Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua pembaca Fiksyen Shasha.. Selama ni aku hanya menjadi pembaca setia di kala bosan dengan kerja ofis yang tidak pernah berkesudahan.. Sebelum cerita ini bermula, aku minta maaf andai cerita ini tidak seram ..
Kisah ini sudah lama berlalu dan kejadian ini berlaku dalam lingkungan tahun 2009..Tidak seperti keluarga orang lain, aku hanya ada abang dan mak sebab ayah aku dah lama tinggalkan kami sekeluarga sejak umur aku 1 tahun dan sekarang aku berumur 20 tahun.. Aku tinggal dengan atuk dan nenek di kampung sebab mak aku tidak bekerja..Setiap keluarga pasti ada turun naiknya pahit manis getir kehidupan begitu jugak keluarga aku..
Pada tahun ni, macam2 bentuk gangguan yang telah kami sekeluarga alami.. Gangguan yang pertama yang aku ingat sampai sekarang.. Mak aku setiap malam dalam pukul 10 malam akan bawa aku untuk kunci pintu pagar utama..Tapi pada malam tu, sebelum aku dan mak aku pergi ke luar rumah untuk mengunci pagar, aku menunggu di dapur sementara mak aku pergi ke tandas.. Mata aku terus memandang ruang tamu yang boleh pandang direct dari dapur..Dari situ tiba2 aku dapat lihat satu susuk badan lelaki berserban putih, berjubah putih sedang berjalan terus menuju ke pintu dengan keadaan kaki tidak jejak lantai dan tembus ke pintu utama dan hilang..Masa kejadian tu mata aku tak beralih walau satu inci untuk lihat kemana susuk badan tersebut menghilang..Aku terkaku dan terdiam.. Selepas mak aku selesai di tandas, aku tidak mahu mengikut mak aku untuk keluar mengunci pagar dan aku terus demam selepas kejadian tu..
Selang beberapa hari kejadian aku melihat susuk badan tersebut, aku dikejutkan lagi dengan sesuatu benda yang tidak masuk akal.
Seperti kanak2 lain aku sibuk dengan mainan aku dan dunia aku..Pada satu tengah hari lebih kurang jam 12 lebih tengah hari, aku nak masuk ke dalam rumah untuk amik air minuman dan tiba2 di dinding tepi TV rumah aku, ada seekor ular yang sangat panjang dan hitam sedang melekat di dinding.. Dan yang lagi peliknya, aku melihat kepala ular tu mempunyai jarum2 yang sangat banyak..Aku tidak pasti sebenarnya ular boleh melekat di dinding atau tidak..Aku menjerit memanggil mak aku dan berlari ke belakang rumah..Dan selepas 5 minit aku dan mak aku dtg semula ular tersebut sudah tidak kelihatan di situ..
Benda ini berlarutan sehingga nenek aku setiap tengah malam akan dengar ketukan yang agak kuat di tiang luar rumah dan apabila nenek aku buka tingkap tiada sesiapa di luar…Nenek aku juga pernah lihat di dalam bilik dia penuh satu asap hitam sedangkan tiada siapa yang bakar sampah di kawasan situ.
Kami sekeluarga bersetuju untuk berubat dan meminta bantuan apa yang perlu tentang benda ni…Kami pergi berjumpa seorang ustazah di kampung sebelah dan bercerita semua yang terjadi..Ustazah tu beritahu ada seseorang yang dengki dengan keluarga kami terutama nya atuk aku ..Orang tu nak tengok keluarga kami bercakaran , saling membenci dan asyik bergaduh…Ustazah beritahu orang tu ada tanam benda tak elok di tepi pintu pagar rumah kami dan menghantar hantu raya untuk menggangu.. Ustazah berikan air dan garam yang telah di baca ayat suci untuk tabur keliling rumah.. Alhamdulillah gangguan berkurang dari sehari ke sehari..
Semenjak dari kejadian tersebut, salah sorang dari pakcik aku bertekad untuk mendalami ilmu agama di Indonesia untuk menjadi pelindung kepada keluarga kami dari sebarang bentuk sihir dan hasad dengki.. Jika ada kesempatan dan ruang lagi aku share lagi cerita tentang sihir yang cuba di hantar kepada keluarga kami disebabkan oleh hati yang telah hitam dan busuk.
Sebagai penutup ,
“Dari Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
Tidak akan masuk surga pecandu khamr, orang yang percaya pada sihir, Dan pemutus tali silaturahim.”
Sekian…
sambung cpt skit.. next taip panjang2
Mendalami ilmu agama di indonesia.. Kat mne y tempat ny? Dan apa nama tempat tu..nak tau..mna tau boleh belajar sekali..tq
Eih.. sikitnya cite. Nk cite2 panjang lagi 😭