Apa Yang Aku Nampak

Hi assalamualaikum semua pembaca FIKSYEN SHASHA..saya Mai..saya juga pembaca setia fs nih.. Jadi hari ni saya tertarik untuk menulis peristiwa hitam yang saya alami sendiri pada akhir bulan Ogos 2018..saya amat berterima kasih yang tidak terhingga jika coretan pertama saya dipublishkan oleh admin..saya meminta maaf jika sekiranya ada kekurangan dari segi penceritaan atau dalam ayat..jadi jumm kita start. Sebelum tu..saya akn gunakan “aku” dalam penceritaan di bawah dan nama nama yang digunakan ialah bukan nama sebenar ye guyss..

Aku berasal dari 1 daerah dalam negeri Batu Pahat. Aku bersekolah di sebuah sekolah yang terletak betul betul di hadapan simpang 3. Sekolah aku terkenal dengan jolokan nama “sekolah kampung”..tapi walaupun sekolah kampung sekolah kami ada guru guru yang sangat berdedikasi. Aku nak bagitau kedudukan bangunan yang terdapat di sekolah aku. Bangunan pentadbiran sekolah nih betul betul berhadapan dengan tanah perkuburan islam..haaa seramm kan..sesiapa yang dak pekan and kampung tahulah sekolah ape nih..hehe. lepastu sebelah kiri bangunan pentadbiran nih ade bangunan 2 tingkat yang mana ground floor ialah bilik seni untuk form 1-form 5 and sebelah tu ialah bilik seni form 6. Tingkat dua ialah perpustakaan sekolah ini. Lepastu adalah bangunan bangunan lain untuk form 1 sampai form 6.Ok habis describe keadaan sekolah

Awal bulan 7 macam tuh:Aku time nih baru tingkatan 2. Asalnya kelas kitaorang terletak di tingkat atas bangunan pentadbiran..selepas tingkat itu perlu di renovate kami terpaksa berpindah ke bangunan yang agak creepy di sekolah ini. Selepas kami siap kemas kelas baru kami berasa seronok juga sebab kelas kami menerima angin luar yang sejuk. Kami meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa.

28/8/2018: Memandangkan aku berada di kelas pertama,jadi setiap petang aku dan kawan kawan perlu menghadiri tuisyen selepas solat zuhur iaitu dari jam 2.30-3.30. Pada hari itu mata pelajaran tuisyen kami ialah Matematik. Petang itu kami telah mendapat kertas peperiksaan akhir tahun yang bagi aku keputusan ku amat memberangsangkan dari yang sebelum sebelumnya..”maklumlah walaupun kelas pertama bukan semua subject kita boleh grab”. Sepanjang tuisyen itu berlangsung, tiada apa apa yang berlaku. Kami menyemak semua jawapan yang sudah ditanda bersama sama guru.

Kejadian pelik mula berlaku apabila waktu dalam 10 minit lagi ke 3.30. Cikgu telah mengarahkan kami supaya membuat pembetulan sebanyak 10 kali. Aku duduk sekumpulan dengan 4 orang lagi kawan aku. Antaranya Ifa, Husna dan Pia. Semasa kami sedang mengemas buku untuk balik ke rumah. Aku Ifa dan Husna ketawa sambil mempertikaikan soalan matematik tadi.. Tiba tiba semasa kami sedang ketawa terdapat satu hilaian panjang yang agak nyaring turut sama sama ketawa dengan aku dan kawan aku. Aku sungguh terkejut dan terus aku terus bertanya kepada Husna “Husna apasal kau ketawa dah macam ponti**** buat aku takut je” straight je Husna kata “ehh bila masa pulak aku ketawa macam tu. Takde lah kau nih macam macam la”..Kemudian aku yang masih terkaku dengan jawapan Husna tadi terus cepat cepat mengemas dan turun tangga dalam keadaan yang kelam kabut sebab takut..huhu..

29/8/2018: Pagi itu entah kenapa aku rasa tak sedap badan dan macam nak demam pun ada. Mungkin masih terkejut dengan peristiwa semalam kutt. Aku datang sekolah seperti biasa dan masuk ke kelas, rasa seakan tiada apa-apa yang berlaku . Pagi itu sesi pembelajaran dimulakan dengan killer subject iaitu Sejarah. Aku paling tak suka subjek nih sebab banyak sangat suruh aku ingat. Aku seperti biasa belajar. Apabila cikgu mula memberi kerja rumah aku sudah seperti hilang arah dan seperti cacing kepanasan. Ifa tanya aku kenapa, pun aku tak jawab masa tuh. Diaorang pun dah start seram dengan aku. Selepas habis subjek sejarah. Kami disuruh untuk pergi ke perpustakaan kerana pada waktu itu ialah subjek Bahasa Melayu. Ini adalah mata pelajaran yang aku sangat suka.

Lepastu cikgu aku terus suruh buat Nilam. Macam biasa la kan, kena cepat cepat cari buku best untuk dibaca. Kadang kadang sampai berebut. Hairhh kanak kanak ribena la katakan. haha. Aku pun pergilah ke satu rak buku tu. Aku cari buku sambil sandar dekat dinding tu. Tiba tiba aku rasa badan belakang aku dicucuk dengan benda yang tajam sejurus itu aku suruh Adawiya tarik aku cepat cepat. Dan bermula episod aku dah tak berapa nak betul. Aku ambik je buku apa apa dan duduk berhadapan dengan cikgu. Cikgu tu duduk membelakangi satu bilik gelap yang pintunya terbuka sedikit. (Aku harap korang faham la kalau tak faham buat buat faham je).

Masa tuh aku baca je la buku tu kan tapi keadaan aku masa tuh memang dah tak terurus. Cikgu aku nih caring orangnya lalu terus tanya aku kenapa. Dan rasa aku tak balas sepatah apa apa pun!! Aku cuma memerhatikan bilik gelap itu. Cikgu terus ambik keputusan untuk duduk sebelah aku dan bertanya apa yang aku nampak . Aku cakap “Aku nampak benda hitam berbulu besar 1 mata 1 tangan 1 kaki kat pintu tuh!”. Cikgu dah mula membaca surah apa tah aku pun tak tahu. Yang aku boleh pulak dah kurang ajar dengan cikgu tuh(sorry cikgu).

Aku angkat kaki aku kat atas kerusi dan marah marah cikgu tuh. Cikgu suruh BFF aku amik sebotol air dekat bilik koko kat bawah. Dia amik and bagi kat cikgu. Cikgu pun baca la ayat suci. Cikgu suruh bff aku nih lapkan tengkuk aku dengan air tuh. Dengan tak semena mena aku terus menjerit “Panas panas panas!!!” Keadaan aku makin teruk apabila dorang kata aku dah meracau racau sampai jatuh dari kerusi. Diorang terus pegang aku kuat kuat takut aku berlari 1 perpustakaan kang. Aku dah merangkak rangkak atas lantai sambil menjerit sekuat kuatnya. Cikgu suruh ketua tingkatan azan dalam library tuh. Aku yang tadi dipegang terus terlepas dan hampir nak tumbuk ketua tingkatan yang tengah azan tuh. Dorang pun dah takut dan aku mula lemah ketika itu. Aku terus dilepaskan dan kawan kawan aku lari lepas tengok aku macam tuh. Aku masih merangkak rangkak dan pengetua dan guru guru lain masuk ke dalam perpustakaan itu.

Masa nih aku tak berapa ingat sangat. Tapi kawan kawan aku kata aku berjalan 1 perpustakaan tuh sambil mulut terkumat kamit membaca sesuatu. Yang pasti dalam keadaan mata aku agak tertutup. Aku terus dipegang oleh cikgu aku dan terus rebah ke lantai. Beberapa minit kemudian aku mula sedar dan terus dibawa masuk ke dalam kelas. Aku tak rehat langsung dan tak bercakap walau sepatah. Aku memikirkan apa yang terjadi masa kat perpustakaan. Selepas itu diaorang pun ceritakan apa yang terjadi. Diaorang cakap yang aku menjerit jerit dengan suara yang sangat garau seperti seorang lelaki dengan kuat. Aku terkejut sehingga menangis. Aku cuba mengeluarkan suara dan time tuh suara aku macam hilang sedikit. Aku telah dipanggil untuk sesi kaunseling dengan badan yang sangat lemah. Aku telah diKaunselingkan dengan sebaik baiknya. Selepas itu aku terus pergi ke surau dan menyambung sisa sesi pembelajaran yang hanya tinggal beberapa minit lagi sebelum menunaikan solat zuhur di dewan.

Kini aku masih menerima rawatan susulan dengan seorang pengamal perubatan islam akibat peristiwa tersebut dan alhamdulillah keadaan aku semakin pulih. Tapi sekarang aku seperti diberi kelebihan daripada Allah S.W.T untuk melihat dengan lebih jelas creatures dari alam lain. Maafkan aku kalau ada kekurangan dalam cerita ini.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “Apa Yang Aku Nampak”

  1. Cerita yang best!!!…seram!!!…😰😰😰😱😱😱….teruskan usaha akak lagi…😊…BTW,saya beza setahun je ngan akak…hihihi😁😁😁

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.