Anak Jin

#AnakJin
Assalamualaikum & salam sejahtera semua pembaca FS. Cerita yang akan diceritakan ini berlaku masa aku sambung study selatan tanah air, Johor Darul Takzim. Intro taknak panjang panjang. Mari mulakan.

Sebagai student, siapkan assisgment last minute itu adalah wajib dunia ye. Boleh dikatakan sehari dua sebelum duedate, memasing gelabah biawak siapkan assignment. Tidur pun tak menentu. Untung nya dulu sebelum muculnya covid, sebelum MCO, kedai mamak beroperasi 24/7.  So boleh lah order air murah, pakai wifi mamak tanpa rasa was was. Lepak sampai ke pagi, kadang kalua besoknya tak ada class, lajak lah lepaknya sampai subuh.

Sebelum aku cerita lebih lanjut, aku nak explain pasal jalan ke rumah sewa aku ye. Masa ni aku sewa di Gelang Patah, Kawasan perkampungan yang kiri kanan ladang sawit dan kebun getah. Rumah sewa aku ni agak ke dalam, kena masuk Lorong Lorong kampung yang gelap. Kalau ada sinar lampu jalan pun, ianya malap. Boleh lah buat rasa rasa cahaya tu. Ada dua simpang yang mana boleh terus ke rumah aku, satu jalan tu kiri kanan kebun getah, jalan ni oleh dikatakan shortcut lah, jalan nya agak berlubang. Lagi satu jalan jauh sikit, seram jugak, kiri jalan ladang getah, kanan jalan kebun sawit, Cuma jalan nya cantik lah, tar masih lagi baru time tu. (harap paham lah ye).

Nak dijadikan cerita, satu malam tu memasing pulun siapkan assignment. Jam dah cecah 2 pagi, tapi memasing macam taknak balik je walau muka dah barai habis. Aku, selaku yang dah siapkan assignment (part yang aku kena buat jelah. Hahaha) ajaklah dorang balik memandangkan esoknya class jam 8.30 pagi. “Baliklah wei. Bukan sempat siap pun. Tak remaja lah siapkan assignment”.” Ah kau, tak remaja lah balik awal.” Macam gitu lah lebih kurang ayat nya. Biasalah borak member member. Tapi dorang minta aku balik duluan, tak payah tunggu dorang katanya.

Aku pun apa lagi, ambik kunci moto terus gerak lah. Awal pagi macam ni, bawak moto slow slow sambal layan angin, nyanyi lagu jiwang best jugak. Aku pun bawak lah slow slow, terpaling rilek kat atas jalan time tu. Dalam hati ni terfikirlah nak ikut jalan jauh atau jalan dekat, so aku decided nak ikut jalan dekat lah, yang mana kena lalu kebun getah, jalan berlubang tu. Time ni tak fikir apa apa pun. Sebab dah biasa balik lambat malam, balik awal pagi. Jadi perasaan takut tu dah hilang.

Pastu, dah masuk simpang kebun getah tu, aku terperasan ada dua budak tengah duduk atas beranda rumah salah sorang penduduk kampung situ, tak jelas wajahnya sebab kawasan situ agak malap. Lampu jalan macam taknak teruskan hidup je, penghuni rumah tu pulak tak bukak lampu depan, jimat electric gamaknya. Pastu aku jalan jelah buat takt ahu, ingat budak rumah tu (kadang ada anak jiran main malam malam). Dah lalu slow slow, terpaling slow sebab kena elak lubang lubang atas jalan, tiba tiba moto rasa berat semacam. Dalam hati pikir moto pancit ni, lalu jalan barai punya pasal.

Aku pun berhentikan moto, nak check tayar kononnya, sekali dua ketul budak tadi follow aku. (nasib tak buruk, dorang bogel, pucat satu badan, telinga panjang, botak). Punca moto berat pun sebab dorang. Sekor duduk atas ekzos moto, lagi sekor tarik tayar, gaya macam kita tengah main tarik tali tu. Aku apa lagi, terkejut beruk lah. Lutut dah goyang habis ni. Dalam hati ni paksa diri jadi berani, kuat kononnya tak payah lari. Aku tolak je moto slow slow tanpa hiraukan dorang.

Susah payah aku tolak moto, budak duk atas ekzos tadi main lari lari atas moto, dari seat dia lompat p atas ekzos, dari ekzos dia lompat naik atas seat, pastu turun sebelah sini pulak (aku panggil dia si ekzos la). Sambil gelak gelak, hihi haha hihi haha. Lagi sekor masih gigih tarik tayar belakang moto aku, tak cukup pakai tangan, digigit nya tayar tu. Dengan suara “ih ah ih, iyahhh.” Macam budak budak angkat berat tu. Allah hai. Aku perati je sekor sekor punya perangai. (haa ni panggil si tayar)

Pastu tak semena yang si ekzos ni tegur aku, “kakak oo kakak” – suara macam kartun weiii. Banyak kali dia panggil aku,siap cuit bahu. Puneiii. Pastu si tayar ni cakap “ kakak tak dengar, pekak ni.” Aku buat buat tak dengar je, rumah rasa macam jauh nak m**i. Lepastu dorang dua ketul duk bercakap, entah Bahasa apa aku tak faham. Macam Bahasa opex dalam upin ipin pun ada. Pastu dorg tegur aku lagi, macam ni…
Si ekzos: kakak oiii.. ooo kakak..
Si tayar: cuba gigit, nanti dia dengarlah tu.
Si ekzos: kakak tak layan, kita panggil mak kita. Haaa haaa haaa.

Aku time ni terus gelabah biawak, dalam hati doa kat Allah, bagi jelah aku pengsan sampai esok hari. Hahah. Kang mak dia dating mampos aku, meninggal tang tu.

Pastu si ekzos ni pegi duduk dalam bakul moto, lagi sekali dia panggil aku.

Si ekzos: oooo kakak, Nampak tak ni? kakak kenapa balik lambat?

Aku dah gabra, dalam hati risau mak dia datang, aku terpaksa jawablah.

Aku: Buat kerja tadi, korang pegi balik lah. Mak tunggu tu.
Si tayar: alaa nanti mak marah lagi.
Si ekzos: haa mak marah kita. Mak garang. Kami tegur kakak sebab kakak macam tak garang je.
Dalam hati aku nak cepat sampai je, risau kang muncul mak dorang yang entah macam mana rupa tu. Yang si tayar tu gelak je, hehe haha hehe haha. Entah apa seronok sangat duk kat atas seat moto tu.

“kakak, kami kan nak kawan kakak.”
“kakak ni tak garang kan, mak garang.”
“kakak tak garang, sombong je.”
“kakak nak tengok mulut ada apa, kenapa diam.”
“kakak, berat tak kita kat atas moto ni?”
“kakak lama lagi ke nak sampai. Kita teman ni.”

Banyak banyak dorang sembang, aku jawab “hmm” “haa””yee”, macam gitu je. Last sekali aku just cakap, nanti aku nak sampai rumah, dorang kena balik. Tak boleh ikut aku masuk rumah, nanti mak marah. Haha. Ugut, padahal dalam hati goyang habis. lagi 30m dari rumah, aku cakaplah yang aku dah sampai, pastu si tayar cakap “alaaa, cepatnya. Nak sembang lagi”, si ekzos balas “kakak tak cakap cakap pun, dah besar tak pandai cakap, huh.” So dua dua ketul ni lompat turun moto pastu lari entah kemana.

Aku tak tengok, aku cepat cepat nak masuk rumah. Yang pasti aku dengar dua dua tu cakap “bye bye kakak tak bercakap.” Sejak dari kes tu, aku tak balik ikut kebun getah tu lagi dah. Aku rela ikut jalan jauh sikit janji selamat. Selepas kejadian tu, aku tak alami apa apa gangguan, demam pun tak. Cuma takut ah nak lalu jalan kebun getah tu. Sekian ye cerita dari aku, maaf kalau tak seram seperti dijangka. Assalamualaikum & salam sejahtera.

#anakAbah

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

anakAbah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 64 Average: 4.8]

10 thoughts on “Anak Jin”

  1. Kejadian ni lebih kurang mcm yang ayah aku alami. Dia jumpa ‘budak’ mcm ni time Balik lewat malam. Description budak tu sama. Lepas ayah aku bagi makanan dia, ‘budak’ tu x follow lagi dah

    Reply
  2. Mmg kering lah hati wanita ko dik..bole selambe je nyembang dgn budak² ntah ank makhluk ape tah tu..kalo org lain jantan pn tinggal dh moto to x ckup tanah lari..haha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.