Hi semua pembaca..Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Disini aku nak share kisah yang terjadi masa aku tingkatan 2, walaupon aku sekarang dah masok 24 tapi bende ni masih berlegar di fikiran aku. Aku masih ingat sangat tentang kejadian tu dan da sedikit rasa trauma tu..
Nak dijadikan cerita, aku duduk serumah dengan kakak dan abang ipar aku. Hobi kitaorang seperti biasa pantang free kitorang akan lepak ke pantai, kalau siang pula kita akan kutip remis kupang kerang camtu. Tapi malam kami akan teman abang ipar pergi mancing atau lepak-lepak gitu kat pantai. Jadi malam tu aku lepak kat tepi pantai main2 buaian..
Pada malam tu aku sampai disana seperti biasa dalam pukul 10 atau 11 malam.. aku main buaian, jalan sana sini di sekitar tempat mainan tu menantikan kakak aku yang tengah berborak dengan suaminya.. Jadi dah penat mata mengantok kami pon gerak balik masa tu jam dalam pukul 2 atau 3 pagi..
Penat tambah mengantok.. lupa aku sudah beri salam atau tak sebelum masuk rumah td.. tapi yng pasti aku tidak basuh kaki tangan sebelum baring atas katil, baca doa lagi lah tidak.. aku masuk bilik tutup lampu dan tidor!
Sekitar pukul 4 camtu aku prasan yang aku tidor hujung katil dalam keadaan tertiarap, pelik aku, tak pernah umor aku tidor lasak sampai begini, aku pon angkat kepala aku prasan ada cahaya berbalam2.. ya ALLAH apa yang sedang aku lihat ini.. sepasang mata yang sedang renung tajam pada aku, dalam keadaan baju putih penuh darah sedikit koyak.. muka dia hitam sehitam malam yang gelap tapi aku nampak jelas ada kuning2 dimukanya seperti nanah, matanya besar bulat tak terkelip memandang aku! Kaku aku! Dalam keadaan begitu aku perlahan ke hujung katil ke posisi tiduran biasa aku dalam cemas mencari talifon untuk aku.
Aku buka surah, zaman itu zaman talifon keypad nasib baik aku hafal nak buka surah takan dimana mana semua, mujur juga katil aku 2 tingkat dan di tingkat atas aku boleh capai alquran, tangan sebelah aku pegang quran dan sebelah tekan punat talifon mencari fail surah, sedangkan mata aku tidak beralih dari apa yang sedang aku lihat ini.. ini kerana pengaruh drama senetron, ya pandang kiri sekaki hantu dikanan pandang kanan hantu dikiri.. usai surah berjaya aku pasang, benda putih didalam cahaya yang berbalam tadi mulai naik ke atas dan menghilang, dan bilik aku gelap! Gelap segelapnya seperti biasa.. dalam aku masih takut aku gagahi jua buka lampu yang suis dihujung katil.. selesai semua, aku keluar dari bilik dan mendapatkan kakak aku..
Alhamdulillah malam tu tida apa-apa terjadi pada aku dan tidak lgi gangguan itu berterusan, Syukur alhamdulillah.. Tapi yang pastinya waktu dan saat itu sangat menyeramkan bagi aku.
Pengajarannya jangan keluar lewat malam, pergi ke tempat-tempat yang mana tinggalny syaitan, masuk rumah beri salam, ambil wudhu sebelum tidor atau basoh kaki tangan muka.. baca beberapa surah sebelum tidur
Ps : sampai sekarang aku tak boleh tidur seorang, aku mesti berteman, aku tak boleh tidur dalam keadaan senyap, mesti ada alunan surah, bilik aku msti terang dengan lampu di bilik supaya aku dapat lihat semua..
hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Macam taik cite ko ni dik
Haha..I pun rasa macam tu.