Angkara Padam Api Semak Terbakar

Assalamualaikum dan salam ramadhan. Nama aku Rarity. Aku sudah berkeluarga mempunyai dua orang cahaya mata. Cerita yang ingin aku sampaikan berkenaan dengan suamiku. Suamiku seorang anggota beruniform….

Pada suatu malam atau pagi buta sekitar jam 2 @ 3 pagi suamiku ternampak semak terbakar secara tiba-tiba. Semak itu berdekatan dengan pos pengawal di mana tempat dia bertugas. Pada masa itu cuaca tidak terlalu panas atau berangin. Agak mustahil semak boleh terbakar secara tiba-tiba. Tanpa memikirkan perkara yang pelik, suamiku dan seorang hamba Allah yang lalu di tempat kejadian menghulurkan bantuan memadamkan api tersebut.

Seminggu selepas kejadian itu iaitu pada hari khamis malam Jumaat, suamiku bermimpi seorang tua datang lalu memijak perut kemudian melompat-lompat dan menyentuh kaki kiri suamiku. Suamiku terjaga tapi tidur kembali.

keesokan hari, aku lihat lebam di kawasan perut suamiku. suamiku terus menceritakan tentang mimpinya kepada aku. Tapi bagi aku itu mungkin mainan tidur. Tapi suamiku pergi berjumpa dengan kawannya yang pandai berubat.

Selepas di “scan” kawan suami ku bertanya:
A: Yang kacau kau ni lelaki tua ke?
Suami: Aaah..(Padahal suamiku tidak bercerita apa-apa tentang mimpi yang dialami malam tadi)

Selepas proses pembuangan benda tersebut, pengeras yang diminta oleh kawan suamiku sebanyak RM177.70 beserta kain pelikat sejadah dan songkok.

Selepas 2@ 3 hari, suamiku berasa sakit di betis kaki kirinya, memandangkan tuntutan kerja yang memerlukan tenaga berdiri, suamiku terpaksa hadir kerja, tetapi duduk sahaja sebab kesakitan yang dialami. pada mulanya boleh berjalan berdencut-dencut tapi pada hari ke4 terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan kerana tapak kakinya tidak boleh memijak lantai.

Suamiku membuat keputusan untuk pergi ke hospital untuk mengambil cuti sakit kerana pejabat hanya menerima cuti sakit yang dikeluarkan oleh KK atau hospital.. Kami berdua pergi ke bahagian emergency. Suamiku diarahkan untuk membuat imbasan XRAY.

Setelah berjumpa dengan doktor yang bertugas, beliau menyatakan tulang kaki dalam keadaan baik tiada retak mahupun patah. Doktor yang bertugas tersebut juga meminta pandangan dari doktor pakar ortho. Tetapi mereka tidak dapat mengenal pasti sakit kaki suamiku. Hospital memberi cuti rehat selama 14 hari. Kaki kiri suamiku terpaksa dipakaikan backslab untuk mengelakkan daripada banyak bergerak.

Kebetulan keesokan hari adalah majlis nikah adik suamiku, die perlu balik kerana menjadi wali. Selepas selesai semua urusan hospital dan swab test (Perlu untuk majlis akad nikah) kami pulang ke rumah untuk mengemas barang.

Kami gerak pulang ke kampung lebih kurang 1230 pagi dan sampai di kampung lebih kurang 4pg. Majlis nikah alhamdulillah berjalan dengan lancar tetapi bukan bagi suami ku…suamiku berasa tidak selesa kerana kakinya berasa sangat bisa dan meminta aku menanggalkan backslab tersebut. Walaupun telah mengambil ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh hospital, ia tidak dapat mengurangkan kesakitan yang dialami. Bisa kaki terasa apabila menjelang magrib.

Keesokan hari ibu mertuaku memanggil mak cik B untuk berubat. Pada pengamatan dia, suami ku macam terkena “denah”. Dia menumbuk sirih gambir kapur dan apabila lumat, bahan tersebut dicampurkan dengan air. Mak cik B minum air campuran tersebut dan die menyembur ke tapak dan pergelangan kaki suami ku. Pengubatan ini berjalan selama 3 malam, tapi suamiku masih tidak boleh berjalan tanpa tongkat dan bisa sakit masih ada di kawasan pergelangan kaki yang bengkak.

Pada malam terakhir sebelum kami balik ke rumah, suamiku keluar berjumpa kawan kampung. Kawan kampungnya memperkenalkan jiran rumah nya yang pandai berubat. Tapi malangnya, pak cik tersebut berada di luar kawasan. Beliau meminta gambar kaki suamiku yang bengkak. Selepas itu beliau meminta gambar botol yang berisi air. Selepas beberapa minit beliau meminta suamiku minum dan sapu air tersebut di kaki yang sakit. Dengan izin Allah suamiku boleh berdiri tanpa tongkat, tapi apabila berjalan masih berdencut-dencut.

Keesokan pagi, suami ku dan kawan kampungnya berjumpa dengan pak cik tersebut. Maka bermulalah sesi perubatan. Menurut pak cik itu, ada 10 ekor jin, 7 ekor jin ok dengan suami ku sebab padam kan api, tetapi lagi 3 ekor tidak puas ati dan marah pada suami ku. Pak cik tersebut marah dan menyuruh jin itu jangan kacau suami ku lagi. Cara beliau menghalau jin-jin tersebut tidak dapat diceritakan secara detail disini sebab aku tiada di tempat kejadian. Cuma beliau berpesan untuk mencari orang yang pandai mengurut saraf kerana sakit disebabkan benda ghaib ini mengambil masa yang lama untuk baik. Kami pulang ke rumah selepas zohor kerana esok aku mula bekerja.

Sebulan telah berlalu, tetapi kaki suami ku belum betul- betul sembuh. Masih mencari orang yang pandai mengurut saraf di sekitar Selangor dan KL. Minggu depan suamiku perlu admit hospital untuk menjalani MRI. Doakan kaki kiri suami ku sembuh dan boleh berjalan dengan normal. Kepada sesiapa yang ada contact orang yang pandai mengurut urat saraf, boleh share contact di sini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua. AMIN…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “Angkara Padam Api Semak Terbakar”

  1. assalamualaikum..blh kunjungi spa terapi Al-Fateh utk rawatan saraf..
    Moga dimudahkan segala urusan puan & suami..aamiin..

    Reply
  2. Saya cadangkan awak hantar cerita awak ni ke blog yg lebih umum contoh iium confession. Mungkin di sana ramai boleh tolong.

    Reply
  3. boleh cube berjumpa dgn Hj. Zabir di Kg. Sesapan Batu Rembau, Beranang.. rumah dia berdekatan klinik kesihatan beranang.

    2.8894384, 101.8760779

    Reply
  4. Boleh jumpa cikgu azih. Dia buat rawatan syifa. Tinggal di bukit ceria, sungai lui, raub pahang. Maaf tetapi No contact sy tiada .

    Reply

Leave a Comment