Aha kawan!

Selamat sejahtera kepada semua pembaca fiksyen Shasha. Selama ini saya merupakan pembaca setia fiksyen shasha selama dua tahun. Hari ini teringin saya untuk berkongsi pengalaman saya yang seram kepada semua peminat setia fiskyen Shasha. Semoga cerita saya akan diterbitkan oleh admin fiskyen Shahsa.

Nama saya Amalia. Baiklah tanpa berlengah panjang saya memulakan cerita saya. Kisah ini berlaku pada tahun 2014 dimana kawan saya menghubungi saya untuk makan malam di sebuah mall di Cheras. Nama mall tu biarlah saya merahsiakannya. Selepas habis kerja pada pukul 6 petang saya memandu ke mall tersebut. Disebabkan tempat kerja saya tidaklah jauh sangat dengan mall tersebut (lebih kurang 20 minit sampai). Setelah parking, saya berjalan masuk ke dalam masuk ke dalam mall tersebut. saya whatapps kawan saya (2 orang) bahawa saya telah sampai di mall tersebut.

Setelah bagi tahu Sara dan Kara yang saya telah tiba, saya terasa nak masuk tandas pula. Maka, saya pergi tandas di bahagian tingkat dua. Bila saya masuk dalam tandas tersebut, sunyi, saya masuk ke dalam tandas pertama. Gelap gelita di dalam. Selepas membuang saya keluar dan basuh tangan di singki pertama, sebelah pintu. Tengah membasuh tangan, kedengaran pintu tandas pertama dihempas. Saya segera memandang ke arah randas tersebut. Saya kemudian befikir, adakah sesiapa masuk tadi masa saya tengah basuh tangan? Hmm.. tidak kerana saya berada di singki pertama (paling dekat dengan pintu masuk tandas) tidak mungkin ada orang masuk saya tidak tahu.

Selepas itu, saya keluar dari tandas, saya terus membuat panggilan kepada kawan saya iaitu, Looi. Looi mempunyai kebolehan untuk tahu benda ini walaupun dalam telefon. Kami berbual sekejap dan saya bertanya kepada Looi sambil bercerita apa yang terjadi sebentar tadi. Masa itu, segala bulu saya telah naik. Saya buat tidak tahu dan Looi mengatakan bahawa benda tersebut telah mengikuti saya keluar dari tandas. Tidak lama kemudian, kedua kawan saya tiba dan kami membuat keputusan untuk makan di restaurant korea. Setelah habis makan dan berbual jam menunjukkan 9pm. Setelah bayar bil kami pun beredar dari mall ini dan saya seperti biasa memandu kereta saya pulang ke rumah.

Tiba di rumah saya merasa benda tu telah mengikut saya dari mall tersebut hingga ke rumah saya malah masuk ke rumah saya sekali. Saya biarkan sahaja selama 4 hari. Pada hari Ahad, seperti biasa tiba-tiba saya terasa seperti mengantuk sangat. Saya mengambil keputusan untuk tidur. Sebelum saya tidur saya kata pada benda tersebut. Saya tahu kamu mengikut saya. Apa kata kamu tunjukkan diri kamu pada saya. Kemudian saya pun terlena selama 2 jam agak-agak. Selepas dua jam saya separuh sedar. Dalam keadaan separuh sedar ni, saya nampak dia merupakan seorang wanita berambut pendek, cina dan saya nampak kehidupan dia pada masa dahulu. Dia bekerja sebagai pelayan dan mempunyai seorang kekasih yang sentiasa pukul dia, ambil puntung rokok untuk mendera dia. Kulitnya penuh dengan tanda-tanda lecur. Kehidupannya begitu seksa sekali. Senario ini berulang sebanyak 3 kali. Selepas itu, saya bangun.

Saya kemudian telefon pada Looi dan mengatakan minggu depan saya ingin berjumpa dengan master saya. Looi setuju. Maka tibalah hari yang saya nyatakan itu. Seperti biasa saya menjemput Looi. Masuk sahaja dalam kereta Looi menyatakan kamu ada kawan ni di belakang. Saya pun kata ia. Saya mengatakan pada Looi bahawa dia berambut pendek dan mukanya penuh dengan kesan dera oleh puntung rokok. Looi mengganguk betul. Perjalanan ke rumah master mengambil masa selama 30 minit. Setiba sahaja di rumah master, master kata aha kamu ada kawan ni di luar. Kemudian master tanya dia apa yang dia nak dengan mengikut saya. Dia kata tak da apa-apa permintaan dia, cuma dia nak tahu saya ni siapa. Master kata dia biasalah kan dia sudah bawa awak ke sini. Jadi apa yang awak nak tahu pasal dia? Tapi dia sempat bagi tahu master saya ni jenis yang lagi kepoh daripada dia, boleh saya tanya suruh dia tunjukkan diri pada saya. Master kemudian tegur saya, awak ni janganlah berani sangat suruh dia tunjuk diri. Saya cuma iakan sahaja tanda setuju atas nasihat master saya. Master kemudian suruh dia balik ke tempat asal dia. Di mana dia datang maka baliklah ke tempat dia. Sekarang kalau saya pergi mall tersebut saya tidak akan masuk ke tandas tersebut walaupun teringin sekali sebab saya tak nak berjumpa dengan dia lagi.

Sekian sahaja cerita saya ini. Kisah ini benar terjadi pada saya. Kalau admin sudi publish cerita ini, nanti saya akan ceritakan kisah yang lain pula. Minta maaf ye kalau cerita ini tidak seram.

Penulis: Amalia

Amalia
Rate this post

9 comments

  1. wlpn ayat die tak berape nak susun tapi boleh paham lg jalan cerita..mintak sagt die muncul mmg die muncul lah..tapi nasib lah die tak ganggu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.