DI ROGOL PENUNGGU TASIK

Ini adalah kisah benar yang telah berlaku pada diriku. Ya, aku… Isteri kepada seorang kaki pancing.

Suamiku adalah seorang kaki pancing tegar. Kadang-kadang sampai berhari-hari keluar memancing. Dilaut, disungai, ditasik serta lombong. Segenap ceruk dijelajahinya. Pantang sungguh dengan ajakan kawan-kawan bilamana terdapat lubuk ikan baru yang dijumpai. Pasti dia akan mengikuti mereka. Jika lokasinya dekat, biasanya suamiku akan pergi pagi pulang malam. Ataupun pergi malam pulang pagi. Tetapi jika lokasinya jauh, suamiku akan pergi sehingga berhari-hari. Pernah hampir seminggu suamiku tidak pulang ke rumah gara-gara asyik memancing di laut dalam.

Inilah yang aku nak ceritakan pada semua. Satu kejadian malang yang berlaku pada diriku. Atau lebih tepat lagi ianya adalah kejadian yang menyeramkan. Kejadian ini baru sahaja berlaku beberapa hari lepas.

Suamiku pulang ke rumah setelah tiga hari keluar memancing di sebuah tasik. Aku tidak tahu sangat mengenai tasik itu. Tapi mengikut apa yang diceritakan, tasik itu berada nun jauh didalam sebuah hutan. Tidak ramai orang yang tahu mengenai tasik itu disebabkan lokasinya yang dikatakan tersorok. Aku pun tidak pasti bagaimana suamiku boleh tahu tentang kewujudan tasik itu. Tapi aku pasti semuanya angkara kawan-kawan yang mengajak.

Berbalik kepada cerita tadi. Lebih kurang jam 10 malam suamiku sampai ke rumah dengan membawa hasil tangkapan yang boleh dikatakan agak lumayan. Ketika itu aku berada di dapur. Suamiku masuk melalui pintu dapur kerana pintu depan sudah berkunci. Tapi memang menjadi kebiasaan suamiku akan masuk melalui pintu dapur sekiranya baru pulang dari memancing disebabkan badannya yang kotor serta senang untuk menyimpan batang pancing dan hasil tangkapan. Seperti biasa dia meletakkan hasil tangkapannya diatas sinki. Kami hanya berbual ringan memandangkan aku sudah mengantuk dan ingin masuk tidur. Lepas tu aku terus bangun menuju ke bilik meninggalkan suamiku berseorangan di dapur.

Masuk sahaja kedalam bilik, aku terus baring. Di saat mataku hampir terlelap, aku seperti merasakan seluruh badanku diraba. Bajuku kemudian diselak dan seluarku ditarik ke bawah. Aku membuka mata dalam keadaan terpisat-pisat. Dalam samar cahaya lampu dari ruang tamu aku nampak kelibat suamiku sedang mencium dan meraba seluruh badanku. Aku cuba menepis tapi tidak dihiraukannya. Aku tahu suamiku ingin menyetubuhiku. Tapi yang anehnya, badan suamiku berbau busuk yang pelik. Bau busuk seperti bangkai ikan. Aku menegurnya supaya mandi dahulu sebelum menyetubuhiku. Tapi teguranku langsung tidak diendahkannya. Malah dia mendiamkan diri dan tidak berkata walau sepatah pun. Dengan rakus dia terus menyetubuhiku. Aku menarik hujung selimut dan menutup hidungku kerana tidak tahan dengan bau dari badannya. Tapi aku menyedari sesuatu. Aku sedari yang nafsu dan tenaganya berlainan dari kebiasaan. Kali ini nafsu dan tenaganya lebih kuat.

Selesai menjamahku, dia terus bangun dan keluar menuju ke dapur. Aku ikut bangun dan mengikutnya dari belakang kerana tekakku terasa haus dan aku ingin minum. Setibanya aku didapur, aku melihat suamiku mengambil ikan-ikan hasil tangkapan yang diletakkan di atas sinki tadi lantas terus menuju ke dalam bilik air. Ku fikir tentu suamiku ingin menyiang ikan-ikan tersebut. Aku masih di meja makan sambil ditemani segelas air sejuk dan beberapa biji karipap sisa gorengan petang tadi.

Sedang aku asyik mengunyah karipap, aku dikejutkan oleh pintu dapur yang terbuka secara tiba-tiba. Di sebalik daun pintu terpacul suamiku. Aku menjadi kaget diam tak bersuara. Terkejut dengan situasi. Macam mana suamiku yang sedang berada di dalam bilik air tiba-tiba boleh muncul dari luar rumah?

Suamiku datang menghampiri dan terus duduk di sebelahku. Aku masih lagi tercengang. Kemudian dia menyatakan sesuatu yang menambahkan lagi debaran di dadaku.

Katanya, sewaktu aku sedang tidur tadi dia telah keluar untuk ke rumah kawannya kerana menghantar barang milik kawannya yang tertinggal. Kemudian kawannya mengajak pula minum di warung berdekatan. Selesai minum barulah dia balik ke rumah. Aku seperti tidak percaya mendengar kenyataan dari suamiku. Aku memegang badannya dan menyentuh wajahnya bagi memastikan itu adalah suamiku ataupun sebaliknya. Ternyata yang duduk di sebelahku sekarang benar-benar adalah suamiku. Dalam keadaan badan yang menggeletar serta nada suara yang menggigil, aku ceritakan apa yang berlaku sebentar tadi kepada suamiku. Perihal dia mendatangiku dan terus menyetubuhiku sewaktu aku sedang tidur. Suamiku diam tidak bersuara. Namun jelas terpampang riak kejutan di wajahnya.

Dia bingkas bangun menuju ke bilik air. Aku mengikutinya dari belakang. Dengan perlahan dia membuka pintu bilik air. Sebaik sahaja pintu dibuka, aku tidak melihat sesiapa pun di dalam. Tetapi yang anehnya terdapat tulang-tulang ikan berselerakan di atas lantai. Kesemua hasil tangkapan suamiku tadi seperti telah dimakan oleh sesuatu sehingga tulang sahaja yang tersisa memenuhi lantai bilik air. Disaat itu juga aku terasa seperti mahu pitam. Pandanganku menjadi gelap dan kepalaku berpusing. Kemudian aku terus tidak sedarkan diri.

Apabila sedar pada keesokan harinya, aku mendapati banyak kesan-kesan lebam di seluruh badanku. Di bahagian sulitku juga terasa amat sakit sewaktu membuang air kecil. Suamiku terus membawaku ke hospital. Tetapi aku cuma diberikan rawatan sebagai pesakit luar. Balik daripada hospital, suamiku membawaku ke rumah seorang ustaz. Katanya untuk memulihkan semangatku. Di situ aku telah diberikan rawatan secara islam. Setelah ustaz itu merawatku, baru lah aku mendapat sedikit tenaga. Namun lebam di badanku masih belum hilang dan juga kesakitan itu masih lagi aku tanggung sehingga kini.

Aku tidak ingin mengingati kejadian yang telah berlaku. Aku cuba untuk melupakannya. Kerana aku tahu bukan suamiku yang telah menyetubuhiku pada malam itu. Aku cukup pasti, sesuatu dari tasik telah mengikut suamiku pulang pada malam itu dan menjelma berupa susuk tubuh suamiku dan mengambil kesempatan ke atasku.

Tamat..

fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 98 Average: 4.6]

3 comments

  1. Ini tak lain tak bukan mesti gangguan jin yang ikut suami balik ke rumah. Pergilah dapatkan rawatan dalaman di Pusat Rawatan Islam

  2. Lain kali cuba amalkan doa sebelum bersama suami-isteri. Mungkin boleh menghalau syaitan dan iblis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.