Aku, Shera dan Gangguan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia FS. Nama aku Sarah (bukan nama sebenar) dan aku nak kongsikan pengalaman aku mengalami situasi menyeramkan ni. Selama aku hidup 25 tahun ni, banyak situasi menyeramkan yang aku alami.

Jika nak dimulakan cerita, dulu aku hanya seorang budak biasa sehingga la aku berkenalan dengan Shera (bukan nama sebenar). Aku kenal Shera sejak darjah 4 sebab kami tuisyen ditempat yang sama. Kami mula menjadi bestfriend bila kami berdua sekelas di darjah 6. Boleh dikirakan aku dengan Shera ni setiap hari sama-sama.

Pertama kali nampak hantu
Pertama kali aku alami perkara menyeramkan ni ialah selapas beberapa bulan aku rapat dengan Shera dan pertama kali juga la aku nampak hantu dengan mata aku sendiri. Ketika kejadian tu berlaku semasa aku nak ambil wuduk maghrib di bilik air yang terletak dibilik utama. Semasa berwuduk semestinya kita akan berada dalam posisi seperti merukuk dan ketika itu lah mata aku terpandang ke arah pintu bilik air (aku tak tutup pintu) yang berada di belakang aku. Aku terus lupa urutan wuduk bila aku nampak ada sesuatu berdiri di pintu tu. Entiti itu memakai kain putih yang sangat labuh hingga ke lantai (macam kain telkung tu) tapi yang buat aku seram adalah rambut panjang mengurai ke atas lantai.

Aku terus berdiri tegak untuk toleh kebelakang tapi tiada apa-apa dipintu tadi. Dengan basah-basah aku berlari keluar ketakutan sampai tergelincir di ruang tamu dimana semua keluarga aku berkumpul. “Kau dah kenapa lari basah-basah ni?!” Ayah marah sebab aku dah basahkan lantai bilik dia.

Mama dengan adik-adik dah pandang aku pelik. “Ada hantu kat pintu masa kakak ambil wuduk tadi! Kain putih rambut panjang!” Ayah terus terdiam dan pergi jengah tapi tiada apa-apa. Mama dengan ayah cakap mungkin bayangan dan aku pon pergi la ambil wuduk semula dengan berteman kan ayah.

Tapi aku yakin dengan apa yang aku nampak tadi tu real tapi aku diamkan. Mungkin mama dengan ayah tak nak takutkan adik-adik.

Setelah sebulan lebih, mama mula buka cerita kat aku. Memang ada kecoh di taman perumahan aku tu, ada yang lihat kelibat di atas pokok besar dan macam-macam lagi. Mama cakap ada satu nenek ni ade membela hantu raya dan dia turunkan kat cucu dia. Tapi cucu dia tak tahu pasal benda tu dan hantu tu dalam keadaan tidak terjaga. Sebab tu dia berkeliaran kacau orang.

Sejak tu aku perasan banyak benda pelik dan aku akan cerita semua kat mama. Benda lain yang aku perasan ada banyak kesan cakaran besar di pokok mangga kami. Kebetulan masa tu memang ada gantung pokok langsuir.

Bila aku cakap ade kesan cakaran mama dengan ayah cakap mungkin kelawar tapi cakaran tu terlalu besar. Bila ada kesan baru aku akan cakap kat ayah dengan mama sampai la satu hari tu ayah buang pokok langsuir tu.

Pokok mangga tu sekali ayah tebang dan bakar akar dia. Bila dah banyak kes, jiran-jiran semua pakat buat marhaban untuk baca-baca di semua kediaman muslim yang ada di taman kami ni untuk usir hantu raya tu ke tempat lain. Dengar cerita berjaya dan tak lama tu kawan aku yang duduk kampung sebelah cerita ade banyak kes orang nampak hantu kat kampung dia pulak. Aku rasa benda tu lari ke kampung sebelah tapi aku diamkan je.

Bunyi bising didapur

Situasi pelik masih terjadi di rumah aku. Setiap malam aku akan dengar bunyi pinggan mangkuk dan bunyi orang memasak di dapur. Mulanya aku ingat mama yang masak tapi bila aku tanya, mama tak ade ke dapur pun malam tu. Aku dah tak tanye dah. Bila malam datang aku dengar lagi bunyi di dapur tapi aku biarkan je.

Aku ni jenis yang senang terjaga so ada satu hari ni aku fedup dengan bunyi bising tu. Dengan mengantuknya aku bangun dari tidur dan keluar ke dapur. Aku jerit “Senyap lah aku nak tidur!” Lepas tu senyap sunyi je.

Aku pon baru tersedar dengan apa yang aku buat hanya mampu pandang je dapur yang gelap gelita tu. Memang tak ade orang pon kat dapur. Dalam hati aku dah pikir ape yang aku buat ni? Dengan selamba aku masuk tidur balik dan yang mengejutkan, hampir sebulan tak ade bunyi bising lagi dah.

Tapi sebulan kemudian berbunyi lagi, tapi aku buat tak endah je. Nak buat macam mana, aku sorang je yang dengar diorang tu. Aku syak diorg ni makhluk baik sebab dengar kata. Aku rasa mungkin bunian berkongsi dapur dengan kami. Entah lah…

Tapi makhluk lain pun kadang ada yang kacau. Ada satu hari ni bila tak ngantuk aku tengok la tv malam-malam buta. Tengah syok tengok drama ni, kat hujung mata aku ternampak sesuatu di tepi dinding tapi aku tak pandang.

Aku nampak di hujung mata je dan bila aku sedar makhluk apa tu, aku terus kecut. Makhluk yang aku paling takut muncul iaitu pocong. Uih… Dengan tangan mengeletar aku capai remote, tutup tv pastu terus cabut masuk bilik. Lepas tu aku dah tak tengok tv lagi dah malam-malam buta, takut ada yang teman.

Kejadian di Sekolah Menengah

Bila masuk sekolah menengah ni dah kurang ternampak benda pelik. Ada sekali je masa tingkatan 3, ada kes histeria di sekolah sebab ada budak cina ni pangil hantu datang sekolah.

Bila jadi benda ni aku pergi jumpa Shera nak tanya dia ada nampak apa-apa tak. Masa ni aku dengan Shera jarang jumpa sebab kelas jauh dengan dia.

Masa ni kami tengah berjalan di koridor tapi belum sempat Shera jawab soalan aku tadi, kami ternampak ada seorang budak perempuan duduk di bangku tepi koperasi.

Situasi ni sangat pelik sebab waktu rehat dah habis dan budak ni free hair. Rambut dia sangat serabut dan menutupi muka dia. Kami pelik sebab sekolah kami tidak dibenarkan free hair bagi pelajar muslim.

Aku dengan Shera hanya pandang sesama sendiri untuk pastikan kami namapk benda yang sama. Bila dah yakin itu manusia, kami datang dekat untuk tegur dia masuk ke kelas.

Tapi bila dah dekat baru la kami dengar budak perempuan ni mengerau semacam. Bila kami tegur dia tak jawab dan hanya mengerau. “Weh aku rasa dia ni kena sampuk ni. Aku tak period. Kau?” Aku bertanya pada Shera dan dia hanya geleng kepala. “Kau pergi panggil cikgu weh kat surau perempuan. Ada budak lain baru kena tadi so aku rasa diorang semua masih kat surau lagi.” Dengan pantasnya Shera lari ke surau dan aku masih kat situ untuk pastikan budak perempuan ni tak kacau orang lain. Kalau ada yang nak lalu aku suruh lalu jalan lain.

Kebetulan ada cikgu lelaki datang nak marah sebab aku masih tak masuk kelas tapi tak jadi bila dia nampak budak perempuan free hair tu. Dah la muka tak nampak. “Eh kenapa dia ni? Tudung mana?” Cikgu lelaki tu tanya aku. “Saya rasa dia kena ni cikgu.” Cikgu dah terkejut. Dia bukan ustaz so memang nampak muka panik cikgu tu. “Kawan awak ke?” Aku geleng kepala sebab aku memang betul tak kenal. Budak lain pun dah mula berkumpul.

Tapi diorang tengok dari jauh la sebab tak berani datang dekat. “Kawan saya tengah panggil cikgu-cikgu yang ada kat surau perempuan.” Entah kenapa lama sangat si Shera ni. Mungkin budak yang kat surau tu tak settle lagi.

Kebetulan ada dua budak perempuan ni kenal budak ni dengan kecoh diorang datang dekat. Aku tak bagi diorang datang dekat kalau period. Cikgu pulak suruh diorang call parent pudak ni. Yang kelakar nya pakcik budak ni datang dengan motor.

Dia cakap dia nak bawak balik je sebab ada yang boleh ubatkan walaupun cikgu dah offer ada ustaz yang boleh tolong. Budak tu masih macam tu, rambut tutup muka dan mengerau. Kami susah payah nak naikan dia atas motor. Nasib baik dia tak serang orang. Kelakar juga la tengok orang yang kena rasuk naik motor. (Pakcik dia ikat tali kat badan dia dan budak tu sekali untuk keselamatan). Kes histeria kat sekolah berjaya tutup tak lama tu.

Tapi bila masuk tingkatan 4 aku rapat semula dengan bestfriend aku Shera sebab kelas kitorg dekat. Bila dah rapat semula ni bersambung lagi la kejadian pelik.

Aku dengan Shera pengawas sekolah so kami berdua ni selalu datang awal kesekolah. Pengawas diwajibkan datang awal sebelum pkul 7 pagi sebab ade perhimpunan pengawas setiap pagi.

Tapi aku dengan Shera ni datang awal sangat. Aku datang 6.40 pagi dan Shera pulak datang 6.30 pagi. Sekolah memang gelap gelita lagi. Ada satu hari ni, aku baru sampai sekolah dalam 6.45 pagi dan aku nampak Shera berlari di koridor.

Aku pon hairan la kenapa dia ni lari pagi-pagi buta ni. Aku angkat tangan untuk tegur dia tapi aku terpegun bila dia lari laju melepasi aku. Eh tak nampak ke aku kat sini?

Dengan rasa sakit hati aku ikut dia ke bangunan kelas kami iaitu blok D, bangunan paling hujung kat sekolah kami ni. Lepas aku letak bag aku pergi ke kelas Shera. “Weh kau apesal marathon pagi-pagi buta ni. Kau tak nampak ke aku lambai kau tadi?” Dengan muka pucat Shera jawab soalan aku. “Nampak… Tapi tadi aku nampak pocong kat depan bilik guru. Hodoh gila muka dia. Aku takut dia kejar aku tu yang aku tak ada masa nak layan kau.” Aku pon senyap je la sebab aku da biasa dengan benda-benda yang dia nampak ni. “Lagi pun tadi kat tempat kau berhenti tadi aku nampak ada makhluk hitam mata merah kat atas tiang tempat kau diri.” Oh patutlah Shera tak tegur aku tadi.

Tapi apa yang dia cakap tu buat aku teringat kat kejadian semalam nya. Ada benda jadi kat aku tapi aku tak sempat cerita kat Shera lagi. “Weh… semalam pagi aku rasa macam ada benda follow aku sampai kat tempat aku diri tadi tu. Tak kan mahkluk hitam kau cakap ni? Dia follow aku ke atau tempat dia memang kat kawasan tu?” Shera dah pandang aku semacam. “Kau cuba cerita details sikit. Ape jadi semalam?”

Semalamnya aku datang ke sekolah agak awal, dalam pkul 6.30 pagi dan kawasan sekolah masih lagi gelap seperti malam. Dari tempat parking motor dengan bangunan kelas sangat jauh.

Macam aku cakap tadi, bangunan paling hujung. Aku kena berjalan dalam 600 meter untuk sampai ke kelas. Masa aku berjalan tu aku terdengar bunyi seperti bunyi nafas anjing lidah terjelir sambil lari (boleh bayang tak bunyi dia).

Aku dah kecut sebab aku takut anjing. Aku lajukan langkah aku tapi agak sukar sebab beg yang berat dan aku pakai kain. Tapi aku pelik sebab bunyi kuat macam anjing tu ada betul di belakang tapi tak melepasi aku. So aku gagahkan diri untuk toleh belakang tapi tiada apa-apa di belakang aku. Tak ada apa-apa yang ikut aku.

Masa tu aku dah lega, mungkin anjing tu dah lari ke tempat lain. Aku sambung jalan tapi hanya dua langkah aku dengar lagi bunyi yang sama. Aku dah terdetik ini bukan anjing, mungkin benda lain dan aku melajukan lagi langkah. Bila dah dekat dengan koridor bangunan dan kebetulan pula ada pengawas lelaki disitu. Aku yakin benda yang ikut aku tu bukan anjing bila aku tengok reaksi pengawas tu biasa je. Bila aku toleh lagi memang tak ada apa-apa pun yang ikut aku.

Lepas aku cerita kat Shera dia pun tak tahu sama ada itu makhluk yang sama atau tidak. Shera pun hanya boleh nampak je, dia tak pandai pun nak ubat kan orang. Kalau dia nampak dia lari. Macam tu je la cara Shera.

Banyak lagi kes lain tapi kalau nak cerita semua, boleh panjang macam novel dah. Ada kes aku nampak kain putih terbang atas kepala aku dan banyak lagi.

Bila masuk Universiti lagi banyak benda jadi. Nanti aku cerita lain kali. Tapi yang aku pelik, benda-benda ni jadi lagi teruk kalau aku selalu dengan Shera.. Kenapa ye? Benda-benda ni boleh berjangkit ke? Kalau ada yang tahu boleh la komen ye.

Maaf la kalau tak seram. Sekian saja cerita kali ni. Terima Kasih sudi membaca.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “Aku, Shera dan Gangguan”

  1. Aku rasa bkn boleh menjangkit, tp sbb korang berdua ada kebolehan utk nmpk makhluk² tu.. tu yg bila diorg muncul, korg boleh nmpk sama².. kt umah pun ko boleh nmpk, ni kan pula kt sekolah.. bertabah lah….

    Reply
  2. ke sebab shera adalah budak perempuan yg menerima saka dari nenek nya? Selalunya pembawa saka ni, hijap terbuka. Entahlah.

    Reply

Leave a Comment