Akibat true or dare!

Salam buat semua pembaca fiskyensasha.com. Masih ingat satu kisah bertajuk Kisah seram balik lewat ke rumah? Itu adalah kisah 5 sekawan yang berlaku sewaktu kami menyewa di satu kawasan perumahan elit.
Oleh kerana banyak ahli rumah yang berpindah selepas semester itu berakhir, kami berlima, Aku, Put, Ila, Ya dan Nik pun berpindah ke rumah lain sebab tak mampu nak bayar sewa bila susah nak dapatkan ahli rumah yang baru bagi menggantikan mereka yang dah keluar.
Sebelum semester baru bermula, kami berempat kecuali Nik meronda-ronda mencari rumah sewa baru. Sampailah kami terjumpa sebuah rumah sewa corner lot yang diiklankan di facebook. Ramai kot tahu laman FB ni. Jadi sebelum rumah tu dibooking orang lain, kami cepat-cepat telefon dan set temujanji nak pergi tengok rumah.

Petang jumaat tu, kami pun pergi berlima. Ye la nak pastikan semua ahli rumah berpuas hati dengan rumah yang bakal kami sewa. Ia adalah rumah kos murah dengan 3 bilik satu tandas. Bilik 1 dengan bilik 2 dihubungkan melalui tandas. Kiranya tandas ada dua pintu. Bilik 3 pula ialah bilik paling kecil. Hanya katil bujang je muat masuk.Lepas letak meja belajar, nak solat pun dah tak muat. Kena solat dekat luar.

Memandangkan kami hanya berlima, so kami setuju la nak sewa dekat rumah tu dengan kos pun bersesuaian.
Cukup je bulan, kami pun pindah la masuk rumah tu. So siang hari tu agak kecoh la sebab ada parent Ila ngan Nik datang sebab ye lah, kena tengok mana anak dara diaorang nak menetap kan. Parent Nik adalah pesan supaya kami jaga adab dan kebersihan since belakang rumah tu kawasan hutan bukit. Even lorong nak masuk simpang perumahan pun ada pokok besar yang dah tua. Tapi kami bernasib baik sebab berjiran dengan jiran berkeluarga. Jadi sekurang kurangnya tak lah sunyi kawasan perumahan kami. Bolehla dikira selamat. Lagipun ada rukun tetangga yang meronda di malam hari.

Selama kami duduk situ, semua okay. Sampaila satu malam, kami plan nak suprisekan Nik untuk birthday dia. So semua orang beriya hias dinding bilik. Ya dengan Put pula prepare murtabak maggi kat dapur dengan kek batik milo. Aku tolong Ila menghias sebab Ila memang pakar la.

Tiba tiba, around 6 lebih macam tu, si Ya dekat dapur menjerit. Kami pun berlari la ingat dia terpotong tangan ke ape ke. Rupanya Ya kata dia Nampak ada benda berbulu besar duk intai dia kat tingkap dapur. Memandangkan hari nak Maghrib, Ila pun pun terus pergi Tarik langsir. Kami anggap itu mungkin beruk la sebab belakang rumah kami memang kawasan hutan bukit. Tak mustahil banyak monyet nak curi makanan.

Lepas tu, bila Nik balik je, semua orang excited dan suprisekan dia. Malam tu kami tidur agak lewat sebab kami main permainan true or dare. Terpulang la pada botol tu pusing kat mana, orang tu bole pilih nak buat true or dare. Tiba giliran Nik, kami pun suruh dia pilih. Nik ni, tak tahu ada rahsia ape besar sangat dia pun pilih dare. Berani betul. Tapi lepas berbincang, kami pun cabar dia pergi lari kat pokok tua tepi simpang tu, pegang pokok tu and baru balik rumah semula. Kami ingatkan dia akan mengalah la. Tapi sebaliknya berlaku. Nik betul betul pergi kat pokok tu dan pegang macam yang dicabar. Perghh malam tu memang semua orang kagum giler la dengan Nik. Dah bosan main game tu, kiteorang pun layan movie pula gelak gelak bagai.

Tak sedar dah tengah malam, tetiba kami dengar bunyi macam orang ketuk dinding guna duit syiling. Tapi dia ketuk ikut rentak lagu macam tu. So, Put cakap mungkin kami ni dah terlalu bising da nada orang nak tegur la tu. So lepas tu kami pun terus tidur untuk elak benda pelik lagi berlaku.

Lepas masa tu tak de apa berlaku dah. Cuma ahli dalam rumah mula merungut dengan perangai Nik. Sejak dari kejadian tu, Nik selalu buat orang lain tak puas hati. Nik dia tidur dalam bilk kecil tu seorang. So kalau nak pergi tandas, biasanya dia akan masuk ikut pintu bilik aku sebab aku tak kunci pintu. Tapi dia buat pelik bila dia masuk ikut pintu bilik Ila ngan Put. Since budak dua ni memang jenis kunci pintu bila tidur, jadi Nik memang akan pulas pulas tombol pintu sampaila tuan bilik bangun tidur and bukakan pintu untuk dia. Lepas tu, lepas dia buang air, dia akan keluar tandas ikut pintu bilik aku which mean dia tak buka kunci pintu tandas ke bilik Ila tadi. Jadi bila budak dua tu nak guna tandas, diorang kena keluar pergi bilik Aku baru bole pergi tandas. Menyusahkan diorang la sebab kan bilik kami ada connection door dengan tandas. Haih buat masalh betul Nik ni…
Satu lagi, bangun pagi je kerap rumah berbau busuk sebab sikap Nik yang suka masak tengah malam tapi tak kemas balik periuk di waktu pagi. Bangun je pagi, dengan nasi basi atas singki, sisa makanan atas lantai. Selalu Put atau Ya yang bersihkan sebab diaorang memang pembersih. Pagi pulak Nik selalu bangun lambat sampai terskip kelas pagi dia. Perangai Nik ni lama lama memang menaikkna darah semua ahli rumah la.
Jadi satu hari, Put panggil semua ahli rumah buat meeting. So kami pun luah la ketidakpuasan hati kami pada Nik. Ye la. Takkan nak pulaukan dia pula. Lebih baik menegur supaya dapat berubah kea rah kebaikan. Tapi kami jadi pelik lepas tengok air muka Nik yang agak terkejut dengan tuduhan kami.
Lepas tu, Nik pun minta maaf tapi katanya dia sumpah bukan dia yang buat semua tu. Rupanya, Nik kebelakangan ini kerja part time kat kedai makan sebab nak cari duit belanja. So dia selalu balik lewat malam especially sekarang musim bola kedai lambat tutup. Jadi kami semua tertanya tanya habis tu benda apakah yang menyerupai Nik dan tinggal bersama sama kami hamper 2 minggu lamanya. So malam tu kami decide nak buat solat hajat dan bacaan Yassin kat rumah sewa kami. Sepatutnya kami buat semasa awal awal masuk rumah dahulu.
Selesai bacaan Yassin, kami meminta maaf sesame kami atas semua kesalahan sepanjang menjadi teman serumah. Malam tu, sedang kami semua pulun buat assignment , ada ketukan di pintu rumah. Pagar dah kunci. Macam mana pula orang ni boleh sampai ke pintu. Panjat pagarkah orang ni. Kami semua terkaku di tempat duduk masing masing. Aku mula bayangkan ada perompak yang nak terjah rumah kami. Dah la kami semua perempuan dalam rumah tu. Ingatkan orang tu akan berhenti, tapi rupanya tak bila bunyi ketukan pintu makin kuat sampai macam nak pecah. Tak lama lepas tu, terdengar pula seperti bunyi benda jatuh di atas syiling rumah. Oleh sebab takut sangat, kami pun hubungi pihak polis.
Namun apabila pihak polis sampai dan membuat rondaan, katanya kawasan sekeliling tiada apa apa yang mencurigakan. Tapi mereka akan terus melakukan rondaan dari masa ke semasa. Malam tu, kami semua tidur di ruang tamu depan. Tersedar pagi esok Nik dah tiada dalam rumah.
On the way kami nak pergi kelas, kami nampak Nik berdiri depan pokok besar di simpang jalan. Bila kami pergi, Nik cakap dia dah ganggu rumah benda tu. Dia tak patut sembarangan sentuh pokok tu. Jadi bila Nik sentuh rumah dia, dia akan ganggu rumah Nik. Nik cakap perempuan tua dalam mimpi dia yang bagitau dia tu. So, tu sebab Nik pergi kat pokok tua tu nak minta maaf katanya.


Petang tu, balik dari hantar assignment, aku ada tanya akak jiran sebelah rumah kalau dia ada tau apa apa cerita berkenaan pokok tu. Lepas tu katanya, dulu ada seoarang penghuni perumahan yang bela hantu raya. Kalau waktu maghrib ada je anak dara Nampak haiwan berbulu. Tapi tu dah jarang berlaku. Cuma ada penduduk yang kata pokok tu tempat benda tu tinggal lepas tuan dia meninggal. Agaknya mungkin kami dah menarik dan menganggu perhatian benda tu agaknya. Sebab itula semua ini terjadi.
So, lepas ni, janganla nak over sangat main true or dare tu. Cabarannya tu biarla berpada pada dan tak ganggu orang lain. Sekian

– 5 Sekawan

Sila hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

5 sekawan

Leave a Reply

7 Comments on "Akibat true or dare!"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Kak Yulie

Hashtag #limasekawan …heheheheh…

Uiisshhh…
Serem koottt…
Berani2 korg ekkk main pepelik dh memlm cmtu…
Dpt bygkan betapa hanginnye ble pepagi nk kena kemas dapor sepah2 tu…
Huhuhuhuuu…

Me

Da mcm intagram ye nak hashtag2 bagai. Ni smua punca dripada kak Yulie la ni.. Kua3

Kak Yulie

Hehehehehhe…
Kan sng nnt nk review penulis yg mane kaaaannn…
Terserlah kepoyoan kakak korg sume nk berhashtag kan pdhal instagram pn hakak xdooo…

Tatie

Haha… aku pn faham.. mmg pning kpla kalu pg2 bgn tgk singki penuh dgn benda basi… dulu masa aku sewa rmh time bt praktikal, ada jgak pesen2 mcm ni.. xsnggp aku nk kemas…tp y aku jmpa tu, manusia sbnar bkn jelmaan.. seb bek aku dpt laki y pndi kmas sndiri dapur kalau dia mkn lewat2 malam…

Kak Yulie

Akk mmg kepantangan besor klu bgn pagi nk buat bekpes sinki ade pinggan kotor…
Sbb mak akk mmg sgt mementingkan sinki kena clear sblm tdo…
Lg pon pepagi ni mood lemau+sendu…
Nk g dapor buat bekpes tu sgtlah memerlukan kegigihan…
Ble tgk sinki penuh mmg mad to da max…
Pastu tau kan ble pinggan kotor atau sisa mknn terbiar x terurus cmtu sudahnye nnt jd santapan syaitonnirrajim kan…
Eeeiiii…xmoler hakak…

Writer

Aku pelik…korg kawan rapat knp nik xpnh bgtau antara korg die keje???

Cerita rekaan…

CikFasya

Maybe bagi Nik tu bukan bende penting heee

wpDiscuz