Amir Janggut Suka Menipu

Assalamualaukummm

Ok first of all, cerita ni aku ada hantar kat page yang lain. Jadi kalau aku punya cerita ni publish, fs tak curi tau. Terima kasih.

Okay, mari buat introduction sat. Aku seorang pelajar di sebuah U ni. Ok U jenama x. (Jangan pertikaikan huhu). And aku ni seorang yang suka menipu, menipu untuk mendapat attention. Dengan kata lain, aku ni boleh dikatakan sebagai attention seeker se-seeker-nya.

Okay, aku bukan tipu orang minta duit ke apa. Masalah aku ni, aku suka buat cerita hantu pastu story kat member (makin lama makin ramai yang berminat dengan cerita aku ni) and jujurnya aku cakap, happy gila dapat attention orang sanpai tak sedar ia akan bawa bala kat diri aku ni.

Tak boleh nak protes, story aku memang terbaik ah hahaha

Okay ada satu hari ni aku berjimba dengan geng lain2 kat depan rumah sewa member aku sorang ni.. Saja la lepak ramai2 sebab masing2 nak tahu keadaan rumah tu camne. Tapi bila aku tengok je rumah ni. Tertanya2 kawan aku ni bodoh sangat ka bayar mahal mahal tapi rumah usang

Cibs, kotor yang amat. Dah macam kena tinggal untuk sekian lamanya. Berhabuk satu hal. Tambahan pula bila nak jejak masuk rumah tu macam berminyak rasa lantai dia. Agak menggelikan..

So kitorang decide nak lepak kat luar rumah. Konon nak hirup udara segar. Padahal takut sebenarnya nak duduk dalam tu. Hahaha

Lagi satu, kawasan rumah ni memang sunyi. Kereta motor basikal dan seangkatan dengannya jarang lalu. Ada dalam 5-8 cemtu je. Tu pun kalau manusia huhu

So lama jugak kitorang lepak sambil cerita semua. Sekali aku dapat idea nak kelentong 5 ketui depan aku ni. Dengan mimik muka yang menyeramkan lagi menawan,

Aku start.

Semua focused kat aku. Ada time tu aku buat2 batuk. Padahal nak fikir apa ayat yang nak sambung. Haha, tak adala diorang fikir aku menipu. Hah, cepat je masuk. Yang lawaknya, semua muka macam lembu tertelan anjing (maaf, tak dapat nak pikiaq ayat apa yang sesuai)

Tak lama lepastu, habislah cerita aku. Yang kawan aku sorang ni dah bengang asal tetibe aku bukak cerita hantu. Aku sekadar sengih. Siapa suruh dengar. Sedar tak sedar, dah pukul 2 pagi. Semua kalut nak balik sebab esok kelas start awal. Aku yang sepatutnya balik naik motor dengan housemate aku, Atik (lelaki ye)

Terpaksa tangguh perjalanan. Motor tetibe buat hal. Nak taknak, kitorang decide stay je rumah sewa tu dengan 4 lagi member aku yang memang menetap di situ. Sebelum apa2, aku message kawan aku lagi 3 ekor kat rumah sewa aku, cakap tak balik malam ni. And kelas esok aku pinjam Fiq punya baju je. Dengan ini, aku pun melangkah masuk rumah ni.

Jadi yang tinggal, aku, atiq, fiq, jami, ceboi, zam.

Fuh. Disebabkan masing2 takut bukan main kepalang, tambahan dengan story aku tadi masih terngiang ngiang di ruang otak, memang tak boleh nak tidur la jawabnya.

Diorang bentang toto kat ruang tamu. Aku baring tepi sekali. Tepi kanan aku kosong. Belah kiri, ceboi. Heh, nipu la kalau aku cakap tak takut. Dahla keadaan rumah ni pun dah macam….. Pastu tidur tepi. Tambahan pula, aku sorang je baring menghadap bilik kosong, sebab bilik tu tepi sekali. Pintu dah hilang kat mana pun aku tak tau. Memang meremang bulu aku nk pandang dalam tu lama2. So aku baring arah kiri. Tak selesa la pulak. Aku pusing arah kanan, terpandang dapur gelap. Last2 aku menerap. Ceboi dah pelik kenapa aku ni dah macam cacing kena breeze.

Huhu seperti yang disangkakan, sorang pon tak dapat tidur. Pastu si jami ni pula pergi ambil kaset pasang lagu kuat2. Cibai betui. Kalau surah takpe lagi… Jami ni memang suka lagu yang jenis rock2 ni. Aku nak dengar pon takut.

Sampai 2:30 semua dah kering idea nak cerita pasal apa. Heh, time camni la muncul idea jahat aku.

Alang2 ada batu kat tepi aku ni (jangan tanya kat mana dapat). Aku amik pastu baling kat arah Zam. Tepi Zam, fiq, jami dengan atiq.

Empat2 ekor tu dah muka pucat. Aku nak gelak tahan je. Pastu tiba tiba Ceboi ni lak bersuara.

“Weh mir.. Hang buat pa kat sana?”

Aik bukan aku tepi mamat ni ke?

“Hang cakap apa ni tengin. Tu tepi hang tu apa” fiq tegur. Ceboi toleh tepi sambil buat muka terkejut.

“Astaghfirullah… Weh aku tak tipu! Aku nampak hang kat hujung nun. Tempat batu tu jatuh. Hang tengok jaa” dia cakap sambil tunjuk arah tu

Okay time ni aku dah musykil. Tapi bajet cool, aku terus pandang arah kanan, dimana aku jumpa batu tu.

Ya Allah, rasa nak pitam aku.. Batu tu ada balik! Okay mungkin aku tak patut baling tadi.. Argh, kena positif! So aku anggap mungkin,ada dua biji batu kat situ tadi. Boleh jadi.. Lepas tu, aku tak sedar, terus aku terlelap.

Tiba2 setan mana entah yang kejut aku, aku terjaga. Gelap sangat rumah tu. Tepi aku semua kosong. Okay mana gay2 tadi tu .. Cibs. Tinggal aku sorang2. Pe kes do. Aku dah seram. Pastu aku bangun. Memang gelap, sampai aku nak jalan pon dah berlanggar dengan meja. Sekali aku terlanggar apa tah. Tapi ada sinki.. Jap, ni dapur! Ya Allah.setahu aku, aku jalan arah kiri.. Kat mana pintu utama sepatutnya berada. Dapur bukan arah kanan ke? Game apa pulak kau nak main ni setannnn

So aku pusing. Nak pergi arah kanan pula.. Sedar tak sedar, aku terlanggar peti ais.

Shit.

Arah mana aku menghala ni? Kenapa aku jumpa dapur balik??!! Makin gila aku geng…,aku takut tahap nak menjerit dah ni. Menyesal aku tak check rumah ni awal2. Boleh aku tau kat mana suis lampu. Heh, terperap la aku dalam ni sorang-sorang

Selang bape minit, terdengar bunyi orang bukak sinki. Teruk betul hantu ni.. Main buka tutup sinki ni dah biasa la berlaku. Malah selalu jugak aku gunakan dalam story hantu aku yg fake tu hahaha

Sekali bunyi orang main tutup buka pintu peti ais. K ni jarang. Termakan juga kau ya dgn kata2 aku huhu

Sekali aku tak tau natang apa yang merayap kat kaki aku ni, terus aku terlompat. Hah kalau lipas takpe lagi, kalau lipas terbang? M**i aku kat situ woi.

Disebabkan gelap, aku tak nampak apa apa. Tapi tahla, rasa tertanya tanya juga apa yang merayap kat kaki aku ni. Yang berbulu juga kau minat ye.

Last2 aku tarik benda tu.. Tak sampai 3 saat, aku campak balik. Aku istighfar panjang2.

Aku mula buka langkah seribu dan meninggalkan tempat tu. Tetapi, aku sedar aku kerap berlanggar kepala makhluk tersebut. Bermakna aku masih berada di dapur! Argh lari aja la.

Aku tak tau berapa lama aku lari. Otot aku pun dah rasa nak tercabut sebab terlalu penat. Akhirnya, aku jumpa pintu keluar. Aku buka dan terus bulat bebola mata aku. Member2 aku semua tengah duduk dalam kereta Zam..

Aku ketuk pintu kereta dan terus meluru masuk kereta. Sempit tu dah tak kisah dah.

“APAHAL TINGGALKAN AKU HAH”

“HANG YANG MENGHILANG ASAL BODOH” jerit Atiq balik. Kejadahnya aku menghilang?

“DOKSAH NAK BADA’AH. AKU BANGUN2 HAMPA DA HILANG”

“Jap bro.. Tadi kan kita sama2 keluar rumah. Bila semua dah naik kete. Kau hilang. But takde sorang pon yang berani masuk balik…” Kata Jami yang duduk di seat hadapan

“Wait… Doesnt make,sense bro. Aku bangun2 hampa semua dah tinggalkan aku. Cuba hang cerita satu2?”

“Ingat tak waktu ada batu jatuh tepi aku tu? Kau tidoq ah lepastu. Pastu tetibe lagu yang jami pasang tuh tuka jadi suara awek nangis. So aku baling ah kaset tu. Tak lama lepastu, kau pulak bangun main tutup buka sinki banyak kali. Kitorang perati je kau. Pastu kau main buka tutup pintu peti ais pula. Okay time ni kitorang dah pelik. So, ceboi pi jenguk kau. Tengok2 kau tengah main dengan something look exactly like penanggal. Ceboi sempat tarik tangan kau. Kitorang dah pecut terus naik kete aku. Sedar2, kau hilang.”

Eh, sebiji macam story aku tadi kan? Asal macam terjadi kat diorang gak?

Nak taknak, kitorang terpaksa tidoq dalam kereta smpai subuh. Esoknya si Ceboi ni panggil bapak dia, ustaz. Alhamdulillah, barang semua selamat. But diorang terpaksa pindah rumah sewa baru. Kesian la juga. Pagi tu pun kitorang skip kelas huhu.

Itu je kot. Since then, aku dah tak main reka2 cerita ni. And aku 70% sure kejadian semalam tu berlaku sebab salah aku sendiri.

Assalamualaikum

 

Amir janggut suka menipu

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

18 thoughts on “Amir Janggut Suka Menipu”

  1. adoi bila ko dah stad awal kata suka tipu cite ni pun aku was was…..hahahahha apa pun adan uker sapa suh ko tipu kan dah kene…jngan marah ye huhuh

    Reply
    • Ehem eheeemmm…
      Sebut2 name akk ni ghinduuu kaaa…
      Hahahahah…
      Apid…
      Fizi takotkan kita, pdhal kita mmg dh terkena2 gak pas jd hardcore fs maniac ni kan…
      Huhuhuhuuu…

      Reply
  2. Aku baca penuh syak wasangka sampai akhir…sbb takut baca penuh perasaan tetiba penulis cakap..tipu..yelah dah menipu je kejernya..takut terpedaya hamba

    Reply
  3. Akk bace pengakuan ikhlas ko psl suke menipu tu teruuuuusssss jer akk scroll lelaju carik ending dik…
    Ghisoooo jer dh penat mendebarkan diri tetbe ending kobar LU KENA BEB, KAN WA DAH BGTAU WA SUKE MENIPU…
    Papepon mmg sereeemmmm…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.