Angkara Sihir

Assalammualaikum, nama aku ira. Saja jaa aku pakai nama ni, tu bukan nama sebenar aku pun tapi kawan-kawan aku boleh kenal aku melalui cerita yang akan aku kongsikan ni. Ini merupakan kali pertama aku mencuba nasib menulis di ruangan FS. Sebenarnya aku tak terfikir untuk kongsikan pengalaman pahit akibat disihir tapi disebabkan sekarang ni aku berpindah semula ke rumah tempatnya sihir ini dihantar, maka terbukalah pintu hati aku untuk berkongsi.

Kisah ni bermula sekitar tahun 2003, masa tu aku baru darjah tiga. Kedua-dua orang tua aku bergelar pendidik. Dengan gaji yang mereka ada pada waktu itu, boleh laa dikatakan keluarga aku hidup senang. Aku ada seorang abang dan seorang kakak.

Pencetus kepada sihir-menyihir ini adalah kerana pangkat. Ayah aku dinaikkan pangkat kepada penolong kanan 1 yang mana pada waktu itu ayah aku pun di pindahkan ke sebuah sekolah baru. Memang laa elaun PK1 tak besar tapi elaun pemangku nya tu yang besar. Pemangku asal kepada jawatan PK1 sekolah tu kira mengamuk laa sebab dia dah tak dapat nak merasa elaun memangku. Elaun dia besar jugaklah sebab dia memangku jawatan PK1 selepas pemegang asalnya berpencen. Kalau tak silap aku elaun dia 50% gaji terakhir pemegang jawatan tu (betulkan aku kalau aku silap)
So sekitar pertengahan tahun 2009 tu, ayah aku mula menghidap kesukaran untuk berjalan mahupun berdiri. Keadaan ini berlarutan sehinggalah tahun 2004. Ayah aku mula hilang sepenuhnya keupayaan untuk berdiri. Tubuh yang tinggi besar berisi jadi tulang. Kurus, ayah aku jadi sangat-sangat kurus. Tapi perutnya buncit macam orang mengandung cukup bulan. Perut ayah aku keras, urat-urat kasar pun boleh nampak dengan jelas.
Aku ingat lagi mak ngan ayah aku bergaduh sebab mak aku nak bawak ayah aku ke hospital. Ayah aku degil, dia selalu jadi doktor sendiri. Sakit demam selalu rawat sendiri. Beli ubat dari farmasi sebab tak nak ke hospital sebabnya hospital kat tempat aku ni bukan macam yang di bandar. Pekan kecik je tapi kebanyakkan kawasan berdekatan akan ke pekan tempat aku tinggal ni sebab itu je satu-satunya hospital yang ada. Lain-lain tu semuanya klinik-klinik kecik je. So paham-paham la kan situasi kat hospital macam mana. Sesak padat lepastu comfirm lama nak tunggu baru boleh dapatkan rawatan.

Dengan segala kudrat yang ada, aku dan mak aku angkat ayah aku masuk kereta. Masa ni mak aku tak pernah drive kereta walaupun ada lesen, dan haritu laa kali pertama mak aku drive sendiri ke hospital. Ayah aku tak payah cakap laa dia punya mencarut apa semua tu. Aku yang baru berusia 10 tahun masa tu dok diam je dengar ayah aku membebel. Aku tak pernah dengar dia mencarut, membebel atau menyumpah seranah walaupun sekali sepanjang dia sihat. Tapi sejak dia mula sakit, semua tu dah macam perkara biasa bagi aku. Mak aku kata ayah aku jadi macam tu sebab dia sakit. Orang sakit memang macam tu dan aku iyakan je laa.
Keadaan ayah aku tak pernah membaik sepanjang di hospital pekan so doktor decide untuk refer ayah aku ke hospital bandar sebab kat bandar ada banyak alat-alat perubatan yang jauh lebih canggih. Aku diamanahkan kepada pakcik dan makcik aku buat sementara. Setiap hujung minggu pakcik aku akan bawak aku ke bandar untuk melawat.

Setiap kali melawat keadaan ayah semakin tenat. Ujian d***h, ujian air kencing, xray, CT Scan and banyak lagi jenis ujian yang doktor jalankan semua menunjukkan yang ayah aku berada dalam keadaan yang cukup sihat. Tak ada apa yang abnormal pun. Eventhou ayah aku tercungap nak ambik nafas, tapi paru-paru cukup sihat sebab ayah aku tak merokok. Daripada doktor cina, doktor india, dokto melayu semuanya rasa pelik. Ayah aku seorang yang sihat! Itu apa yang diorang tengok daripada segala jenis ujian yang mereka jalankan tapi keadaan ayah aku pula sebaliknya.
Aku ingat lagi, selepas beberapa bulan ayah aku di hospital, doktor terkejut sebab hasil xray terbaru yang mereka ambik, terdapat beberapa bendasing dalam xray bahagian dada ayah aku. Yang paling jelas yang aku tengok masatu ada jarum, kaca dengan ada beberapa benda lagi yang aku tak berapa nak pasti.
Ayah aku sempat ditebuk belakang sebab apa aku tak pasti tapi seingat aku mak aku cakap ayah aku disyaki ada masalah paru-paru berair dan bila ditebuk, air yang keluar berwarna hitam dan busuk. Begitu juga dengan bahagian perutnya yang buncit. Bila ditebuk, air yang keluar adalah air bewarna hitam yang busuk.
Masa ni aku ingat lagi doktor melayu tu cakap kat mak aku, yang pihak hospital surrender untuk rawat ayah aku sebab depa berpendapat sakit yang ayah aku tengah tanggung tu, bukab sakit yang boleh dirawat di hospital. Doktor tu mintak maaf kat mak aku then dia suruh bawak ayah aku balik dan usahakan untuk berubat cara kampung.

So, selepas ayah aku discharged tu kitorang balik ke rumah. Aku pun balik laa dok semula ngan keluarga aku. Kakak ngan abang aku masa ni dok asrama. Jarang balik ke rumah. Kakak aku 2 mggu skali je baru balik, abang aku lagi lama tak balik sebab dia sekolah jauh so kalau ada bajet lebih baru dia balik.

Malam pertama ayah balik ke rumah, aku dah rasa lain macam. Kitorang stay kat tingkat bawah je sebab ayah aku tak boleh nak naik tangga untuk ke tingkat atas. Aku tidur kat depan tv, ayah aku kat bilik tamu, mak aku pun kat dalam tu.
Malam tu, waktu mata aku dah hampir nak tertutup tiba-tiba aku dengar semacam bunyi orang tengah berbisik dari tingkat atas. Serta-merta mata jadi segar balik. Bunyi berbisik yang terlalu jelas tapi apa yang dibisikkan aku langsung tak dapat nak tangkap. Seolah-olah bisikan itu dalan bahasa lain dan bukannya bahasa melayu atau bahasa inggeris atau bahasa cina.
Aku paksa mata aku untuk pejam tapi semakin aku paksa, semakin jelas bunyi tersebut malah aku boleh dengar dengan jelas setiap bisikab itu diselangi dengan bunyi ketawa. Malam itu, aku tak tahu pukul berapa barulah aku terlelap.

Bunyi ini berlarutan setiap malam sehingga seminggu kemudian, bunyi berbisik bertukar kepada bunyi ketukan. Mak aku pun dengar. Tok tok tok! Bunyi pintu bilik ditingkat atas diketuk. Aku dan mak aku masing-masing membatu. Masa tu ayah aku tengah tidur. Lama kelamaan bunyi itu bertukar jadi bunyi orangbyang tengah bertukang. Ada bunyi penukul, bunyi gergaji dan paku jatuh. Malam tu, aku dan mak aku tak dapat nak lelap tapi ayah aku lena sampai ke pagi.

Akibatnya aku tak bangun pagi so tak sempat ke sekolah. Mak aku pun ambik CRK haritu. Mak aku biasanya start masak untuk makan tengah hari sekitar pukul 10 pagi kalau dia x keje so haritu mak aku start masa lebih kurang jam tu jugak laa. Bila mak aku dah tumis bawang naik bau ape semua tu, terus ayah aku bangun. Eh? Boleh pulak bangun padahal dah sekian lama dia tak boleh bangun sendiri. Aku ngan mak aku terkejut sikit laa.

“Busuk busuk busuk! Jangan masak!” Ayah aku tiba-tiba marah. Bau tumisan bawang tu wangi je, naik selera aku dibuatnya tapi ayah aku kata busuk. Cepat-cepat mak aku padam api dapur tu. Lepas tu ayah aku renung aku tajam. “Dah kenapa tak sekolah?” Eh, pelik plak aku. Padahal pagi tadi dia yang kata tak yah sekolah sebab kesian kat aku yang tak boleh nak tidur malam tadi. Meleleh air mata aku bila dia jerkah sebab ayah aku ni tak pernah marah anak sampai tinggi suara kecuali bab mengaji. Pantang salah hukum, salah huruf, salah bacaa atau terlalu laju haaaa siap…rotan yang singgah.

Sejak dari haritu kitorang beli makan kat luar je. Bungkus bawak balik rumah until one fine day, aku terbaca kat cover majalah kecik( majalah mastika) tentang ustaz yang boleh merawat sihir, so aku beli buku tu dan mintak mak aku call ustaz tu. Segala kos penerbangan ustaz tu mak aku tanggung, seminggu merawat ustaz tu pun angkat bendera putih. “Benda ni terlampau kuat, saya tak mampu. Sihir yang dihantar bukan satu tapi banyak sekaligus.”

Lepas ustaz tu, aku cuba cari ustaz lain pulak. Melalui majalah yang sama. Hasilnya hampa jugak malah ada yang sekadar menipu, nak duit nak pengeras lepastu lenyap. Ahh, aku pun dah lupa berapa ramai ustaz, dukun, pawang yang datang. Semuanya surrender. Kuat sungguh benda ni. Ada seorang dukun ni, wanita lewat 20-an datang tawarkan diri nak tolong. Tapi cara dia agak tahyul. Dia ikat kain kuning kat kepala lepastu menggelupur sekejap. Then, tiba-tiba suara dia jadi macam suara nenek tua. Tapi dia berjaya buatkan selera ayah aku kembali malah ayah aku boleh berjalan. Seronok aku tengok ayah aku makan masa tu. Berselera sungguh sampai nangis-nangis sebab dah sekian lama nikmat makannya diambik.
Lepas je dukun tu balik, katanya sebulan kemudian dia akan datang semula untuk rawatan susulan aku pulak yang rasa gelisah resah tak tentu pasal. Lagi-lagi kalau keluar rumah untuk kunci pagar rumah malam-malam. Uish, tak reti aku nak cakap macam mana. Rasa macam ada orang dok tengah mengendap somewhere kat belakang aku. Tapi bila aku toleh takde sesape pun kat belakang. Asalkan kaki aku melangkah keluar dari pintu rumah, automatik buku roma menegak, seram semacam, tak kira laa siang atau malam. Aku sentiasa ketakutan. Aku sentiasa boleh rasa ada sesuatu tengah tengok aku tapi dia tak pernah muncul.
Satu malam tu, aku bisik kat kakak aku. Aku paling percaya kat dia. Kakak aku ni laa partner in crime aku yang terbaik. Antara aku dan dia takde sebarang rahsia. Masa tu kakak aku ade balik rumah. Balik hujung minggu. So setelah sekian lama aku pendam sorang barulah aku story kat kakak aku.

“Kak, aku rasa something ikut aku. Aku jadi takut kalau keluar rumah. Kau rasa kenapa eh?” Haa kira macamtu laa aku punya mukadimah. Guess what? Kakak aku pun feel the same. Dia kata masa kat asrama dia boleh rasa ada orang ikut dia. Rasa macam ada yang mengendap. Mata sentiasa meliar sebab takut. Masa tu aku dah boleh agak dah apa yang kitorang alami masa tu bukan sesuatu yang normal. Aku tak cakap pun tang rasa mengendap tu tapi kakak aku yang terlebih dahulu cakap kat aku and macam tu jugaklah yang aku rasa.

Baru je kitorang nak bukak mulut bagitau mak aku, ayah aku mesti sakit. Sakit perut lah, bisa katanya, sakit kaki laa, sakit belakang laa…hmm, ade jee halangan. Macam tak nak kitorang bagitau mak aku jee. Tapi satu hari tu aku nekad, aku nak jugak bagitau. Isnin tu, kitorang beli makan kat luar lagi sebab sekali lagi ayah aku tak boleh hidu bau masakan. Ayah aku stay dekat rumah, ada makcik aku tolong tengok-tengokkan dia.

“Mak, adik rasa seram. Tiap kali keluar rumah mesti rasa ada orang mengendap.” Malangnya mak aku tak berapa nak endahkan sampai laa malam tu, masa tengah tengok tv, aku tak fokus pun kat tv sebaliknya mata aku asyik tengok pintu. Pintu rumah aku yang jenis sliding kaca tu so tiap kali langsir terselak ditiup kipas, automatik mata aku tengok pintu. Tiba-tiba aku terpandang satu objek tinggi lalu depan rumah.

Terkejut aku wei! cepat-cepat panggil mak, aku kata ada orang depan pintu. Bila mak aku bukak, perghhh semerbak wei bau kemenyan. Terus mak aku cepat-cepat tutup balik. Dia call dukun tu and story laa apa yang berlaku. Dukun tu cakap itu orang suruhan dia sebab dia nak suh tengok-tengokkan keadaan kami. Eh, gila laa hantar benda suruh jenguk-jenguk.

Mak aku tak puas hati so dia call ustaz yang 1st dulu nak tanya, sebab ustaz ni boleh tengok-tengok dari jauh gak. Tiba-tiba mak aku serah telefon kat aku. Alah, gagang telefon rumah tuuu. Aku sambut dan letak di telinga. “Adik, adik ada rasa apa-apa tak kalau keluar rumah?” Gulp. Aku jadi berdebar. Macam mana ustaz ni tau? “Rasa yang macam mana?” Aku pura-pura tanya.

“Rasa takut, gelisah, rasa macam ada orang mengendap kamu.” Allahu, betul apa yang ustaz tu cakap. Aku iyakan. Lepas tu, malam tu jugak dia suruh aku pagarkan rumah termasuk perkarangan rumah dengan garam kasar. Ustaz tu cakap ada something yang dihantar untuk aku dan kakak aku tapi dia tak tau apa. Kau bayangkan masa tu aku baru 10 tahun beb, aku kena pagar rumah sorang-sorang. Malam pulak tu! Gigil kaki melangkah, setiap langkah aku diriringi dengan selawat. Taburan garam yang pertama aku boleh rasa bahagian tengkuk semacam ditiup. Aku tak peduli dan teruskan apa tang tengah aku buat sehibggalah taburan yang terakhir aku terdengar sayup-sayup bunyi bisikan betul-betul kat telinga aku. “Aa…aaa ko tungguuuu…”

Eh, panjang sangat dah cerita aku ni. Kalau terpublish cerita ni, baru aku sambung ye. Kang tak sia-sia aku tulis panjang-panjang tapi tak dipublish plak. Mana yang nak percaya tu, tak salah korang percaya even zaman sekarang pun still ada orang yang main sihir. For those yang tak percaya dengan sihir, terpulang laa tapi apa yang aku tulis dan apa yang korang baca ni merupakan kisah sebenar aku. Kisah yang tertulis dalam hidup aku. Aku cuma kongsikan. Eh, korang ade join Telegram FS tak? Aku dah! Heee.
Part 2 (akhir) Baca di sini.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ira Irae'
Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

81 thoughts on “Angkara Sihir”

  1. Best. Percaya. Ada je ahli keluarga aku kena. Sedih. Kesian. Tp janji Allah tu pasti. Sampai masa terimalah azab Allah. Sila sambung…

    Reply
  2. Salam ira.Semoga ira dan famili kuat dan tak putus asa.Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.Sedih seram kisah hidup ira dan family. Tak sabar tunggu sambungannya.

    Reply
  3. skit ayah awk..sme mcm skit ayah kakak..perut ayah kakak pun membesar mcm tu..bnyak tempat kami berubat…yg kena tipu mcm2..ayah akk kne sihir org hntar..dia guna bomoh asli sakai..fmly kakak bukn asal org felda..ayah akk beli tanah sana..disebabkn dendam..dengki..ayah kakak kena..skng ayah kakak tgh berubat dekat sri medan..sorg pakcik..dri situ bnyak perubahan ayah kakak..seminggu 1cm akn susut..keluar jarum jgn cerita..bnyak..tpi paling berubah bila dpt kluarkn kain kapan..tulang ular..rambut dengan jarum dlm 1 telur..start tu ayah kakak senang bernapas..kaki susut bgkak tiba..baru smlm mak kakak call..ayah kakak tibe2 boleh bawak kereta..allah je tahu..kakak nk kawin lepas raya ni..sedih bila ayah kakak sakit..tpi allah maha mengetahui..doakn ayah kakak ye semua

    Reply
  4. Sekarang ni Fs dah kurang cerita macam ni jadi sambungan cerita seterusnya semestinya akan disiarkan. Janganlah p****g stim cerita separuh jalan please. Tak pasti keadaan keluarga cik ira dah macam mana sekarang tapi saya doakan segalanya dipermudahkan dan sentiasa dalam perlindungan Tuhan.

    Reply
  5. Bila terbaca cerita ini teringat kisah arwah makcik aku tahun 1999. Juga seorang pendidik tinggal di Kuala Lumpur. Disihir sakit merana hingga akhir hayat dia. Kami ubat cara moden dan perubatan islam. Ubat moden doktor suspek kanser. Beberapa kali kimo, makcik aku surrender. Tak ada perubahan. Perut membusung penuh dengan air. Batuk keluar d***h. Kami teruskan perubatan islam. Ada perubahan namun sihir yang dihantar kuat dari siam. Beberapa barang sihir berupa kain kuning ditanam dekat halaman rumah. Paku, kaca, rambut pun ada keluar dari telur. Apa yang aku dengar orang yang menghantar sihir tu tinggal satu taman. Motifnya dengki dengan makcik aku tapi tak tahu dengki sebab apa. Allahuakbar. Sesiapa yang kenal arwah mesti tahu perwatakan arwah baik budi pekertinya. Diantara makcik yang berkerjaya dan banyak membantu dalam keluarga ayah aku. Tahun lepas pula anak tunggal arwah meninggal dunia diusia 29 tahun akibat jangkitan kuman. Dah tak ada waris generasi arwah makcik aku. Semoga mereka yang menganiaya orang mendapat balasan yang setimpal dan bertaubat. Azab api neraka lebih dasyat.

    Reply
  6. Best kisah nie..sambung lah bg habis..dlu rumah aku slalu kena gangguan..kena tindih lah, nmpk org lah, tp alhamdulillah lps berubat dgn hamba Allah yg tinggal di penang, sekarang dah ok..

    Reply
  7. best cite ni..nice cite ni writer..keep it up..but check the typo..jalan cite yg santai..bnyak point walaupun pnjang..it’s okay..give you 100%

    Reply
  8. pengalaman ni sebijik macam abah aku , abah aku kene strok sebelah badan, then abah aku selalu rasa bisa menjerit jerit dan suka mencarut sblm die sakit tak pernah pun mencarut haih,die kata ada orang buat die, mak aku pun susah nak percaya , tpi bila bwk gi hospital doktor kata abah aku cuma ade kecing manis , kakak dgn mak aku dah byk iktiar berubat , jawapan yg aku dpt ialah ustaz tu kata bapak aku ade saka lah , then ustaz yang lain kata ade org dengki lah . Aku pun dah tahu nak iktiar macam mana😢dah 8 tahun abah aku sakit strok😢sesiapa yang tahu ustaz mana ii yang boleh bantu aku tolong komen ye, bantuan pembaca FS amat saya hargai😀

    Reply
    • sama mcm ayah saya…kata ada saka..dgn org dengki..sy berubat dgn 1 ustaz dekat pasir gudang..ustaz ni kerja dekt pajabat agama pasir gudang..bhgian tgkap2 bomoh palsu…ustaz ni bgtau kami..buang dulu yg paling besar ( SAKA ) bru sakit yg lain2 senang hilang…tpi kaedah ustaz ni bukn buang yg jerit2 tu..kata dia buat ap nk jerit2 lawan saka tu…tu roh yg tergantung..jadi kami kena minum n muntahkn air limau..then buang baju..alhmdulillah…mak n ayah dh xde gguan…msa dorg sakit mak ayah sy dengar ade org bisik..nmpak bnda bukn2…sbb tu la org yg menghantar shir tu senang hntar sbb atas pertolongan saka ni jgak…klu awk nk sy boleh tunjuk kn..0133417608 ni no sy

      Reply
      • sama cm abah sy lalui….. mcm2 org p berubat…. p hospital doctor kata semua ok … pergi klinik pn xde pe maslh… dr abah sihat….dgn perut nye membusung… keluar air dr perut nya… smpai la…mintk surat dr klinik utk rujukan masuk ward..dan akhirmya ada seorg2 suh jupe ustaz nie….. rupanya ada org sakit ati ngn arwah abah.. n buat abah jd busung… dan alhamdulillah… ustaz tu rawat abah n surut busung tu… dan akhirnya abah pergi dalam tido ….. dgn semua kesakitan tu da ilang… 🙁 … lps abah meninggal.. org tu tuju ke kami sekuarga.. merata kami berubat.. akhirnya.. kami ketemu org yg leh bantu kami ..alhamdulilah..

        Reply
        • Al fatihah utk ayah awak😌sabar ye , saya pun baca jalan hidup awak ni pun sedih , pape pun syukur alhamdulilaj sebab awak dah jumpa org yg boleh tolong awak satu keluarga😊

          Reply
  9. Best citer ni, tolong sambung…

    Saya pun pernah kena sihir, dari exwife dan sekarang pun masih berlawan… apa saya buat, belajar mengaji dan banyakkan hafal quran… insyaAllah jin dan syaitan akan takut kat kita kalau kita kuat…

    Reply
  10. Assalammualaikum readers, aku dh submit sambungan cerita ni tapi admin fs tak publish, so aku tak leh nak buat apa tentang tu rasanya…aku tak pasti dan tak tau knp sbb dh 3 kali aku hntr tp masih tak dipublish…sorry guys bkn aku x nak smbung cerita tp admin x lulus kn ag…

    Reply
    • Hemm…masa awk pagar umh awak..awk xpagar diri dulu..amalkn stiap hari baca al fatiha,3kul dan ayt kursi stiap kali lepas solat dan terutama waktu kita org pompuan tgah cuti..hehe..insyaallah..percaya pd allah..allah sbaik2 penjaga dan pelindung..

      Reply
  11. Harap sambung sebab nak tau ape kesudahannya….knpa sihir tu dihntr?? Cara mcm mna dpt melenyapkan sihir yang dhntr tu…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.