Saka Kepunyaan Orang

Assalammualaikum, nama aku Nani (nama samaran) . Usia aku 24 tahun dan baru berkahwin 3 bulan. Sejak berkahwin aku diuji dengan ujian yang menjangkau akal fikiran aku. Alhamdulilah aku beruntung dapat seorang suami yang memahami aku dan sungguh-sungguh ingin bantu aku keluar dari SAKA.

Aku pernah berurut dengan seorang kakak ni. Selain berurut dia juga ada buat bekam. Aku cari tukang bekam dan urut dekat facebook dan jumpalah dengan kakak ni. 3 hari selepas berurusan dia datang ke rumah. Bermula lah sesi berbekam muka di ruang tamu rumah sebab waktu itu muka aku breakout jadi aku ambil keputusan untuk berbekam. Semasa berbekam , kakak tu kata d***h kat muka aku tak putus-putus. Macam benang , aku apa lagi risau jugak dan kakak tu pun suruh aku berubat. Lepas berbekam 3 minggu macamtu aku panggil kakak tu untuk sesi mengurut pulak.

Dipendekkan cerita , semasa berurut kakak ni dia ada cerita ada urut seorang anggota polis lelaki tapi polis tu ada saka harimau. Aku pelik jugaklah dia perempuan urut lelaki macam mana pulak tu tapi aku bersangka baik jelah waktu tu. Lepas dia urut aku rasa tak puas, macam tak rasa apa-apa. Kebiasaannya lepas urut rasa ringan badan tapi yang kali ni aku rasa kosong. Kakak ni pun macam ada kelebihan jugaklah macam dia tahu orang ni jenis macam mana.

Lepastu aku dah tak contact dengan kakak tu sebab yelah servis urut tak memuaskan . Tapi aku perasan badan aku macam tak kena. Aku jadi pemarah yakmat , bila tak puas hati aku menjerit-jerit , mengamuk campak barang. Aneh tapi aku tak sedar lagi. Sampailah setahun lepas tu aku kahwin dengan suami aku. Aku jadi balik pemarah bila tak puas hati aku campak barang tapi kalini aku boleh tendang kerusi sofa L sampai terbalik. Masatu aku tak sedar apa sebab tengah marah sampaikan suami aku terus peluk azankan aku baru aku tenang. Alhamdulilah abah mertua aku pun pandai berubat orang sikit-sikit jadi dia bacakan penawar dari jauh.

Macam-macam ustaz berubat sampailah yang aku baru pergi hari Rabu lepas. Ustaz tu pun kenalan dari kakak iparku. Ustaz mulakan dengan scan aku sebab aku pun tak pasti masalah gangguan apa lagi yang ada dalam diri aku. Masa ustaz scan dia kata aku ada saka sebab aku mimpi pelik-pelik. Mimpi bayi,susukan bayi , mimpi macam real pun ada iaitu mimpi perut aku bergelembung dan aku rasa dalam mimpi itu. Lepastu ustaz cakap SAKA ni bukan dari keturunan aku tapi dari orang mengurut. Ahh sudah siapa pulak sebab aku berurut dengan 3 orang. Ustaz bagitahu ciri-ciri dan aku tahu siapa orangnya. Tersentak! Aku tak terfikir pulak kakak tu dan ustaz cakap SAKA tu SAKA HARIMAU!!

Sebab suami aku cerita waktu aku mengamuk aku nak cengkam badan suami aku. Dan paling aku teringat kakak tu cerita dia urut abang polis yang ada saka harimau. ALLAHU … Ustaz cakap saka ni dah pergi kat aku dan tumpang badan aku. Kesan dia berada dalam badan aku ada dekat bahagian belakang badan. Selepas asar aku selalu rasa macam berat macam aku tengah dukung sesuatu. Sesak nafas, leher bagai dicekik rasa anxiety aku melampau-lampau dan waktu dalam perjalanan nak ke rumah ustaz tu pun aku dah rasa lain macam dekat badan aku. Masa aku tengah bercakap dengan ustaz ni pun isteri dia pandang aku lain macam. Aku ingat dia marah aku pandang dan cakap dengan suami dia . HAHAHA! Rupanya hm dia nampak sesuatu ada dengan aku.

Back to story, ustaz kata mujurlah bukan dari aku tapi orang lain punya. Benda tu pergi dan menumpang tapi sekarang benda tu berada dalam rumah aku. Tiap kali suami aku tidur rumah aku mesti dia Nampak benda pelik-pelik. Ayah dan adik lelaki aku pulak ada ternampak lembaga dekat luar rumah siap ayah aku tangkap gambar lagi. Rambut panjang mengurai tiada mulut dan hidung. Seram terus dibuatnya.

Sekarang aku masih lagi dalam proses pemulihan. Sabtu ni ustaz sambung rawatan sebab dia suruh suami aku cari air 7 masjid untuk proses rawatan. Maaf kalau panjang sangat cerita aku. Banyak lagi sebenarnya tapi lain kali ada rezeki aku cerita. InshaAllah lepas berubat aku sambung balik cerita sesi rawatan dengan ustaz tu dan ustaz-ustaz sebelum tu. Assalammualaikum!

Hantar kish anda : fiksyenshasha.com/submit

Nani

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.8]

4 thoughts on “Saka Kepunyaan Orang”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.