Perpindahan Tak Terduga 2

Assalamualaikum warga Fiksyen Shasha semua. Aku nak ucap kan terima kasih kepada admin sebab publishkan cerita aku dan nk mintak maaf kat korang semua kalau cerita aku Perpindahan Yang Tak Terduga aritu terlampau pendek. Aku malas nk tulis panjang2 sbb takut tak dipublish pulak buat penat jaa jari jemari aku nak menaip hahaha buruk betui perangai..Okeyh meh aku nak sambung cite haritu..

Buat pengetahuan korang bibik aku dah balik Indonesia selepas setahun berkhidmat dgn kami sebab tuh la bilik belakang tu kosong sekarang.Bilik belakang tu kitorg satu keluarga jadikan bilik wardrobe je jadi mmg takda siapa la yg tido situ malam-malam. Selepas pada kejadian aritu mmg benda tuh tak ganggu kami dah tp selepas bibik aku balik Indonesia dan taman aku tu ramai orang sudah berpindah masuk benda tu kembali menganas.
Kejadian nih berlaku semasa jiran-jiran dan ayah aku bertugas di malam hari untuk rukun tetangga. Kejadian ni semua berdasarkan apa yang adik aku ceritakan sebab dia pun ikut jugak ayah aku masa jaga rukun tetangga tuh. Pada malam tuh lebih kurang dalam pukul 12 tengah malam, semua jiran tetangga yang bertugas pada malam tersebut berkumpul di pondok pengawal untuk memulakan tugas memantau kawasan sekitar taman. Setiap orang diberikan lorong-lorong yang perlu mereka ronda dan ayah aku serta adik aku boleh pulak dapat lorong rumah kitorang yang kebanyakan dari jiran kami tak mahu melakukan rondaan di situ kerana terpaksa lalui kebun getah.

Ayah dan adik aku melakukan rondaan dengan menaiki motor sambil mengambil angin malam. Malam tuh adik aku cakap mmg keadaan suram semacam je dengan angin yang bertiup seperti mahu hujan, suara-suara cengkerik dan katak juga kedengaran amat jelas sekali. Mereka berlagak biasa semasa melakukan rondaan pada malam itu acah-acah berani laa katakan padahal dalam hati masing2 dah berdoa tak henti-henti supaya tak terserempak dgn benda tu. Semasa lalu di kebun getah itu ayah aku cakap yang motor dia rasa berat sangat kalau jalan kaki tuh lagi laju la dari motor yg diorg naik tu. Ayah aku berdoa sgt supaya motor ni tak buat hal masa tuh sebab dia tak sanggup nak tolak motor pepagi buta dalam kebun getah nih. Alhamdulillah lepas pada kebun getah tu motor dah mula gerak seperti biasa tetapi malangnya mereka terpaksa berhadapan dengan laluan ladang kelapa sawit pulak. Semasa lalu dekat ladang kelapa sawit itulah ayah aku perasan yang adik aku ni muka dia dh pucat semacam je lepastu asyik tengok langit. Ayah aku dah mula syak sesuatu masa nih yelah sebab adi aku tuh hijab dia terbukakan jadi perkara biasa la kalau dia nampak benda tuh. Cumanya ayah aku risau adik aku ni kecil lagi masa tuh dia baru darjah 4 jadi dia kalau takut tuh mmg sampai tahap nangis meracau semua la.

Ayah aku suruh adik aku jangan pandang atas dan teruskan membaca ayat-ayat suci Al-quran tetapi adik aku umpama berada dalam dunianya sendiri langsung tak endahkan kata-kata ayah aku. Ayah aku terus pecut motornya pergi kearah jiran-jiran yang lain. Nasib baik salah seorang jiran kami adalah seorang ustaz dan dia lah yang membantu ayah dan adik aku. Ustaz itu cakap yang adik aku tak apa-apa cuma dia lemah semangat saja mungkin ternampak sesuatu. Selepas selesai merawat adik aku, ayah aku terus bawa dia balik ke rumah dan bagi dia rehat.
Keesokkan hari barulah adik aku menceritakan tentang semua kejadian yang menimpanya dan apa yang dia nampak pada malam tadi. Katanya ketika melalui kebun getah itu dia terlihat bebola api yang sedang marak berterbangan di atas seolah-olah sedang mengikuti dia. Terdapat banyak bebola api yang datangnya entah dari mana berkeliaran di sekitar kebun getah itu tapi dia hanya berdiam diri tidak mampu untuk memberitahu ayah aku sebab dia tau ayah aku tak boleh melihat seperti dia. Ketika itu dia mulai rasa tak sedap hati dan badannya kaku hanya kepalanya sahaja yang terus memandang kearah atas. Habis dugaan di kebun getah tiba pula dugaan lain yang lagi dahsyat menimpa adik aku. Dia mengatakan ketika melalui ladang kelapa sawit pula dia ternampak langsuir berterbangan di atas bumbung-bumbung rumah di lorong rumah aku itu dan masa inilah dia umpama di pukau untuk terus tengok benda itu tanpa dia sedar. Bak kata adik aku mukanya tersangatlah buruk tak tergambar dek kata-kata, sangat lain dari dalam movie yang kita lihat di kaca tv.

Untuk pengetahuan korg, dpn rumah aku tu ayah aku tanam pokok liu yg daun dia byk tuh sapa taktau try laa google tgk. Hahh dkt pokok tu selalu tiap-tiap malam jumaat mak dgn adik aku akan nampak laa benda tuh mencakar pokok tuh dan bila esk pagi bangun mmg kitorg dpt tgk pun kesan cakaran kuku dkt pokok tuh. Ayah aku tak nak buang pun pokok tuh sebab katanya biarlaa benda tu nak asah kuku dia di situ janji sekarang ni dia dah tak ganggu kitorg.

Sebenarnya ada something lagi aku nk bagitau korg semua, masa aku tgh menaip cerita nih buat tatapan korg aku juga dapat rasa kehadiran dia sebab aku tulis ni pun dah tengah malam kan. Kalau ikutkan cerita ni aku nak update secepat yg boleh tapi ada benda menghalang tapi nasib baik akhirnya selesai jugak. Nak tau apa benda yang menghalang?? Benda tuh laa apa lagi aritu aku pegi ke tandas kejap ja tinggalkan laptop tapi bila aku dtg balik tgk apa yang aku tulis semua dah lari format tulisan dan ejaan berterabur jadi disebabkan itulah jadi lambat aku kena edit semua balik. Aku rasa nak mengamuk ja tengok hilang rasa takut terus.. hahahaha akhirnya aku mengarang masa lunch hour ja kat office senang takde benda ganggu.. PADAN MUKAA!! Hahahahah okeylaa kalau ada masa lagi nanti aku update kisah aku masa dekat university lak dapat jiran bilik yang psycho. Terima kasih sudi baca kisah aku kawan-kawan semua...

Bunga
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

18 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.