AIR MATA DI S-21

Usai mengelap peluh yang membasahi dahiku, aku melihat jam tangan Casio AE1200 ku. “Ah, dah pukul 10:00 pagi (waktu tempatan Kemboja atau pukul 11: 00 pagi waktu Malaysia). Matahari dah hampir tegak di kepala waktu itu, tiada tanda nak mendung atau hujan. Aku membelek kertas tiket masuk ke muzium lama itu, ku lihat papan tanda besar di depan pintu gerbangnya ” Tuol Sleng Genocide Museum”, – Muzium Pembunuhan Beramai-ramai Tuol Seng atau ‘mesra’ dipanggil penjara S-21.

Aku gagahkan kaki melangkah masuk, sebelum disapa oleh salah seorang pekerja muzium yang menghulurkan alat bantuan penterjemah (macam earfon) kepadaku. Aku menolak dengan baik, aku lebih selesa melihat gambar dan membaca info di information board yang telah disediakan dikawasan muzium.

Kawasan muzium ini, merupakan bekas tapak sekolah menengah yang dijadikan penjara di masa pemerintahan kejam Kerajaan Democratic of Kampuchea atau Khmer Rouge (Khmer Merah), hampir kira2 2 juta orang hilang nyawa ketika pemerintahan mereka.

Dan…di sini, tempat yang aku sedang berdiri inilah , 12 000 nyawa direnggut tanpa belas kasihan. Terdapat 4 bangunan besar yang terdapat disitu ;bangunan A,B,C dan D. Aku melawat satu persatu bangunan itu, sehingga aku sampai di suatu bangunan (aku tak boleh sebut bangunan yang mana ) aku ternampak sosok kanak-kanak perempuan dengan pakaian lusuh sedang duduk bersimpuh di sebuah pintu. Aku perasan yang pelawat lain seolah2 tidak melihat batang tubuh kanak-kanak ini.

Untuk pengetahuan pembaca, aku memang dikurniakan kebolehan melihat, berkomunikasi, melawan (mencederakan) dan m******h bangsa2 jin ini (dengan izin Allah tentunya). Dengan kerjaya aku sebagai seorang doktor di sebuah pusat kajian antropologi, aku dah bertemu banyak jenis makhluk ini dan bermacam kerenah mereka.

Tetapi yang satu ini, ada satu perasaan sedih yang mendalam dalam hati aku, walaupun aku tahu jelmaan ini adalah jin atau qarin yang menyerupai manusia2 yang m**i disini. Dan, kalau para pembaca pernah pergi ke sini, pasti akan terlihat ada gambar2 mangsa pembunuhan yang terpampang pada information board. Wajah kanak2 ini ada di salah satu board yang aku lihat.

Aku perasan yang jelmaan kanak2 ini perlahan2 datang kepadaku, sambil anak matanya memandangku, tahulah aku yang dia sedar aku mampu melihatnya. Aku merasakan hawa sejuk di sekelilingku apabila kanak2 ini mendekati dan memegang bahagian seluarku. Pelik, kebanyakan sosok yang aku jumpa , biasanya aku merasakan hawa kepanasan, rasa kebencian tetapi sosok dihadapanku ini tampak tenang dan damai.

Aku nampak mulutnya bergerak dan menyatakan sesuatu tapi aku tidak mendengar (kalaupun aku dengar , aku tetap tak faham sebab bahasa Khmer (kemboja)agak susah dikuasai ). Aku hanya mengangguk dan menyuruh sosok itu pergi, tetapi dia mengangkat tangannya dan menunjukkan sesuatu kepadaku . Aku melihat ke arah yang ditunjukkan oleh sosok itu, dia menunjukkan kepadaku sebuah bilik di salah 1 bangunan. Aku tak pasti sama ada dia d*****h/diseksa disitu atau bagaimana?

Aku pergi kesitu dalam keadaan macam membawa anak kecil (sosok ini bergerak denganku dalam keadaan tangannya memegang seluarku). Batang besi dan senjata penyiksaan diletakkan dalam bilik itu, aku hanya mengangguk kepada sosok itu , rasanya aku faham bahawa ruh kanak2 itu dicabut disitu.

Aku mengarahkan agar dia pergi dan jangan mengangguku (aku sebutkan dalam hati sambil aku berdoa semoga Allah merahmati mangsa2 yang d*****h kejam disitu). Kanak2 itu mengangguk sambil mengelap air matanya, dia melambaikan tangan padaku dan hilang begitu sahaja.

Aku hanya melihat jelmaan itu menghilang, dan aku berpaling ke belakang dengan niat untuk menyambung lawatanku ke bahagian yang lain. Rupa2nya di belakangku, beberapa meter ,berdiri seorang sami (berpakaian oren) dan berjalan laju kepadaku. Sambil dia bertnya, ” Do you see her also? “, Aku macam terkejut tapi aku bertanya semula ” Who?”- Sami itu menjawab dengan jawapan yang membuatkan aku terkejut .

“I know you see her, I know you see my sister. Yes! She is my sister, died here during the regime”

Aku senyum. Susah aku nak explain konsep ruh dan jelmaan kepada sami ini- aku bermonoog dalam hati.

Tamat.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mr A
Rating Pembaca
[Total: 46 Average: 4.7]

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.