Permainan sihir Siam

Hujan.Rintik-rintiknya berjurai jatuh sebesar biji saga. Secangkir kopi membasahi halkumku, perghhh..terasa sungguh pahit jantan kopi Jawa.

Kurangkan gula dalam diet.Aku melempar jauh pandanganku melepasi jendela kaca memerhati mobil-mobil berasak-asak pulang. Penatkan.

Aku mematahkan pandanganku kembali ke screen melihat komen-komen Kipas Susah M**i FS. Terima kasih semua.Jadi, cantiklah time hujan ini kita berkongsi cerpen aku yang tidak seberapa best ni hahaha. Maka without flower-flower;

“ Ayah” sambil jari telunjuk ku menuding atap zink dapur yang bocor dek tajamnya air hujan menikam-nikam atap. Lebat hujan bulan ini, kemungkinan musim peralihan cuaca.

“ Assalamualaikum”, berselang ketukan pintu hadapan rumah. Mematikan perbualan aku dan ayah. Suara yang amat aku kenali. Ayah membalas salam lalu membuka pintu.

“Hah, masuklah Noh,” ayah aku melihat abangnya atas bawah lalu tersenyum. Aku terjegat memerhati Pak Long “ Mat Amin, bawakan Pak Long hang air kopi dan roti kering dekat dapur nu” ayah spontan memintaku menyediakan sedikit pemanis mulut. “Aku dah agak hang akan mai, tapi tak secepat ini. Emak macam mana Noh?, aku dah minta Eton temankan emak buat sementara ini, Eton pun masih bersedih” ayah memulakan perbualan dengan abangnya.

“Hal emak dan adik-beradik yang lain tak mengapalah, tapi hal agama ini, kita tak boleh berpeluk tubuh lihat dari jauh”Pak Long mengeluh. Diam-diam aku membawa sedulang air kopi dan setin biskut kering Cap Ibu Jari dihadapan ayah dan Pak Long. Aku melihat ayah menghela nafas dalam-dalam. “Aku sudah minta Komeng Bukit Nyamuk dan Sudin Komando dapatkan Noi dan bawa pulang. Tapi hampa, mereka berdua hampir hilang kepala dikerjakan suku perut hijau”, keluh Pak Long.”

Aku pun dah berikhtiar, tapi kudrat seorang tak berdaya, dan inilah niat aku jumpa hang Den agar secepat mungkin kita bawa Dik Noi pulang”, selang Pak Long dengan nada kecewa. Ayah mengalih pandangan ke cincin aked birunya. Dipusing cincingnya lalu digenggam rapat seketika. “Baiklah Noh, hang balik dulu, malam ini aku datang rumah emak ambil ”barang” aku, hang pun berhati-hatilah.

Depa tengah tengok hang”ayah bangun mengiringi abangnya ke muka pintu. Belum sempat pun Pak long jamah sudah pulang. Aku turun semula ke dapur mambawa dulang kopi.

Namun, tiba-tiba kedengaran pintu diketuk sekali lagi. Mungkin Pak Long tertinggal barang rasanya, namun telahan aku meleset. Adikku yang pulang dari Madrasah basah kuyup tersengeh di muka pintu meminta aku memeberikannya towel. Hahaha…erkkk..aku teringat Pak Long lalu memeriksa kusyen rotan…tak basah pula.

Lewat malam itu ayahku memintaku menemaninya ke rumah nenek dengan membonceng motorsikal Honda Kelawar meredah malam. Sehingga itu aku mengimbas kembali Cik Noi, iaitu emak saudaraku yang setahun melangsungkan perkahwinan dengan seorang pemuda kacukan Melayu Thailand. Cik Noi orangnya cantik, kerjanya menjual kain dan alat kemas.

Nenek yang menjaganya dari kecil. Emak aku pula memang rapat dengannya jadi cukup ralat emakku apabila Cik Noi dibawa pindah ke Thailand. Nenek usah cakaplah, dia sudah menganggap Cik Noi sebagai anaknya, malah ayah dan Pak Long hilang punca apabila emak mereka asyik demam mengenang Cik Noi.

Terjadi perkara ini apabila suami Cik Noi membawanya ke Thailand atas urusan pindah milik tanah pusaka keluarga di sana. Namun sekembalinya, tanpa sengaja nenek terlihat geran tanah pusaka berkenaan dimana nama Cik Noi dah bertukar kepada nama bukan Islam, malah agamanya turut bertukar.

Apabila ditanya, Cik Noi hanya bertindak mengunci mulut dan telah mengaku berkahwin sekali lagi di Watt Thailand. Seminggu kemudian mereka menghilangkan diri ke Thailand. Betapa hibanya seluruh keluarga dan sanak saudara terutama nenek di saat atok pula sudah pergi .
Sesudah sampai di laman nenek, ayah meletakkan motorsikalnya langsung ke baruh belakang rumah.

Aku mengekori ayah namun aku sedar ayah tidak peduli. Selang serantai, aku melihat ayah di hadapan pokok Kelor berdiri gagah. Apa yang dibuatnya aku tidak tahu. Mulutnya terkumat-kamit. Lalu,tangannya dikepal melepaskan beberapa buah tinju di perut pokok Kelor.

Di kopaknya perut Kelor mengeluarkan sesuatu benda yang aku tidak pasti. Benda itu ayah balut dengan kain hitam benang kuning lalu disisip belakang pinggang. Ayah tersenyum seolah-olah sudah selesai perkara “barangnya”. Al- Fatihah buatmu dan Pak Long. Aku bertemu Pak Long sedang berbual di atas bersama Tok Utih, namun Pak Long buat tidak endah ketika aku menyantuninya.

Seketika aku hendak melabuhkan p******g, ayah tiba-tiba melompat dari kerusi. Terkejut bukan kepalang aku dibuatnya. Terbongkah habis meja. Berderai pinggan kaca. Tergamam dan terkunci mulut aku dan sanak saudara yang lain. “Innahu Min Sulaiman wainnahu Bismillahirrohmanirrohim” ayah menghunus pelepah tangan kanan ke hadapan pintu yang terkuak.

Bagai menolak ribut ke luar rumah. Tok Uteh aku lihat membuka kuda-kuda membelakangi Pak Long. “Dasar pisang kelat, datang bertandang tidak bertempat” jerkah Tok Uteh melepaskan beberapa tinju ke udara. Kesemua sanak-saudara rapat aku kira mendengar pokok pisang dilanggar gajah naik minyak.

Tiang rumah bergegar bagai dihimpit sekawan gajah. Pak Long mendengus memerhati ribut yang berlalu. “Patutnya, hang jangan naik atas rumah lagi Den, nanti depa tau rancangan aku”, Pak Long mengeluh.

2 hari kemudian, ayah pulang awal dari kantor, cewahh, seperti tiada apa-apa berlaku. Ayah mengambil cuti beberapa hari atas urusan keluarga. Ayah mengajak aku ke Yala bersama Pak Long dan Sudin Komando. Emak menghalang niat ayah atas alasan aku tidak patut mencampuri hal sebegini.

Namun ayah menegaskan bahawa tiada apa-apa perlu dibimbangkan. Malahan, kami disana menumpang rumah saudara di Yala beberapa hari sahaja. Mujur sewaktu itu aku cuti. Kalau tidak, memang ayah tidak akan mengajak aku bersama. Kami menaiki kereta ke sempadan Thailand dan terus ke Yala mengambil masa 1 Hari.

Setibanya di Yala, kami berjemaah di masjid berdekatan, sekangkang kera dari rumah saudara ayah. Kami menumpang di rumah lamanya beberapa tiang ke dalam kampung. Lagipun untuk beberapa hari sahaja dan tidak patut kami menggangu resam sebagai tetamu.

Penduduk sekitar kebanyakkannya menganuti agama Islam dan segelintir beragama Buddha. Menurut Pak Long, susur galur kami bermula di sini semenjak peristiwa Perang Musuh Bisik,Kedah vs Siam terletus. Malahan, beberapa peninggalan seperti pemuras, istinggar dan kubu masih terjaga rapi. Keesokkan dinihari, sebelum matahari naik segalah, Pak Long menyuruh aku mencari rumput sambau jantan yang berkeliaran dibawah rumah dengan berkaki ayam.

Dengan berhati-hati aku mencarinya di tepi laman, aku meragut sehingga ke ubi akar dan serahkannya kepada Pak Long. Pak Long tersenyum tanda aku boleh diharapkan. Dipintal-pintal akar rumput sambau dan dijadikan ikatan di lenganku sambil mulutnya terkumat-kamit. “Ini hang jangan tanggal sampai balik rumah” sengeh Pak Long. Ayah dan Sudin Komando pula, usai solat subuh dah ke Utara Yala mencari jejak Cik Noi. “ Hang dengar sini Amin,” Pak Long mematahkan lamunanku di hujung beranda.

“Mungkin malam ni, akan jadi malam yang sukar, Pak Long mau hang sentiasa berzikir dan jangan terpedaya dengan helah tipu daya syaitan, hang siap-siaplah”, Pak Long menegaskan sambil membetulkan pelipatnya. “Aku takut Pak Long”, ujarku khuatir. Pak Long hanya ketawa. Ini semua jalan-jalan syahid Amin lantas Pak Long berdiri dan menuju ke surau hingga santak Asar.

Dumm..Dummmm..Dummmmmm….tabuh di palu memanggil orang beriman menuju kejayaan yang hakiki. Usai Maghrib, aku terlihat ayah dan Sudin Komando yang baru tiba dikaki Masjid bergegas mengambil wudhuk di tempayan. Ayah tidak memandangku, hanya Sudin Komando yang menjentik telingaku sambil tersenyum. Sudin Komando ni bukan alang orang, badannya kurus tapi pejal.Dia merupakan anak murid atok yang paling rajin.

Selesai berkhidmat di Johor Bahru, Sudin Komando bertugas menjaga kunci air di Empangan Ahning. Orang gila saja yang sanggup malam-malam ke sana bertugas. Al- Fatihah buat arwah Sudin Komando. Malam yang diizinkan pun tiba usai Isyak. Pak Long dan ayah beriringan pulang ke rumah, sambil mereka berbual berkenaan maklumat Cik Noi dan suaminya, manakala aku dan Sudin Komando di belakang. “Den, aku minta maaf kalau aku susahkan hang” Pak Long tersenyum memandang ayah. “Tak apa Noh, tak kayu jenjang dikeping, sudah kita asal aked, m**i bukan disumpah” ujar ayah. Zaassssss….zasssssss berdebuk ayah jatuh tersungkur di kaki tangga. Seperti dihinggap buah rusuk dari belakang.

Ayah beristighfar beberapa kali. Pak Long membiarkan ayah bangun sendiri. “Depa dah menunggu di atas, menunggu kita habis solat. Memang dasar syaitan kepalang” Ujar Ayah menekup benjolan di betis lekuk tiganya. Keras betul betis ayah.

Macam bunting padi. Pak Long aku lihat mengelilingi rumah sambil tangannya membuat garis di keempat-empat penjuru rumah dengan rotan yang selalu dibawanya. Arahnya mengikut kiblat. Pak Long tidak membenarkan aku dan Sudin Komando masuk kedalam rumah walau apa pun yang terjadi.

Ayah berbisik halus ke telingaku, make a well preparation. Aku dan Sudin Komando memerhatikan Pak Long dan ayah dari bawah pohon Kekabu belajar buah. Tidak jauh hanya beberapa rantai dari kaki rumah.
Ayah kelihatan meramas-ramas tombol pintu yang terkunci. “Wallaahu min waraa ihim muhithun bal huwa qur aanun majidun fii lauu hin mah fudhin”Berderai tak tertahan tombol yang terkunci.

Pak Long pula aku lihat membaca beberapa ayat suci sambil ibu jari kaki kanannya menekan lantai anak tangga, “Walau anna Qur’aanan suyyirot bihil jibaalu auquththi-at bihil ardhu au kullima bihil mauta balillaahil amru jamii-an”. Bergegar lantai kayu rumah rumah apabila Pak Long memperkemaskan zikir sehingga terbongkah sarang anai di kaki tiang. Aku juga terdengar suara halus seakan-akan berwirid dalam nada berdengung berlapis-lapis.

Tapi butir-butirnya dari loghat Siam. Dari samar-samar cahaya bulan,aku mula hilang arah, apabila melihat susuk ayah bertempur dengan susuk gemuk di atas rumah. Berdentum-dentam bunyi lantai kayu. Pak Long hanya tercegat di kaki tangga membiarkan adiknya berseorangan bertempur dengan susuk yang bersaiz kerbau naik badan. Sudin Komando betah hendak turut serta namun diherdik Pak Long agar menjauhi garisan yang dibuat.

Tiba sahaja tempikkan dari atas rumah “ lanar jumannakum wa la-yamassan nakum minna ‘adzaabun aliim”,berkilau cahaya di perkarangan rumah. Bagai disambar halilintar sehinggakan Pak Long sendiri mencangkung di tempatnya. Beberapa kali kilauan menyambar pucuk atap menghambat sesuatu di atas rumah. Aku mula rasa tidak tenteram, tak keruan aku melihat ayah di atas.

Namun, selang beberapa ketika, barulah aku berasa aman melihat ayah membuka jendela kayu. Menguak kelopak malam. Kepulan asap nipis meniti keluar bersama harum bunga Sundal Malam di perkarangan rumah. “Jahit sudah, kelindan putus”, ayah mengeluh memegang bahu Pak Long di kaki tangga. Ayah basah kuyup. Baju layang yang di pakainya senget menampakkan urat-urat hijau. Pak Long terdiam.

“lau anzalna hazal quran a’la jabalin la raaitahu khosyian mutasaddian min khasyatillah..” Pak Long membaca sepotong ayat suci sehingga habis. Lalu terdengar jeritan yang betul-betul membingit telinga. Jeritan yang seakan memberi amaran dan meminta tolong dalam bahasa Siam, semakin lama semakin tenggelam dan lemah seolah-olah dipasak bumi.

Begitu juga dengan suara-suara wirid hilang dalam pekat malam. Aku dan Sudin Komando menaiki rumah yang kami tumpangi, kelihatan seperti dibadai ribut. Alang rumah patah setiang. Bau setanggi semerbak setiap sudut rumah. Ayah mengeluh.

Di serambi dihiasi lantai corak ekor merak, ayah mula membuka cerita apa yang dia dan Sudin Komando dapati semasa di Utara Yala. Asal muasal sami jahat suku perut hijau punya angkara. Melindungi dan memukau Cik Noi dengan memuja patung tembaga menyerupai gajah kepala dua.

Malahan, gambar Cik Noi serta beberapa orang mangsa tertera di perut gajah. Apa yang kita lalui di rumah emak dihantar melalui sihir dan jin apabila muslihatnya diketahui. Namun, kuasa Allah SWT kita dapat mengekangnya dan sami jahat itu mula bersedia menyambut kita disini.

Apa yang kita lalui malam ini hanyalah permulaan. Masih ada lagi yang belum tumpas sebelum kita ambil pulang Cik Noi. Esok kita mesti gempur sebelum Cik Noi dibawa jauh. Bersambung…

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mat Tepos

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

26 thoughts on “Permainan sihir Siam”

  1. Alaaaaa… ape ni?? Kat cerpen.. ni siap ada sambungan lagi.. cerita best mcmni sengaja buat org tertunggu².. x baik tau.. cpt sambung “cerpen” nya ye…..

    Reply
  2. Dari cerita pertama dan kedua tempoh hari saya dah katakan cara penulisan penulis ni memang menarik. Macam baca novel Tamar Jalis. Harap penulis teruskan berkarya ye

    Reply
  3. Kene bca dgn mata hati baru dpt feel. Susah nk jumpa penulis gini, gongpal n geng lain pun lama dh menyepi. Harap dpt sambung hingga akhir cerita.

    Reply
  4. Banyak ‘bunga’ tapi tidak menjemukan. Mengubat rindu peminat gaya bahasa sastera lama begini. Moga terus menulis. Tuan Mat Tepos ada menulis buku ke atau baru menulis di lapangan FS ini sahaja.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.