Angah Pun Mula Bercerita

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, kembali bersama aku, Airun. Terima kasih FS sebab approve cerita pertama aku bertajuk Pengalaman Aku dan Angah. Terima kasih juga kepada para pembaca kerana sudi baca dan memberi komen. Penulisan aku yang kedua juga berkisarkan tentang pengalaman angah. Aku dan adik beradik sangat rapat, jadi kami selalu berkongsi macam macam jenis cerita. Tapi, antara kami berempat, angah yang paling banyak pengalaman seram. So, sila ambil kuaci sambil baca cerita nie ya.

KISAH 1

Angah boleh dikatakan seorang yang mempunyai rupa, berbadan tegap, tinggi 169cm dan berkulit sawo matang. Kisah bermula ketika angah masih di tingkatan 5. Bermula pada suatu malam, bangcik mengadu pada ibu dan abah yang angah kerap mengigau bermula jam 2 pagi hingga 5 pagi. Pada waktu biasa, angah kelihatan seolah orang yang angau. Buat pengetahuan pembaca, abah seorang yang tegas. Jadi abah tak akan izinkan kami anak-anak untuk mempunyai pasangan selagi masih belajar. Abah pernah tanya kalau kalau angah ada bercinta, tapi dengan jujurnya angah menafikan.

Suatu malam, abah terjaga pukul 3 pagi nak buang hajat. Abah lalu bilik ketiga iaitu bilik angah dan bangcik, abah terdengar suara angah bercakap dalam bahasa yang abah sendiri tak faham. Abah buka pintu, abah tengok angah tengah duduk dengan mata yang terpejam, sambil tersenyum dan sesekali ketawa. Abah biarkan ja sebab abah ingat angah cuma mengigau. Tapi seminggu berlalu, tiap-tiap malam pada waktu yang sama abah akan intai angah, keadaan angah tetap juga sama. Cuma malam yang ketujuh, angah toleh ke arah abah dengan senyuman yang menyeramkan. Abah mula syak, angah bukan sekadar mengigau. Lalu abah mula bacakan ayat Al-Quran dan 7 kali Laqad Ja’akum lalu hembus dekat ubun ubun angah. Angah terbaring semula.

Keesokan hari, angah mengadu leher dia tak boleh toleh ke depan atau ke kanan, yang boleh hanya tunduk dan toleh kiri. Abah dan ibu pon bawa angah berubat dengan makngah. Makngah ialah kakak ipar abah, dia juga seorang yang pandai mengurut serta tahu mengenai ilmu perubatan Islam. Jadi semasa mengurut, makngah membacakan beberapa ayat suci al-Quran. Tiba-tiba angah menangis. Sayu bunyinya. Walaupun aku baru berusia 5 tahun masa tu, aku tetap ingat macam mana sayunya bunyi angah menangis.

Tiba-tiba makngah tanya
“siapa nama?”
“Puteri Mawar” –jawab angah
“Buat apa kacau dia tengah malam” –soal makngah
“Puteri nak kahwin dengan dia” –jawab angah lagi
“Kau tahu kan dia alam manusia dan kau alam lain” –tegas makngah

Angah terus menangis. Rupanya selama nie ada jin yang menyamar menjadi puteri bunian yang cantik datang mendampingi angah. Aku percaya dia adalah jin kerana menurut pengetahuan aku, bunian tidak merasuk manusia. Wallahualam. Mujur abah bawa berubat awal, kalau tak, tak tahu apa jadi dengan angah. Makngah suruh Puteri balik ke tempat asal dan jangan ganggu angah lagi atau kalau dia berdegil, makngah akan gunakan cara yang lebih sakit. Puteri akur. Leher angah pulih sebaik saja Puteri pergi. Bermula malam tu, dia sudah tidak ganggu angah hingga ke hari ini.

KISAH 2

Seperti yang pernah aku ceritakan pada post yang pertama, angah seorang penjawat awam yang tinggal di kuarters yang mempunyai 6 bilik, 4 bilik air, satu ruang tamu bergabung di tingkat 3, berseorangan. Pada suatu malam, angah tidur awal beralaskan tilam dan bantal serta selimut dekat ruang tamu.

Pukul 12 dia terjaga sebab bunyi tapak kaki kanak-kanak berlari depan rumah. Ada yang bergelak ketawa, dan ada juga bunyi seperti mereka bermain guli. Pada mulanya angah nak marah sebab mereka bising tengah malam. Tapi angah pilih untuk biarkan saja. Angah sambung tidur. Angah terjaga lagi sebab dengar bunyi ketukan di pintu bertalu talu tapi lembut. Angah tahu itu bukan manusia..

“Kalau manusia, hang bagi assalamualaikum baru aku jawab”,- kata angah dalam hati. Sekali lagi angah abaikan.

Pukul 3 pagi angah terjaga lagi sebab rasa macam leher dihembus sesuatu. Angah tengah mengiring ke kanan masatu. Angah tenangkan diri, dan mula membaca lagi ayat pelindung. Angah beranikan diri menelentangkan badan. Dia toleh ke kiri, kelihatan seorang perempuan bermuka kerut dan hodoh, berambut panjang serabai, berbaju putih sedang baring disebelahnya. Angah terkejut, tapi dia tak menggelabah.
Dia cakap dalam loghat utara sambil pejam mata, “balik lah tempat hang, aku tak kacau hang, aku nak tidoq nie, aku letih, jangan kacau aku” , uishh kalau aku jadi angah, aku menangis kat situ.

Lepas cakap macam tu angah sambung baca ayat suci Al-Quran, angah beranikan diri buka mata. Benda tu dah tak ada. “Bagus hantu ni dengar kata”. Angah bermonolog.

KISAH 3

Okay kisah ketiga nie tak seram, tapi punya pengajaran. Angah seorang yang berdisiplin dalam tugasnya. Jadi pada tahun 2018, angah terima satu anugerah disiplin cemerlang di tempat dia berkerja, lalu dinaikkan pangkat pada tahun itu. Pada suatu hari, angah rasa sesak dada, tapi seperti hari biasa dia akan amalkan segala ayat pelindung diri dan ayat suci Al-Quran, jadi rasa sesak dada tu mula hilang. Kata angah, skop kerja yang bahaya macam dia, mesti amalkan ayat Al-Quran bagi melindungi diri. Tak perlu guna saka atau pendinding. Cukup Allah dan Al-Quran segala-galanya. Itu juga yang diajar abah kepada kami satu keluarga, tapi aku kurang amalkan. Ampun ya abah.

Berbalik pada kisah tadi, angah mula rasa sesak dada, jadi pada malam tu angah bermimpi didatangi seorang yang cuba berbuat jahat kepadanya. Keesokkan hari, seorang pegawai di tempat kerja angah, aku namakan dia Ali berusia 5 tahun lebih tua dari angah. Ali jatuh sakit, muntah d***h dan kaca. Sebagai rakan sepenjawat, setelah hari kelima Ali tak datang kerja, angah melawat Ali. Ali bangun peluk angah, minta maaf sambil menangis teresak-esak. Angah hairan.

Lepas reda dari tangisan, Ali cerita yang dia ada cuba sihir angah sebab dengki angah boleh dinaikkan pangkat sedangkan mereka mula berkerja pada tahun yang sama. Tetapi, sihirnya tak menjadi, seolah-olah ada yang melindungi angah dan berpatah balik pada Ali. Lalu Ali yang jatuh sakit. Angah mengucap panjang. Angah peluk Ali, angah maafkan Ali.

Hingga ke hari ini, Ali masih menjalani rawatan kerana dia belum sembuh sepenuhnya. Dia juga kerap cuti kerja. Kalau dia berkerja sekalipun, segala kerjanya tak dapat diselesaikan.

Aku rasa cukup 3 kisah ini aku ceritakan pada entri kali ini. Terima kasih para pembaca yang sudi membaca. Sekali lagi maafkan aku kalau ada jalan cerita yang berterabur. Chill and have an amazing day guys.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
AIRUN

3 thoughts on “Angah Pun Mula Bercerita”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.