Akibat Nafsu Liar Apik

Kisah ni dah bertahun lamanya. Si Hafiz dan juga Aida kini sudah pun berusia 40 an. Kejadian tu pulak berlaku sewaktu umur mereka dan aku berusia 21 tahun.

Aku Marzuki orang kampung gelar aku Zuki. Kini aku sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Alhamdulillah rezeki selepas mendapat anak pertama, aku kini sudah bekerja hampir 13 tahun aku bekerja di salah sebuah kilang dan dua tahun lepas di naikan pangkat sebagai pengurus. Kiranya kehidupan aku sederhana ni serba serbi bahagia lah bagi pandangan aku sendiri. Tapi tidak bagi kawan baik aku Hafiz.

Aku baru saja balik dari kampung sabtu lepas. Sebab itu aku terdetik hati nak kongsi cerita ni kat FS page kegemaran aku dan isteri tercinta.

Melihat keadaan Hafiz, aku rasa menyesal tidak menghalang perbuatan dia pada malam tu. Aku bersyukur Allah tak azab aku seperti Hafiz.

20 tahun dulu. Ikut kiraan kasar aku lah.

Hafiz memang orang kampung aku kenal sebagai budak bagus. Bijak dan jadi kebanggaan orang kampung. Sebab Hafiz ni masuk university. Masa ni memang payah anak muda nak sambung belajar. Kalau habis SPM tu kira dah bagus dah lah.

Aku tak macam Apik. Bontot aku ni memang selalu jadi tempat segala mak nenek ranting kayu. Aku malas belajar, tapi mujur sebab kegarangan ayah aku berjaya tamatkan SPM.

Selalu ayah nasihatkan aku supaya ikut perangai Apik. Semua orang yang kenal aku memang selalu pesan supaya ikut perangai Apik. Ikut jejak Apik. Sopan santun dan rajin.. tapi sebenarnya aku saja satunya yang tahu siapa Apik sebenarnya.

Dia nampak sopan, baik. Muka manis. Tapi Apik ni nafsu liar. Dah banyak anak dara di University dia tidurkan..ikut pada cerita dia lah.

Tapi sorang saja yang tak pernah makan umpan. Iaitu Aida. Aida ni budak kampung aku juga. Sama kelas pada tingkatan 3. Budaknya sopan manis. Memang banyak orang berkenan.

Apik pula memang dah lama terliur dengan Aida. Sejak sekolah lagi. Macam aku cakap tadi Aida ni lain. Tak makan umpan. Ayatlah macam mana pun Aida tetap keras hati.

Kadang memang aku selalu teman Apik mengayat Aida. Tiap kali dia balik bercuti dari University.

Segala usaha Apik nak dekat dengan Aida tak jadi. Biasa la orang lelaki semacam Apik ni. Lagi susah dapat lagi dia makin terliur. Makin membuak naluri pemangsa dia.

Aku bila fikir balik kewujudan musang macam Apik dengan nasib anak dara aku ni, aku pun seram. Minta dijauhkan lah.

Satu hari. Masa ni Apik cuti. Tapi dekat seminggu aku tak jumpa dia di tempat lepak kami. Tunggu punya tunggu akhirnya Apik muncul petang tu di rumah aku.

Apik tunjuk minyak dalam botol kecil. Kata dia tu minyak pengasih. Sebab susah sangat nak pancing Aida, Apik cari jalan baru. Masa ni mana tau benda tu syirik ke khurafat ke..

Apik kata nak guna kat Aida. Biar Aida tergilakan dia. Aku ada la nasihatkan dia. Jangan rosakan anak dara kampung ni. Kita hidup tenang selama ni.

Apik cuma gelak kecil. Mana nak dengar teguran aku..

Lepas tiga hari aku mula terserempak Apik dan Aida. Aida siap peluk Apik masa diaorang duduk date kat tebing sungai.

Orang kampung mula bercakap itu ini. Terkejut dengan pasangan baru tu.

Esok pagi Apik datang jumpa aku. Dia kata malam ni dia nak kenduri si Aida. Kalau aku nak merasa boleh datang lepas jam 12. Kiranya lepas dia bawa Aida balik dari tengok wayang di pekan.

Aku sempat nasihat dia. Jahat aku pun tak sampai hati aku nak buat benda terkutuk tu. Tapi malam tu aku pergi juga tunggu Apik di tempat yang Apik janjikan. Sepuluh minit tunggu akhirnya Aku dengat suara Apik dan Aida.

Masa diaorang tengah bersembang di tengah dusun. Apik dah mula buka baju semua. Aida pula tertunduk. Malu agaknya. Aku yang tengok gigil satu badan. Sempat aku sergah Apik cuba ingatkan balik kepala dia yang dah penuh dengan nafsu. Tapi Apik dah tak endah.

Aida masa tunduk ja. Rambut separas pinggang tutup muka dia. Elok Apik dekati Aida sambil pegang bahu Aida. Tiba-tiba ja Aida cakap sesuatu dalam bahasa pelik. Nak macam hindu, nak macam siam bila dengar.

Dari posisi ayu sambil bersimpuh tu. Aida bersila pulak. Dua belah tangan dia di cantum macam orang india sembahyang tu. Mulut tak henti ucap benda pelik.

Dari tunduk Aida panggung kepala dia. Mata dia terbeliak. Anak mata bergerak kana kiri..

Masa yang sama Apik ni terduduk. Tak dapat bangun. Apik jerit panggil aku minta tolong. Aku cuba bangun kan Apik. Tapi gagal. Badan dia macam melekat kat tanah.

Aida pula makin seram muka dua. Dengan mata terbeliak, mulut sengaja di luaskan memang hilang wajah Ayu si Aida.

Sepatah haram aku tak faham apa Aida cakap. Mungkin mentera lah kot. Aku sendiri tak pasti. Tapi lepas lama cuba tolong Apik bangun, Aida yang kesampukan menunding jari ke arah Apik. Tapi mulut Aida masih sebut benda pelik. Mentera kuno agaknya la kot.

Aku yang takut lari tinggalkan Apik. Pergi minta bantuan orang kampung. Apik menangis ditinggalkan aku.

Lepas dua puluh minit macam tu. Baru aku jumpa orang iaitu arwah tok wahab. Pemilik dusun tu. Mujur tok wahab ni tak marah.

Masa datang tu Aida dah tak ada. Apik pula tak sedarkan diri. Mungkin terlalu takut Apik terkencing. Sebab aku bau hancing. Aku bantu Apik pakai baju dan seluar panjang semula.

Bertalu-talu tok wahab tanya apa Apik buat dalam dusun dia dalam keadaan separuh bogel. Aku pun m**i akal nak jawab. Mujurlah aku tak sebut pasal Aida masa awal tadi.

Apik dan aku bermalam di rumah tok wahab. Sebab nak usung Apik yang pengsan pun dah malam sangat. Esok pagi mak ayah aku dan Apik datang ke rumah Tok wahab. Semua tanya aku apa kami buat kat dusun tu.

M**i akal aku nak jawab apa. Serba salah pun ada. Sampai la tok wahab bawak keluar minyak pengasih yang dia jumpa semalam dari poket seluar Apik. Makin lagi lah mak bapak kami soal. Masa ni Apik tak sedar diri lagi.. badan dia.semua biru.

Akhirnya aku juga yang kene sebat lepas cerita hal sebenar. Apik pulak nyenyak tidur. Tapi kesian juga, mak Apik menangis tak henti. Tak sangka anak dia buas macam tu.

Tak lama tu Pak Awang datang. Dia pawang kat kampung tu. Dia buat air supaya mandikan Apik. Insya Allah nanti Apik sedar diri. Katanya semangat Apik lari.

Lama.tunggu lepas mandikan Apik. Akhirnya dia sedar petang tu. Tapi Apik tak macam dulu dah. Dia tak boleh bercakap dan hilang ingatan. Berak kencing pun dah tak.boleh urus sendiri. Bila bulan penuh Apik menangis sambil pegang anu dia.

Puas berubat tak juga sembuh. Last berubat dengan Pak Haji kampung seberang. Pak Haji tu minta mak ayah bawa Apik jumpa dengan Aida. Minta maaf.

Malangnya Aida dah dihantar oleh ayah dia ke rumah mak cik dia yang berada di Jawa untuk ubati gangguan saka pada diri dia. Mak ayah Aida dah tahu apa yang jadi dengan Apik dan Aida. Apa Apik dah buat dekat anak diaorang. Tapi nak marah pun Apik dah dapat balasan dia.

Aku yang ikut sekali.pun sempat minta maaf. Aku pun bersalah tak tegah Apik dengan tegas. Mujur aku bersyukur aku tak di hukum sekali. Sedihnya mak apik punya la merayu minta maaf dekat orang tua Aida.

Mak ayah Apik dok mengharap Aida pulang semula ke Malaysia. Mereka masih mengharap untuk minta maaf. Tapi sampai sekarang Aida dah tak pulang.

Harap satu hari nanti sebelum Apik menutup mata dapatlah dia berjumpa Aida memohon ampun.

Aku harap aku dapat lindungi anak dara aku yang satu ni. Moga pembaca dapat serba sikit pengajaran dari cerita yang serba kurang ni.

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 4.8]
Zuki

27 thoughts on “Akibat Nafsu Liar Apik”

  1. Terima kasih Tuan atas perkongsian. Setiap perbuatan ada balasan & akibatnya, yang membezakan samada di dunia atau di akhirat. Wallahu’alam.

    Reply
  2. tu laaa kn balasan dy..yer masa buat mmg seronok..tambah² nk musnahkn hidup ank dara org..skali kene mndapat aduhaii……smoga dimaafkn la oleh org tu

    Reply
  3. Den dh kobaan…jgn main2 dgn minyak dagu nt merano diri ehh. Kalau udah toruk bona ehh perangai seghupo binatang, baik lah main dongan sabun yoo 😈

    Reply
  4. Allah….sedih. Moga Allah lindungi kita dari perbuatan-perbuatan yang mengundang azab baik di dunia mahupun di akhirat.

    Reply
  5. Menoda anak dara orang tu memang sah salah. Ni siap nak menonton plak lagi. Harap kau pun dah bertaubat la. kau pun salah. Dah tu jantan tido dengan anak dara orang tak nikah pun bukan benda biasa2 je. Apa kau rasa bila anak kau tido dengan jantan tanpa nikah? Seronok ke? Jauhkan berzina. Sekali buat menyesal tak sudah. Ni yg kena balasan dunia. Akhirat belum tau.

    Reply
  6. Aku harap laki-laki sekarang yang niat nak rosakan anak dara org dgn cara guna minyak pengasih smua tu dapat balas teruk macam ni. Kalau suka sama suka tu lainlah dah perempuan tu pun mengatal jugak. Ni yang kena aniaya jadi mangsa ilmu kotor, memang la mcm binatang laki perangai macam Apik tu. Memang elok la Apik kena, sebab tu dah kes aniaya tau tak, tanpa rela perempuan tu. Nasib la tak sempat jadi mangsa nafsu serakah APik.. Buat maksiat dan mencabul tanpa rela.. mencabul tu hina lagi walau keduanya dosa besar.. done membawang..

    Reply
  7. Bagus cerita ni. Ada pengajaran yang mendalam.

    Kesian sikit la dekat part “Akhirnya aku juga yang kene sebat lepas cerita hal sebenar.”

    Memang salah Zuki sebab tak tegah betul-betul. Tapi kita kena faham jugak perasaan dia. Kalau kita duduk dekat tempat dia pun, mesti teragak-agak nak nasihat kawan yang rapat dengan kita. Bukan apa, takut gaduh besar nanti. Lagipun, waktu tu masih d***h muda, kan? Memang suka bertindak ikut hati. Walau macam mana pun, Zuki dah pernah nasihat si Apik ni. Dan reaksi Apik? Still tekad nak buat benda kotor tu. Jadi, kalau dia nasihat lagi pun, tetap sama keputusan Apik ni. Cuba baca dan kira balik berapa kali dia nasihat Apik. Mesti lebih daripada satu kali, kan? Reaksi Apik tetap sama je.

    Yang pasal Zuki gi tunggu tengok si Apik dengan Aida ni, kalau niat dia nak cuba tegah buat kali terakhir sebelum Apik buat kerja kotor tu, tu dah bagus. Tapi kalau niat dia nak tengok je tanpa ada niat nak tegah, tu dah berdosa sebab bersubahat. Aku pernah dengar, kalau kawan buat date dengan awek/pakwe then kita teman, kita pun berdosa jugak walaupun kita tak date pun. Mungkin atas sebab Zuki dah cuba tegah waktu malam tu, sebab tu Zuki tak kena hukum dengan Allah.

    Reply
  8. Bila baca ni tiba2 teringat kat 1 kisah..

    Ada 1 kisah yg fasilitator masa universiti dulu cerita..
    Ada kwn sekampung dia baik sangat budak nya. Alim, pandai mengaji etc.. Diorang slalu lepak kat bustop dlm kg tu. 1 hari diorang terjumpa sorang perempuan ni, berbogel.. mintak tlg diorang yg ada kat bustop tu. Perempuan tu lari dari pemandu teksi yg nak rogol/telah rogol dia. Yg si kawan baik hati ni lari balik rumah jap nak ambik baju seluar nak bg kat pempuan tu. Tinggal lah kwn2 dia menjaga perempuan tu. Tapi bila dia balik semula ke tempat tu, dia melihat kawan2 dia pulak yg sedang rogol perempuan malang tu beramai2. Akibat tak dapat menahan nafsu (atau mungkin juga dia dilema, nak tegah rakan2 dia sorang2 je. Nak report kat org kang kawan2 baik sendiri plak yg buat) dia akhirnya turut serta melakukan perbuatan terkutuk tersebut.. Dengar cerita lepas kejadian, dia rasa menyesal & malu teramat smpai sekarang dia tak balik kg tunjuk muka. Pergi merantau jauh2..

    Reply
  9. Mana2 lelaki yg guna cara ni utk memikat pompuan, tak layak dipanggil lelaki jantan ttpi b**i jantan. Begitu juga pompuan yg memikat lelaki dgn berpakaian seksi, tak layak dipanggil perempuan sejati ttpi anjing betina…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.