Siapa Buka Tingkap?

Assalamualaikum. Seronok tengok Fiksyen Syasha dah ramai pembaca. Dulu aku pernah hantar cerita. Sebelum cerita kondo langkawi. Lepas cerita tu, fs makin meletops. Tahniah. Begitulah flashback aku.

Terdetik di hati aku nak share lagi kisah yang terjadi waktu aku sekolah menengah dulu. Ni pengalaman aku. Saje nak share dengan korang. Dulu masa tingkatan 5 aku ni kerjanya memonteng aje. Sebabnya aku tak suka satu subjek kat sekolah. Aku rasa sangat tak pandai dalam subjek tu. Udah tau bebal patutnya kena la datang kelas ye dak. Ini tidak, aku suka suki ponteng sekolah terus. Jangan diikut perangai ni ye.

Aku ponteng sekolah selalu dengan seorang kawan aku ni, Liza. Dia bawak motor ke sekolah. Jadi pagi tu macam biasa la aku akan turun di bandar dengan baju sekolah. Kawan aku dah tunggu di bandar. Destinasi pertama haruslah hutan belakang kampung tak jauh dari bandar tu sebab situ je yang sunyi. Tapi hari tu port yang biasa kami salin baju tu tak clear. Asyik ada orang lalu je.

Jadi kami pun pergi la ke hutan yang lebih dalam lagi. Kami nampak sebuah rumah lama yang ditinggalkan. Sebuah je rumah ni dalam hutan ni. Aku pun yakinkan liza untuk tukar baju kat belakang rumah tu je sebab line clear. Aku pun pasti takde orang kat rumah tu sebab pintu semua berkunci selak dari luar dan bermangga. Tingkap kaca lapis lapis tu pun semua tertutup rapat. Halaman rumah semak dengan daun-daun tak bersapu dan sawang sawang je jadi hiasan rumah ni. Warna papan pun dah lusuh.

Aku dah tak sabar nak pergi cc main game. Aku suruh liza berhenti dan kami sama sama ke belakang rumah tu. Liza jaga line sebab risau ada orang pulak. Tak pasal dapat show free dan nampak sangat la pontengnya. Ok aku dah selesai salin baju, liza pulak salin baju. Aku berdiri usha line sambil pegang baju liza yang nak disalinnya tu. Ye lah tempat tu takde penyangkut. Bukan fitting room kat mall kan. Haha. Sambil tu pandangan aku halakan ke salah satu panel tingkap yang tertutup rapat.

“Ika, meh baju aku.” Aku tersentak. P****g stim betul la minah ni. Aku hulurkan baju ke arah liza. Kemudian aku pergi semula ke tempat aku berdiri tadi. Pandangan aku halakan semula ke tingkap tadi. Aik, bukan tadi tingkap ni tertutup rapat ke? Ni dah terbuka sikit. Dalam 45 darjah. Siapa pulak yang buka? Takde bunyi pun? Setahu aku tingkap macam ni memang famous dengan kriuk kriuk besi dan kacanya.

Tingkap yang terbuka sikit tu menampakkan gelap gelita dalam rumah tu. Aku tenung lagi dan aku makin pelik. Takkan takde cahaya pagi sikit pun masuk dalam rumah tu melalui bukaan tingkap tu. Memang rumah ni di tengah hutan tapi kelilingnya ada halaman. Takde pokok pokok besar atau tinggi berdekatan yang boleh menghalang cahaya masuk secara terus. Tapi dalam rumah tersebut gelap gelita. Aku memang pasti rumah ni takde orang. Pintunya depan belakang semua diselak dari luar dan bermangga. Aku yang cek tadi. Halaman rumah yang sangat semak dan sawang sana sini yang dah lama tak diusik tu menambahkan lagi kepastian aku.

Aku pandang liza dan kata “Liza, cepat sikit salin baju”

“Kejap la weh. Kenapa ada orang ke?”

Ya Allah, aku dengar bunyi cakaran pada dinding pulak pada tingkap tadi. Untuk pengetahuan korang, tingkap tu sebelah kiri aku dan jarak hanya sedepa dari aku. Tadi takde bunyi pun. Dan aku rasa diperhatikan.

“Kenapa?”

Aku dah rasa nak marah. Banyak tanya pulak dia.

“Cepat la weiii. Aku taknak cakap nanti ko takut” kataku dengan terketar-ketar.

Liza mungkin sudah mengesan perubahan suara aku dan terus salin baju cepat cepat. Bunyi cakaran semakin kuat dan menarik perhatian aku untuk melihat semula ke arah tingkap tersebut. Ya allah!!! Dah terbuka luas!! Tanpa sebarang bunyi besi atau kaca berlaga dan dalamnya hanya gelap gelita. Hitam legap. Hanya bunyi cakaran yang makin kuat dan satu sergahan ‘hah’ ditelingaku.

“LIZA!! LARIIIII!!!”

Aku membuka langkah seribu diikuti liza dibelakangku. Aku tak pasti liza dengar apa yang aku dengar. Yang pasti kami sama sama takut. Janganlah apa apa mengejar kami. Mencicit kami lari ke motor dan aku hampir hampir nak terlentang dek lajunya liza pulas minyak.

Bila dah sampai di kawasan bandar aku dan liza menangis kerana terkejut yang teramat sangat. Liza kata dia dengar bunyi yang aku dengar. Pertama, cakaran. Dia pun pelik dari mana bunyi cakaran pelik tu. Tapi dia nak sedapkan hati tu dia tanya aku kenapa kenapa tu. Kedua, dia kata dia pun perasan tingkap tu awalnya tertutup dan disebabkan mata aku asyik tertumpu ke situ waktu nak lari (aku pun tak perasan) dia pun pelik macam mana tingkap tu boleh terbuka luas. Suara tu pulak takde pulak dia cerita. Aku pun malas nak tanya sebab takut sangat sangat.

Kalau nak kata ada orang mahupun mat pet dalam rumah tu takkan sanggup suruh kawan kunci selak diri sendiri dan mangga dari luar tengah hutan kot. Lagi satu kepelikan, penah tak korang tengok ke dalam rumah melalui tingkap waktu siang? Takkan takde sebarang cahaya pun masuk. Ni tak, dalam rumah melalui bukaan tingkap tu gelap gelita. Dan siapa pulak sergah aku tu. Meremang sampai sekarang saat aku taip cerita ni.

Pelik campur seram bagi aku. Sebab bagi aku bukan manusia yang buka tingkap tu. Tapi makhluk yang menghuni rumah tinggal tu. Minda kecik aku tak nampak logiknya masih ada manusia yang tinggal dalam rumah melihatkan keadaan rumah dan sekeliling laman rumah tu. Tapi wallahualam. Allah lebih mengetahui.

P/s: Jangan monteng kelas ye hahaha

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

7 thoughts on “Siapa Buka Tingkap?”

  1. ni akbiatnye ponteng..tp aq pon pernah ponteng gak..dan alhamdulillah..mse form 2je ponteng…next..xponteng da…sebab da insaf..huaaa

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.