Padah kerja di tengah malam

Salam kepada semua pembaca, aku am ( nama timangan ), aku nak berkongsi cerita misteri yang berlaku pada aku yang terjadi sewaktu aku bekerja sebagai technician ( nama rasmi jawatan tersebut tapi lebih kurang macam operatorla lebih kurang ) sebuah syarikat kawalan serangga ( pest controlla senang cerita ). Peristiwa itu berlaku kira-kira hampir 10 tahun yang lepas. Kerja aku ni memerlukan aku untuk standby apabila diperlukan, kira selalu ade job on-call la tapi itu cuma akan terjadi bila company dapat job yang banyak so memang keringat aku akan diperah habis-habisan, hahaha…

Dipendekkan cerita,waktu tu company dapat job untuk settlekan kontena 40 kaki sebanyak 20 unit ( spec kerja aku malasla nak cerita, takut korang tak paham, hehehe… ), disebabkan kerja tu nak dimulakan pagi-pagi sok dalam pukul 9 pagi jadi memang confirm aku kene settlekan persediaan malam sebelumnya. Alamat balik lambatla jawabnya, oh ye, kerja aku masuk pukul 8 pagi sampai 5 petang tapi jarangla pukul 5 tu dah balik, selalunya paling awal pukul 8 malam baru abis, kalau jenis job banyak macam ni silap-silap pukul 2 pagi baru habis then still kene masuk pukul 8 pagi esoknya.

Sso pahamlah kenapa aku kata kene perah keringat tu. Sambung balik, bila aku dapat job order, 1st aku kene tengok tempat dan tempatnya adalah dekat container yard di pelabuhan klang ( nama syarikat terpaksa disembunyikan, huhu ). Time tu sebab job banyak, ramailah partner yang tolong tapi itu sama sekali tak membantu dari mengelakkan aku terkena gangguan tu. Sampai tempat tu pukul 6 petang, setting dengan supervisor tempat tu pasal job, everything ok cuma dia pesan dia pun stay sampai pukul 7 je then pejabat situ da takde orang dah melainkan pak guard, itupun dia duk kat depan pintu pagar masuk je.

Mulalah kerja aku kat lapangan kontena tu, yang ada kat situ cuma kontena, badan lori kontena banyak-banyak tu dan opis diorang yang macam kontena jugak, adoooiiii, sebab stress punya pasal sampai aku terpikir, hari ni hari kontena bagi aku ke?…hehe. So proses seterusnya hanya untuk menunggu setiap kontena tu tiba di hantar dari gudang yang terletak di shah alam menggunakan 3 side-loader jadi memang mengambil masa sikit sebab semua kontena ni perlu dibalut menggunakan kanvas untuk diisikan gas pada pagi esoknya.

Nampak?, selalu orang bungkus hadiah je tapi aku bungkus kontena untuk menyara hidup,hahaha… Aku settle suma kerja aku malam tu dekat pukul 3 pagi, gila betul, sok pagi awal-awal da nak kene masuk kerja lagi. Sepanjang buat tu biarpun tengah-tengah malam, tengah-tengah padang pulak tu, memang xde gangguan langsung, takut jugak aku kalau-kalau tempat lapang camni ade pocong, selalu dengar member cerita tempat macam ni dia suka. Da settle suma, startla aku balik rumah, rupanya dekat rumah sendiri gangguan tu berlaku, sebab ada kaitannya dengan tempat aku buat kerja tu.

Disebabkan terlampau penat, dari pagi kot aku kerja sampaila pukul 3 pagi, memikirkan sok nak bangun pagi lagi, aku balik rumah tanpa bagi salam, tak cuci kaki muka semua, terus aku masuk tidur dengan baju pun tak bertukar, bijak kan aku?…hahaha…memang terlelap terus tapi yang menakutkan aku mimpi, aku ada kat tempat container yard tu balik sambil dikelilingi makhluk-makhluk yang takla hodoh, camna nak cerita ye, badan kurus , telinga capang, gigi atas bawah jongang, tajam pulak tu, lidah panjang mata tersembul, diorang suma marah aku, tanya kenapa kacau tempat diorang, aku dengan badan kejang, mulut tak dapat nak bersuara, yang aku boleh dengar dengan clear, nafas aku yang laju je.

Aku ingat mimpi je,bila aku cuba dan paksa bukak mata aku sikit-sikit, terkejut ya amat, ada kelibat macam dalam mimpi aku tu duk mencangkung atas lutut aku, muka dia mengadap aku, memang nampak macam marahla, takut punya pasal aku jerit sekuat hati sampai terjaga, tengok jam baru pukul 3.45 pagi, lupa nak cakap aku sampai rumah pukul 3.30 pagi, mean tidur yang aku sangka lama tu baru 15 minit je, dahla mimpi bukan-bukan,hahaha….aku jadi blur sebab 1st time kena macam tu, siap kene marah dengan mak aku sebab menjerit tengah-tengah malam…tapi aku tak ceritala,malu beb…

Lepas tu, memang tak boleh tido sebab takut campur keliru…pagi soknya aku demam, memang tak tahan badan ni, maybe penat campur keteguran kot. Bila fikir-fikir balik, mungkin ada benarnya kemarahan makhluk tu, dahla datang tempat diorang, buat kerja sambil tergelak-gelak tengah malam, nak cepat siap punya pasal, segala jenis halangan, batu ke, pokok ke, suma benda yang kat situ, aku main campak-campak dan patahkan.

Lepas tu, memang takde gangguan dah jadi memang aku bersangka baik yang makhluk tu memang nak tegur kesilapan aku, nasib tak kacau lebih dari itu. Sekarang aku dah tukar kerja dan peristiwa tu buat aku beringat sampai bila-bila sebab tak nampak tak semestinya tak ada,huhu.

Pengajarannya lagi, lepas kejadian tu, tak kira pukul berapa aku balik, aku mesti mandi or at least basuh kaki muka dulu. Aku mohon maaf kalau penulisan aku tak teratur, maklumla pertama kali. Kalau ada rezeki aku akan ceritakan lagi kisah aku dengan isteri aku waktu kami dapat baby 1st dulu, puncanya pun sama jugak, ada yang mengikut aku balik. huhu. Terima kasih semua.

.

am
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.