Cukup Hanya Sekali Sahaja

Assalamualaikum terima kasih andai sudi menyiarkan cerita saya ini.Maaf kerana saya sudah lama tidak mengarang dan mungkin ayat tidak begitu dramatik haha maaf semua.

Sebenarnya saya ade mengikuti video paranormal sejak akhir-akhir ini dan akhirnya saya sudah menjumpai video rakaman hilaian cikpon dari seorang urban explorer (paranormal) yang tengah meningkat naik sekarang ni.Dan suara hilaian ini lah yang pernah saya dengar sewaktu zaman belajar dulu.Sewaktu saya mendengar suara hilaian seperti ini di channel, maka tak semena-mena teringat akan memori seram yang pernah berlaku dulu iaitu suara mengilai seakan-akan cikponti.

Cerita pertama.Sewaktu zaman kanak-kanak dahulu kala, saya suka follow abah saya kemana saja abah saya pergi.Pantang jikalau terdengar bunyi motosikal mesti saya akan automatik bangun dan menangis-nangis hendak mengikut padahal abah nak pergi kerja je pun.So memandangkan abah sudah tahu yang anak perempuan sorang ni suka mengikut jadi malam tu abah saya bawa ke kedai runcit dekat kampung.Kebiasaannya di kawasan kampung, dalam jam 9 malam ke atas suasana kampung sudah mulai sunyi tidak seperti sekarang.

Sambung…sebelah kedai runcit ni hutan dan selepas hutan tu baru akan jumpa rumah jiran. Seingat saya dalam jam 10 malam macam tu, saya, abah dan owner kedai tu ade tengah berborak dekat luar kedai, tiba-tiba kami terdengar tiga kali suara seperti mengilai dekat hutan sebelah kedai ni.

Masing-masing semua cuak dan senyap tanpa kata.Masa tu saya yang naif ni tidak tahu yang itu sebenarnya bunyi suara mengilai “si dia” dan saya ada bertanya abah berkenaan dengan bunyi tersebut, namun katanya abah tiada apa-apa.Jadi, saya terfikir mungkin bunyi tu normal kot dan saya buat-buat biasa.Selepas je bunyi benda tu sudah hilang, ayah cepat-cepat meminta diri untuk pulang ke rumah dan owner kedai tu kelihatan ingin cepat-cepat menutup kedainya.

Cerita kedua – ok story ke dua ni pulak masa saya tingkatan tiga tahun 2005.Pada malam tu kitorang iaitu ahli group nasyid sekolah bermalam di asrama sementara iaitu makmal sekolah di bahagian belakang bangunan sekolah.Asrama sementara ni adalah makmal sains yang menempatkan hanya beberapa orang pelajar sahaja.Makmal Sains ini digunakan sementara menunggu asrama yang baru siap dibina, juga bersebelahan dengan makmal Sains ni.

Ok berbalik kepada ceritanya, dalam jam 5 pagi macam tu, saya dan kakak senior nasyid terpaksa bangun awal untuk mandi kerana keesokan harinya jam 8 pagi kami akan ke pertandingan nasyid.Jadi, untuk mengelakkan kami berebut untuk bersiap dengan penghuni yang lain jadi kami decided untuk bersiap awal-awal pagi sebelum penghuni asrama bangun. Sudah namanya asrama sementara jadi keadaan toilet mesti lah di luar dan terletak di bawah bangunan empat tingkat nun di hujung bangunan.

Mula-mula kami mandi dekat toilet hujung bangunan sekolah bersebelahan dengan padang sekolah.Jarak antara asrama penginapan kami dengan toilet tu dalam 50meter.Cerita bermula…semua kakak senior sudah siap mandi maka tinggallah saya berdua dengan kawan sorang ni iaitu Nik.Nik masih belom siap mandi lagi dan terpaksa saya menunggu dia.Toilet ni ade dua jadi kami memilih untuk masuk toilet kedua disebabkan toilet yang ini selesa, luas dan terbuka seperti tempat ambil wuduk.Saya hanya menunggu Nik berhampiran pintu keluar dan pintu itu tidak ditutup rapat.

Sedang kami asyik bercerita, saya terasa seperti ade deruan angin bayu dari luar pintu menyapa pipi.Untuk menyedapkan hati,saya bermonolog mungkin deruan angin pagi kot.Normal la kot sebab jam baru 5 pagi dan saya buat-buat seperti biasa.Seingat saya dalam 5 minit macamtu, tiba-tiba saya terdengar seperti ada suara mengilai dari luar hujung bangunan berdekatan padang sekolah.Sungguh nyaring dan kuat.Kali pertama dengar ,kami masih ok dan berlagak seperti biasa lagi.

Kali kedua ehh dia mengilai lagi dan masa ni kami sudah naik cuak.Kali ketiga mendengar hilaian tu saya isyaratkan Nik utk cepat-cepat bersiap untuk mengambil langkah seribu.Masuk kali keempat tanpa berlengah lagi kami berdua mula angkat kaki dan berlari pecut menuju ke asrama.Saya tidak dapat nak pecut laju kerana masatu saya memakai selipar Nik yang ade heel.Nik pulak memakai selipar jepun saya.Ewah syok dia berlari meninggalkan saya jauh di belakang hahah.

Sampai sahaja ke dalam pintu utama bilik asrama, saya perasan ade seorang student ni sedang menggosok baju di dalam gelap berhampiran pintu dengan rambutnya yang serabai menutupi muka.Seram tu ade jugak tapi lebih menyeramkan yang ade dekat luar nun di sana. Untuk mendapatkan kepastian kami ade bertanya kakak senior sama ade mendengar atau tak suara yg kami dengar tadi.Namun mereka menafikan dan tak seorang pun mendengar kecuali saya dan Nik.Kami berdua saling berpandangan dan masing-masing diam seribu bahasa.

Fuhh kami bernasib baik kerana tidak ade ape yang berlaku dan Alhamdulillah jugak si dia” tidak munculkan diri di depan kami dan hanya suara saja yang didengari.

Itu sahaja pengalaman saya selama lebih 20 tahun hidup.Maaf jikalau ayat tunggang terbalik dan tidak teratur.Terima kasih kerana sudi menbaca pengalaman saya.Terima kasih semua

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

En

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.