Angkara Minyak Dagu Dan Abu Mayat

Ceritanya bermula begini. Setelah beberapa bulan duduk di rumah baru. Family aku datang. Tengok keadaan rumah dan keadaan anak menantu yang baru kahwin. Ayah aku diberi kelebihan oleh Allah s.w.t boleh nampak dan tahu kewujudan benda aneh.

Waktu kat rumah aku ayah tak cakap apa-apa. Cuma mintak kami bersihkan ruang balkoni je sebab kotor. Owh malam diorang baru sampai tu semua ready nak tido. Ibu ni jenis hidung sensitive mudah bau sampah even jauh sekalipun boleh bau. Malam tu ibu tak habis-habis cakap busuk. Aku serba salah jugak la family aku datang rumah, rumah aku berbau. Tapi aku tak bau apa-apa pun. Aku pernah cerita dulu aku nampak susuk tubuh perempuan berdiri di balkoni. Pukul 2 pagi , tinggi dan besar pakaian berwarna putih dan berselendang sedikit bongkok. Aku nampak muka dia cuma tak berbentuk. Tak seperti bentuk muka manusia. Pada aku mungkin itula sebabnya ayah mintak kami bersihkan balkoni walaupun kami tak pernah guna balkoni tu (menghadap laluan pejalan kaki dan tokong cina).

Keesokan harinya aku hantar family aku balik. Hantar ke parking lot je. Laki aku pegi kerja haritu tiba2 ada on call. Tinggal la aku sorang. Baru je melangkah masuk rumah aku terbau benda busuk. Aku tak tau bau tu bangkai atau sampah. Aku terus masuk dapur bau tu kuat sangat. Sampah takde kat dapur. Mungkin air sampah menitis atau cicak mati? Takde jugak. Aku bau kat dinding2. Masih jugak tak dapat jejak. Bau tu macam dari pelbagai arah tapi setempat sahaja baunya. Aku spray dengan febreeze downy. Masih ada baunya tapi tak kuat mana sebab bau downy tadi dah cover.

Aku pun duduk tengok tv dan tertidur. Waktu tu baru pukul 11 pagi. Aku mimpi ada orang berlari masuk dalam bilik utama aku tido tu. Dia ketuk2 pintu kuat2 seolah2 dia tak lepas bukak pintu tu so dia terperangkap kat dalam. Yang buatkan aku tau tu budak kecik aku intai bawah pintu nampak kaki kecik. Lepastu aku mimpi laki aku balik bukak pintu rumah. Semua macam real. Aku terus terjaga. Aku tengok jam dah pukul 1tengahari. Laki aku tak balik pun. Pasal mimpi tu aku anggap mainan tido je. Kalau fikir sangat nanti takut. Kalau readers dah biasa benda mcm ni mesti korang tau mana datang bau tu tadi. (Nanti aku buat sambungan part ni. Panjang lebar sikit nak cerita).

Hari berlalu , aku rasa tak syok tido dalam bilik. Sebab rasa tak selesa lain macam. Aku ajak laki aku tido kat ruang tamu. Rumah aku besar. Kalau penakut duduk sorang2 memang seram. Bilik ada 3 je. Tapi ruang tamu sangat luas. Aku baring tepi sliding door laki aku baring tepi laluan nak masuk ke bilik. Aku tengok tv sorang-sorang masa tu sebab laki aku dah tido. Lebih kurang pukul 1 pagi masa tu. Tengah layan tengok drama ulangan tv3 tiba2 bunyi benda jatuh kat kerusi meja makan aku. Dah la jauh dari ruang tamu gelap pulak tu aku tutup semua lampu. Dalam samar-samar gelap tu aku intai dari jauh. Tengok takde apa. Takde barang pun atas kerusi. Aku bangun tak puas hati aku pegi kt meja makan. Aku dah cuak sebab takde barang jatuh pun. Aku ajak laki aku masuk dalam bilik. Sambil-sambil nak baring tu aku rewind balik bunyi tadi. Seolah-olah ada orang tepuk kerusi meja makan aku tu. Memang bunyi kerusi kena tepuk. Aku dah rasa seram sejuk. Tapi buat tenang kot benda tu tengah tengok aku depan2 kan. Hahaha.

Bulan-bulan pun berlalu , pelbagai gangguan aku lalui. Laki aku penakut. So aku tak cerita semua kat dia. Ada beberapa kisah je aku cerita. Sampai la malam tu laki aku balik lewat. Balik pagi sebab kena standby. Aku masih tak tido dengar lagu tengok you tube. Laki aku berdengkur kalau tido pelbagai bunyi menakutkan kadang2 yang akan keluar. Aku pakai sebelah je earphone malam tu. Tengah layan lagu juwang tiba2 ada bunyi “hei!” nyaring halus dekat sangat dengan aku. Aku terus tengok mulut laki aku , nak tutup la ni kononnya mesti bunyi dengkur dia ni. Eh dia tak berdengkur mulut dia bertutup rapat. Aku terus ready position nak tido sambil bukak surah al baqarah. Esok pagi kitorang keluar nak pergi makan aku cerita la apa yang jadi laki aku cakap malam tu dia mimpi ada pontianak dengan anak dia kt balkoni rumah aku. Dia ketuk2 cakap nak masuk. Dah sah la memang suara ponti tu malam tu. Suara budak kecik. Dia main tepi laki aku.

Selama aku mengandung macam2 mimpi dan gangguan aku kena. Orang kata benda2 halus suka pada janin. Betul sangat la tu tak boleh nk dipertikaikan sebab aku banyak kali mimpi ada benda nak korek perut aku ni. Paling dasyat aku ingat ada anjing putih kurus kering kotor hodoh duduk hujung katil aku nak panjat aku sambil tangan nak cakar2 perut aku nasib aku dapat elak mulut anjing tu berdarah2 nampak gigi2 tajam dia. Dan setiap malam aku kena tindih , dengar orang atas bertukang dari pukul 10 hingga 1 pagi. Tepat 1 pagi akan dengar bunyi orang berlari berjalan dalam rumah aku. Perut dah besar makin mengah nak buat apa2 nak lari apatah lagi. Ada satu malam tu aku dah ready apa2 kemungkinan kena tindih lagi aku letak yassin atas badan aku. Benda tu tak tindih aku , tapi dia baring sebelah aku tempat laki aku tido. Tenggelam tilam aku benda tu duduk kat situ. Panas2 bahang je benda tu.

Perut aku pun makin membesar selamat la aku bersalin seorang bayi perempuan dan habis je pantang terus balik ke rumah sendiri. Kami berdua dah tau pasal rumah tu agak keras dengan apa yang jadi sebelum ni. Kitorang decided kalau anak kitorang ni kena gangguan memang kitorang akan blah serta merta dari rumah tu dan cari rumah sewa tempat lain. Dekat sebulan pada jam 12 malam ke atas anak aku akan menangis sampai kesubuh sambil mata dan kepala pusing2 tengok keliling bilik. Kitorang jadi stress dan panik tak dapat tido malam.

Aku dah tak tahan aku ajak laki aku pegi berubat anak aku. Settle ubat anak aku kitorang cerita keadaan rumah. Pakcik ni yang power nya dia boleh tau sejarah rumah tu dulu kawasan dulu macam mana. Pakcik tu cakap rumah aku duduk tu terlalu teruk , kawasan perumahan tu pun teruk , orang yang duduk sebelum ni budak2 perempuan bujang dari pelbagai agama. Siam , kristian antaranya. Memang betul , sebab aku selalu dapat surat nama orang lama duduk rumah tu dulu. Pakcik tu cakap lagi ada sorang dua ni tertinggal barang. Abu mayat dan minyak dagu. Tertumpah kat lantai rumah. Jadi benda2 tu ganggu la aku dengan laki aku. Bukan setakat bunyi2 dan penampakan je , aku dengan laki aku tiap hari bergaduh sampai jadi benci. Disebabkan barang yang tertinggal tadi tu dia buatkan orang yang duduk dalam rumah tu jadi panas je. Aku dengan beberapa helai baju je bawak terus ajak laki aku balik kampung. Aku stay kat kampung lama jugak berbulan sebelum kami dapat rumah baru. Dan laki aku pulak selama berbulan tu dia stay rumah kawan dia sebab takut nak balik rumah hahahaha.

Aku nak buat flashback balik atas apa yang dah jadi. Laki aku tak tengok dulu keadaan rumah macam mana. Main ambik je. Rumah aku duduk tu mengadap tokong cina , ada sekor yang duduk kat tokong tu selalu datang rumah aku sebab hanya aku je orang islam duduk aras tu. Yang lain cina india. Lepastu laki aku tak azan dulu dan tak cuci dengan air yassin rumah tu. Hanya cuci dengan air biasa. So mendapat la kejadian tidak diingini.

Nasihat kat sini pilihla rumah sewa yang elok2. Kaji dulu siapa penyewa lama. Siapa pemilik rumah, seeloknya orang islam la. Kalau nak selamat , mintak pandangan pada yang lebih arif macam aku pergi jumpa pakcik tu. Nak pindah rumah baru pun aku tanya pakcik tu. Alhamdulillah betul dia cakap rumah aku sekarang ni ok sangat. Tapi ada kisah lain pulak dari minggu pertama aku duduk rumah ni. Bukan benda2 dalam rumah. Tapi orang hantar. Aku akan sambung kisah ni part lain nanti.

Terima kasih sudi membaca. Aku ni misteri sikit orangnya. Sepanjang korang membaca tu aku nasihatkan jangan bayangkan , baca kosong je. Aku pernah bayangkan baca kisah dalam ni. Benda lain yang datang kat aku nak berkawan.

Bye

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Maryam
FOLLOW FB KAMI.

14 comments

  1. Tak kira duduk dimana.. Pasti kan setiap hari anda membaca Al Quran di dalam rumah setiap hari.. Zikir setiap hari.. Rumah akan terang dan malaikat suka dtg.. Setan pun lari.. Rumah tanpa bacaan Quran ibarat duduk dikuburan.. Lagu2 yg melalaikan juga memanggil jin setan datang.. Sepatutnya penulis buat bacaan Yasin masa mula2 pindah rumah.. Penulis juga lambat mengubat rumah.. Dah bersalin baru usaha.. Moga kisah ni jadi pengajaran terutama org muda.. Saya pernah alami tinggal seorang diri dirumah yg kosong lama..mmg ada penghuni ghaib..jadi faham rasanya dgn gangguan spt kisah diatas..

  2. Btl. Baca fs ni jgn bayangkan. Kalau ada writer tercerita detail pasal makhluk tu, reader yg terbayang kene cpt tuka bayangan lain. Geng jin ni diaorg boleh tahu klu ckp/bayangkan rupa dia. Mcm satu gelombang yg dtg. Dia bley detect. Eloknya baca lah ayat pendinding dulu.

  3. saya faham sgt situasi nak masuk jam 12-3 pagi . tdengar orang ruma mna ntah ketuk2. seret kerusi laaa. orang berlari laaa. selalu kena tiap malam. kdg laki bini dh standy jap lg mesti bbnyi ni jam 1.

  4. Tak2….sapa2 bgitau aku..bau yg mcm penulis tu ckp..bau mcm sampah n cicak mati..tp xdpt detect bau dari mana..tp bau setempat je..sebb rumah kakak aku..aku ade bau mcm cicak mati…tp x dpt detect kt mana..tp die bau setempat je dkat2 dapur tu..mcm mana nk ckp pom x reti..tp mmg kuat bau die..

  5. Tlg bgitau jap bau ape yg penulis tu ckp..sebb aku pernah rase sebijik mcm penulis tu ckp..aku da jadi mcm anjing duk hidu2 bau..tp xtau mana punca bau tu..bau mcm cicak mati dkat dapur..

  6. Knpe lah suka bersambung… dah sedap layn tetiba ade smbungn btw terbaik crita sis.. buat cepat sikit smbungnye aku takleh lah lama2 bukn penyabar orgnye

  7. Sememangnya sewaktu memilih rumah kena ada ‘instint’ yg baik. jgn sewa/beli rumah yg agak suram. Tengok kawasan sekeliling. Tak kisah rumah india or cina sama saja. Cuma sewaktu mencuci rumah mesti baca doa. Setiap penjuru mesti baca ayat kursi. Kemudian taburkan garam & lada hitam yang telah dibaca doa pendinding dan tabur kan sekeliling rumah di luar. Akhir sekali, azan kan rumah. Bila dah masuk rumah baru buatlah kenduri kecil2an & panggil ustaz supaya dipermudahkan. Insyallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.