Kem PLKN di Johor

Hai korg . since aku memang peminat tegar FS ni, aku nk share satu cerita seram yg jadi kt aku . Mungkin tk seram untuk korg, tapi ckuplah buat bulu roma aku tegak kalau ingt balik .

Tahun 2016, permintaan sukarela PLKN aku lulus and aku ditmptkan kat kem yg still in Johor. Kem aku tu hijau, memang cantik, banyak bukit, penat sikit . Siapa yg tahu, maka tahulah kt mana. First, aku bgitahu dlu pelan kem ni biar korg tk konfius. Jalan masuk terus jumpa litar aktiviti sebelah kanan. Tengah kem padang kawad. Kem ni memang berbukit ye tak tipu punya, bukit sebelah kiri padang kawad dorm wira. Untuk ke dorm wirawati, kami kena naik tangga everest yg curam yakmat. Jumpa dewan makan, sebalik zink kt dewan, dorm wirawati .Okay ckuplah untuk mukadimmah .

Kisah 1

Hari ketiga kat Kem yg “indah” ni. Aku ni sejenis umat yang memang akan bangun tidur even dihembus angin sebelah telinga. Sebelum masuk kem, mak dah pesan. Kuatkan iman, tabahkan hati. Niat cuma satu, persediaan ke dunia pertahanan. Pagi tu, jiran depan katil aku kejut. Tapi dia kejut cuma bisik je . “Hui na , bangun dh nak subuh”. Serta merta aku bangun capai tuala gi toilet mandi tanpa aku hiraukan keadaan dorm masa tu. Habis mandi, aku pelik kenapa semua tido lagi. Tak takut tuan marah ke. Dah siap aku kluar dorm. Memang pelik sebab masa tu semua gelap. Tidur termasuklah wani yang tukang kejut tadi .

Aku terus ke surau. Nak ke surau kena lalu Dewan makan dan everest tu. Aku perasan , encik ada tgh duduk kat dewan makan dengan loreng askar dia tu. Tengok dan senyum aje. Kat surau, aku capai al-quran dan telekung . Aku baca surah Al-baqarah. Sepanjang 2 jam aku kt surau, bermacam2 bunyi keluar. Tipu kalau tak bergetar kepala lutut ni tpi aku teruskan , dalam hati tuhan je yg tahu .

Tak lama, tingkap surau kene ketuk . “Woi wirawati ! kau buat apa pukul 3 kat surau sorang sorang ni !” . and aku macam what ???!!!! pkul 3 ??????? Takgunanya Wani ni. Bertelekung aku lari ke atas  Encik yg tadi tgok aku bru nak pegang megaphone untuk kejut subuh. Aku cerita smua. Dia kata “awal betul dia bagi salam perkenalan kat kau yea. Special btol” .Apa yang special pun aku taktahu . Wani pun tak ngaku dia kejut aku . Jadi siapa yg kejut aku malamtu? Allah je tahu .Oh yea , aku bukan penggemar jam tangan , dorm takde jam and memang aku taktahu pukul bape .

Kisah 2
Aku group last yg smpai so kitorg kene duduk sementara kat dorm Delta. Aku kompeni Charlie . Sebelah dorm tu ad blik rehat . Satu hari tu, dorm blackout, aku n geng aku decide nak main carrom . Tanpa sengaja ya , diulang tanpa sengaja aku trsimpan satu buah carrom kat poket seluar. Aku lupa .Esoknya kitorang kene msuk dorm lain. Aku and geng aku smua masuk dorm campur. Alpha charlie delta smua ada .

3 minggu kt kem (2 minggu lepas terambil carrom) , aku dapat panggilan interview TESL kt UPSI . Since aku mmg nak kos tu. Aku nekad nak weekend gi Perak dan join interview tu . All is well sampai malam last aku kt Perak , kawan aku Isya call guna public fon . Dia ckp dengan ton rendah tpi sayu macam mintak tolong “naaaa , pulangkan balik na benda tu . Dia marah . Balik cepat na pulangkan benda tu” . and trus tutttt……..

aku tak terfikir pasal carrom tu , sampailah dalam bas otw ke johor . Aku tringt . Balik tu , ada sorg dormmate aku , jeling aku tajam macam aku rampas bf dia .Aku taklah gila mana smpai nak pulang carrom tu mlm tu . Aku niat esok aku nak pulang terus kesian kawan2 aku . Pagi tu otw nak ke blik rehat , ada seekor pelesit halang jalan aku . Memang spoil sebab tergolek aku nk ngelak dia . Aku tak sedap hati . Berlari aku pergi ke bilik rehat . “Saya mintak maaf saya tak sengaja teramik” . Elok aku setapak keluar dri situ , aku dengar org ckp “sama sama” and bam ! Pintu tertutup . Serius cakap , demam aku 3 hari . Lentok je dlm rumah medic .

Kisah 3
Ingat tak budak yang jeling aku tu ? Masa malam tengah gosok baju , dia datang mencangkung depan aku . Entah dri alam mana tetibe sampai sini . Rambut dia panjang smpai ke peha ye . Ko bayangkanlah dia mencangkung dengan rambut macamtu , hampir2 seterika tu melekat kat muka dia . Sopan je dia senyum dengan kepala senget kiri skit n ckp “kau ye yg amik barang dia ? kau nak selamat jangan masuk situ lgi . Kau dah kena tanda dengan dia tau . aku sayang kau n kawan2 kita” pastu trus blah . Sumpah , antara scary dengan psiko . Aku taktahu nak pilih mana yang sesuai untuk dia .

Kisah 4
Cerita ni panjang and last . Benda biasalah kalau kau dengar kem2 macamni bebudak histeria . Tapi sebab bilangan yg kene malam tu bnyk . Jadi aku ceritalah . Minggu 2 msuk kem dulu , sorang budak delta tetiba nangis time rocoll . Merayu mintak lepaskan dia . Rupanya dia keteguran , benda tu marah ada pihak yang tak rajin nak cuci pad sendiri .

Sehari sebelum ramai kena tu , kawan baik aku datang kat aku nangis2. Since aku penghuluwati , dia cite smua . Dia kata dia pergi dorm lama tu nak iron baju . Masa tengah tunduk nak amik kain jatuh , ada “akak” bwh katil warning dia . Jangan sidai kain dalam dorm . Malamtu gak aku pergi kat stiap dorm and warning supaya turunkan apa yg dorg sidai dalam blik . Ramai gak nyampah , peduli apa aku . 2 bulan je pon dengan korang . apedehal .

Maghrib esoknya , kawan sekampung aku , aku panggil Ida lah eh . Bersiap macam biasa nak gi surau . Kitorang lambat sebab bantai sukan petang tu , penat lain macam . Aku cakap kat dia , aku nak sikit bedak tepung .Dia cuma kata okay smbil kerut dahi and sapu2 tengkuk dia .Tak sedap bebeno rupenye tu . Masa aku pakai kasut kat depan pintu , Ira dengan Ati jerit panggil aku . Aku cuma cakap aku takmau dah lambt nnti ustazah marah . Tapi bila ati kata , tolong weh Ida sakit .Aku gi kat dorang .

Sampai je aku nampk Ida kene pangku dgn Ati smbil nangis2 . Aku ambik alih pangku kepala Ida , tapi berat dia tu , peh macam ada tong air sirap berat dia. Aku cuma suruh dia mengucap , sambil aku baca ayat kursi . tetibe Ida senyap pandang aku sambil senyum . Waktu aku tengok , mata hitam dia dengan slow motion jadi besar . Kulit dia tetiba gelap macam mayat dah 3 hari kena tinggal . Dia cengkam tangan aku , taktahu apa tapi aku rasa angin masuk dri tempt dia cengkam ke dada aku . Ida terajang katil smpai melekat kat dinding . Dia kata “Kau takut ke cu ? pandang sini nak tgok muka takut” . Aku amik nafas secawan dua and jerit Allahuakbar ! Dia lepaskan aku . Aku lari nak ke surau. Ttiba dia menangis panggil bff dia “Ati….Ati….tolong aku Ati….kau kawan aku kan Ati……” Bila Ati taknak layan sebab kene tahan dgn org lain dia ckp Ati bodoh , sundal , babi smua benda yg enak disebut bila marah keluar .

Aku teruskan marathon ke surau , tergolek aku kat everest tu smpai sompek bibir aku . Dahi berparut smpai skrg . Smpai surau aku cite smua . “tulah awk smua, saya suruh brkmpul 1900 tpi degil” perli padu ni , dia suruh aku tggu baca quran . I dont know why , aku rasa nk muntah . and “Arghhhh!!!!!” 1 , 2 , 3 and seterusnya kene , mcm main pas pas pulak rasuknya tu . Tambah teruk bila budak laki ad yg panggil barang kuda kepang sendiri , awlnya nk tolong ubatkan , tpi dia skali kene

Ida dibawa ke medic house , sedatif disuntik . Benda ni pandai . Dia main2 mcm dia dah keluar . Tapi sandiwara je tu. Semua org diarahkan ke DM . Aku selaku sorang yg masih waras dan penghuluwati kira semua org . ko bayangkan . dari 300++ , tinggal 56 org .

Aku taktahu macam mana benda tu habis , cuma yang aku thu , yang terkena malamtu kene tidur dalam dua dorm . Ustazah settle situ . Bunyi monyet , burung , anjing smua kluar mlmtu . Bunyi tu dri dorm dorg . Esoknya , ramai yg muka ad kesan penampar sebab benda tu degil taknak keluar .Ada yang terus nak balik . Ad yang sakit manjang sampai lembik . Ida org last yang back to normal . Alhamdulillah semua selamat malamtu .

Itu saja korang cerita dari aku. Terima kasih.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Syaznie
FOLLOW FB KAMI.

3 comments

  1. Pelik nya tulisan kau. Kau baca balik ke tak lepas tulis/sebelum submit ni.. Tapi kalau kau bukan melayu, lantak la tak pandai BM pun.

  2. Ejaan tu pastikan betul. Jangan singkatkan macam tulis mesej kalau sebenarnya nak tulis karangan. Harap lain kali nak hantar semak dulu ejaan dan penulisan. Pening saya nak faham.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.