Tangisan mengilai

Assalamualaikum kepada pembaca setia FS. Okay kali ni buat kali kedua aku menulis cerita di FS. Aku nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada admin FS jika cerita ini disiarkan.

Kisah ini berlaku sewaktu aku berumur 10 tahun. Nama aku sya. Waktu tuh aku dan keluarga keluar makan dan berjalan – jalan di penang. Sampailah lewat malam baru kami pulang. Aku baru teringat yang esok sekolah. Aku dah la tak seterika baju lagi. Dalam perjalanan pulang aku jadi serabut sebab jam menunjukkan pukul 12:30 pagi. Gila tak serabut dengan baju tak strika. Bila sampai ja dekat rumah terus aku tergesa – gesa mengambil baju dan seterika.

Nak dijadikan cerita, pada malam itu tinggal aku seorang sahaja di luar d ruang tamu. Abang aku dah masuk tidur diulit mimpi-mimpi indah. Rasa takut pon ada tapi aku cakap kat diri aku kena kuat so aku pon sika la baju tu.  Tengah-tengah syok dok seterika, last – last aku terdengar suatu suara menangis mendayu-dayu. Bunyi tangisannya kekadang seperti bunyi mengilai. Aku berhenti seketika dari menyerika dan perhati ja keadaan sekeliling dan cuba mencari arah orang menangis tu. Aku hairan dan cuba fikir balik sapa yang nak menangis tengah – tengah malam buta nih. Kemudian aku sambung kerja. Suara Tangisan tu kemudian mula lagi dan bunyi mengilai semakin jela kedengarannya. Kali ni aku dah mula rasa lain macam je. Aku dah mula terfikir tentang pontianak, hantu ka, atau apa-apa makluk halus yang lain.

Aku mula rasa seram sejuk ja. Bulu roma terus naik menegak. perasaan takut mula menyelubungi diriku. Sumpah masa tuh aku tak tau nak buat apa. Aku oun mula baca surah al fatihah. Aku strika baju cepat – cepat and then lari masuk bilik. Aku ingat semua tuh akan berakhir tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Rupa-rupanya, Bunyi tuh makin lama makin dekat. Bunyi tuh macam nak bagi tahu aku ja akan kehadirannya. Dia punya bunyi tuh korang boleh rasa macam ada orang berbisik di telinga korang. Aku apa lagi, kelumbung habis satu badan. Menggigil aku dibuatnya mujurlah tak terkucil. Masa ni langsung tak terfikir nak teriak panggil seiapa dalam rumah. otak jadi kosong kerana ketakutan sangat.

Aku mula la baca macam – macam surah yang aku tahu. Dalam dok tengah baca ayat2 quran, tiba – tiba aku dengar macam pinggan mangkuk jatuh dan pecah berderai. Korang bayangkan, ada orang macam sengaja jatuhkan pinggan macam tuh lah bunyinya. Laju ya amat. Aku semakin kuat menggigil. Badan aku mula sejuk ja. Masa ni lah pula nak kencing pon ada. Nak ke tandas, tak berani. Oleh kerana takut punya pasal, maka aku sanggup tahan sampai pagi esok. Malam tu aku memang tak keruan kerana takut. Aku cuba paksa diri aku untuk lelapkan mata. Dalam keadaan ketakutan tu, last – last aku terlena macam tu jah.

Pada pukul 6 pagi macam biasa la bangun siap – siap nak pergi sekolah. Sebelum jalan ke sekolah, aku sempat jenguk di dapur tentang keadaan semalam. Aku terkejut sebab tiada sebarang pinggan yang pecah. Ya Allah tiba-tiba peluh keluar atas dahi. Aku dengan pantas tinggalkan rumah dan terus menaiki bas untuk ke sekolah. Punya takot sampaikan tali kasut pon tak dan nak ikat dengan kemas.

Okay sampai disini sajalah ceritaku. Maaf jika cerita ini tidak seram. Tapi ntah lah aku rasa macam nk kongsi ja. Aku akhiri cerita ini dengan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

3 thoughts on “Tangisan mengilai”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.