Diganggu semasa bercuti

Hye, masih ingat lagi saya? Saya pernah menghantar tulisan saya disini. #Bala selepas Berubat dan juga #Gangguan di rumah lama. Terima kasih kepada yang membaca, menghantar komen dan ada juga saya pembaca seakan-akan mengatakan bahawa saya mereka cerita. Itu adalah pengalaman  seram yang tidak dapat saya lupa. Manakan saya mahu mereka? Tidak apa bak kata pensyarah saya setiap manusia ada pendapat dia. Pendapat tidakkan salah malah tidak juga betul Terpulang dari sudut mana dia memandang. Baiklah saya perkenalkan diri dahulu, saya kenalkan sahaja diri saya nona maneh. Kalau kenal tu, kenallah. Tak kenal pun tak apalah. Kenapa Nona Maneh? Sebab saya suka sangat kuih tu. Tu sahaja.

Okay, banyak sangat melalut tak sampai ceritanya. Baiklah. Saya akan berkongsi pengalaman yang agak menakutkan di sebuah apartmen angker di Port Dickson. Ceritanya masa tu ibu dan ayah honeymoon. Sebab mereka dah habiskan masa untuk membesarkan kami empat beradik, so bagilah chance mereka pergi berbulan madu. Kak Maria (bukan nama sebenar) telah merancang untuk ajak bercuti kebetulan dia pun sedang bercuti. Dia telah menempah sebuah bilik di Apartment di Port Dickson. Kami semua seronok bukan ke palang la bila dah siap tempah, dah browse juga apa yang menarik sekitar sana. Sebenarnya tak lah menarik mana, tapi sebab dapat meluangkan masa bersama tu sebenarnya yang menjadi seronoknya.

Sampai sahaja di Apartment tersebut, (nama biarlah saya rahsiakan, tapi apartment ni adalah top 10 yang berhantu di Port Dickson.) hujan selebat-lebatnya. Kami pun masuk ke dalam dan mendaftar. Logiklah kalau biasanya kita pergi ke apartment atau hotel musim cuti persekolahan, biasanya akan bising, meriah dengan suara budak-budak. Tetapi tidak di Apartment ini. Kelihatan ramai orang, namun sepi. Barangkali orang semua tidur. Tidak mengapalah, kami buat tidak tahu sahaja. Tidak silap saya, kami menginap di bilik tingkat 15. Hujung sekali. Perasaan saya pelik waktu ni. Seolah-olah diperhatikan.  Namun saya diamkan dek kerana tidak mahu merosakkan ‘mood’. Pada waktu siang, memang tiada apa yang berlaku. Semuanya okay sahaja. Hiasan dalaman apartment tersebut menarik minat saya, seolah-olah berada di zaman dahulu. Namun saya tidak rasakan bahawa kami berenam yang berada di dalam apartment tersebut, sepertinya ada ‘orang’ lain yang menginap dan memerhati kami.

Semuanya bermula pada waktu malam. Saya biasanya tidak punya masalah untuk tidur di mana-mana pun. Tetapi malam tu saya tidak boleh tidur. Ke sana tidak mahu pejam, ke sini pun sama. Adik lelaki saya ada kata yang dia terlihat kelibat perempuan berambut panjang melintas dari balkoni ke balkoni. Namun saya katakan padanya bahawa dia dipengaruhi cerita TV. Sejujurnya, saya tidak nampak. Namun entah mengapa bulu roma saya tegak dari saya tidak boleh tidur dan sehinggalah adik saya katakan bahawa dia terlihat kelibat. Untuk bagi tidur juga saya terus memaksa memejamkan mata sambil berzikir sehingga saya terlelap. Saya fikir lenanya tidur saya tu dah penghujung cerita namun belum berakhir. Saya terdengar suara seperti orang turun tangga, (bilik kami hujung sekali berdekatan dengan tangga kebakaran). Saya beranikan diri untuk mengintai, tiada apa kelibat tiba-tiba lampu di tangga kebakaran tersebut malap dan terpadam, saya segera berlari ke ke katil dan berselubung. Tidak saya ingat apa jadi selepas itu.

Saya tidak ceritakan pada kak Maria, kerana mungkin juga hanya mainan minda saya, dan juga betul juga mungkin adik saya terlalu terbawa dengan cerita yang ditonton di tv. Saya diamkan. Tengah hari waktu kami nak check out, kami kemaskan semua barangan dan bersedia menunggu ‘bellboy’ datang mengambil bagasi kami untuk turun kebawah. Semua air cond dan kipas, tingkap sliding door kami tutup rapat kecuali pintu bilik. Sedang kami menonton televisyen menunggu ‘bellboy’ datang, pintu bilik kami ditolak dengan kuat  dari dalam, seakan-akan ada tenaga manusia yang menolak pintu tersbut. Semua terdiam dan senyap. Bila kak Maria buka pintu itu semula katanya bulu roma dia menegak dan dia suruh kami bersiap dan menunggu ‘bellboy’ di luar. “Dia tak suka kita lama-lama kat tempat dia,” itulah ayat yang keluar dari mulut kak Maria.

Adakah dia ternampak atau mengalami benda yang sama semalam? Saya tidak bertanya dan kami tidak pun bercerita apa yang terjadi semalam sehingga hari ini. Namun untuk menjadikan apartment tersebut destinasi percutian sekali lagi, memang tidak pada saya. Saya tidak tahu apa yang menganggu namun perkara tersebut tetap perkara yang menakutkan dan misteri pada saya. Carilah top 10 apartmet/hotel berhantu di PD, mesti jumpa. No 1 pula tu.

Sekian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 22 Average: 3.1]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.