OT

#ciknona – OT
Hai semua. Pernah terkena seperti dipanggil seseorang tapi sebenar takde pun? Ni #ciknona nak share 1 cerita dari kawan #ciknona. Kita namakan dia dengan nama Salwa ok. Lets start!

Salwa dulu seorang yang sangat la tak percaya dengan benda ghaib ni. Tapi dia sangat suka dengar dan baca kisah-kisah seram. Bagi dia itu semua sekadar hiburan. Ok, nak dijadikan cerita, si Salwa ni dia biasa balik kerja lewat. Suka buat OT. Kadang sampai pkul 7 la 8 la. Dalam office dia, memang tak ramai yang suka buat OT. Tapi yang lain tu, paling-paling pun buat OT sejam je. Balik kerja pukul 5, sambung OT sampai pukul 6. Tapi dia ni mengada-ngada suka nak smpai 7, 8 malam dah macam esoknya dah tak masuk kerja.

Pernah 1 hari tu, masa dia tengah syok-syok buat kerja, dia terdengar la macam suara sorang kawan dia panggil-panggil dari arah bilik meeting utama. Bunyi nya sayup-sayup je tapi dia cam la suara tu. Dia pun pelik sebab yang sorang tu memang tak pernah nya buat OT selama ni. Selalu balik memang on-time je. Tapi kenapa tiba-tiba ada pulak.

Awalnya dia buat tak tau je, tapi makin lama dengar macam kawan dia tu tengah menangis. So, dia risau la kot ada apa-apa tak kena dengan kawannya tu, so dia nak pergi la bilik meeting tu nak tengok. Masa tengah berjalan tu, dia rasa macam ada yang hembus dekat tengkuk dia. Automatik dia rasa meremang dan memang tak fikir panjang, terus ambil beg and cabut. Pasal kawan dia tu, dia ingat nak suruh guard je naik tengok.

So, dia pun keluar la dari office. Masa dah keluar tu, nak turun tangga, dia dengar suara kawan dia tadi jerit panggil nama dia. Jerit kuat sampaikan dia terkejut dan makin laju la larian si Salwa ni. Sampai dekat guard, Salwa bagi tau dekat guard suruh pergi tengokkan kawan dia dekat atas tu. Tapi guard kata, dia tak tau pulak ada orang lagi dekat atas. Sebab kereta yang tinggal dekat parking tu cuma kereta Salwa je. Haaa, lagi la Salwa cuak. Cepat-cepat dia masuk kereta, kunci pintu terus. Start enjin, terus jalan. Sepanjang perjalanan dia terfikir-fkir pasal apa jadi tu.

Esoknya bila masuk office, Salwa Tanya kawan dia kenapa semalam jerit-jerit. Kawan dia tanya bila masa yang jerit tu. So Salwa cakap la, “kau OT kan semalam. Kau buat apa dalam bilik meeting tu. Sorry la aku tak pergi kat kau, rasa something tak sedap semalam’. Kawan dia terkejut. Kawan dia kata dia balik awal dah semalam sebab anak demam. Takde buat OT. Ha, lagi la dia cuak wei.

Tapi lepas kejadian tu, bukan nak serik dia ni. Ada jugak buat OT kadang-kadang. Pernah jugak katanya terdengar bunyi macam orang menaip, tarik tolak kerusi, bunyi tapak kaki macam orang tengah berjalan. Ada last kisah yang memang buat Salwa serik nak OT. Telefon tempat dia berdering, bila angkat ada suara orang menyanyi mendayu-dayu, seakan-akan macam berbisik pun ada. Berkali-kali call nye kome. Ha, dah kena yang tu baru dia sedar diri agaknya. Dah takde buat OT dah lepas tu. Balik pun on-time setiap hari. Haha. Tu je.

Sekian :)..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

#CIKNONA
Rating Pembaca
[Total: 53 Average: 3.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.