Aku Dalam Ilusi

Nafas aku tarik sedalam-dalamnya, hati ni rasa bolak balik. Keluhan kasar aku lepaskan. Usai solat maghrib, hati ini terasa mahu edit semula cerita yang dah siap petang tadi.

Episod akhir aku baca kembali sepintas lalu. Sama seperti petang tadi, air mata hampir tumpah.

Bahagian hujung aku highlight kan, suasana jeda seketika….aku hanyut dalam dunia itu, perlahan aku ‘cut’ dan ‘paste’ di tempat lain.

Butang ‘enter’ aku tekan, seketika aku meletakkan telefon di atas meja. Termenung….

Jam di dinding aku renung, sudah menghampiri jam 8 malam.

“Jadi ke tak ni, nak tamatkan berat hati, nak sambung, nak kembangkan plot bimbang membosankan” monolog aku sendirian.

Aku imbas sekejap, membaca lagi sepintas lalu, bermula dari awal cerita.

“Ahh move on je lah, malas dah aku” bebel aku sendirian.

Pukul 9 malam, aku ‘pm’ Mad pi, mohon buatkan cover. Nekad la konon nak habiskan.

Sementara tunggu cover dari Mad pi siap, sempat la aku melantak sepinggan dua nasi hahaha. Sambil baca-baca kisah seram rakan-rakan.

Jujurnya, aku ni malas membaca, kalau baca pun waktu betul-betul aku nak baca, maklumlah sejenis membaca sekali ‘masuk’ dalam dunia cerita.

Yang peliknya, menulis, aku suka pulak, tak terkira la berapa banyak cerita aku tulis, panjang, pendek, bersiri, berepisod, yang dah siap, yang tak siap, semua ada, tapi tah mana-mana pergi.

Kiranya, cerita ni macam debut aku untuk genre seram, tapi rasa tak seram pun, merepek ada lah kah kah.

Sebelum ni aku dah biasa buat cerita satira, komedi, parodi dan segala ‘di’ lagi. Bab mengarut merepek, serah padaku.

Ahh bebel punya bebel, cover dah siap, Mad pi memang sempoi, dia belum baca, tapi mampu terjemah isi cerita dekat cover, pakai ilmu apa tak tau, sepesen dengan misz panda. Buat cover kena dengan cerita. Respek habis.

Deme dua ni jugak la yang buat aku rasa nak bina lagi plot cerita ni dulu. Terima kasih tak terhingga. Korang yang sudi baca dan support ni, mesti la number 1. Wink wink.

Aaa mana tadi, ok sambung balik….siap je cover, sempat juga aku tanya Mad pi, ok lagi ke post sekarang episod akhir ni??, dah pukul 10 ni…Mad pi kata ok je, belum pukul 11, atau pos esok je.

Naaa, aku nekad nak habiskan, cukup sampai sini…

“Why why why…!!!” Mad pi tanya, aku cakap malas dah, nak move on. (Eksyen)…. Kelmarin, Misz Panda pun tanya benda lebih kurang sama, dia kata tak payah la rushing tamatkan cerita ni, agaknya deme pun belum ready.

Pendekkan cerita, maka release lah last episod, ‘Sayonara….’

Menjelang tengah malam, selain post sana sini, aku edit sikit-sikit gambar ceduk dari google, boh lagu “Lambaian Sayonara” dendangan kumpulan Melissa.

Pehh macam kena plak lagu dan gambar gadis anime berhijab tu.

Kira selesai la kerja aku, seluruh jiwa raga aku dah curahkan dekat cerita ni, maka dah tamat..ok lets move on.

Sebelum tidur……….

Aku blurr tiba-tiba. Biasa waktu macam ni, aku buat rangka cerita, buat storyboard ringkas, buat kepelbagaian jalur cerita.

Kiranya malam-malam aku ditemani ‘Linda’. Terutama sebulan dua ni. Macam sebati la, tup tup baru aku perasan. Dah habis. Jadi termanggu aku dalam gelap terkebil-kebil.

“Deng!!!!”

Serta merta aku dipagut rindu. Ahh sudah gila apa ni merindu tanpa kata.

Aku bangun duduk di meja tempat biasa aku menulis.

Aku baca balik episod akhir. Mata start masuk habuk dah. Aku baca ‘cut’ scene. Mengalir ayer mata.

Aku pi layan plak video yang aku edit tadi. Lagu Lambaian sayonara, gambar anime gadis bertudung tu, real la macam Linda.

Tidur malam ku bertemankan air mata. Cehh berdengkur sampai begegar rumah ada la.

Jadi esoknya, sepanjang hari aku baca balik sekali imbas. Menyusuri ruangan komen dan berulang-ulang pasang video edit lagu lambaian sayonara tu.

Sedih wehh, rindu yang teramat.

Malam harinya, setelah lebih 24jam Linda pergi meninggalkan aku, aku termenung pandang telefon di meja. Otak blank, apa cerita nak buat lagi. Macam belum move on plak.

Teringat sewaktu scene-scene yang aku tulis. Sumpah aku rindu Linda masa ni.

Telefon aku letakkan di meja, aku menekap muka, menangis konon.

“Lindaaaa..aku rinduuuuu” jerit aku. Biar lah bising ke apa. Tersengguk-sengguk aku menangis.

“Lindaaaaa!!!”

“Oii bisinglah, aku ada kat sini lahhh”

Tiba-tiba muncul seorang gadis, wajahnya persis dalam video aku edit tu.

Aku tak tunggu lama.

“1,2,3…..ok pengsan…”

Sayup-sayup aku dengar gadis tu memanggil-manggil aku.

.

.

.

Aku bangun terpisat-pisat, kecik besar kecik basar mata cuba mengamati jam di dinding.

“Urghh dah dekat pukul 7 pagi, lewat laa solat subuh…adui” aku mengeluh sendiri di birai katil.

Sempat aku termenung, teringat kejadian malam tadi. Blurr sekejap, macam real…mimpi rupanya.

Usai solat subuh, aku termenung lagi. Serba tak kena. Aku pun tak pasti, aku dah sewel ke gila.

“Emm rindu…” ucap aku perlahan.

“Dah la bangun subuh gajah, lepastu termenung sana, termenung sini, korang yang baca ni jangan ikut perangai dia ya”

Tiba-tiba ada suara gadis menegur, persis malam tadi. Pagi-pagi sejuk mencengkam, dahi aku berpeluh. Aku cubit pipi, nak pastikan mimpi ke realiti.

“Aduh” terasa sakit pipi pau aku kena cubit dengan tangan sendiri. Perlahan-lahan aku berpaling ke belakang.

“Naaahhhh”

Gadis semalam duduk bersila atas kerusi di meja kerja aku. Wajahnya sedikit muncung.

“Hah, jangan nak pengsan lagi, apa hodoh sangat ke muka aku ni?” Soal nya tegas.

Aku menggeleng-gelengkan kepala. “Emm lawa” jawab aku perlahan.

Cehh, dan-dan dia tersengih kena puji. Aku menelan air liur seraya membetulkan duduk.

“Kau ni siapa? Hantu ke?” Soal aku mula berani. Ye la macam dia cakap tadi, muka helokkk je, bukannya hodoh menyeramkan pun.

“Eii dia ni debik kang, ada ke rupa lawa macam ni dikatanya hantu, tak de akhlak betul” dia marah beb, siap angkat penumbuk.

“Hehe rilek laa, ape garang beno ko ni..ermm tak, aku blurr lagi ni, apa yang jadi ni” tergaru-garu kepala aku masih tak faham.

“Mana aku tau, kau yang seru aku, aku datang laa..” jawab dia ringkas, seraya menyelak langsir. Cahaya matahari menembus masuk ke dalam bilik.

Suka hati dia je, buat macam bilik dia.

“Jadi, kau ni memang Linda? Serius laaa” ternganga mulut aku melopong.

“Duarius….ya aku Linda, tak payah la nak terlopong sangat mulut tu, nanti lalat masuk”

Cepat-cepat aku tutup mulut dan menelan air liur. Aku melepaskan keluhan kasar.

“Aku bingung lagi ni, macam mana boleh jadi macam ni”

“Laa kan dah habaq tadi, kau yang seru, aku datang laa…haaa ko syok kat aku yeee” perlahan Linda duduk depan aku mengangkat jari telunjuknya.

“Choiii…apa gila aku syok dekat ko….” aku membantah keras. Linda mencebik.

“Ok lah-ok lahhh..aku bukan syok dekat kau…emm macam mana ye nak cakap…aaa..aku cuma rindu je…dekat 4 bulan kita ‘bersama’..tiba-tiba kau tak ada…rasa janggal….” aku bangun melipat sejadah dan menyimpan kopiah.

“…eh kejap…kau sorang je kan? Si…”

“Khannas!!” Linda memintas soalan aku. Terkedu aku kejap bila Linda membuat isyarat diam.

“Shhhh…” dia meletakkan jari di bibir.

Suasana jeda, hening. Jantung aku berdebar. “Mampus laa” ucap aku perlahan.

“Hahahaha, mana ada lah, kau ni, penakut betul, tapi ada hati tu buat cerita seram” bergema bilik dengan gelak tawa Linda. Sempat dia kenakan aku, hampeh!!

“Aku nak move on dari dunia kau, aku nak buat cerita lain…tapi aura kau kuat sangat, aku blank tak dak idea…” aku menjelaskan lemah lalu merebahkan badan di katil.

“Lahh, benda senang je, aku ada cerita, nak dengar?” Linda memberi cadangan seraya duduk semula di kerusi.

“Serius laa” aku melopong macam tak percaya.

“Duarius!!!” Jawab Linda eksyen. Giliran aku pulak mencebikkan muka. Dia hanya terkekek-kekek ketawa.

“Ok, cerita ni bertajuk…”

‘PISANG REBUS KERINDUAN’

Mat pisang..

Banana man..

Kerepek pisang…

Ini antara nama gelaran yang di lempar pada Salim. Dia tak marah bahkan senyum bila mendengar orang memanggilnya begitu.

Pisang sudah menjadi makanan asasinya, sejak zaman kolej membawa ke alam pekerjaan. Satu pejabat panggil dia ‘mat pisang’.

Semakin lama, semakin teruk Salim di bahan rakan sepejabatnya, gara-gara pisang. Seolah-olah satu kesalahan besar makan pisang.

Paling kuat mengata Salim adalah rakan sejawatnya, Yazid. Bagi yazid, perangai Salim tu satu yang memalukan.

“Mana tak nye kawan-kawan, pagi pisang, tengah hari pisang, minum petang pun pisang hahaha…” ujar Yazid mempersenda Salim di hadapan rakan sepejabat.

“….sanggup tu dia ‘lunch’ sorang-sorang dalam ofis, semata-mata nak makan bekal pisang dia. Kalau pisang goreng ke, kek pisang ke, atau paling teruk pun kerepek pisang tak pe la, ni pisang rebus hahaha..” tambah Yazid lagi.

“….jatuh imej syarikat ni gara-gara kau mat pisang!!, kampung betul, berubah la sikit….” panjang lebar Yazid memerli, namun Salim sekadar senyum, dan senyum.

Saban hari itu la makanan tambahan salim, kata-kata hinaan yang di anggap gurauan oleh rakan-rakannya.

Salim tetap juga senyum, tak mahu berbalah, baginya diam lebih bermaruah.

Tapi hari ini, Salim menjawab.

“Tak pe la, ikut kau orang la nak kata apa, nanti dah tak de boring pulak ye tak?” jawapan ringkas dari Salim sambil berlalu untuk pulang.

“Wooo kawan-kawan, mat pisang sentap hahaha” yazid masih mentertawakan Salim.

Malam nya hujan lebat, kilat sabung menyabung, Salim kelaparan.

Tidak senang duduk dibuatnya, entah kenapa hari ni dia sedikit terkesan dengan kata-kata rakannya.

Sepanjang perjalanan pulang dari pejabat tadi fikirannya terganggu, natijahnya dia lupa untuk singgah di kedai membeli pisang. Kini perutnya kelaparan.

Akhirnya dia memutuskan untuk tetap juga keluar ke kedai mencari pisang.

Sudah rezeki Salim, sesikat pisang terakhir di kedai kini miliknya, membuatkan Salim senyum gembira.

Namun sudah tersurat, rezeki, ajal dan maut sudah tertulis, tak cepat tak lambat, walau sesaat.

Di dalam hujan yang lebat, saat Salim melintas jalan menuju ke keretanya, Salim di langgar oleh sebua lori treler, tubuhnya hancur digilis, terperosok dibawah lori itu.

Hayat salim berakhir bersama pisang kegemarannya.

**********************

1992

“Nek….Salim lapar ni, balik sekolah ingat nak makan, tapi asyik-asyik pisang rebus, balik-balik pisang rebus, Salim muak la nekk..”

Salim membentak, berteleku di atas tangga, mukanya masam mencuka.

“Salim..nenek mana ada duit nak beli makanan selalu, mak ayah kamu meninggal, sikit pun tak tinggal harta. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik kamu pun jarang tolong, mana nenek nak cari duit, nenek dah tua, entah esok lusa nenek m**i siapa tahu” tutur nenek Salim perlahan, airmata bergenangan.

“Nenek ni…mula la tu, cakap sikit mula merepek, sudah la..kalau setakat pisang rebus ni, nenek makan la sorang, Salim tak nak makan” Salim berdiri menghentakkan kaki.

“Kamu ni salim tak baik buat makanan macam tu, kan rezeki ni, makan la nanti perut masuk angin, sakit nanti kan susah” pujuk neneknya.

“Biar-biar..biar Salim sakit dari makan pisang rebus ni” Salim berlalu pergi dengan hati yang panas.

“Salim…Salim…nanti nenek dah tak de, hari-hari kau makan pisang rebus sebab rindu nenek, baru kau tahu”

***********************

Seminggu kemudian

“Jasmin!!! Kau nak tau, aku dengar Yazid masuk hospital gila malam tadi”

“Eh yeke Ros?, kau biar betul??”

“Iye…encik Ghani bagi tahu tadi, semenjak mat pisang meninggal, hari-hari setiap pagi, ada pisang dalam laci meja Yazid, tu baru dekat ofis, dekat rumah dia tak tahu la apa jadi”

“Tu la kan…ofis ni pun dah tak de orang nak buat overtime malam-malam, bau pisang rebus kuat betul waktu malam..”

“Tamat…”

Terlopong juga aku mendengar cerita dari Linda.

“Pasal pisang pun boleh jadi cerita ya…emm tapi tak seram sangatlah..” ujarku ringkas sambil berjalan keluar menuju ke dapur.

Air susu di dalam peti sejuk aku ambil dan dituang ke dalam gelas.

“Eleh, macam la kau tulis cerita seram sangat, jiwang ade laa…wekk…mat bunga” tempelak Linda lalu duduk mengadap isi perut peti sejuk.

“Amboi, kutuk nampakk..” aku bagi jelingan maut dekat Linda.

Minah tu tersengih je macam kerang busuk sambil mengunyah sebiji epal.

“Wah kau boleh makan ye?” Soal aku kagum.

“Habis, tak makan, lapar lah aku…” jawab Linda separuh membebel.

“Ni, aku ada satu lagi cerita…” ujar Linda sebaik sahaja duduk di kerusi depan aku.

“Hoh, cerita apa pulak?”

“Ok, cerita ni berjudul”

‘7 sahabat’….

Kakbeydahh

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 22 Average: 2.3]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.