Aku dan Bukan Aku

2002. Cuti semester bagi pelajar jurusan Intergrasi Senibina dari sebuah universiti di selatan tanah air tapi malangnya pada cuti kali ini batch aku tak boleh menikmati cuti kami pada semester tahun itu. Kami yang pada semester itu iaitu tahun kedua yang akan beralih ke tahun ke tiga perlu menjalani pensyaratan asas penganugerahan Diploma iaitu menjalankan kajian dikenali sebagai Lukisan Terukur (Measured Drawing). Kalau anda ada kenal kawan-kawan yang merupakan lulusan dari jurusan yang sama macam aku, kajian ini wajib dibuat.

Secara dasar, kajian ini kami dibahagikan kepada kumpulan kecil, satu kumpulan antara 5 ke 6 orang. Kami akan dihantar ke bangunan-bangunan lama diseluruh Malaysia, antaranya rumah tradisional Melayu, istana lama, bangunan pejabat Inggeris, makam atau masjid lama. Syarat harus 50 tahun keatas usianya, lagi lama lagi bagus. Kami perlu merekod semua maklumat berkaitan seperti sejarah pembinaan, menemuramah waris, cari artifak, ukur bangunan tersebut dan lukis kembali semua lukisan teknikalnya. Tempoh untuk berada di tapak lebih kurang sebulan.

Memandangkan kami dah bukan budak sekolah, kami hanya diberikan bangunan yg sepatutnya dikaji, selebih nya seperti nak inap di mana, nak makan apa, dan lain-lain urus lah sendiri. Jadi pandai-pandailah buat muka kucing mata Besar mcm dalam kartun shrek tu buat baik dengan orang tempatan yer?
Ok, cukup untuk pengenalan.

Aku bersama kumpulan aku , dan empat lagi kumpulan diutus ke Cameron Highland. Kesemua kami dapat bangunan kolonial Inggeris yang ada di Tanah Rata. Yang mana tahu, tahu lah bangunan mana yang kami kaji. Rasa boleh agak kot.

Tapi cerita harini tentang rumah tumpangan yang kami tumpang selama sebulan tersebut. Dan kisah yang melibatkan aku antara paling hardcore. Diringkaskan kami dapat sebuah rumah tumpangan diuruskan oleh kerajaan negeri Pahang yang terletak di sebuah tebing bukit antara Pekan Tanah Rata dan Brinchang. Siap kami yang hampir 50 orang kesemuanya dapat jadi anak angkat pada pengurus rumah tersebut. Makan, tempat tidur semua diuruskan tuan rumah. Alhamdulillah sangat.

Rumah tersebut tiga tingkat. Ruang tamu, ruang makan, dapur dan kediaman pengurus di tingkat dua. Dorm kami di tingkat tiga. Kami dibahagi bilik pelajar lelaki dan perempuan dan kami menginap di sayap barat. Kami tahu tiada tetamu lain di rumah ini melainkan kami kerana kami tak pernah bertembung muka lain selain dari sesama kami dan keluarga pengurus rumah di rumah tumpangan itu. Tingkat bawah sekali hanya dijadikan garaj kereta dan sebuah bilik mesyuarat yang terdapat sebuah meja mesyuarat yang selalu kita lihat di balai-balai raya kampung, kami jadikan studio tempat kami letak kan komputer dan alatan melukis yang kami bawa bersama dari universiti.

Selain dari rumah ini di kawasan itu, bangunan paling dekat adalah sebuah hotel private terletak hampir satu kilometer, berada dibawah kaki bukit, hanya nampak bumbungnya dari rumah tumpangan kami. Keliling rumah ini adalah hutan. Bila masuk pukul 5 petang, gelapnya seakan sudah hampir pukul 8 malam. Pengurus rumah tetapkan bila makan malam semua sudah mandi dan solat. No excuse. Jadi setiap hari berlaku perebutan bilik mandi.

Cerita seram bermula berlaku kesilapan waktu mengukur bangunan yang kumpulan aku buat dan menyebabkan lukisan teknikal yang aku sedang usahakan salah serba serbi. Yelah, ukuran lari. Bayangkan stress aku tanggung bila lukisan yang aku sangka boleh siap pada hari itu aku terpaksa buat dari mula semula. Memang stress. Hari itu memang tak ramai di rumah tumpangan. Kawan-kawan yang lain masih di luar. Di bilik studio hanya aku dan seorang dua lagi dari kumpulan lain. Aku keluar dari studio dengan walkman aku, aku sumbat ditelinga dan lepak di tapak sebuah taman permainan disebelah rumah itu yang mana sudah tidak digunakan lagi, hanya ditumbunhi lalang yang meninggi.

Kebanyakan peralatan permainan ya berkarat dan ada sebuah bangku. Aku baring, nyanyi sekuat hati disitu. Taman itu dilitupi hutan bukit tapi boleh dilihat dari tingkap bilik pelajar perempuan.
Sedar tak sedar, keliling aku sudah pun gelap. Eh dah kul 5 kot. Baik aku naik, mandi dan bersiap sementara org lain belum balik. Memang arahan dari pengurus rumah tumpangan, syarat untuk kami makan malam, semua harus siap mandi dan solat, dan semua kena makan serentak. Macam di dewan makan asrama.

Cerita dipercepatkan ke pukul 8 malam. Kami didewan makan. Semua ada disitu bersama pengurus rumah tumpangan dan anak perempuannya. Sambil makan aku perasan berberapa pelajar perempuan seakan memandang dan menjeling aku , macam ada sesuatu yang mereka bisik sesama mereka. Dan selepas makan kami terus ke studio di tingkat bawah. Seraya itu aku disapa. ” Eh zal, ko perhal duk dalam gelap kat taman margrib tadi? Ko ni nak prank kitaorang ke?”
Aku tergamam. Apa dia merepek ni? Margrib? Dalam gelap?? Apa ni. Aku margrib kat bilik la, mandi, solat rehat sebab tak nak berebut bilik air.

Tapi kata kawan perempuan ku ini, bukan seorang yang nampak, ada 3 atau 4 orang lagi. Kata mereka “aku” yang dilihatnya itu berbaju t-shirt hijau dan berkain pelikat. Memang itu pakaian aku hari itu, tapi sukar diterima akal kerana aku masih ingat lagi dimana aku berada pada waktu margrib yang dinyatakan mereka. Dikatakan “aku” yang dilihat berdiri kaku merenung kearah tingkap bilik pelajar perempuan. Aku itu dilihat tersenyum dan ada masa mengumam sesuatu seakan berkata tapi tiada suara yang keluar. Mula seorang yang nampak, dan dipanggil kawan-kawan lain, kata mereka semua melihat benda yang sama.

Dalam berberapa minit “aku ” dilihat berpusing, berjalan lurus kedalam kawasan taman terbuat tersebut dan duduk di bangku, di dalam gelap redup pokok yang memayungi taman permainan itu. Dan waktu itu kawan perempuan ku ini terpaksa menuju ke bilik Air. Dan cerita itu hanya ambil masa berberapa minit untuk tersebar dikalangan semua yang ada distudio.

Akibatnya…..aku tengok kau, kau tengok aku. Nak pergi ke tandas di tingkat 2 at least bertiga. Lazimnya kami boleh stayback distudio sampai pagi, tapi sejak peristiwa itu rata-rata pilih paling lewat pukul 1 atau 2 pagi. Dan tidak dibenarkan berseorangan di studio.
Sebenarnya pelbagai cerita berlaku pada kami sepanjang tempoh sebulan di Cameron Highland ni. Cerita seram di rumah tumpangan ni ada berberapa lagi, belum lagi yang terjadi di bangunan kajian. Faham-faham jelah bila bangunan bekas Mess tentera jepun dan hospital tentera British waktu zaman perang dunia kedua dulu. Get it right?
In shaa Allah lain masa aku akan cerita kan…..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Faizal Mamat

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.