Okey aku intro dengan nama aku ialah Leonardus tapi lebih dikenali dengan nama Mandus. Aku juga peminat pada cerita-cerita di FS ni. Jadi aku pun ambil keputusan untuk share sikit cerita seram aku.
Aku masih budak sekolah menengah dan tahun depan aku akan ambil SPM. Aku tinggal bersama dengan kedua ibu bapa aku, adik aku dan seorang abang aku.
Pada malam kejadian, abang dan mak aku balik lewat sebab kerja overtime dan bapa aku pulak kerja sebagai security dikilang yang abang dan mak aku kerja. Malam tu juga adik aku stay dalam bilik. Aku sedang menonton tv dan siaran malam itu semuanya tidak menarik. Aku pun dah rasa panas dan aku belum mandi lagi. Aku mengunci pintu depan dan belakang, takut-takut ada pencuri masuk. Aku menarik tuala mandi aku dan terus ke bilik mandi. Bilik mandi aku tu dalam rumah jadi tak takutlah.
Aku masuk saja ke dalam bilik tu aku terus rasa lain macam. Benda yang mula-mula aku perasan ialah aku macam dengar suara-suara pelik yang berbisik ditelinga aku. Aku mula tak sedap hati, aku terpaku sekejap dalam bilik mandi tu. Bilik mandi kami kecil saja tak besar mana pun, dalam bilik mandi tu ada satu tingkap kecil di bahagian atas. Tingkap tu jaring-jaring dan bukan tingkap yang boleh buka tutup. Aku beranikan diri dan menutup pintu bilik mandi.
Aku rasa seperti diperhatikan dalam bilik mandi tu. Bilik mandi kami masih baru dan tiada lubang dan lubang yang besar pun ialah tingkap itu. Aku mula rasa seram dengan tingkap tu dan aku merenung seketika tingkap itu. Nasib baiklah tiada apa-apa.
Aku sambung mandi dan sepanjang mandi aku rasa seperti diperhatikan sekali lagi. Selepas habis mandi, aku terus pakai pakaian dalam bilik mandi itu. Itu sudah menjadi kebiasaan aku apabila selesai mandi.
Semasa aku selesai menyarung baju, aku memandang tingkap itu. Aku sangat terkejut. Kerana ada benda yang hodoh sedang memerhati aku. Mata benda itu tajam melihat aku. Benda itu perlahan-lahan senyum pada aku dan kedengaranlah bunyi mengilai. Aku tak dapat bergerak hanya memerhati benda itu. Kedua kaki aku tidak membantu langsung. Aku menjerit “MAKKKK…….!!!!!!!!!!” barulah aku dapat bergerak dan aku terus berlari masuk ke bilik dan menutup badan aku dengan selimut.
Sepanjang aku menutup badan aku itu, aku ada terdengar bunyi mengilai dan bunyi itu betul-betul dekat telinga aku. Tiba-tiba suara mengilai itu hilang. Aku memberanikan diri untuk menyelak selimut dan melihat sekeliling. Keadaan senyap sunyi.
Tiba-tiba lampu bilik aku terpadam begitu juga lampu yang berdekatan dan aku terasa sangat takut dan suasana sangat gelap sehingga aku tidak dapat nampak apa-apa. Pintu bilik aku tidak berkunci dan aku nampak satu sosok tubuh yang merangkak masuk ke bilik dan tiba-tiba lampu bilik pula mati hidup mati hidup seolah-olah ada orang yang main-main dengan suis itu.
Aku dapat melihat muka yang hodoh itu lagi dan benda itu merangkak mendekati aku. Tiba-tiba benda itu semakin laju dan melompat ke arah aku. Aku terus pengsan dan tak ingat apa-apa lagi selepas itu.
Tiba-tiba aku merasa badan aku seolah-olah digerakkan untuk bangun dan aku rasa ada rambut yang terjurai ke muka aku. Aku sudah pun tersedar namun aku terus memejamkan mata kerana masih takut. Aku mula tertanya adakah benda itu yang goyangkan aku atau adik aku. Banyak lagi persoalan yang timbul.
Aku membuka mata sedikit demi sedikit. Bila aku buka mata aku terkejut lagi dan menjerit “Argghhhhhhh…..!!!!!!”. Rupa-rupanya itu mak aku yang baru habis mandi, kejutkan aku bangun makan. “Hoi bangun makan.” Aku berdiam diri, seluruh badan aku penuh dengan peluh. “Kau ni kenapa?” mak aku agak marah. “Tiada, tiada.” kata ku. Aku tidak mahu mak aku risau, mak aku seorang yang cepat sesak nafas dan ada lebih baik kalau aku rahsiakan benda ni dulu.
Selepas mak aku keluar dari bilik, aku mula tertanya lagi apa benda tu, apa yang dia mau, aku bertanya pada diri sendiri adakah ini satu mimpi. Tapi tak mungkin sebab baju yang aku pakai ialah baju yang lepas aku mandi tadi.
Cerita aku ni ada sambungan dan tidak berhenti disini sahaja. Aku akan sambung cerita aku ni kalau dapat disiarkan dan kalau mendapat sambutan yang baik. Terima kasih kepada FS dan kepada yang membaca.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
best… sambung je lah dik citenya. nanti akak baca wala wala . . .
Adoi dikkkk….main sambung2 pulak. Cepat sikit dik sambungnya. Real betul dia kacau kau ni….
banyaknya penggunaan aku dlm cerita ni. pening baca
Walaupun seram tapi saya rasa nak tergelak baca.. nanti sambung ya
seram jugak la. please sambung lagi