Angkara Rumah Kosong

Hi semua, saya Diana (bukan nama sebenar). Cerita ni taklah seram sangat tapi itu lah still juga nak share. Jadi, saya nak ceritakan pengalaman pertama saya diganggu ketika menyambung pelajaran di sebuah universiti di Sarawak. Nak dijadikan cerita, u saya ni terletak jauh dari tempat awam dan dikelilingi hutan, jadi faham-fahamlah ya bagaimana keadaan di sini.

Asrama di u kami ni berkonsepkan rumah ala-ala flat. Satu rumah sepatutnya ada 8 org penghuni tetapi masa pendaftaran tu, hanya ada orang 6 orang saja yang mendaftar untuk rumah ni disebabkan lokasi rumah ni yang agak jauh dan dikelilingi rumah-rumah yang tidak berpenghuni. Oh ya, rumah kami dekat tingkat 2. (saja nak bagitahu)

Saya ni sejenis yang suka menyendiri, jadi saya apply lah nak duduk kat bilik sendiri tanpa ada roommate. Nak privacy lah kononnya. Saya ni bukanlah sejenis yang cepat takut, selagi benda tak muncul, selagi tu saya masih boleh berfikiran positif. Mula-mula tinggal di bilik tanpa ada roommate, tiada apa-apa gangguan yang terjadi, sampailah saya ada terbuka satu rumah kosong. Ya, saya tahu saya salah. Tapi apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur. Rumah yang saya buka tu berhadapan dengan rumah yang kami tinggal sekarang ni. Rumah tu juga dah lama kosong dan berkunci kerana student yang tinggal dekat rumah tu balik kampung dan kampung dia tu jauh lah dari Sarawak.

Setiap hari masa turun kelas, saya tertanya-tanyalah tentang keadaan rumah tu, kotor ke tidak, ada barang ke tak, deco rumah tu sama tak macam kami punya. Biasalah, pelajar yang prihatin katakan. Then, suatu hari tu, saya cuba buka lah pintu rumah tu then ajaibnya, pintu tu pun terbuka. Lepastu, saya tanya lah kawan saya seorang ni kenapa pintu tu tak berkunci (fyi, dia senior) then dia pelik lah sebab sebelum ni banyak yang dah cuba buka tapi tak boleh. Jadi, kira saya lah yang berjaya buka pintu tu. Dengan secubit kebodohan yang saya ada, rasa banggalah kan dapat buka pintu yang orang lain tak dapat buka. (haa padan muka nanti kena kacau)

Pada malam saya buka pintu tu, saya rasa agak seram then decide nak tidur sambil buka lampu meja. Malam tu, saya mimpi yang saya tertidur di rumah kosong tersebut, then dalam mimpi tu saya ditindih. Jadi, saya hanya mampu dengar bunyi benda yang mendiami rumah tersebut. Bangun ja saya dari mimpi, automatik lampu meja saya tertutup. Yang menyeramkan lagi, suis tu macam ditutup oleh seseorang/sesuatu kerana saya boleh dengar bunyi suis ditekan. Bermula dari situ lah banyak benda terjadi dekat bilik saya.

Bunyi ketukan dan bunyi seret kerusi tu dah biasa dah saya dengar, tapi yang tak boleh dilupakan adalah ketika saya tengah belajar lewat malam then macam ada sesuatu yang menampar leher saya. Apa lagi, lari sampai tak cukup tanah. Tapi tu lah, benda tu pun masa saya belajar masa tu juga dia nak tampar. Masa ni masih berani lagi nak tidur dekat bilik tu, sampailah tiap malam saya asyik dapat mimpi buruk dan pernah lah sekali ditindih. Rupa-rupanya bukan saya seorang saja yang pernah kena tindih, housemate saya seorang pun kena juga (padan muka siapa suruh main game sampai tak ingat dunia). Gangguan tersebut berterusan sampailah saya mula menumpang bilik housemate saya seorang ni.

Suatu hari tu, kawan saya yang senior tadi perkenalkan saya dengan Kak Jas (bukan nama sebenar). Kak Jas ni memang pakar mengenai hal-hal seperti ini sebab hijab dia dah lama terbuka. Oh ya, Kak Jas pun ada kisah seram dia sendiri, kalau saya ada terjumpa Kak Jas saya minta izin dekat dia untuk menceritakan kisah dia di sini. Back to the story, saya minta tolong dekat Kak Jas untuk check bilik saya. Kak Jas pun satu, dalam banyak-banyak jam, tengah malam juga dia pilih untuk mencemar duli dekat rumah kami ni.

Lepas habis check, Kak Jas story lah dekat kami yang masa dia masuk rumah kami, dia rasa sesak nafas, dan vibe rumah kami ni sangat heavy. Then, dengan muka selamba dia kata kat saya, yang saya dah ada “roommate” baru. Mulanya dia taknak cerita benda tu mcm mana bentuk nya, takut saya seram nanti. 2 3 hari lepas tu ada lah dia bagitahu kat kawan saya yang senior tadi benda yang dekat bilik saya tu nenek tua. Dia juga ada bagitahu masa dia otw balik dari rumah kami malam tu, dia ada dengar bunyi ketukan di setiap dinding koridor, ada juga terserempak dengan beberapa ketul dekat depan rumah. Haaa padan muka siapa suruh rajin sangat jalan-jalan pada waktu malam.

Jadi, inilah pengalaman pertama saya diganggu ketika berada di kampus. Sekarang ni saya masih tinggal di rumah dan bilik yang sama, cuma pada waktu malam saya tidur dekat bilik kawan saya. So far, takda lah benda tu muncul, dan diharapkan supaya tidak akan muncul. Kalau ada kesempatan, saya akan ceritakan kisah seram yang lain. Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya yang tidak seberapa ini.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Angkara Rumah Kosong”

Leave a Comment