Angah – Korban Perjanjian Syaitan

ANGAH – KORBAN PERJANJIAN SYAITAN
Written by: Cik Sri Pagi

March 2017 (Flashback)

Hari yang dinanti nantikan akhirnya tiba jua. Seluruh adik beradik angah pulang berkumpul dirumah Tok Ayah. Berkumpul semata mata untuk membantu angah. Yang baru saja diubatkan Ustaz didalam kisah (Derita ku, Bahagia Mu)

Ya… angah memang dipulihkan Ustaz dari menjadi mangsa patung yang dikafankan, diikat dan ditusuk jarum. Tetapi didalam masa yang sama angah masih lagi menanggung sihir perut katak dan juga beberapa sihir yang lain secara serentak. Disebabkan itu Ustaz meminta keluarga angah sendiri sama sama berikhtiar dan berdoa untuk memulihkan angah. Memandangkan kata Ustaz, lawan mereka bukan calang orangnya.

Usai semuanya berwudhuk dan memahami apa yang perlu dilakukan, akhirnya mereka mula mengambil tempat masing masing. Along yang mengetuai bacaan doa duduk ditengah tengah barisan yang mengadab ke arah hadapan rumah. Manakala Tok Ayah, Uda, Ucu dan tidak ketinggalan Ahmad duduk berjarak membentuk barisan dari dinding kanan ke dinding kiri.

Yang perempuan pula sekadar duduk dibelakang memerhati dan sekadar mengaminkan. Termasuklah angah yang duduknya tidak jauh dibelakang Ucu. Apabila Along mula mengalunkan suaranya, terasa menusuk diseluruh jasad angah akan satu rasa yang tidak dapat digambarkan.

Doa yang dibaca oleh seorang imam itu, benar benar menenggelamkan angah didalam satu dimensi, sehingga mengalir airmatanya kerana terlalu hiba mengenangkan nasib diri.

Setelah hampir selesai doa dibacakan akhirnya Along mula mengangkat kedua tangannya bergerak diudara bagaikan membentuk sebuah bulatan. Yang diikuti pergerakkannya oleh semua mereka.

Setelah beberapa kali membuat bulatan, Along meletakkan sejenak tangannya bagaikan sedang mengangkat takbir, lalu dihalakan lurus kehadapan berkali kali sambil melaungkan Takbir dengan penuh kelembutan. Yang diikuti pergerakkan itu oleh kesemua mereka.

ALLAHU AKBAR… ALLAHU AKBAR…

“Aarrgghhh… aaaarrrrghhhhh… .”
Tidak semena mena angah menjerit kesakitan dengan tubuhnya bergerak ke kanan dan ke kiri, bagaikan mengelak sesuatu yang sedang menuju ke arahnya. Bagi diri angah pula apa yang terlihat diruang matanya ialah panahan panahan berapi yang meluncur laju menjunam
Ke arahnya.

Angah merintih tiada henti. Pergerakkan tubuhnya hampir tidak dapat dikawal lagi. Tetapi angah masih mampu mendapat tubuhnya sesekali. Doa diteruskan dan takbir diulang lagi. Angah mula hilang kawalan diri.

“Jaga hang Muhammad Hidayaaaattttt….!!!
Angah melaung garang sambil memandang Along dengan penuh kebencian. Disaat selesai kesemuanya.

“Ni.. yang cheq tak mau ni. Cheq bersara tau…” Kata Along yang terkenal dimasa dahulu sebagai seorang penakut pahit.

“Ha.. ha..” ketawa perlahan berkumandang kedengaran dari seluruh keluarga. Along yang sudah berpaling kebelakang untuk melihat angah, akhirnya bersuara kembali.

“Macammana? Nak baca lagi dak ?”

“Baca la.. lagi sekali dua. Tapi kali ni mengadap belakang pula. Sebab kita tak pasti sihir tu datang dari mana.” Jawab Mak Tok sambil memerhati ke arah angah. Berdekatan Mak Tok, duduknya Acik dan Kak Long.

Barisan mula bertukar arah. Ucu yang takut takut berani itu mula melarikan diri. Menyebabkan Uda datang mengambil posisi yang terbuka. Bertukar tempat dengan Ucu.

Ha.. ha.. ha..
Hilaian ketawa mula memecah suasana. Sebaik sahaja Acik ingin mendapatkan angah yang telah pun kesurupan lagi. Acik segera berpatah balik ke arah Mak Tok, bila melihat angah mula menyeringai sambil menghilaikan tawa dengan mata yang tajam menikam. Mata angah yang sememangnya sedia memanah itu, disaat saat biasa, bertambah tambah tajam disaat luar biasa. Bagaikan lagaknya Chandramukhi.

Kata Ucu didalam wasap group keluarga di keesokkan hari,
‘Rugi hang Alang, tak mai semalam. Kami tengok Chandramukhiii….’

Angah mula mengangkat tangannya merewang rewang diudara, setelah bacaan doa diteruskan. Bagaikan pawang yang sedang berjampi mentera, begitulah lakunya angah. Sebelum akhirnya tubuh angah yang sedang duduk bersila itu mula terhayun laju dalam 360 darjah bagaikan kipas helikopter yang sedang berpusing ligat. Kata keluarga angah, hanya beberapa inci sahaja lagi tubuh angah kan mencecah lantai. Menyebabkan mereka khuatir tubuh angah kan bergesel dengan lantai.

Dan disaat inilah Ratu Sunsilk muncul pertama kali dihadapan angah.Terpampang dihadapan mata angah, akan seseorang yang cuma dapat dilihat dari atas kepala dibahagian belakang hingga kebawah. Tetapi rambutnya kelihatan bagaikan beruban keperak perakkan. Rambut yang begitu panjang dan beralun lembut bagaikan model Sunsilk.

Terkejut angah dengan kehadirannya. Bagaikan dia ingin memberitahu, bahawa dia lah sebenarnya lawan mereka. Memandangkan walaupun ia cuma menzahirkan dirinya dari belakang, tetapi ada aura kejahatan yang telah dapat dirasakan angah.

Putaran tubuh angah akhirnya terhenti, disaat saat doa doa itu menghampiri pengakhirannya. Sebaik sahaja jasadnya kembali kepadanya, angah mula mengangkat tangannya semula. Agar dapat dia berdoa bersama sama dengan keluarganya, sehingga lafaz amin kedengaran.

28.04.17
Jumaat, selepas isyak. Selangor.

Seluruh keluarga angah memenuhi sebuah homestay yang berhampiran dengan ibu kota. Dari jauh, kelihatan menara berkembar Petronas yang pernah angah jejaki suatu ketika dahulu. Buat pertama kalinya dalam sejarah, mereka kembali ke kampung bersama sama. Semata mata untuk menghadiri majlis perkahwinan sanak saudara.

Apabila hampir tiga puluh orang didalam sebuah rumah tiga bilik dan dua bilik air itu, sememangnya padat dan riuh rendah la jawabnya. Belum lagi beratur sorang sorang menunggu giliran untuk ke bilik air.

Angah yang menaiki hilux milik keluarganya, sebenarnya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena semasa didalam perjalanan tadi. Ditambah dengan hujan lebat dan kilat sabung menyabung, membuatkan rengsa ditubuh angah bagaikan bertambah tambah. Membuatkan sewaktu mereka berhenti di rnr Sungai Buluh, tubuh angah mula melonglai.

Selepas Angah menyempurnakan jamak ta’khir, Angah mula mempersiapkan pakaian anak anak terunanya untuk dipakai keesokkan hari. Walaupun tubuh angah hampir tidak bermaya, angah gagahi juga. Kerana sudah terbiasa dengan didikan hitler Mak Tok yang prinsip hidupnya, selagi tidak terlentang kerana tiada langsung daya upaya, maka selagi itu jangan mimpi nak mengelat. He.. he..

Namun akhirnya angah rebah jua. Bilamana dia tidak mampu lagi menanggung, akan azab kesakitan yang semakin bertambah tambah ditubuhnya. Menandakan adanya serangan yang sedang dilancarkan dari pihak lawan.

Kebetulan diwaktu itu, angah sedang berbaring dengan separuh badannya diatas katil. Hanan yang sedang menidurkan adiknya terus berlari keluar bilik, sebaik sahaja suara dengusan mula kedengaran. Tidak lama kemudian muncul Alang mengambil bayinya, yang sedang tidur disebelah angah. Diserahkan bayinya semula kepada Hanan sebelum Alang masuk kembali dan terus menutup pintu bilik.

Tok Ayah yang sedang menunaikan solat jama’nya disebelah katil, meneruskan solat dengan penuh ketenangan. Sebelum mula duduk disisi angah sebaik sahaja berdoa ringkas.

Bermulalah raungan demi raungan, sebaik sahaja Tok Ayah membuka mulutnya. Alang yang sedang duduk disebelah kiri angah, mula berjaga jaga jika terjadi apa apa. Tidak lama kemudian Uda masuk untuk membantu. Bersusah payah mereka mengheret angah, agar tubuh angah berada sepenuhnya diatas katil. Dan apabila raungan itu tidak berhenti henti, suasana riuh rendah yang memenuhi homestay sejak dari tibanya mereka, mula senyap sunyi.

Aaaa… aaa… aaa…
Angah mula tercungap cungap menahan kesukaran bernafas. Alang dan Uda yang sebelum ini bagaikan terpukau, hanya melihat angah mencekik lehernya sendiri beberapa lama, mula kelam kabut. Bagaikan baru tersedar dari mimpi, lekas lekas Uda menarik ke dua belah tangan angah yang terlalu erat dilehernya. Setelah dengan sedikit susah payah, akhirnya Uda berjaya meleraikan cekikan itu. Segera Uda memegang erat kedua belah tangan angah dengan sepenuh kekuatan.

Tok Ayah hanya meneruskan bacaannya tanpa mempedulikan lagi apa yang terjadi. Namun angah mula menggigit lidahnya sendiri semahu-mahunya tanpa tiada tanda ingin berhenti. Lekas lekas alang pula mencekak kuat kedua belah pipi angah. Sebaik ternganga sedikit mulut angah, dengan pantasnya alang sumbatkan kain tuala kecil merintangi mulutnya angah. Digenggamnya erat tuala itu merintangi wajah angah. Menitis airmata alang disaat dia bergelut dengan angah yang tidak henti henti berusaha melawan, untuk membebaskan wajahnya dan kedua tangannya dari alang dan uda.

Akhirnya angah mengalah. Setelah dia tidak dapat mengalahkan alang dan uda. Ya.. lah, dah alang dan uda memegang dengan mulut yang tak henti terkumat kamit. Mana mungkin ‘angah’ beroleh kemenangan. Tetapi rupanya tanpa mereka sangka, ‘angah mula menghantukkan kepalanya kebelakang, berkali kali tanpa henti. Membuatkan alang dan uda begitu kelam kabut sekali. Mana taknya, mana nak pegang tangan, nak pegang kepala lagi dan juga tuala dimulut angah. Alhamdulillah… angah diatas katil. Jika tidak, mungkin angah sudah lama arwah.

Tidak henti henti angah membinasakan dirinya sendiri. Sebentar dicekik cekiknya leher selama mana yang boleh,selagi tidak ditarik uda. Berulang kali hampir putus nafasnya. Bersilih ganti pula dengan digigit gigitnya lidah hampir putus, sebentar pula dihantuk hantukkan kepalanya, agar pecah dan berakhir riwayatnya. Namun terima kasih kepada Tuhan sekali lagi yang telah mentakdirkan sebelum itu, angah telah berbaring diatas katil.

Kelihatan airmata angah yang tadinya cuma mengalir perlahan, kini mula membanjiri . Peluh pula mencurah curah didahi. Dan wajah yang sedang bagaikan didalam sakarat. Memberi erti betapa angah yang terperosok jauh didalam tubuhnya, sedang menanggung azab yang teramat dasyat.

Menyebabkan keadaan begitu kelam kabut sekali, kerana alang dan uda tidak menang tangan dalam bergelut dengan angah. Namun akhirnya keadaan mula sedikit reda juga setelah beberapa lama, bila acik datang menghulurkan bantuan. Mak Tok yang masuk ke bilik bersama acik hanya mampu memandang seperti biasa.

Along yang baru menyudahkan solatnya, mula datang mendapatkan angah. Disebabkan menunggu giliran ke bilik air untuk qadha hajat dan juga solat, menyebabkan ahli keluarga angah tidak dapat datang serentak untuk membantu angah.

Risalah Manzil yang dibawa oleh angah, diberikan kepada along yang telah pun mengambil tempat dibahagian kepala angah. Along yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di sebuah pusat rawatan islam tidak berapa lama dahulu, mula mengisbatkan hatinya kepada ALLAH. Dan tidak lama kemudian, berkumandanglah ayat ayat ruqyah dengan penuh syahdu dan sendu.

“Kami mahu nyawanya… .”
Tiba tiba sahaja ‘angah’ bersuara.

“Ini adalah perjanjian.”
Sambung ‘angah’ lagi.

“Janji.. ? Kami tak ada buat apa apa perjanjian pun.” Seperti biasa Mak Tok menjadi jurucakap keluarga. Tok Ayah yang duduk dikanan angah, terlihat agak keletihan selepas menyerahkan baton kepada Along.

“Dia adalah KORBAN pilihan untuk kami persembahkan kepada yang satu. Yang diatas sana. Namanya terus terpilih sebaik sahaja namanya diberikan didalam sebuah perjanjian.”

“PERJANJIAN SYAITAAANNN… !!! Toksah dok mai mengarut kat siniii…. .” Tempik Mak Tok dengan berani.

“Terpulang jika tidak ingin percaya. Tetapi ini adalah hakikatnya.”

“Hakikat tak hakikat. La.. ni.. hang pi balik tempat hang. Toksah dok mai kacau keluarga aku… .”

“Berikan kami rohnya, dan kami biarkan kamu mengambil jasadnya. Kamu boleh uruskan mayatnya sepertimana yang kamu mahukan. Mudah bukan ?” ‘Mereka’ mula membuat tawaran.

“Kenapa aku nak bagi nyawa anak aku pulak ? Kami tak dak buat perjanjian apa, dan kami tak tau apa.” Jawab Mak Tok dengan kemarahan.

“Jika kamu tidak mahu berikan rohnya kepada kami, tidak mengapa. Tetapi berikan roh salah seorang anaknya sebagai ganti. Boleh saja berikan Kak long.” ‘Angah’ mula membuat tawar menawar lagi.

“Tiada seorang pun yang akan kami berikan. Perjanjian itu tidak ada kena mengena dengan kami.” Mak Tok menolak tawaran itu dengan tegas sekali.

“Ingat.. ini perjanjian.”

“Perjanjian…”

“Janji…”

“Janji…”

Kata ‘angah’ perlahan lahan berulang ulang kali. Sebelum matanya tertutup perlahan lahan. Namun along meneruskan bacaan ayat ayat ruqyah, sehingga dia benar benar pasti bahawa syaitan durjana itu melangkah pergi.

“Mak..! Cheq nampak dah mak.” Kata angah tidak berapa lama kemudian, selepas syaitan durjana itu berlalu.

“Angah nampak apa?”

“Mak ingat dak yang cheq kata hari tu, ada orang rambut panjang mengurai beruban keperakkan tu… ?”

“Ingat… awat dia mai lagi ka?”

“Ya… mak. Kali ni dia tunjuk muka dah mak. Dia perempuan mak. Lawa gila. Tapi mata dia… .”

“Kenapa dengan mata dia… ?”

“Mata dia pelik la… mak. Bukan macam mata manusia biasa. Cheq tak tau nak cakap macam mana. Nak seakan mata ular tapi… entahlah. Dia tak cakap apa pun. Dia tengok ja… tapi dia tengok tu… lama, dengan renungan penuh dendam. Cheq rasa, cheq faham la mak, apa maksud dia.”

“Maksud dia apa?”

“Dia cabar cheq kalahkan dia.” La… ni, bukan kerana mamat lagi rasanya. Tapi… tukang tukang sihir ni yang tak puas hati. Mungkin sebab cheq tak mati mati kut mak.”

“Tapi yang depa sebut pasal janji tu apa ? Mamat ada buat apa apa janji ka dengan depa?”

“Yang tu.. cheq tak tau la.. mak. Mana la cheq nak pi tau apa yang dia buat, masa dia dok gila jumpa bomoh dulu.”

“Tapi kan angah, entah la.. mak nak cakap pun serba salah. Mak takut la kalau dia ada buat penunduk kat angah dulu, sebab angah kan suka melawan dia.”

“Dah dia tak tentu hala. Cheq lawan la.. mak. Takkan nak biaq kot ? Tak pasai ja cheq kena soai dalam kuboq nanti.”

“Tapi janji janji yang ‘depa’ duk sebut ni, bukan dulu ‘depa’ dah ada sebut ka… ?”

“Cheq tak tau la mak. Cheq pun tak ingat dah.”

“Angah dah buat yasin tujuh mubin dak lagi?” Tanya Tok Ayah mencelah.

“Dak lagi ayah. Cheq tak larat lagi. Nanti cheq kuat, cheq buatlah.”

“Ayah ingat cheq buat esok pagi ja… .”

“Tengoklah ayah kalau cheq larat.”

“Macammana abang ? Kita nak pi dak rumah adik abang tu. Tadi kan kita dah janji nak pi lepas isyak rumah kenduri tu. Satgi dia tunggu pula.”

“Dah, cheq dah bagitau pakcik dah. Pakcik kata nanti bila angah dah ok mai lah.” Kata along kepada mak tok. Sebelum sempat tok ayah memberi jawapan.

“Tapi ni dah tengah malam dah.” Kata Tok Ayah pula.

“Depa pun nak tidoq dah abang ooiii… esok dah nak kenduri lagi. Mesti penat tu..”

“Habis tu.. kiranya kita tak pi.. la kot naa..”

“Taklah kot abang. Semua orang pun dah tak larat dah. Dah berapa jam dah kita dok mengadap setan ni.”

“Takpa lah. Satgi abang telefon bagitau.

29.04.17
Sabtu pagi

“Yaasiiinnn…”
Bergema bacaan yasin oleh angah, memenuhi ruang bilik tidur di homestay itu. Sengaja pintu bilik ditutup supaya angah dapat tawajuh dengan sepenuh hati.

Errkkk… arrgghhh…
Entah apa apa bunyi kedengaran, terbitnya dimulut angah disetiap kali dia berniat sewaktu tiba dilafaznya ‘mubin’. Menggeliat geliat tubuh angah menahan kesakitan didalam. Namun walau bagaimana angah tersiksa dengan bacaan yasin tujuh mubinnya itu, tetap dia meneruskan bacaannya sehingga selesai. Bacaan yang mengambil masa hampir dua jam lamanya.

Disebabkan kesakitan yang terlalu menyakitkan itu, angah akhirnya terlelap sebaik sahaja menyimpan Al Qurannya. Sehinggalah tengahari barulah angah terjaga semula. Memandangkan perutnya sudah pun pedih berbisa, membuatkan angah melangkah kedapur mencari jika masih ada sarapan yang tersisa. Alhamdulillah.. sememangnya makanan untuk angah telah pun disimpan oleh adik adiknya.

Selepas zohor keluarga angah mula bertolak ke majlis perkahwinan. Angah yang masih lemah hanya mampu melangkah perlahan. Bertambah lemah lagi hati angah, kerana sakit angah telah pun diketahui mereka. Malah bertambah malu lagi angah terasa bilamana bersebelahan homestay yang keluarga angah duduki, adalah homestay yang menjadi penginapan buat keluarga pengantin, yang menjadi besan pakciknya.

Hati angah… jiwa angah… derita angah… adakah dapat difahami?

Kepiluan yang menemani rasa, terlalu setia bagaikan tiada ingin berlalu.

Airmata ini… bilakah akan menemui noktahnya?

30.04.17
Ahad

“Kak long! Tolong umie publish cerita sat kat Fiksyen Shasha. Umie tak reti la benda-benda macam ni. Nanti Kak long ajar umie sekali naa..

“Cerita apa umie?”

“Aku Tuan Ihsan dan Derita ku Bahagia mu.”

#KISAHBENAR YANG DIOLAH SEMULA
#HA.. HA.. HA..
WALAU DIRI SENGSARA
TAKKAN KU BIAR KETAWA INI
MENINGGALKAN AKU SENDIRI

5 thoughts on “Angah – Korban Perjanjian Syaitan”

Leave a Comment