Aktiviti Paranormal di kawasan Perkuburan di Johor

Perlahan van kami menyusur jalan negeri, antara sempadan ibu negeri dan Pekan Nanas, dalam kesejukan pagi. Jam 1 setengah. Akhir bulan Julai, 2018. Van dipandu oleh saya tatkala Ayi duduk disebelah depan dan dua orang lagi kawan sekampung kami dibelakang. Berasa sangat penat dan mengantuk selepas hampir seharian berurusan di ibu negeri. Menghampiri kawasan kolam tadahan air dan diatas bukit didepan ialah Pusat Tahanan.

‘Haaa…kat depan depan ni lah Pak Usu aku kena. Dia tumpangkan perempuan Cina. Pantang nampak perempuan. Haha. Pak Usu aku tanya nak pergi mana? Perempuan tu jawab sana terus. ‘Sana mana?’ tanya Pak Usu aku. Perempuan tu jawab ‘Terus nanti tunjuk’. Tunjuk tunjuk tu hah, kubur bukan Islam depan tu. Masuk sampai dalam kubur tu… haha.’ bersuara memecah kesunyian, seorang kawan kami, Adik ‘Belukang’, disebelahnya Juzaman atau mesra dipanggil Mamat.

‘Lepas tu?’ tanya Ayi. Saya memasang telinga mendengar. Terasa segar pula tiba tiba biji mata.
‘Demam lah. Haha..Seminggu!! Hahahaha.’ gelak Adik dan Mamat. Saya dan Ayi mula memandang sesama sendiri.

‘OK, kita masuk kiri depan tu.’ kata saya yang tiba tiba mendapat idea. Van mula menghampiri kawasan gelap yang kiri kanannya tempat ternakan ayam.

‘Eh pergi mana Mi?’ tanya Adik dan diikuti Mamat, dua setengah saat kemudian.

‘Kubur bukan Islam tu lah. Jirat’ senyum saya, memandang Ayi sambil memperlahankan van, membelok ke lorong tanah merah yang akan membawa kami ke tengah tengah perkuburan.
Van kami berhenti ditengah tengah simpang 4 jalan sebelah sebuah bangsal ala wakaf. Daripada papan putih dibangsal tadi jelas dapat dibaca surat pekeliling daripada pihak berkuasa. Untuk pemilik kenderaan memarkir kenderaan mereka dengan betul disitu. Terasa hairan sedikit.

Van dimatikan enjin dan lampu. Gelap pekat. Saya dan Ayi membuka pintu van lalu melangkah keluar. ‘Bismillah’ baca saya dalam hati.

Sepi saja perasaannya suasana ditempat ini. Seriau.

‘Ishhh buat apa kita sini?’ tanya Adik, masih dalam van, separuh berbisik. Mamat tercatuk diam umpama berhala batudidalam van.

‘Keluarlah. Tunggu apa kita?’ kata saya pada mereka berdua, sambil menuju ke bonet belakang van. Mengambil lampu lampu LED. Memang biasa saya menyimpan lampu lampu untuk pergi memancing pada malam hari. Saya memberi setiap seorang 2 biji lampu. Cukup cerah limpah lampu LED ini. Putih memancar.

‘Kita cari hantu. Tapi jangan buat bising. Jangan celupar. Sini bukan tempat main main.’ pesan saya. Adik dan Mamat yang masih dalam van kelihatan ragu ragu.

‘Jom lah. Nak tinggal dalam van pun gelap gelita sama macam luar van. Jom jom kita.’ gesa saya pada mereka berdua.Turun keduanya, terpaksa. Saya memeriksa pintu dan tingkap van. Puas hati semua berkunci rapi.

Kami melihat lautan batu batu nesan. Ada pelbagai saiz. Daripada saiz dan material binaan telah boleh diagak taraf kemampuan keluarga si mati. Ada juga kubur yang menempatkan 6 orang sekaligus, berdasarkan gambar gambar pada batu nesan. Sepatah perkataan pun tidak kami fahami, tapi kadang kadang ada ditulis tahun pada nesannesan. Tapi kenapa ada juga yang tidak ditulis tahun? Kenapa ada binaan kubur kubur yang kami lihat dipecah kan? Kenapa ada tambahan nesan kecil disisi kubur?

Pertanyaan demi pertanyaan terfikir, dan memahami jawapannya tidak akan kami dapat disitu.
Kami bergerak. Menyusuri antara kubur kubur disitu. Menyuluh sana sini. Menggunakan telefon masing masing, gambar gambar diambil sama.

Terfikir juga kalau tiba tiba ada dijerit orang dalam bahasa tidak difaham. Kami mendekati sekelompok kuburan yang agak bersemak membelakangkan jalan besar. Saya bersama Ayi, dan Adik serta Mamat pula berada dalam kurang 20 kaki dibelakang, bila kami terhidu tiba tiba bau masakan. Tersentak sekejap saya dan Ayi. Jam hampir ke 2 pagi.
Mencari cari kami punca bau masakan tadi. Tiada sudah. Baunya seperti baru pecah minyak bila terhidu tadi. Kami diam saja. Meneruskan pencarian kami.

‘Kita berpecah lah.’ cadang Ayi. Kami bersetuju dengan saya dan Ayi ke utara dan Adik serta Mamat ke Timur. Kami akan berkumpul semula jam 2 setengah pagi di bangsal tadi. Kami pun berpecah.

Saya mencadangkan pada Ayi untuk ke kawasan plot kubur yang nampak lebih bersih dan agak baru binaannya. Saya melihat pada nesannesan, dan melihat tahun tahun 2010, 2008, dan 2016. Benar, masih baru untuk kawasan plot yang kami akan terokai sekarang ini. Nampak berkilat dan agak mahal pembinaannya dengan jubin marble hitam kelabu. Dikawasan yang dimasuki Adik dan Mamat pula seingat saya ada nesan bertarikh 1979. Itu pada nesan-nesan yang dapat dibaca, yang tidak? Wallahualam. Sebagai bekas pelajar perumahan, saya dapat juga sedikit sebanyak membezakan tahun ke tahun berdasarkan rekabentuk dan material. Bagi kuburan yang lebih lama, contohnya tahun tahun 90an, bahan asas binaan lebih pada simen dan konkrit tanpa kemasan rumit. Terpulang juga pada keluarga keluarga si mati mahu bagaimana, bukan?

Sambil menyuluh kiri kanan dan mengambil gambar gambar, serasa angin semakin kuat bertiup. Saya memandang Ayi, kelihatan beliau masih tidak mahu berhenti lagi mengambil gambar gambar. Hati mula berasa tidak sedap. Kami mula bergerak lagi ke kawasan yang binaan kuburnya agak lebih lama sedikit bentuknya berdasarkan binaan dan material pembinaannya.

Telinga tiba tiba terdengar bunyi seperti seseorang menghembus nafas, mengeruh atau sesak nafas selepas berlari deras. Dua kali bunyi tadi. Saya menoleh pada Ayi, dan Ayi melihat saya.

‘Engkau ke tadi yang suara bernafas kuat?’ tanya saya tetapi Ayi menafikan. Kami tidak melarikan diri, sebaliknya galak pula mencari punca suara tadi. Dua atau tiga tapak ke belakang, kami temui sebuah kubur lama yang pecah nesannya dan diselaputi tumbuhan memanjat. Tidak dapat dipastikan adakah itu puncanya. Marah barangkali kami berada disitu? Tapi siapa?

Kami kemudian bergerak ke kawasan plot lain pula. Salakan anjing tiba tiba menyergah kami. Terkejut barangkali melihat suluhan lampu lampu terang. Saya mengambil batu dan mengacah acah untuk membaling, terus bertempiaran anjing anjing liar disitu. Kami terus meneroka kawasan plot plot lain hingga hampir ke 2 setengah pagi. Masa untuk berkumpul semula bersama yang lain.

Menuruni kawasan yang agak sedikit berbukit, kami masuk ke jalan tanah merah menurun ke bawah ke tempat bangsal diletakkan van. Dalam fikiran, agak celaru juga kerana baru pertama kali beraktiviti paranormal sebegini sudah mendapat beberapa ‘salam perkenalan.’
Begitupun masih ada satu lagi kejutan untuk kami dipenghujung aktiviti.

Kami nampak dari kejauhan bangsal yang dituju. Semakin mendekat saya dapat melihat lampu kuning siling menyala didalam van. Saya terfikir mungkin Adik dan Mat sudah menunggu kami dalam van. Tapi bagaimana mereka masuk? Kunci van ada pada saya.

BUMM!! Terdengar bunyi pintu ‘sliding’ van ditutup orang. Bergegas kami lari menuju ke van. Tiada sesiapa. Baik didalam van atau diluar van. Saya mula berjaga jaga, terfikir mungkin ada perompak yang bersembunyi mahu menyerang kami. Sunyi sepi. Tiada sesiapa pun. Lampu kuning pada tengah siling van dinyalakan oleh siapa? Kawan kawan kami? Mana mereka?

Daripada sebelah kanan jalan tanah merah yang agak berbukit, ternampak 2 suluhan cahaya lampu mendekati kami. Adik dan Mamat turun perlahan mendapatkan saya dan Ayi.

Terus saya bertanya samada tadi mereka ada atau tidak masuk ke dalam van dan terlupa menutup lampu kuning didalam van? Mereka bertanya semula bagaimana mahu masuk pula sedang kunci ada pada saya sendiri. Tambahan pula memang saya sendiri yang memeriksa van sebelum kami bermula tadi.

Kami saling berpandangan. Hingga ke hujung aktiviti pun kami masih disakat makhluk penghuni jirat. Sambil membaca Ayat Kursi, kami masuk ke dalam van dan terus bergerak pulang.

Malam itu bermulalah aktiviti aktiviti kumpulan paranormal kami, Penjejak Hantu. Mencari bukti penampakan makhluk alam lain, membongkar misteri setempat, dan menguatkan kepercayaan akan kekuasaan Allah SWT melangkaui sains teknologi.

Oh ya, mahu tahu kenapa sampai ke dalam van gangguan boleh berlaku? Ini kerana saya memarkir van melintang jalan jalan didalam kawasan perkuburan ini. Ingat surat pekeliling pihak berkuasa dipapan putih bangsal tadi?

Sekarang kita sama sama faham. Parkirlah kenderaan dengan betul, biar dimana saja pun. Tak masuk akal bukan? Saya sudah terkena.

Terima kasih sudi membaca.

MFT
Aktiviti Paranormal di kawasan Perkuburan di Johor
Rate this post

14 comments

  1. cerita kau bkn main lgi pusing ii ek… cita biar btul… nie aku baca kt pndahuluan jer dh hilng minat nk mmbaca cita nie.. nk cita ii citalh nie siap bual pstu ayat tk susun betul.. crita mgkin tpi klau tk pham tkleh jugk.. smoga dpt mntapkn lgi cara penceritaan goodluck

  2. cita biar btul… nie aku baca kt pndahuluan jer dh hilng minat nk mmbaca cita nie.. nk cita ii citalh nie siap bual pstu ayat tk susun betul.. crita mgkin best tpi klau tk pham tkleh jugk.. smoga dpt mntapkn lgi cara penceritaan goodluck

  3. w.pon xde jumpe hantu yg extrem tp berdebar bace…
    ni mesti kt kawasan ulu choh kn..
    ape2 pon best bace..next time share story lg ye..

  4. Aku pernah kena jugak dekat area situ, drpd UTM hala Pekan Nenas, kawasan yg ada kedai cendol. Naik motor tetengah malam, ada benda menumpang.

  5. Wei babi. Anak pelacur. Len kali bt lh cite btl2. Ni mcm bangkai jew citr hanat kau jipake. Xpe, sat lg hg doggy mak hang dlu baru pikir idea nk citr mcm mne.

    1. Hei bangla, Syed keling…hati dgn mulot ko bau macam #juboko….wa tahu mak pak lu doggy kat jubo lg, pasal lu nafsu bangla

  6. Bahasa apa kau guna ni? Walaupun aku tak faham, tapi aku baca 13 perenggan je sebab citer kau ni tersangatlah seramnya. Kalau kau teringin nak menulis citer lg lps ni, elok la kau daftar ambik kelas tuisyen Bahasa Melayu dulu sampai lulus. Kau tulis melayu tapi org melayu yg baca pun tak faham, baik kau tulis Arab!! Tak pun kau tulis bahasa Rusia!!!

  7. makin mengarut melampau2 komen2 kat FS ni skrg. rasanya lebih baik kalau admin disable je terus komen. biar semua tak dpt komen. nak block, filter pun they will always come back somehow. mengganggu pembacaan bila ada komen2 lucah, maki hamun, racist dan lain2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.