Anjang Ude

Salam admin dan pembaca sekelian. Semata membaca semua
Kampong Bendahara adalah sebuah kampong yang agak besar dan aman. Di situlah tinggalnya seorang lelaki yang bernama Anjang Ude. Anjang di kenali penduduk kampung sebagai seorang yang banyak mempunyai ilmu dunia dan akhirat. Andai berlaku kes-kes mistik, Anjang menjadi orang yang di cari penduduk. Suasana kampong Bendahara menjadi gempar bila penduduk berjumpa binatang ternakan yang mati dan hilang kepalanya. Yang peliknya daging tidak di sentuh langsung. Masing-masing mula dengan teori masing-masing. Ada yang berkata di makan binatang buas, di makan harimau jadian. Akhirnya mereka bertemu ketua kampong.

“ Atok. Apa nak jadi dengan kampong kita ni.” Tanya penduduk kepada Tok Udin yang merupakan ketua kampong di situ. Terdiam Tok Udin sambil melurut janggutnya yang nipis
“ Aku rasa lebih baik kita tanya Anjang ude.” Kata Tok Udin. Penduduk kampong terhutang budi terhadap Anjang Ude yang dapat merungkai harimau jadian yang membunuh ternakan mereka. Anjang Ude dapat menangkap harimau jadian dan akhirnya mereka tahu siapa sebenarnya di sebalik harimau jadian itu.

Anjang Ude datang bersama anaknya Adi. Umur Anjang Ude dalam linkungan 50an namun dari gerak langkahnya umpama 40an umurnya. Masih nampak ketangkasannya.
“ Anjang..Apa pendapat kamu tentang kematian ternakan penduduk kampong kita.” Tanya Tok Udin. Anjang Ude terdiam. Dia seperti memikir akan sesuatu
“ Nanti aku tengokkan Udin. Elok kita adakan kawalan dalam kampong ni” Ringkas saja jawapan dan saranan Anjang Ude. Terus Anjang Ude meminta diri untuk pulang. Tok Udin setuju dengan cadangan Anjang Ude agar di adakan kawalan.
“ Nanti aku kerahkan anak muda untuk membuat kawalan Anjang.” Kata Tok Udin
“ Ayah…Ayah terfikir tak apa yang Adi fikir.” Tanya Adi kepada Anjang Ude
“ Ayah tau apa yang berligar di fikiran kau Adi. Ini mesti kerja si Tamin.” Kata Anjang Ude kepada Adi.

Tok Udin terus mengumpul anak buah untuk membuat kawalan. Sementara itu di rumah, Anjang Ude sedang berzikir. Tiba-tiba beberapa orang anak muda datang mencarinya
“ Anjang Ude. Tok Udin jemput datang ke rumah. Mat telah di cakar harimau.” Anjang Ude sudah merasai sesuatu. Di ajaknya Adi agar turut ikut serta
“ Anjang. Tadi ada orang terserempak dengan harimau yang sedang membaham se ekor kambing si Mat. Marah Mat lalu hendak memukul harimau tapi di cakarnya lengan Mat.” Kata Tok Udin. Terus di bawanya Anjang Ude ke tempat kejadian. Anjang Ude meletakkan tangannya di bekas tapak harimau
“ Memang sah ini kerja si Tamin. Kamu semua pulanglah. Biar aku dan Adi yang uruskan.” Sebelum pulang Anjang Ude membaca ayat 82 dari surah Al Israak lalu di hembusnya ke lengan Mat.

“ Mari kita pulang Adi. Ayah dah seru si Tamin. Esok kita datang ke sini.” Kata Anjang Ude kepada anaknya. Anjang Ude menghabiskan waktunya dengan bermunajat kepada Allah sepanjang berada di rumah. Adi pula begitu sibuk menelaah pelajarannya. Esoknya selepas subuh mereka masuk ke hutan. Adi begitu berdebar menanti apa yang akan terjadi nanti. Anjang Ude meletakkan tapak tangannya di bekas tapak kaki harimau. Tersenyum Anjang
“ Kejap lagi datangla Si Tamin.” Kata Anjang Ude. Dari apa yang Anjang Ude lakukan, tahulah Adi yang ayahnya sedang berkomunikasi dengan harimau jadian. Tiba-tiba terdengar bunyi dengusan dari arah belukar.
“ Apa yang kamu takutkan Tamin. Tonjolkan diri kamu.” Kata Anjang dan seekor harimau yang besar keluar dari belukar. Adi terus berlari ke belakang ayahnya. Anjang Ude membaca ayat 30 dari surah Ar Rum lalu menepuk tanah
“ Kembalilah ke asalmu.” Harimau terus menggelupur dan terus bertukar menjadi manusia.
“ Tamin..Tamin. Aku ingatkan kamu sudah bertaubat. Sebab itu aku lepaskan kamu tapi kamu masih bergelumang dengan perbuatan yang syirik.” Kata Anjang Ude kepada Tamin

“ Huhhh…Kamu sangka kamu hebat Anjang. Hari ini kamu bertemu buku dengan ruas.” Kata Tamin dan terus membaca mentera dan membuka langkah. Wajahnya sedikit demi sedikit bertukar menjadi harimau.
“ Adi..Kamu duduk saja di belakang pokok besar. Biar ayah yang uruskan si Tamin.” Anjang terus membuka langkah silatnya. Harimau jadian terus menyerang Anjang namun dapat di elak. Tiba-tiba satu cakaran mengenai dada Anjang dan Anjang terpelanting di pokok besar. Darah mengalir di badannya. Anjang terbatuk-batuk menahan kesakitan di dadanya.
“ Ayah tidak apa-apa? “ Tanya Adi yang mulai kerisauan melihat keadaan ayahnya.
“ Ayah tak apa Adi.” Terus Anjang duduk sambil membaca ayatul qursi dan di ikuti dengan surah Al Ikhlas. Terus dia menepuk bumi. Harimau jadian terpelanting di pokok namun dia bangun dengan tangkas.

Satu tendangan tepat hinggap di muka harimau jadian. Darah tersembur keluar dari mulutnya. Harimau terus bertukar wajah menjadi Tamin. Tamin duduk sambil membaca mentera. Wajahnya tepat memandang Anjang. Tiba-tiba Anjang Ude menggelupur kesakitan. Melihat Anjang Ude kesakitan, Tamin terus membaca mentera. Sedikit demi sedikit wajahnya bertukar kembali menjadi harimau. Anjang Ude mengumpul kudratnya lalu duduk bersila. Terus di bacanya ayat 13 dari surah Ar Ra’d dan menepuk bumi. Kilat terus menyambar harimau jadian. Ngauman kesakitan dari tubuh yang terbakar membuat penduduk kampong keluar untuk kepastian.

Penduduk yang selama ini berang terus mengambil kayu ingin memukul Tamin tapi di halang oleh Anjang Ude.
“ Jangan kamu apa-apakan orang yang sudah cedera. “ Kata Anjang Ude kepada penduduk. Anjang terus memangku Tamin
“ Anjang…Aku mohon maaf pada kamu dan penduduk kampong semua. Selama ini api dendam aku terlalu kuat. Aku sepatutnya bertaubat bila kamu lepaskan aku tapi dek kerana dendam kesumat aku terlalu kuat terhadap kamu, aku terus tenggelam. “ Kata Tamin yang semakin nazak. Badannya kehitaman akibat kesan terbakar. Anjang Ude membisikkan kalimah syahadah di telinga Tamin dan akhirnya Tamin terus kaku.
“ Inna lillahi waiinna ilai hirojiun. Ayuh kita sempurnakan jenazah Tamin. Bab yang lepas itu antara dia dengan Allah. Jangan kita pula menjadi orang yang suka menghukum. Ambillah pengajaran dari peristiwa ini. “ Kata Anjang Ude lalu meminta penduduk kampong membawa mayat Tamin ke rumah Tok Udin.

#Ariff Budiman Zainal Abidin

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ariff Budiman

21 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *