama ni. Jadi bila aku ceritakan dalam Fiksyen Shasha ni, bacalah dengan hati yang terbuka ye. 🙂

Kisah yang akan aku ceritakan ni bukan sambungan dari Pindah Ke Borneo ataupun Pindah Ke Borneo: Selepas Berubat. Ini adalah pengalaman lain ku selepas apa yang dah berlaku sebelum-sebelum ni.

Seperti yang pernah aku cerita dulu, rumah aku berada di tengah-tengah antara jiran bangsa cina dan juga jiran yang berbangsa Iban. Jiran cina aku ni ada suami isteri, anak dua orang baya-baya aku, dan atuk mereka blah bapa.

Nenek diorang dah lama meninggal dunia. Suatu hari tu, waktu tu hari Ahad pagi jam lebih kurang pukul 9. Aku yang baru lepas mandi dan tonton Teletubbies pun keluar lah kat balkoni rumah aku sebab kat luar rumah aku tu bising sangat dengan orang yang bertandang ke rumah jiran aku. Aku ingat kan jiran cina aku ni ada buat makan-makan ke apa. Tapi yang peliknya bila nampak asap banyak sangat depan rumah dengan bau colok cina. Dengan rasa teruja ingin tahu, aku pun keluar dari pagar rumah aku, melewati depan rumah diorang.

Bila dah keluar dari rumah, aku tengok ada keranda warna coklat besar dekat perkarangan garaj rumah diorang. Ada frame gambar diletakkan di hujung kepala keranda. Waktu tu aku ingatkan memang betul diorang ada buat majlis makan-makan. Sebab dekat sebelah keranda tu ada meja penuh dengan buah oren, ada seekor khinzir panggang, ada kuih ‘angku’, kuih pau berbentuk kura-kura, nasi putih dan macam-macam lagi. Ramai orang berpakaian serba hitam waktu tu.

Tiba-tiba mata aku terpandang orang tua yang duduk keseorangan depan rumah beliau. Berpakaian serba putih, baju pagoda dan seluar tiga suku yang selalu dipakainya itu cukup aku kenal.

Kedudukan beliau berada tepat di atas simen tepi longkang yang selalu diduduki tiap kali menjelang petang. Tapi keadaannya kali ni, mencangkung di atas simen sambil memeluk kedua-dua kakinya. Ternampak air matanya berlinangan.

(perbualan antara aku dengan Ah Kong dalam bahasa Hokkien tapi aku terjemahkannya dalam bahasa Melayu untuk memudahkan korang baca. )

“Ah Kong. Kenapa nangis?” sapa aku mesra. Selalu sangat aku lepak dengan Ah Kong ni. Dah macam atuk aku dah. Aku rajin dengar cerita-cerita Ah Kong ni waktu dia kerja dengan British dulu. Selalu berlayar kadang ke London, kadang ke Singapura dan selebihnya di Borneo.

Ah Kong hanya diam. Dipandangnya aku dengan pandangan yang sayu. Kedua tangannya masih memeluk erat kedua belah kakinya yang kurus itu.

“Ah Kong. Kenapa duduk sini sorang-sorang? Tak join diorang makan?” tanya aku lagi. Kali ni Ah Kong hanya menggelengkan kepalanya.

“Ah Kong. Kenapa senyap macam ni? Selalu ah kong bising kacau saya,” Ah Kong cuma tersenyum sepi.

“Ah Kong. Kenapa kaki tu ada luka? Panjang pulak tu ..” hairan jugak aku tengok sebab luka Ah Kong tu kira dalam jugak lah. Tapi Ah Kong tetap diam tanpa kata-kata. Ish orang tua ni.

“Ninot! Buat apa di luar tu? Mari masuk!” sapa Aunty Jenny ramah bila melihat aku terkial-kial depan rumah beliau. Aku terkejut tiba-tiba dia jerit macam tu nasib baik lah tak terjatuh dalam longkang. Aku terus berpaling kat Aunty Jenny dan masuk dalam perkarangan rumah dia. Waktu aku masuk tu, aku perhati je makanan atas meja tu.

Gila tak terliur tengok warna-warna striking ada oren ada pink ada hijau ada putih macam-macam. Aku lalu sebelah keranda tu lalu mata aku tertancap pada frame gambar yang diletak hujung keranda tu. Eh, apasal muka Ah Kong letak kat sini?

Aku diam je lagi waktu tu sebab aku tak nampak sangat dalam keranda tu ada apa sebab waktu tu diorang letak keranda tu agak tinggi melepasi bahu aku.

Lepas dah ambil air sebab haus pulak tekak aku time tu, aku duduk tepi keranda tu tengok je ukiran halus kat tepi ‘kotak coklat’ tu. Khusyuk. Tiba-tiba ..

“Ninot cakap dengan siapa kat depan tadi?” Aunty Jenny mula borak dengan aku. Bosan lettew takda siapa nak borak dengan dia.

“Ah Kong.” jawab aku sepatah sambil minum air oren yang sedap itu.

Muka Aunty Jenny waktu tu tunjuk muka pelik. Aku tanya kenapa. Dia pun terus ambil cawan aku letak atas meja kat tepi aku. Dia dukung aku (waktu tu aku kurus dan ringan je hehehe), dia bawak aku ke keranda coklat tu. Waktu ni memang aku pulak yang tunjuk muka pelik. Kenapa Ah Kong tidur dalam tu?

Wajah Ah Kong pucat gila kalau toreh pun takde darah keluar ni rasanya. Baju yang Ah Kong pakai tu warna merah tapi tadi aku nampak Ah Kong pakai baju yang selalu dia pakai. Aku terus berpaling ke arah luar pagar. Kelibat Ah Kong dah takda.

“Ninot. Ah Kong dah mati. Pagi tadi jatuh dalam tandas.” Beria-ia aunty Jenny terangkan kat aku tentang Ah Kong yang dah mati. Anak-anak aunty Jenny pun pandang aku pelik. Aku lagi lah pelik. Baru jap tadi aku borak dengan Ah Kong kot?!

Bila aku nak balik rumah aku, aku lalu sebelah tempat dimana aku berborak dengan Ah Kong tadi. Nampak kesan darah atas simen dari luka kat kaki Ah Kong yang aku nampak tadi. Ya Allah, dah mula rasa seram aku terus lari balik rumah aku. Menggigil-gigil aku baring atas toto depan tv. Mak aku pulak marah aku sebab aku tiba-tiba hilang dari rumah. Tapi soalan mak aku best.

(perbualan antara aku dengan mak aku dalam bahasa Hokkien tapi aku terjemahkannya dalam bahasa Melayu untuk memudahkan korang baca jugak. Hehehe)

“Nampak apa tadi?” tersengih-sengih mak aku tengok aku mengigil-gigil.

“Ah Kong, tapi..” aku tak sanggup nak sambung ayat aku sebab takut belum hilang.

“Tapi apa?” Mak aku mula nak tahu apa yang aku nampak. Ish mak aku ni pun.

“Kaki Ah Kong luka. Macam baru lepas jatuh. Ada blood, mummy..” terketar-ketar aku bagitau mak aku pasal kaki Ah Kong.

Mak aku rasa lain macam dah waktu ni. Lepas dah aku cerita macam tu, mak aku pun terus mandikan aku dan bagitau kat ayah aku tentang kejadian yang menimpa aku tadi. Tengah hari tu mak ayah aku pergi melawat untuk beri penghormatan terakhir sebelum dihantar ke jirat tapi aku tak ikut. Dengar cerita, rupa-rupanya Ah Kong terjatuh sewaktu nak keluar dari tandas. Entah lantai licin kot. Jatuh tersembam Ah Kong waktu tu takda siapa yang tahu sebab semua masih tidur lagi. Yelah awal pagi Ahad kan. Cuti pulekkk.

Selang berapa hari kemudian, ada kereta polis depan rumah Aunty Jenny ni. Lama jugak lah kereta tu parking depan rumah dia. Lepas tu nampak tangan Uncle Wong bergari. Eh?! Kenapa pulak ni. Ternampak Aunty Jenny menangis-nangis dengan anak depa dua orang tu.

Mak aku ni kan kepochi sikit. Semua ni aku dengar dari mulut mak aku sendiri.

Rupanya, Uncle Wong ni tak suka Ah Kong tu tinggal dengan diorang. Uncle Wong ni ada tiga adik beradik tapi semua tak nak jaga Ah Kong ni. Adik-adik Uncle Wong ni takde lah kaya mana kalau nak dibandingkan dengan Uncle Wong ni. Jadi, sebagai seorang yang sulung dan kaya, Uncle Wong lah yang dipertanggungjawabkan untuk jaga Ah Kong. Dia selalu cakap Ah Kong ni beban untuk dia. Cet! Dasar anak derhaka. Dalam diam, Uncle Wong ni kuat dera Ah Kong dan selalu sangat cuba nak buat bagi Ah Kong mati tapi tak berjaya sebab Aunty Jenny dan anak-anak depa yang selalu backup Ah Kong.

Ah Kong ni pulak waktu hidupnya tinggal kat tingkat bawah sebab dia ada masalah arthritis jadi susah nak panjat tangga. Lantai tandas sebelah bilik dia tu sentiasa dibiarkan kering untuk kegunaan Ah Kong. Pagi waktu Ah Kong pergi tandas tu rupanya lantai tandas sengaja dibiarkan basah oleh Uncle Wong. Luka kat kaki Ah Kong yang aku bagitau kat mak aku tu rupanya waktu Ah Kong jatuh kat tandas, kaki dia macam tersagat kat tepi pintu tandas tu sebab pintu tu dah reput kesan makan anai-anai. Sakit woo.

Patut lah waktu aku nampak Ah Kong masa tu mata dia berlinangan. Nampak sedih dan dalam kesakitan muka dia. Eh seram pulak aku teringat muka Ah Kong. Lepas Uncle Wong kena tangkap, Aunty Jenny dengan anak-anak dia pindah balik kampung kat utara tanah air. Rumah diorang tu dibiarkan macam tu je tak berpenghuni. Bila petang-petang lalu rumah dia nak ke taman, nampak macam kelibat Ah Kong dari dalam rumah tu senyum ke arah aku. Eh serius seram. Tak tenang hidup wei. Kadang tu malam-malam dengar suara Ah Kong batuk-batuk pastu berdehem. Aku hanya mampu berdoa dari jauh sebab Ah Kong tu memang sangat rapat dengan aku. Baik pulak tu. Selalu cilok aiskrim cucu dia pastu bagi kat aku. Ya Allah sebaknya aku. Benda tu berulang-ulang jadi sampailah kami pindah ke rumah baru yang terletak tak jauh dari rumah lama kami.

Sekian cerita aku tentang Ah Kong. Terima kasih.

Ninot
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

44 comments

  1. Dah baca semua cita ninot. Nang best! Mun ada gik yg lain, kelak cita gik k! 5 bintang kmk merik ktk! Muah ciked

    P/s: Kmk org malaya, tp pernah diam rah srwk juak dolok hehe..

  2. Ninot saya nk tanya lah.. awak cakap awak terliur dengan makanan dekat dgn keranda tu..tapi situ ada daging babi..awak bukan islam kan?tapi awak ada sebut allah

  3. cerita yg baik,ringkas dan menarik..nak kata seram memang seram lah tpi bila fikirkn balik dia tak gnggu mybe just sbb kita prnah baik dgn dia so bila kita slalu igt dia,dia pon akn igt kita…keep sharing lagi ninot cerita smua best2!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.