TAK DIUNDANG DIA HADIR

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan cerita aku. Ni cerita kedua aku selain dari Pandangan Kucing yang disiarkan pada tahun 2019 rasanya. Setahun jugaklah gap untuk hantar cerita. Time PKPP ni adalah masa sikit. Tahun 2011, merupakan titik bermulanya pengajian aku di universiti yang terletak jauh di Sarawak.

Siapa tu?
Masa mendaftar sebagai student baru, biasalah family yang hantar bukan setakat dengan barang jer, siap dengan air mata sekali. Biasalah kalau orang lain balik boleh naik bas, kereta, motor dan lain-lain. Aku ni memang kapal terbang jer lah kalau nak balik, itupun kalau tiket murah. Setahun balik 2 kali je.

Sebagai student first year, kami akan diletakkan dalam bilik yang ada roommate. Ntah macam mana masa daftar nama tu, aku dapat bilik single yang hanya dihuni oleh senior student jer. Bagi aku itu adalah rezeki tapi yang tak bestnya, bilik memang besar dengan minimal punya perabot (meja study, almari, katil bujang) dengan ruang bilik yang besar. Family aku pon terkejut sebab tak expect dapat bilik single. Then mendaftar macam biasa, family hantar barang campur babak air mata sikit dan lain-lain. Cuma masa aku nak hantar family aku ke airport, arwah mak aku ada pesan (Al-fatihah bagi Pn Hjh Che Afsah) yang aku kena lazimi ayat-ayat suci al-quran dalam bilik tu sebab bilik kena tinggal lama dan aura dalam bilik tu “berat” sikit. Tapi sebagai anak muda yang mengharungi segala cabaran untuk menimba ilmu (chewaah!!) aku tak amik port sangat cuma aku anggukkan sahaja.

Aku balik floor aku tu, masuk dalam rumah tiba-tiba rasa sunyi, hening kejap suasana. Lepas tu, ada senior keluar dari bilik sebelah aku sambil kata untunglah dapat bilik single. Aku senyum jerlah tanda hormat. Dok sibuk berkemas dalam bilik tu, geng serumah pon mula masuk dari pelbagai negeri, penang ada, kedah ada, sarawak sendiri pon ada. Kami pon lepak-lepak di meja makan (sesi suai kenal). Tiba-tiba ada senior masuk dalam rumah dengan beg dan buka kunci bilik sebelah aku, aku pelik sebab tadi ada senior lain yang tegur. Aku pon tanyalah, “eh, kak..tadi bukan turun ke?” senior tu buat muka pelik sambil dia kata “ eh, taklah. Akak pon baru masuk hari ni”. Ahhhh….sudah….aku senyapkan jer la tapi rasa cuak gila woii. Aku rasa malam tu jugak aku nak balik semenanjung.

Malam

Seminggu masa orientasi tak payah citelah memang penat. Masalah timbul bila aku dah mula start kelas. Aku satu-satunya budak HR dalam floor aku jadi memang jadual beza dengan semua yang lain. Kadang-kadang aku sorang-sorang kat rumah waktu malam sebab geng aku ni, fakulti diorang jauh. Dan aku tak amik port sangat kalau tiba-tiba paip di tandas belakang bunyi, sliding door ruang tamu bergegar, bagi aku “diorang” pon diizinkan ALLAH SWT untuk menetap di bumi ini. Kalau jadi macam tu, biasanya aku tutup rapat-rapat pintu jer.

Pernah sekali aku terlajak lepak di CAIS (library) dan balik dalam pukul 10.00 malam lebih kurang. Masuk dalam bilik, aku istigfar panjang sebab tingkap bilik aku lupa tutup. Dah lah meja study mengadap tingkap. Aku penakut ya korang, takde masa den nak bukak tingkap masa study malam. Pukul 6 petang mesti aku dah tutup tingkap. Kalau study malam pon, aku bukak langsir jer, takde maknanya nak amik angin malam. Dengan berhati-hati aku tutup tingkap, siapkan diri untuk tidur. Aku memang tidur tutup lampu.

Lepas tu, aku tersedar dalam jam 2.00 pagi, cliche kan? Tapi ini memang berlaku. Aku terbangun, mata aku terus ke meja study. Langsir aku terbukak, besar cermin tingkap tue bagi view malam kat aku. Maka dengan bangangnya aku sambil nak bukak lampu bilik dengan konfidentnya menjenguklah ke cermin tingkap tu. Tapi aku tak bukak tingkap, aku tengok ada satu benda hitam dok bertenggek di tingkap orang yang sama floor across blok aku, aku dok floor 2 ya. Terduduk aku sebab terkejut. Cepat-cepat aku tutup langsir dan baring kat tilam. Masa tu, bilik terang benderang, aku bukak semua lampu yang ada dengan harapan yang si “dia” tak tahu yang aku terintai dia tadi.

Dalam jam 4.00 pagi, bulu roma aku naik bila bunyi orang ketuk tingkap. Mula-mula slow jer, lepas tu rasa nak bergegar cermin, macam nak pecah. Aku istigfar dalam hati sambil peluk payung instead of bantal peluk , jangan tanya kenapa aku pegang payung sebab aku pon tak sure tapi rasanya macam self-defense mode on la kot. Aku pon kata slow2, “pegilah, jangan kacau, aku menumpang nak timba ilmu jer, sampai masa aku pegi”. Lepas tu, gangguan tu senyap dan akibat dari gangguan tu, aku tak pegi kelas esok harinya dan lepas tu, aku tak penah tido tutup lampu. Mesti bukak lampu.

Gangguan rumah

Mengambil berat tentang pesanan arwah bonda aku, setiap kali sebelum subuh (subuh sini awal) aku amik keputusan untuk bangun dalam pukul 4.00 pagi setiap hari untuk baca yassin dan al-quran sikit-sikit. Tabiat aku, bila aku baca surah yassin, aku akan bukakkan sikit pintu aku tu untuk membolehkan bacaan yassin aku tu berbunyi hingga ke luar (nota: aku tak baca kuat dan sederhana sahaja dan cuma aku niatkan untuk keselamatan semua orang rumah aku dan semua dalam rumah aku tu beragama islam ya). Malam tu, masa lepak dengan geng bilik, diorang ada cite kat aku yang diorang bersyukur yang rumah tu selalu berbunyi Surah yassin dari bilik aku dan ini buat diorang terasa aman dan diorang tak perlu alarm dah kalau nak bangun subuh sebab diorang kata kalau nampak pintu bilik aku tu terbukak sikit, masa tu mesti dalam jam 4.00 hingga 4.30 pagi. Diorang kata rumah ni dah kurang gangguan sejak surah yassin dilazimi oleh kami. Kalau tak, akan selalu ada bunyi ketuk-ketuk di pintu, berjalan di luar bilik dan main tutup bukak lampu dan kawasan pantry kami merupakan kawasan yang tidak selaamt pada waktu malam (gangguan banyak) sebab dia dekat dengan area koridor.

Sampai disini saja kisah aku, harap korang enjoy dan stay safe ya. Kepada admin dan semua pembaca, kalau ada rezeki, aku ceritakan lagi. Bila kita duduk kat negeri orang yang terdiri dari pelbagai agama dan kepercayaan ini, banyak kisah yang didengar dan dialami. In sha Allah, kalau ada rezeki, aku cerita lagi.

#staysafe
#stayathome
#kitajagakita

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

AIM

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 thoughts on “TAK DIUNDANG DIA HADIR”

  1. Unimas ni sebab CAIS tu. Hehehe kolej cempaka ke kolej mana tu? Tak tahu rupa kolej yg lain, cuma tahu cempaka & brc je. 😅

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.