Anak Felda

Asssalamualaikum Warga FS . Nama aku Mrs Mama (Nama Samaran).Nak berkongsi kisah aku menjadi seorang anak peneroka felda yang terletak di pantai timur . Rumah aku ni dekat kawasan yang agak terpencil di Pahang . Kalau sesiapa nak ke Cameron Highlands then balik ikut jalan felda memang akan lalu kawasan aku ni.

Kawasan aku ni merupakan jalan alternatif untuk yang nak ke Kota Bharu , Kelantan. So,mana yang nak elakkan kesesakkan lalu lintas memang akan ikut jalan ni. Jalan ni gelap abadi, memang tak akan jumpa lampu jalan mahupun torchlight. Aku nasihatkan walau macam mana sekalipun jem nya kawasan Pekan Raub tu, korang jangan la ambil simpang ke kiri yang konon nak elak daripada jem. Silap haribulan korang yang jem.Hehehe. Kalau siang hari tak ada masalah, boleh je nak ikut, tapi kalau tengah-tengah malam tu lebih baik ikut jalan yang banyak kereta.

Ceritanya macam ni,aku memang menetap dekat sana daripada kecil sampai la umur aku 12 tahun lepas tu mak bapak aku berpindah ke kampung halaman. Siapa yang duduk felda dia tahu la keadaan nya macam mana. Depan rumah aku ada hutan tebal. Aku ingat lagi dulu, gempar kes pasal orang datang jual ubat dari rumah ke rumah. Nak tau gempar pasal apa? Orang cakap perempuan jual ubat tu sebenarnya dia nak makan d***h orang untuk muka dia cantik .Tak tahu la kesahihanya. Sebab yang bercerita tu pun sebaya dengan aku. Waktu tu aku dalam linkungan 8-9 tahun. Bukan boleh percaya sangat cakap budak-budak ni.

Tiba la masanya nak bercerita, hal ni memang aku alami sendiri masa mak aku mengandungkan adik aku yang nombor 3. Waktu mak aku mengandungkan adik aku tu, satu family aku kena ganggu dengan langsuir. Aku dulu balik mengaji jalan kaki je dengan kawan-kawan. Rumah kami semua tak ada jauh mana, jarak rumah pun dekat-dekat je. So waktu tu balik mengaji sambil makan kuaci, Tetiba, kami nampak  benda putih dok terbang terawang-awang dekat atas langit. Kawan-kawan aku semua cakap “Tengok burung tu weh,bapok beso nye”(loghat pahang) sambil mulut semua ternganga pandang ke langit. Tengah syok-syok layan, sekali benda yang terbang tu mengilai. Punya main seram dan perasaan takut menguaai kami. Tsanpa membuang maa, kami semua lari lintang-pungkang balik rumah masing-masing. Silap-silap ada yang terkucil dalam seluar…

Sampai je dekat rumah, aku cerita dekat abah aku pasal hal ni, Orang tua kalau kita bercerita dia bukan nak percaya sangat. Dia cakap aku bagi alasan sebab lepas ni tak nak pergi mengaji lagi (tapi macam mana abah tahu pasal ni hehehe).Aku pun mulut jahat sangat. Aku cakap “abah tak percaya takpe,nanti ‘benda’ tu makan baby mak. Tak lama lepas tu, berdentum dentam bunyi batu jatuh atas bumbung rumah aku. Lepas tu dengar lagi benda tu mengilai, seram sejuk aku dalam rumah. Mak dengan kakak aku dah menangis-nangis sebab takut punya pasal. (Tula,mulut aku masin sangatkan)

Tak lama lepas kejadian ni, abah aku decide nak hantar mak aku balik kampung. Tak jauh pun daripada rumah aku ni. Aku pun dijaga oleh abah. Pergi sekolah abah aku ambil. Kakak aku time tu nak ambil exam UPSR. Jenis sekolah felda ni memang akan ada kelas malam. Aku akan ikut abah aku untuk ambil akak aku balik kelas malam(tak kuasa aku tinggal sensorang dekat rumah, mau kena kokak dengan langsuir). Aku dengan abah aku pun tunggu akak aku dekat sekolah. Sambil tunggu tu mata aku melilau kiri kanan. ‘Tuppp!! atas bumbung sekolah ada seorang perempuan berdiri tegak, kaku, keras semacam. Aku perhati lama ke arah perempuan tu. Rupanya dia tengah merenung aku. Aku cuit bapak aku.”Abah, tengok sana Perempuan tuuuu..Dia buat apa dekat atas bumbung tu” Abah aku buat isyarat diam dan sambil bebel, abah cakap “hish dia ni semua benda nak tegur, kepoh sangat”. Tidak lama lepas tu ‘benda’ tu hilang dari sisi pandangan aku. Mungkin abah dan baca-baca dalam hati halau benda tu. Meremang juga bulu romaku.

Tepat pukul 10 malam akak aku keluar, aku pun naik motor yamaha petak bapak aku dituruti akak aku. Sampai je dekat satu selekoh bapak aku perlahankan motor. Aku dengan akak aku pelik, tadi kemain laju sangat macam rossi. Tiba-tiba pula perlahan. lepas tu aku tanya bapak aku, kenapa berhenti pulak ni. Bapak aku terus azan kuat-kuat. Aku macam pelik.  “eh!abah ni,vada pertandingan azan ke?? kot abah nak practise malam-malam macam ni,” bisik hatiku. Tak lama lepas tu, dengar suara merintih, “TOLONGGGG…TOLONG SAYAA…SAYA NAK BALIKKK.” Apalagi, aku dengan akak aku tergamam. Aku terus turun dari motor(Acah-acah berani kekonon nak tengok siapa empunya suara). Kali ni mata aku tertumpu kepada satu lembaga yang duduk tepi selekoh.Damn !!! ACIK PONTIANAK!!!….dengan rambut panjang dan lurus je.. Mesti rebonding kot. Dia duduk sambil muka terlungkup ke bawah. Tanpa ku duga, boleh-boleh pula masa ni aku terus menangis dan panggil makk!!

Aku nangis, aku sebut nama makkk, “Mak, orang minta maaf, orang sayang mak.  orang tak nak tipu mak lagi.. orang janji orang pergi sekolah hari-hari, Orang jani tak kencing dalam kain lagi” (Perghh!satu-satu aib aku terbuka). Terkeluar semua bila nampak kak ponti depan mata. Gigil weh. (Bab ni memang lawak bila aku teringat, kekadang buat aku senyum sendiri malah boleh terketawa dan malu-malu sendiri) .

Abah aku minta aku dengan akak, baca je doa apa yang patut.

Aku  :”Nak baca doa apa?? akak aku cakap ”

Akak : Haih pergi mengaji hari-hari, tak reti lagi ke nak baca Al-Fatihah??”

Aku  : “Alaa, makcik sofi tu suruh orang baca alif ba ta je dulu sampai betul sebutan”.

Akak  : “baca jela alif ba ta tu dulu,”

Aku pun apa lagi, baca jela sampai huruf yaa. (Hahahaha) Sempat lagi borak dua beradik. Sambil tu, abah aku hidupkan motor semula. Abah aku jalan perlahan melintasi pontianak tu. Sampai je depan pontianak tu, akak aku jerit suruh tutup mata. Tapi nakal punya pasal, aku tak tutup mata malah pandang je pontianak tu walaupun dalam ketakutan. Tiba-tiba, ku lihat dia nak angkat kepala, tapi belum sempat angkat, aku terus pandang depan. Seram dan takut buat aku menggigil. Nasib baik terkencing je tidak.

Time tu, memang popular sangat kes pontianak dengan langsuir ni. Habis satu block aku kena kacau. Waktu tu 3 serangkai. orang minyak, langsuir dan pontianak.Tapi kenangan ni memang aku simpan dan tersemat je dekat kepala aku sebab mak abah aku lama tak duduk sana lagi. Selepas aku umur 12 tahun aku berpindah and then sekarang aku dah kahwin menetap dekat Selangor. Kalau balik kampung pun laki aku tanya, nak ikut tak jalan sana?? Aku cakap tak payah, bahaya..dengan kes samun dan kes seramnya, baik aku pilih jalan jauh sikit.

Thanks semua yang membaca. Kisah ni tak sehebat kisah-kisah yang lain tapi cukup la sekadar aku dapat bekongsi kisah aku menjadi anak felda.

-MRS.M-

Mrs M
Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.5]

9 thoughts on “Anak Felda”

  1. Thank you mrs .mama untuk citer yg begitu best 😂 lawak dia takleh blah … Saya dah lah kat hospn.. 😂 gelak sorg sorg baca 😂

    Reply
  2. Koyan ke? Tapi apa beza kak ponti dengan kak lang? Yang aku tau kak lang ni dok di hutan. Kak ponti bawak anak merayau tepi jalan. Fizikal sama.. Ke aku salah?ada sesapa bole bagi pencerahan? 🤔

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.