Assalamualaikum w.b.t.
Terima kasih pada admin kerana sudi menyiarkan kisah aku ni. Kalau sebelum ni aku jadi pembaca je dalam FS ni, tapi kali ni aku teringin nak kongsikan kisah sebenar yang terjadi pada diri aku. Maaf kalau kisah ini tak menepati KPI seram yang korang ingin kan. Harap korang enjoy lah dengan cerita aku ni.
Kisah ni berlaku pada aku kira-kira 5 tahun lepas. Masa tu aku masih belajar lagi dan sedang cuti semester. Untuk pengetahuan korang, mak aku ada jaga seorang anak jiran, lelaki dalam umur setahun lebih. Aku namakan budak ni Boboy (bukan nama sebenar). Boboy ni belum pandai bercakap lagi. Cuma perkataan mudah je dia boleh sebut. Nak dijadikan cerita, pada hari kejadian tu aku terpaksa tinggal berdua dengan Boboy dekat rumah. Sebab masa tu mak dan ayah aku keluar ada urusan. Jadi tanggungjawab akulah yang kena mandikan, sediakan makanan dan jaga Boboy.
Pagi tu lepas Boboy bangun dari tidur, aku mandikan Boboy. Masa tengah mandikan Boboy di dalam tandas, aku dah perasan yang mata dia asyik pandang belakang aku je. Macam menjengah sesuatu. Aku abaikan jelah sebab tak fikir apa-apa. Keluar tandas aku keringkan badan Boboy dengan tuala. Sambil tu aku main cak-cak dengan dia. Aku agah buka tutup kepala dia dengan tuala. Mula-mula agah tu dia ok, senyum gelak-gelak suka. Tapi lepas kali kedua dan ketiga aku agah dia, aku perasan mata dia tak pandang aku. Mata dia pandang bahagian belakang aku. Macam ada sesuatu yang agah dia juga dari belakang aku. Lepas tu dia tunjuk kat aku sambil gelak-gelak. Bulu roma aku serta merta meremang. Aku tak berani nak toleh.
Cepat-cepat aku bawa dia pegi ruang tamu untuk pakaikan baju. Aku baringkan Boboy atas lantai untuk pakaikan lampin. Tiba-tiba Boboy tunjuk belakang aku sambil cakap “Tu..tu..tu..” seolah-olah memaksa aku untuk melihat ke belakang. Dalam hati aku cakap janganlah tunjuk. Aku turunkan tangan dia dan jawab “Tak ada apa-apa”. Lepas tu dia tunjuk kat sebelah aku pulak. Dan kali ni ‘benda’ tu betul-betul muncul sebelah aku. Daripada pandangan sisi mata, aku nampak ‘benda’ tu sangat tinggi dan badannya hitam gelap. Aku dah mengigil masa tu. Mulut hanya mampu ucap “Allahuakbar” banyak kali. Dalam beberapa saat lepas tu ‘benda’ tu dah hilang. Aku pun lega. Cepat-cepat capai phone, telefon kakak aku suruh dia balik temankan aku dekat rumah waktu makan tengahari tu. Sampai waktu tengahari tu dah tiada gangguan melainkan masa aku solat zuhur, ‘benda’ tu ada main tepuk-tepuk tengkuk aku masa aku sujud. Itu pun aku cekalkan hati teruskan solat.
Bila petang, aku ceritakan dekat abang aku pasal kejadian pagi tadi. Abang aku tanya Boboy “Boboy nampak apa pagi tadi?” . Boboy pun jawab “Hantuuuuu….” (sambil mata terbeliak dan tangan tunjuk kearah satu sudut di ruang makan rumah kami).
Sekian.
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
erm..betul ckp penulis..x seram pun..hihi..dengan sekali nafas aku boleh abeskan cite ni.. =P
hahahaha…mcm akad da tu skali nafas..
aku tak baca lagi.ko tak rate lagi ni.bosan or best??
kalau bosan aku tak nak baca dulu.ahahhaa
best je …
aku bg 4.9/10 je..best tp crita x panjang..ko baca tgk haha
erm..aku bagi 4.8/10 la..rendah sikit dari ko..hahaha
aik..kejam dr aku pla hahaha
juriFS ko g baca detektif D9 nyer story..tgk brapa point ko bagi..haha
aku x mampu nak abeskan cite abg polis tu..bepinar bijik mata aku..hahaha
Wahahahaha.. X bole jgn paksa.. X baek nyiksa diri ?
banyak sangat cerita baru masuk dah mcm Novel beb.aku dah la tak suka baca Novel.kikiki
aku nak curi curi baca pun payah.haahah.panjang sangat………………………teettttt…..
btw aku busy kat lawatan tapak dengan Bos Bos.nak tgok hp pon susah.sedih hidup.
kau suka kan bagi alasan aku g ballet.aku ni gegirl versi mcm tomboy tau singkong!hahaah.
tak minat aku balley2 ni.
lama nau si singkong tu tunggu ko komen..
ko g kelas ballet kate nye..hahaha..aku pun ssh nk tgk fon..
tgk fon curik2 je time keje..aku heran si singkong ni..sentiase komen je..
byk betul masa ko kan singkong..hahaha
Hahahah… Boss syg aku kot tu psl aku bole ada bnyk masa free ..
Alaa ballet kan kiut2..juriFS bz g tapak rupanya ingtkn bz sukan sea.. Aku kalau da pnjng sngt ikut mood juga kalau nk baca..
Cikbambam je yg balas komen2 aku.. Maknanya cikbamban org ke2 yg x bz slepas aku.. Hahaha
Taip singkong & keju kat FS pnya FB.. Nnt aku add korang hehehe..
ye betul kadang-kadang anak saya pun akan tenung sesuatu tempat dalam jangka masa yang lama , contohnya waktu tidur dia akan tenung satu bahagian je di syiling, tiba-tiba mata dia akan melirik perlahan-lahan mengikut arah benda tu begerak (cthnya terbang @ melekat pada dinding). bila saya toleh tgk memang tak ada apa-apa, malah seekor cicak pun tak ada. dari situ saya tahu ada sesuatu dalam bilik kami.
Gatung molek cite?
Wah seramnya.
Mcm mlm td.aku bwk sepupu aku umo dlm sethn.aku bwk die blk umh sbb mak die nk buat keje.disbbkn aku nk mnd aku bg die mkn dulu n main2 bila die dh leka aku trs g blk air aku mnd tp aku xttp.pintu.sbb tkt kang xpsn die buat ape.pintu bik air aku mengdp ruang tamu so senang la kn.tiba2 die nangis n dtg dkt blk air aku agah2 la die nk bg die gelak tp die buat suare mcm nangis pandg je aku.alahai lia asl kau buat mcm tu.asyik pandg aku je.last2 aku mnd ala2 kambng trs kluar siap2 trs kluar rumh.
Cerita macam tak ditamatkan dengan sempurna.
Saya setuju memang tak seram, jika tak dilalui sendiri.
Cerita terlalu pendek tapi padat dan ok.
Markah: 5/10
Teruskan berkongsi
Saya sbg ketua juri FS mengumumkan bahawa cerita ini tak berada d landasan yg btul..
hahahaha… satgi ada la ni yg marah kat ketua juri FS ..
kira aku ni humble lagi lah lanti diri Juri je.ko bukan main jadi KETUA.hahahhahahha
nakal betul kau ni.
nasihat aku kalau jadi Juri..bersedia di kecam! hidup Juri!haahahha
Min, dekat email article tajuk “Apa?”..Tapi bila tekan link sebab nk baca komen netizen, keluar cite lain pulak. Mohon betulkan min