Program Burung Hantu

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua warga FS, aku nak cerita pengalaman aku yang dah hampir 17tahun berlalu sekitar tahun 2003 kalau tak silap yang telah aku pendamkan..memang dah lama aku nak share kat page ni tapi tak ada idea nak susun ayat. Nanti kalau ayat tunggang langgang, elok-elok cerita seram jadi macam cerita kartun shin chan plak..hahahaha

Mintak maaf yea kalau ayat macam berterabur ke ape..aku ni maklum le bukn budak cerdik SPM pun cukup-cukup makan je, maklum le budak paling baik kat sekolah hari-hari lompat pagar..hahaha

Okay berbalik cerita yang seram, aku ni kn dah di cop budak nakal kat sekolah, jadi satu hari aku dan 4orang rakan-rakan satu sekolah yang nakal-nakal ni telah terpilih satu program jati diri yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Negeri Perak untuk budak-budak nakal di maktab perguruan hulu kinta selama seminggu lebih. Aku pun join la program tersebut dan difahamkan seramai 150 orang pelajar terlibat dari pelusuk sekolah negeri Perak.

Sesampai aku dan kawan-kawan satu sekolah ditempat program tersebut dah ramai yang sampai dulu sebelum kami..dulu nya aku tak tau program jati diri ni ape ingat saja makan angin ke..hahaha..terkejut jugak la sebab ramai askar-askar ada kat situ, rupaa-rupanya jurulatih yang akan train kami dalam program jati diri ni.

Aaaaahhhhh..panjang benor intro nye plak..hahaha..okay-okay kita terus ke babak seram. Aku ni seorang yang keras hati dan memang tak takut benda-benda halus ni, bukan aku tak percaya dan takbur cume perasaan takut tu takda dalam jiwa aku ni. Memang selalu aku dengar orang jumpa hantu ni tapi aku tak pernah jumpa dan sampai aku jadi takbur dengan tengok benda-benda halus ni walaupun sekali.

sebab orang cakap kalau cakap besar ni nanti dia akan tunjuk diri. Tiba la satu malam ni jurulatih buat satu program burung hantu dekat 1 kawasan bukit dekat hulu kinta tu lebih kurang jam 12 tengah malam. Siapa yang pernah buat burung hantu ni mesti tau kan kena tinggal dalam hutan sorang-sorang dengan jarak dengn kawan-kawan agak jauh sedikit, tengah malam pulak tu. Okay aku salah sorang yang kena tinggal dalam hutan banat tu dan jarak dengan kawan-kawan lebih kurang 1kilometer rasanya. hahahah

Bila dah duduk sorang-sorang dalam hutan yang tak pernah aku jejak sebelum ni memang ada terasa sedikit takut, tapi keadaan hutan tu agak terang jugak sebab bulan tengah mengambang, memang boleh la nampk kalau ada-ada kelibat atau binatang yang lalu, aku pun duduk la di lereng bukit tempat aku ditinggalkan, ye la…nk kemana lagi, kan? Bukan tau pun selok belok hutan ni. Jurulatih pun ade cakap jangan pergi mana-mana dan tunggu sampai diorang dtang ambik.

Lebih kurang setengah jam aku duduk mencangkung kt lereng bukit tu dan tiba-tiba terasa telinga kanan aku seperti kena tiup dan telinga kiri juga begitu, aku ingat nyamuk atau agas ke tapi takde pun. Aku pun abaikan je la sambil mata aku melilau tengok sekeliling dan aku toleh ke bawah bukit tempat lalu aku masuk tadi ternmpak kelibat bayang hitam melompat lompat seperti monyet kemudian hilang dan nampak ia melompat lagi dan hilang menuju ke arah aku.

Mata aku tak berkedip memandang bayang yang menuju kearah aku, dan tiba-tiba bayang tersebut hilang tapi aku masih tengok kebawah lereng bukit sambil mencangkung dan melilau mata mencari bayang tersebut, selepas puas mencari kelibat tadi tiada aku pun menoleh kepala kedepan alangkah terkejut nya aku kelibat tadi betul-betul berada di depan aku dalam keadaan mencangkung sambil menongkat dagu seperti aku juga. Jarak antara aku dengan benda tu lebih kurang setengah depa..

Daripada situ lah aku dapat melihat dengan jelas wajah dan keadaan makhluk tu dengan sekali imbas, badan berbulu kasar seperti monyet dan mata merah menyala. Aku pun masa tu dah macam nak pitam nak lari pun tak tahu nk kemana, jadi aku ambil keputusan tak pergi mana-mana hanya terkaku dalam keadaan mencangkung sambil tutup muke dan tunjuk kebawah, habis semua ayat suci al quran keluar dari mulut, aku rase dalam 2 jam aku cume duduk mencangkung duduk kt situ je..

Dekat 2 jam aku kt situ akhir terdengar suara orang ramai dan cahaya lampu suluh jurulatih untuk mengambil kami semua pulang. Sesampai semula di kem aku hanya berdiam dan tidak seperti dulu yang banyak bercakap dan mengusik kawan-kawan.

Kawan-kawan aku semua hairan kenapa aku jadi mendap dan tak seperti biasa. Keesokan hari nya aku demam teruk hampir 2 minggu dan aku terpaksa dihantar pulang kerana tak boleh jalani aktiviti seterusnya. Selepas baik demam baru aku bukak mulut dan cerita apa yang dah terjadi pada aku pada ayah, ayah aku hanya gelak je dan dia cakap tu hantu hutan serta dia bagi tahu aku ni terlampau berani (padan muka)

Semenjak hari tu aku tak nak terlampau berani sangat. Cukup lah sekali memang niat nk tengok dan kalau boleh tak nak jumpa dah sampai bila-bila…Sekian dari aku

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Remy
FOLLOW FB KAMI.

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.