Aku Gila Camping

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Aku merupakan seorang perempuan.

1st aku ucapakan terima kasih kepada Fiksyen Shasha seandainya karyaku ini di siarkan. Terima kasih juga kepada bakal pembaca. Segala komen positif dan negative akan aku terima dengan hati terbuka, InshaaAllah.

Sedikit pengenalan tentang diriku,aku anak bongsu, sukakan aktiviti lasak, suka perkara mistik atau lebih tepat suka mengkaji pengalaman yang telah berlaku di dalam keluargaku, seorang yang suka mengarang puisi dan seorang yang berjiwa nusantara. Apa itu nusantara? Alaa melayu lama, bahasa yang indah, bertutur kata dengan kata-kata yang sopan dan lembut selembut sutera. Ewaahh. berkanda dinda, berAyah bonda, ber ape lagi? Bahasa istana la senang cerita. Kan lemah lembut, bahasanya pon baku. Ok lah, cukuplah sedikit mukadimah tentang diriku.

Aku terlalu banyak cerita, tentang di ganggu hantu syaitan dan jin, dan bermacam gangguan lagi sepanjang hidup aku. Kenapa sering di ganggu? Entahlah, mungkin aku ni nakal kot.….

Ok lets start..

::::::::::::::::::::::::::::

Pagi itu, aku berada di luar rumah bersama ibuku yang ku panggil mak. Duduk di kampung, suasana pagi semestinya aman dan tenang. Mak menyapu dedaunan kering yang gugur di bawah pohon rambutan dan aku pula menyapu di tepi rumah.

“Mak, 2 minggu lagi ade camping pakaian seragam kat sekolah. Mak ok ke nanti?” Tanyaku memulakan bicara.

“Abang Taufik kata dia balik nanti. Cuti 2 minggu. Dia ada teman mak” Abang Taufik adalah abangku yang sulung. Dia telah bekerja dan tinggal di rumah sewa bersama kawan-kawanya.

“Aik.. lamanya dia cuti? Dia balik minggu depan ke mak? Hehehe boleh la minta abang belikan kasut baru. Kasut adik yang hitam tu dah koyak”

“Ada saja yang nak di mintanya bila abang tu balik. Kenapa tak minta kat mak je?” soal ibuku.

“Bukan taknak minta kat mak, mak kan nak bayar duit sekolah adik lagi, tu kakcik kat U tu pon mak nak kena bagi. Takpe la adik minta kat bang”

Aku hanya tiga beradik. Abangku yang sulung, kakakku dan aku. Ayahku telah meninggal dunia ketika aku berumur 15 tahun akibat buatan orang. Dan sekarang, hanya ibu dan abang sulungku yang menanggung perbelanjaan kami sekeluarga.

::::::

Saat yang di tunggu pun tiba, aku yang aktif berpengakap akan menyertai semua perkhemahan yang sekolah anjurkan. Bukan kata sekolah sahaja, bahkan kalau ada perkhemahan luar sekolah pun, aku akan sertai. Kalau dah ‘jiwa’ kan? Tak ada siapa boleh halang bila aku kata “NAK”.

Dan pada petang Jumaat seperti biasanya adalah sesi pendaftaran peserta. Lepas tu akan ada perhimpunan untuk semua peserta dan di beri taklimat dan pengenalan urusetia-urusetia yang bertugas.

Kali ni adalah perkhemahan untuk semua persatuan/pertubuhan pakaian seragam sekolah. Antaranya Pengakap, Kadet Remaja, PBSM, Pandu Puteri, Puteri Islam dan beberapa persatuan lain. Setiap persatuan akan menghantar 10 orang wakil bagi 1 kumpulan. Setelah selesai sesi taklimat, kami di arahkan untuk memacak khemah dan mulakan aktiviti memasak untuk makan malam.

Aku pendekkan je la cerita ni ya. Terus lompat ke malam ke 2 di mana kebiasaanya untuk malam ke 2 adalah malam kebudayaan diadakan. Dan selepas malam kebudayaan tamat. Kami di arah tidur sebab di antara jam 1-5 pagi, kami semua akan di kejutkan untuk aktiviti ‘Burung Hantu’ dan solo camping.

Pritttttt…!!! Bangun! Bangun!!

Terdengar bunyi wisel dan suara urusetia memberi arahan.

“berbaris di depan khemah masing-masing. Dan pastikan semua ahli kamu cukup!”

Sebelum tidur kami telah menerima arahan untuk standby sebatang lilin, mancis, key atau sapu tangan dan ubat nyamuk setiap seorang. Bagi kami yang dah biasanya dengan solo camping, bukan itu je yang kami bawa, tapi bawa selimut dan yassin sekali. Tapi malam tu aku hanya pakai sweater dan tak bawa pon yassin. Mamai kot sebab tu lupa.

“ok, saya nak kamu semua dengar arahan saya. Kamu ada 10 ahli setiap kumpulan dan saya nak setiap ahli pergi masok dalam kumpulan yang lain. Tak di benarkan 1 kumpulan dari persatuan yang sama. Faham ke tak? Dari kanan gerak!”

Dan kumpulan yang hujung iaitu KRS bergerak untuk masok ke kumpulan yang lain seorang demi seorang. Setibanya gilirin Pengakap, aku di tempatkan dalam kumpulan Pandu Puteri.

“baiklah, dalam game ni, setiap dari kamu akan di tutup mata. Dan sekarang saya nak orang yang kedua dari depan untuk mangikat sapu tangan ke mata orang di depan kamu dan begitulah seterusnya . Faham?”

“Faahammm” jawab semua peserta.

Aku hanya bawa skaf Pengakap sebagai kain tutup mata. Sekarang, semua peserta dah jadi buta. Kami di bawa berjalan entah ke mana, dan setiap check point akan ada game yang telah di atur oleh urusetia. Antara gamenya seperti merasa makanan menggunakan tangan/mulut dan bau. Contohnya garam, kunyit, gula, sambal, belacan dan macam-macam lagi. Setiap peserta akan di catit markahnya bagi penilaian setiap kumpulan.

Selesai aktiviti burung hantu, aktiviti seterusnya di mulakan. Solo camping! Setiap peserta akan di letakkan seorang di satu tempat.

Tiba giliran aku, aku di letakkan di tingkat 3 bangunan baru sekolah iaitu depan makmal sains. Skaf yang menutup mata di buka. Aku di tinggalkan sendirian. Aku memandang ke kanan, dan dalam jarak lebih kurang 1 kelas, ada lagi seorang peserta lelaki. Aku just lambai tangan sebab tak berapa nak jelas sangat mukanya, almaklumlah hanya di bekalkan sebatang lilin. Dalam 5 langkah di kananku juga adalah tangga untuk turun ke tingkat bawah. Dan sebelah kiri dalam jarak yang sama sebelah kanan, ada seorang lagi peserta perempuan duduk berteleku di hujung dinding. Takut mungkin.

Keadaan dinihari yang agak sunyi, yela 3 pagi kawasan sekolah pula di kelilingi kebun kelapa sawit. Off coz la sunyi kan? Lagipun kami dah di arahkan untuk tidak membuat bising sepanjang solo camping di adakan. Owh terlupa, kami juga di bekalkan dengan wisel setiap seorang sejak dari pendaftaran bermula, ini adalah langkah keselamatan andai berlaku sebarang kecemasan.

Sunyi…….

Aku sekadar berzikir dan selawat sendirian sambil mata memandang ke langit.

Ffuuuuuuu….

Bagai di tiup angin lembut di telinga sebelah kananku. Meremang bulu romaku saat itu. Tiada angin, tiada hujan tiba-tiba sahaja terasa sejuk.

“Astaghfirullahalazim… auzubillah himinassyaitonirrajim…” berulang kaliku baca. Jantungku berdegup laju.

“Allah, Allah, Allah” aku memandang ke kanan dan kiri untuk melihat kawan-kawanku, ku lihat mereka tenang. Aku menenangkan diriku sendiri. Dalam 5 minit juga untuk stabilkan kembali nadiku.

“huu… huuuu…….”

‘Eh! Sape pulak yang menangis ni’ kataku dalam hati.

Aku kembali memandang kiri dan kanan. Tenang je mereka. Aku kembali memasang telinga mencari dari mana arah datangnya bunyi tangisan itu. Aku memanjangkan leher mengintai di bahagian tangga.

“huuu… huuu… tsskkk.. tskk..”

Dek kerana perasaan ingin tahu yang kuat, aku memberanikan diri untuk mencari dari mana datangnya suara tangisan itu. Aku berjalan 2 langkah menuju ke tangga.

“eh, laaaaaa.. ade orang rupanya kat tangga” gumamku sendirian. Mungkin urusetia atau cikgu sengaja letakkan kami dalam jarak yang berdekatan. Tak adalah takut sangatkan?

Aku pun teruskan langkah turun ke tangga. Seorang peserta India perempuan duduk di anak tangga sambil tunduk memeluk lutut.

“Dik..” panggilku sambil memegang bahunya.

“Kenapa menangis ni? Rilex je ok. Ramai lagi ada kat atas tu. saya pon duduk depan makmal tu je. Ade lagi 2 orang kat atas, jangan nangis ye.” Aku cuba memujuk peserta perempuan itu yang ku anggarkan umurnya dalam tingkatan 2.

“huuuuuu….. akka… huuuuuuuuuuuuu” dia bersuara memanggilku.

“Ya dik, kenapa? Jangan takot tau. Kalau takot tiup je wisel yang cikgu bagi tu. Nanti cikgu datang. Ok?” aku sekadar bercakap di sebelahnya tanpa dia menunjukkan mukanya padaku. Masih tunduk sambil memeluk kaki sendiri.

“akka… huuu….” Sedikit demi sedikit dia menganggkat mukanya dan memandangku….

“AKKAAAAAAAAA….( suaranya tersangat lembut tapi….)

“ Hiiiii.. hiiiiiiiii…..hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…”

BAMM!!! Aku pengsan..!

:::::::::::::::::::::::::::::::::::

CERITA DI BAWAH INI ADALAH CERITA YANG AKU DENGAR DARI BEBERAPA ORANG KAWAN DAN USTAZKU.

Ok kita mulakan dengan kawan lelaki yang di tempatkan sama tingkat denganku. Namanya Ewan.

Katanya dia nampak aku berdiri dan menuju ke tangga, dia ada panggil namaku tapi aku buat tak tau seolah tak dengar panggilannya. Selepas beberapa minit aku hilang sebalik tangga, dia terdengar suara orang gelak atau lebih tepatnya mengilai!

Dia bangun dan mendekati tangga, tapi tiba-tiba aku muncul dengan mata merah dan menyeringai. Di panggilnya aku berkali-kali dan bertanya apa yang terjadi namun aku menolaknya dan dia terus meniup wisel untuk memanggil cikgu.

“Tolonggggg! Tolonggg cikgu!! Akma (nama aku tapi bukan nama sebenar ) kena rasuk!! “
Priiitttt… prrriitttt! Wisel di tiup lagi.

Kawasan sekolah kembali terang benderang apabila lampu di hidupkan.

“Akmaaaa!!!! Jangan terjun!!! Cikgu!! Tolongggggg!!! “ Ewan menjerit saat melihat aku memanjat dinding koridor untuk terjun ke bawah.

“Akma sabar Akma, bawak mengucap Akma” Cikgu Nilam memujukku. Namun apa yang aku lakukan?

Aku bertutur dalam bahasa Tamil sambil menangis seolah kecewa. Entah apa yang aku tuturkan aku sendiri tidak tau. Aku 100 peratus tak sedar apa yang terjadi.

Aku telah berada di atas koridor sambil memandang ke bawah. Di bawah pula, semua urusetia dan peserta berkumpul menyaksikan drama yang sedang berlansung. Entah macam mana aku terus melompat dari koridor tingkat 3 itu.

BUMMM~!!!

Aku mendarat dengan selamat, tiada patah tiada luka. Kakiku utuh landing ke tanah tanpa jatuh walau sedikitpun.
Dan aku berlari kearah hujung padang sekolah atau lebih tepat ke kebun kelapa sawit. Semua cikgu dan perserta lelaki berlari laju mengejarku. Ya! Mereka Berjaya menangkap seorang Akma yang di rasuk!

Aku di bawa ke dalam surau sekolah, semua cikgu dan peserta lelaki tingkatan 4 dan 5 mengelilingiku. Aku masih lagi mengugu dalam bahasa Tamil. Dan akhirnya seorang peserta India datang jadi penterjemah.

Menurut kata ustaz yang merawatku pula, aku di rasuk oleh Roh seorang pelajar India tingkatan 1 yang mati beberapa minggu sebelum perkhemahan bermula.( cerita ni memang di rahsiakan dari pelajar sebab aku pon tak tau)

Mendiang pelajar tersebut ada penyakit astma, mendiang mati saat mendaki tangga ke tingkat 3. Ada lagi cerita dari ustaz tu tapi tak perlu aku beritahu di sini untuk mengelakkan salah faham. Tapi kata ustaz, yang merasuk aku adalah Jin yang menyamar. Tiada Roh yang akan kembali ke dunia untuk mengganggu manusia kecuali jin dan syaitan yang menyamar semata.

Saat aku kerasukan tu, agak susah untuk di pulihkan asbab kedegilan yang merasuk untuk keluar dari badan aku. Bila di Rukyah, aku jadi panas dan mengamok. Bayangkanlah… kawan aku cerita, berganti-ganti cikgu dan peserta lelaki memegang aku, semua badan sakit-sakit di ‘belasah’ oleh ‘aku’. (aku dah minta maaf dah dengan diorang semua) dan setelah di kumpul ustaz-ustaz dan imam masjid yang terdekat akhirnya aku Berjaya di pulih dan di hantar pulang ke rumah berbekalkan sebotol air mineral, sebungkus limau nipis dan sebungkus garam kasar yang telah di Ruqyah oleh ustaz.

Keadaan aku? Terlalu lemah.

:::::::::::::::::::::::::::::::::

“Adik…. Lepas ni tak payah nak p camping-camping dah. Dah menyusahkan cikgu nak hantar balik” bebel abangku.

Aku sekadar senyum kelat memandang mak. Mak aku memang dah masak dengan perangai aku. Laranglah macam manapun., bila aku kata nak, aku tetap nak.

Tapi, kali ini aku memang berehat yang agak lama dari sertai mana-mana perkhemahan. Sebab? Abang aku si taufik tu sorok aku punya beg, kasut yang dia belikan, barang kelengkapan campingku di kunci dalam biliknya. Puas aku pujuk. Hampir 4 bulan aku ikut cakap dia dan akhirnya dia pulangkan juga semua barang aku.

Aku???

Hehehehehe… kembali menjadi diriku yang gila Camping.

:: InshaaAllah akan ada lagi cerita lain dariku ::

Estella

Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit

Estella
Aku Gila Camping
7.9 (78.52%) 81 votes

8 comments

  1. aku rasa aktiviti burung hanti lone ranger solo camping tu semua elok di abolish kan.
    banyak mengundang bahaya daripada dapat manfaat.
    apa manfaat pun tak tau la.
    budak – budak lagi pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.