Aku dan mimpi – Benarkah monyet?

Ada apa dengan mimpi – Benarkah monyet?

Assalamualaikum pembaca2 FS, aku kenalkan diriku sebagai Althea. Ini entry pertama aku. Harapnya, berkena la dengan tema FS berkenaan cerita2 mistik atau perkara ghaib. Maafkan aku sekiranya, sedikit bosan atau tidak memenuhi ketara. Sis cuba.. hehe

Sejujurnya aku ni memang jenis pemimpi tegar dari kecil lagi. Macam2 sangatla tapi biasanya lupa. Cuma semenjak cecah2 umur 30 tahun ni je, semua ni jadi segar dalam ingatan.

Biasanya aku sedar aku pernah bermimpi tentang sesuatu tu, apabila benda tu terjadi dalam dunia sebenar. Entahla, ada yang kata tu mcm dejavu.

Contohnye, aku berjalan di sisi jalan nampak seorang lelaki nak seberang jalan. Jalan tu lengang je. Tapi aku dah tahu ending kisah lelaki tu. Sebab aku dalam 5saat lepas tu akan ada sebuah kereta yg membelok laju ke jalan yg diseberangi lelaki tu.

Tapi, aku xboleh buat ape. Sebab aku cuma tahu bende tu akan jadi. Tapi aku xboleh ubah kejadian tu. Bila mimpi menjadi benar camni terjadi, aku mesti macam rasa dlm hati.. Ya Allah, aku pernah lalui dah keadaan ni. Masa zaman remaja, xdela selalu sangat alami. Tapi dah tua sikit ni, makin menjadi2. Dan gap masa untuk aku menyedari tu lebih cepat dr biasa. Xtahula perkara ni membawa maksud apa2..

Berbalik kepada kisah aku dan mimpi2ku.. aku mulakan entry pertama ni dgn mimpi yang paling kerap aku terima. Mimpiku kebiasaannya di alam gelap.. suasana mimpi seperti dalam cerita warcraft atau thor bab perang2 di asgard.

Mimpi ni biasanya bermula dalm keadaan biasa contoh aku berjalan2. Kemudian tiba2 sahaja aku akan rasa xsedap hati seperti langit seakan-akan nampak lebih gelap. Hati aku pon rasa semacam.
Saat ni, muncul tiba2 dari kawasan semak. Lebih kurang dalam 5 ekor monyet mengelilingi aku. Pelik jugak sebab tadi asalnya kawasan aku lalu ni nampak terang. Bukanla kawasan yg monyet2 ni boleh berselindung sgt. Semak tu pun bukannya besar.

Jujur aku rasa, monyet2 ni xmacam monyet2 yg biasa aku jumpa. Aura monyet2 ni agak terasa beratnya walaupun jarak mereka ni lebih kurang dalam 100m dari aku. Utk pengetahuan pembaca, aku duduk area kaki bukit. Jadi mmg kawasan rumah aku ni selalu je ada haiwan2 dr hutan yg aku jumpa dr kecil.

Sambung balik tentang mimpi monyet ni. Saat ni, monyet2 itu mendatangi aku dari bahagian depan. Dup dap dup dap dalam hati, cemas rasa. Aku ambil selangkah, selangkah ke belakang setiap kali monyet2 ni macam nak menghampiri aku.
Sehinggalah, aku di sapa dengan suara seperti berdehem yang membuatkan aku terduduk.
Saat ini, ada org di sebelah aku yg sudah terduduk bersila. Aku xingat siapa, tapi lelaki tuberbaju melayu mcm cerita zaman dulu tu. Dia bersila. Aku pun auto bersila. Monyet2 ni masih menghampiri aku perlahan2.. aku seperti mendengar bisikan lelaki ini. Istighfar dahulu. Redakan hati, dan tenang. Aku ikut.
Kemudiannya, dia suruh aku terus baca ayat Qursi tanpa henti.. dan aku buat.

Waktu ni, monyet2 tu dah macam nak mengamuk. Boleh nampak dari mata monyet2 ni merah macam nak menggila.. dan nampak lebih bengis. Dengan melompat2nya lagi. Kali ni, lelaki tu tak bercakap, tapi aku seperti rasa dalam hati dia suruh teruskan bacaan dengan lebih khusyuk. Seperti menyuruh aku menggunakan tenaga dalaman untuk benteng diri. Aku buat juga (konon2 macam aku pernah belajar bab tenaga dalaman ni, sedangkan tak pernah pun)

Ajaib, monyet2 yg nak menghampiri ni berhenti seperti ada benteng kelilingku yg tidak dapat mereka tembus dan makin lama aku lihat monyet2 ini seperti makin kecil. Sampai satu saat, mereka hilang begitu saja. Dan saat ini, aku terus terjaga. Biasanya bila terjaga pun, aku tak adala macam terkejut atau cemas macam org mengigau tu, cuma rasa tertanya2 setiap kali bangun.

Maaf mungkin tidak seram kerana tiada encounter secara real atau tidak kelihatan ‘hantu’ spt artikel2 lain dr FS. Boleh dikatakan semua mimpi2 aku ini semuanya seperti diserang.. tetapi bukan dari hantu2.. Wujudnya lebih seperti manusia2 yang tidak aku kenal ataupun seperti haiwan2. Aku dpt rasakan niat membunuh aku.

Dan memang ada yg kejadian yang hampir aku dikelar, tapi yang ni aku sambung di masa2 lain jika diizinkan Allah. Macam aku cakap, aku pemimpi tegar. Macam2 mimpi, yg sejujurnya aku rasa tidak jauh dari realiti sebenar. Cuma belum dapat decode habis. Alhamdulillah ada 2-3 yang sudah pun dapat decode.. pernah seorang kawan aku yg bertanyakan guru mursyidnya tentang mimpi2 aku, dia memberitahu mmg aku ini jenis orang yang ‘bermimpi’. Wallahualam.

2 thoughts on “Aku dan mimpi – Benarkah monyet?”

Leave a Comment