UiTM SEGAMAT

Cerita ini berlaku pada awal tahun 2013 sewaktu aku menuntut di UiTM Segamat.
Pada bulan Januari 2013, aku dan rakan sekelas ku telah merancang untuk membuat kejutan kepada rakan kami, Safiah sempena hari lahir beliau. Hari lahir beliau jatuh pada hujung minggu dan semestinya pada waktu itu keadaan di universiti agak sunyi kerana ramai pelajar yang pulang ke kampug halaman. Kami membuat keputusan untuk menyambut hari lahir Safiah di pondok yang terdapat di tengah-tengah bangunan kelas (pelajar UiTM Segamat mesti tahu tempat ni). Semestinya keadaan riuh rendah dengan gelak tawa dan bebelan kami sewaktu menyambut hari lahir Safiah. Kami bergambar, menyanyi dan mengimbas kembali saat-saat perkenalan kami. Dalam sedar tak sedar, jam telah menunjukkan jam 12 tengah malam.

Selalunya jam 11 malam polis bantuan akan meronda di sekeliling kawasan universiti dan jika terdapat pelajar yang berkumpul beliau akan menyuruh pelajar-pelajar pulang ke kolej kediaman masing-masing. Tetapi pada malam itu tidak kelihatan polis bantuan sama sekali. Mungkin mereka berfikir tidak ada ramai pelajar yang ada di kawasan universiti pada waktu hujung minggu sebegitu. Setelah menyedari hari telah lewat malam, kami mula mengemas sisa-sisa makanan kami dan membersihkan ruang pondok tersebut. Setelah siap mengemas, aku, Ika, Wawa dan Safiah meminta diri untuk pulang. Kami berempat duduk di kolej kediaman yang sama.

Pada ketika itu seorang rakan sekelas kami, Zai, bersuara, “Korang nak lalu bangunan kelas (bangunan kelas yang kami lalu sewaktu datang tadi) tu ke? Em… rasanya tak payah lah lalu situ. Korang lalu jalan jauh sikit ea.” Zai seorang yang diberi kelebihan untuk melihat makhluk-makhluk ghaib. ”Nanti masuk bilik, tukar baju, ambil wuduk. Sebelum tidur baca ayat Kursi dan 3 Qul”, tambah Zai sebelum kami memulakan perjalanan. Kami jadi cuak apabila Zai mula berkata seperti itu. Dalam keadan takut, kami berempat berjalan pulang ke kolej kediaman kami dengan melalui jalan yang dicadangkan Zai.

Untuk sampai ke kolej kediaman kami, kami akan melalui satu jalan di mana terdapat pokok besar. Sepanjang menuntut di UiTM Segamat, banyak cerita yang didengari mengenai pokok tersebut. Ada pelajar ternampak cik ponti bertengek, ada yang nampak kain putih bertebangan dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, sepanjang aku menuntut di situ, aku tidak pula melalui pengalaman itu. Ketika melalui pokok tersebut, tiba-tiba aku rasa seram sejuk dan segala bulu roma aku meremang. Aku melihat Ika, Wawa dan Safiah seperti tidak merasa apa-apa, jadi aku andaikan itu adalah perasaan ku semata-mata kerana terlalu memikirkan kata-akata Zai tadi.

Sampai di bilik, kami berempat menukar baju dan mengambil wuduk seperti yang dipesan oleh Zai. Keadaan pada malam itu sunyi sepi. Ika, Wawa dan Safiah pun tidak banyak berbicara. Kalau tidak, macam bertih jagung mulut masing-masing. Mungkin mereka kepenatan barangkali.

Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata. Kata-kata Zai bermain-main di benak fikiranku. Apa yang Zai nampak? Betul ke dia ada nampak sesuatu? Ke saja je nak prank kami semua? Segala persoalan bermain di minda. Seram sejuk yang aku rasakan dari tadi tidak hilang-hilang. Aku cuba melelapkan mata, namun tidak berjaya. Aku melihat Ika, Wawa dan Safiah sudah nyenyak tidur. Aku pusing ke kanan, pusing ke kiri, namun tetap tidak dapat melelapkan mata. Aku memakai earphone dan mendengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran dengan harapan aku dapat melelapkan mata, namun hampa. Aku tidak dapat melelapkan mata sehingga Subuh.

“Wei, kau dapat tidur ke malam tadi?” Mesej daripda rakan sekelasku, Adira. “Em.. . tak. Rasa lain macam kot. Seram sejuk je sepanjag malam.” Balasku. “Samalah kita. Aku dah rasa tak sedap hati masa mula-mula sampai pondok tu. Tapi aku buat bodoh je. Aku jadi bertambah tak sedap hati bila Zai cakap macam tu dekat korang.” Perbualan aku dengan Adira melalui mesej berhenti di situ. Kami sekelas membuat keputusan untuk berjumpa dan bertanyakan hal yang sebenar kepada Zai. Pagi tu, kami sekelas berkumpul di kafe untuk bersarapan.

“Wei, apasal kau cakap macam tu dekat kita orang malam tadi?” Safiah memulakan perbualan. “Ala, tak payah lah tahu. Nanti korang takut pulak.” Zai berkata sambil menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya. “Baik kau beritahu!” Ika sudah hilang sabar. “Kalau jadi apa-apa, jangan salah kan aku ea.” Zai mula untuk bercerita. “Sebenarnya waktu korang (merujuk kepada aku, Ika, Wawa dan Safiah) berjalan menuju dekat kita orang (dekat pondok), aku nampak ada cik ponti tengah perhatikan korang dari Blok I (bangunan kelas).

Lepas tu aku ingat cik ponti tu akan blah, rupanya tak. Dia perhatikan je kita semua. Masa korang semua galak bergelak ketawa, cik ponti tu pun join sekali ketawa. Sebab tu aku banyak kali suruh korang slow down sikit suara korang. Sebab tu aku tak bagi korang (merujuk kepada aku, Ika, Wawa dan Safiah) lalu bangunan kelas tu untuk balik ke kolej kediaman. Cik ponti tu tak habis-habis perhatikan kita.” Mendengar Zai bercerita mengenai cik ponti, kami semua terkedu dan hanya membatukan diri.

“Sebenarnya cik ponti tu still ikut korang balik kolej kediaman. Aku nak beritahu korang, tapi takut korang tak dapat tidur. Korang takde kena kacau kan?” “Memang tak kena kacau, tapi aku tak dapat tidur kot. Rasa diperhatikan. Seram sejuk jangan cerita. Punya tebal selimut aku, but still rasa sejuk.” Kata Wawa. Rupanya bukan aku sorang je yang tak dapat tidur, satu bilik tak dapat tidur! Hahaha…

Tambahan cerita dari Adira… Katanya, waktu dia, Mira and Lina berjalan nak ke pondok tempat kami nak menyambut hari lahir Safiah, dia ternampak kelibat putih yang melintasi dia orang. Start tu dia rasa tak sedap hati. Tapi didiamkan aje sebab takut rakan-rakan sekelas yang lain kata dia ni penakut sangat. Tapi Adira ni memang penakut orangnya. Kucing bunyi malam-malam pun di katanya seram. Hahaha… Mungkin malam tu kami terlalu excited sampai terlupa menjaga adab. Mungkin sebab tu kot cik ponti tu perhatikan kite orang. Bak kata Ika, dia tak puas hati sebab kita orang kacau waktu dia nak bergembira dengan member-member dia. Hahaha…

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2.5]

11 thoughts on “UiTM SEGAMAT”

  1. Ho..ak ex-student situ gak time dip. Ad gak dgr crite macam2 dkat U.S tp alhamdulillah x pnah kena. Korang duk kolej Blok B k?

    Reply
  2. Nmpk x pernah, dgr pernah.. pukul 3 pagi kne sergah dkt tingkap..bilik tingkat 2, kolej warna biru tuuu.. tu sekali. Lg sekali 2 pagi, tetibe dgr suara budak2 ketawa..bilik yg sama gak..mse tu masih ade pokok luar bilik..oh, bilik hadap blok I. Btw, sy batch 2009-2011. Bnyk la citer kt situ..tooo many..hahaha

    Reply
  3. Budak2 kolej banyak kisah seram lagi2 bila waktu maghrib. Waktu peralihan petang ke malam. Ada budak bola dulu, dah azan maghrib pun masih main kat padang sebelah BK. Pastu kebetulan orang masjid naik motor lalu situ nk ke PI, suruh dorang stop main dan balik kolej. Dorang pun akur dan balik kolej ikut laluan tangga Blok C atau U (lupa dah haha) yang berdekatan dengan bangunan bilik lecturer tu. Waktu dorang naik tangga tu salah sorang nampak ada seseorang kat belakang bangunan tu. Member2 semua dah naik, dia turun tangga dan pergi dekat dengan budak tu. Semakin dia hampir budak tu dia rasa sejuk seluruh badan dan kawan2 dia perasan dia takde kat belakang, dorang patah balik dan panggil dia, weh kau buat apa sorang2 kat situ? Dia kaku terus tak cakap apa2 terus naik tangga ajak member terus balik kolej. Sampai kolej baru dia bagitahu yang dia nampak lelaki yang muka sebijik macam dia. Tak tahu la nak cakap benda tu apa. Qarin kot?? Kesian member aku 3 hari trauma asyik fikir je pasal benda yang dia jumpa tu hahaha Tu yang orang pesan, balik rumah sebelum maghrib, nanti tak pasal2 terjumpa atau bertembung dengan benda2 tak sepatutnya. Itu saja. Salam

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.